CARI-HBZ Publish time 27-6-2016 11:21 AM

Belum Rasa Nak Kahwin? Ini Antara Penyebab Sukar Bertemu Jodoh

Oleh : Dean BZ




Umur sudah lanjut tapi masih belum juga bertemu jodoh. Mak ayah, saudara mara, kawan-kawan pula asyik bertanya saja bila nak kahwin. Pastinya soalan seperti itu membuatkan anda stress kan.


Memang benar, bila bercerita soal jodoh ramai yang akan berkata jodoh itu ketentuan tuhan, jadi bila sampai masa kahwin lah nanti. Namun harus diingat, setiap perkara dalam kehidupan kita perlu ada usaha. Kita tidak boleh menyerahkan pada takdir semata-mata tanpa berusaha.


Kita juga perlu mengenalpasti apakah punca-punca yang membuatkan kita masih belum bertemu jodoh. Berikut adalah antara penyebab yang mungkin menjadi punca mengapa masih ramai belum bertemu jodoh.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201606/27/111941r8mm6ze9z3cvmmbz.jpg


#1. Tidak mencintai diri sendiri
Sebelum sepenuhnya mencintai orang lain, cintai diri anda dulu sepenuhnya. Fokus pada pembangunan bakat, ubah kelemahan menjadi kekuatan, memperbaiki kualiti diri.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201606/27/112103jsxo94x008drw0dx.jpg



#2. Terlalu memilih
Adakah anda terlalu memilih menentukan kriteria calon pasangan? Tiada yang salah dengan harapan pasangan masa depan, tapi cubalah realistik.


#3. Terlalu kerap bermain
Bergaul dengan kelompok orang, atau lepak, boleh membuat lawan jenis jadi takut. Anda dianggap belum boleh komited dan membuat keputusan.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201606/27/111847kcftzgecw5nqlnwj.jpg



#4. Masih belum "move on" dengan bekas kekasih
Putus cinta sememangnya menyakitkan tetapi kehidupan perlu diteruskan andai tiada jodoh dengan orang yang kita sayang. Masih mengenangkan bekas kekasih lama dan sentiasa mengharapkan cinta berputik kembali adalah antara punca utama kepada seseorang sukar bertemu jodoh. Move on! Allah lebih tahu siapakah jodoh terbaik untuk anda.


Dah kenalpasti semua punca-punca diatas eloklah cuba selesaikan segera satu persatu. Siapa tahu minggu depan terus rasa nak kahwin? - CARI Infonet.








Sumber: FSocmedzen

Emperor95 Publish time 27-6-2016 01:36 PM

thank for info

mawar_mustika Publish time 27-6-2016 04:09 PM

nak tambah...

no. 5 fobia dgn pengalaman buruk perkahwinan kaum keluarga & teman2 terdekat:)

miabebe Publish time 27-6-2016 04:20 PM

Toksah la kawen uolls kalau tak jumpa calon yang soleh baik beriman..buat tambah masalah je nanti..

Kalau dah jumpa yang baikbaik soleh beriman cepat cepat lah ajak dan paksa beliau nikah ye uolls;P:lol:

aireen24 Publish time 28-6-2016 12:27 AM

Salah satu sebab lelaki yang 'elok' sudah berpunya. Yang tinggal kena pula berebut dengan berbagai jenis manusia tidak kira umur atau jantina...

So go figures kenapa ramai perempuan yang tidak kawin2 lagi.

hanie_z Publish time 28-6-2016 08:33 AM

Rasa je nak kawen, tapi ntah laa..
Belum sampai jodoh lagi kot..
:sweat3::sweat3:

BingkaUbi Publish time 28-6-2016 08:57 AM

aireen24 replied at 28-6-2016 12:27 AM
Salah satu sebab lelaki yang 'elok' sudah berpunya. Yang tinggal kena pula berebut dengan berbagai j ...

ada jah lelaki elok meratatp pompuan pulak yg tak elok... kat sini pung ko bley nilai dr posting ada2 porumer samada elok ke tak perangai dia tuhh.... sbb luaran kita tuh pung bley jadik cerminan dalaman kita... yg elok luaran nih ada dua jenis, samada mmg dalaman dia btui2 elok atau dalaman dia tak elok tapi pura2 dia tuh maha hebat...... yg tak elok luaran pulak, semestinya mmg buruk dalamannya....... lelaki elok jgn kan jadikan isteri, jadikan gf pung tak hingin :lol:...


estrelle Publish time 28-6-2016 11:03 AM

Rilek2 sajela..tosah kalut sangat.senyum sinis jah baca confession budak2 awal 20an dah risau x kawen lagi.yg dah kertu x kawen2 lagi aman2 je.smpai masa adelah jodoh tu.

Cuppy Publish time 28-6-2016 11:33 AM

miabebe replied at 27-6-2016 04:20 PM
Toksah la kawen uolls kalau tak jumpa calon yang soleh baik beriman..buat tambah masalah je nanti..
...

