CARI-MAMS Publish time 29-7-2016 11:57 AM

Perhatian, Krim Tabir Suria Boleh Merosakkan Kualiti Sperma

oleh Adib Za

Kesuburan pasangan yang berkahwin didapati telah menurun sejak 50 tahun yang lalu dan salah satu puncanya ialah bahan kimia yang terkandung dalam produk seharian yang digunakan.


Memetik laman CNN, ada pengkaji dari University of Copanhagen mendapati bahan yang digunakan dalam krim tabir suria untuk menahan cahaya UV, boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan lelaki bila ia menurunkan kualiti sperma.

"Secara umumnya, kita mendapati kualiti sperma menjadi sangat rendah," ujar Niels Skakkebaek, pakar endrocrinologi.


Pengkaji telah melakukan kajian terhadap 29 produk krim tabir suria yang dipasarkan di Amerika Syarikat dan Eropah.


Keputusannya, lebih dari separuh produk-produk tersebut menyebabkan fungsi dan kualiti sperma terganggu.


"Bila anda menyapukan krim tabir suria pada kulit, terdapat sesetengah bahan kimia yang menembusi kulit dan masuk ke dalam darah," ujar Niels lagi. - CARI




Sumber: CNN



http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/29/115632d9o9w6o4n1cvhbcw.jpg
Sumber foto: Carian google

juboqlembu Publish time 31-7-2016 04:48 AM

:lol::lol::lol::lol::lol::lol:

turboturtle Publish time 2-8-2016 12:40 AM

TT ni indon ke apa, Krim Tabir Suria:lol:... anak jantan kat Malaysia xpakai sunblock, lain la kokesen diaorg suka berjemur...
Pages: [1]
View full version: Perhatian, Krim Tabir Suria Boleh Merosakkan Kualiti Sperma


ADVERTISEMENT