CARI-HBZ Publish time 30-9-2016 04:00 PM

Ingin Wajah Persis David Beckham, Lelaki Ini Sanggup Belanja Hingga RM100 Ribu

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201609/30/153923sidtkt78fsm7fsnm.jpg



Kalau dah terlampau minat dekat sesuatu barang atau seseorang, buat apa sahaja pun sanggup untuk mendapatkannya.


Itu lah yang dilakukan oleh seorang lelaki berusia 19 tahun berasal dari United Kingdom. Lelaki yang dikenali sebagai Jack Johnson sanggup melakukan pembedahan yang menelan belanja sebanyak £20,000 (RM107,221) untuk kelihatan seperti bintang bola sepak terkenal David Beckham.


Lelaki tersebut yang juga tidak bekerja dan kini dibebani hutang kerana membelanjakan wang itu untuk melakukan pembedahan pada pipi, dagu, kening, bibir, gigi dan suntikan lain untuk mendapatkan wajah seperti Beckham.


Dianggarkan, dia memerlukan lagi kos pembedahan sebanyak £30,000 (RM160,000) untuk mencapai matlamat miliki wajah Beckham.


“Jelas sekali saya tahu saya tidak kelihatan seperti dia, Saya tidak bodoh tetapi saya tahu masih jauh lagi perjalanan untuk miliki wajah seperti dia.” kata Johnson.


Tambahnya lagi, dalam masa terdekat dia akan membuat tatu di leher sama seperti bintang bola sepak terkenal itu.



Jika dilihat dari gambar, secara jujurnya penulis rasa masih banyak pembedahan perlu dilakukan untuk mendapatkan wajah sama seperti Beckham. Namun di zaman kini, asal ada duit semua boleh jadi. Lihat saja lah banyak pembedahan plastik telah berjaya dilakukan terutamanya di Korea Selatan. - CARI








http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201609/30/153943n986z9331oz330ot.jpg
Jack Johnson

ex_klia Publish time 30-9-2016 04:03 PM

Muka penuh ni.

manehnya Publish time 30-9-2016 04:05 PM

x macm bekem pun?

Artemesiaa Publish time 30-9-2016 04:05 PM

Tinggi sangat cita2nya tu elok cari peluang nak tambah duit dari menghabiskan duit cam ni

arira_arora Publish time 30-9-2016 04:06 PM

tak sama langsunggg

besikayu Publish time 30-9-2016 04:07 PM

lain bebenor.:lol:

cupu Publish time 30-9-2016 04:32 PM

hurm....mengabehkan duit je ni....byk keroje lgbkn buat..irasnpun xde lg.apatah lg nk nmpak sm.

RamboMandul Publish time 30-9-2016 05:16 PM

Pergh sejibik sejiban lah . Sama sangat . :lol:

antidote Publish time 30-9-2016 05:30 PM

hehehe ni bekem ke bekam?? kikikiii {:1_530:}

kurga Publish time 30-9-2016 05:41 PM

x keja tp mana dia dapat duit? sana buat loan senang betoi...

Youngest_Aiyu Publish time 30-9-2016 05:44 PM

tak same pon .

missinpiece Publish time 30-9-2016 05:59 PM

Byk duit hang :o. Guna utk benda lain lg bgus

Jajabeans Publish time 30-9-2016 06:10 PM

tak sama lsg walau sebesar kuman

nurul_akmar Publish time 30-9-2016 06:21 PM

Sblm betulkan muka, betulkan bdn dulu.

DeeHanania Publish time 30-9-2016 07:10 PM

Laa lain bbenau,x sgupe mana pun...

imransulaiman Publish time 30-9-2016 07:10 PM

Ko sedut lemak kasi kurus dulu barulah ko berangan nak jadi sesiapa pun! Bengong! :mad::mad::mad:

oppol Publish time 30-9-2016 07:12 PM

Kat mana bikam nya....?:shakehead3:

harisanis Publish time 30-9-2016 08:26 PM

kahkahkah..ko nk muka je ke sama mcm bekem? badan ko xnak tiru plop

edee_91 Publish time 30-9-2016 08:45 PM

macam lebih kepada iras2 watak katun ni jah:
http://pa1.narvii.com/5857/05b486078a97cbf96afb2b23636dc86fccffcae1_hq.gif

cHimo Publish time 30-9-2016 09:45 PM

Jgnkan muka.. rambut pun tak sama.. :lol::lol:
Pages: [1] 2 3
View full version: Ingin Wajah Persis David Beckham, Lelaki Ini Sanggup Belanja Hingga RM100 Ribu


ADVERTISEMENT