Hi Miabebe....:bye:

lashes Publish time 28-6-2016 11:01 PM

aireen24 replied at 28-6-2016 12:27 AM
Salah satu sebab lelaki yang 'elok' sudah berpunya. Yang tinggal kena pula berebut dengan berbagai j ...

Yg ni aku setuju 100%

hayati_soraya Publish time 28-6-2016 11:10 PM

walaupun iols dh masuk thirty tp masih rasa takut nak kawin.

takut lebih bahagia single.. takut tak ckup kuat nk tempuhi dugaan lps kawin. normal ke rasa mcm ni?

mbhcsf Publish time 29-6-2016 01:35 AM

Edited by mbhcsf at 29-6-2016 01:38 AM

how about carefree attitude maksudnyawell...jodoh ni when it happens as in when Allah says yes, it'll happen in split seconds je....

so, i dah lihat banyak contoh yg buatkan i fikir yangyes kahwin itu sunnah, sure definitely i terima ni no problem, yes kententuan jodoh tu wujud - sebab tengok jugak yg mana declair lah semua sekufu bagai - but something happened tak jadi juga dan semua orang macm dah jangka depa akan kahwin tapi hanya denganperubahan cita cita atau plan hidup skit je , sikit je somehow benda tu tak jadi... dan i juga tengok yg hanya bertemu di suatulokasi yg tak disangka , cepat je nikahnya dan alhamdulillah okay ...dan ada juga yg sekufu lovey duvey bagai tapi jodoh tak panjang...so...memacam...
yes ikhtiar perlu dan outcomenya yg mutlak dari Allah juga...so ...apa yg nak stress sangat, kan? tak letih ke stress benda lagu ni? so u know it is counter productive so..think positive , ikhtiar and enjoy , syukur dengan lihat apa yg ada ...

so.....u know...life is very interesting ...so kita enjoyyy laaa....

red_cattleya Publish time 29-6-2016 06:55 AM

I belum puas berbakti dan spending time dgn family...

awektakcun Publish time 29-6-2016 08:59 PM

CARI-HBZ replied at 27-6-2016 11:21 AM
Oleh : Dean BZ



The ultimate sebab tak kawen lagi ofkos lah sbb jodoh tak sampai lagi. Mungkin sbnrnya diri masih tak sedia. Dah smpai masanya, ade lerr tu. Don't give up yaa :)

nurbaya Publish time 30-6-2016 11:34 AM

Jodoh..hm..

Aku tgu bf aku dua tahun.. tapi banyak jugak down and up relationship kitorang. last2 ari ni aku kena block kat wassap.. rupa-rupanya dia nak balik dgn ex wife balik..sbb mak dia suruh..mak dia tgh sakit skang..maybe utk fulfill wish ma dia..dia ikutkan..

So apa yg aku rasa..aku tatau la...penat aku berusaha..penat aku bertahan...kesudahannya...CASH..

Innrukia Publish time 30-6-2016 12:54 PM

nurbaya replied at 30-6-2016 11:34 AM
Jodoh..hm..

Aku tgu bf aku dua tahun.. tapi banyak jugak down and up relationship kitorang. last2 ...

2 tahun tu celah gigi jer... Hakak ni 8 tahun :lol:
Last2 tadek jodoh.... Sabar jer la

Emperor95 Publish time 30-6-2016 01:50 PM

Innrukia replied at 30-6-2016 04:54 AM
2 tahun tu celah gigi jer... Hakak ni 8 tahun
Last2 tadek jodoh.... Sabar jer la

Ingatkan 2 tahun itu sudah cukup teruk.
Tumpang simpati.

Emperor95 Publish time 30-6-2016 01:51 PM

hayati_soraya replied at 28-6-2016 03:10 PM
walaupun iols dh masuk thirty tp masih rasa takut nak kawin.

takut lebih bahagia single.. takut...

normal agaknya, mengambil langkah pertama amat sukar.{:shyo

misssakura Publish time 30-6-2016 03:43 PM

sebelum ni x de feel nk kawin hingga jumpa seorang lelaki ni... brulah rasa nk kahwin tu muncul. tp lelaki tu pulak reject iol terus iol hilang mood nk fikir pasal kahwin... lagi pun iol muda lagi. x puas hidup bujang pon lagi. buat mse ni bujang is the best sebab boleh buat macam2.

Innrukia Publish time 30-6-2016 09:11 PM

BingkaUbi replied at 28-6-2016 08:57 AM
ada jah lelaki elok meratatp pompuan pulak yg tak elok... kat sini pung ko bley nilai dr posting ...

apa yg bro dah nilai;P
Selamat berpuasa & hari raya.....
Pages: [1] 2
View full version: Belum Rasa Nak Kahwin? Ini Antara Penyebab Sukar Bertemu Jodoh


ADVERTISEMENT