CARI-MAL Publish time 17-10-2016 05:08 PM

Bro, Betulkah Hidup Anda Tak Keruan Tanpa 5 Perkara Ini?

Sepertimana kebanyakan wanita yang tidak boleh ke mana-mana tanpa barang tertentu di dalam tas tangan mereka, begitu juga lelaki. Terdapat lima perkara khusus di mana lelaki tidak boleh hidup dengan senang tanpa kehadirannya. Betulkah?


1. Gajet




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/17/165057i8vmqppqmuj2b87y.jpg
Sumber foto: Carian Google




Tidak disangkal, ada juga segelintir wanita yang gilakan gajet. Namun, kegilaan terhadap gajet sering dikaitkan dengan lelaki kerana bagi mereka, pengetahuan dan kepekaan terhadap gajet merupakan suatu kemestian. Benarkah lelaki tidak boleh hidup tanpa gajet? Tak kiralah samada ia komputer riba, telefon pintar mahupun iPad.


Bermain game di komputer merupakan kemestian bagi setiap lelaki. Ada masa, tak makan pun tidak mengapa. "Tak boleh 'pause'," katanya. Malah, ada juga yang ketagihan game sehinggakan hidup resah gelisah jika tangan tidak berada di 'keyboard' mahupun 'controller'.




2. Kenderaan


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/17/165319ywmur660o8iajg88.jpg
Sumber foto: http://www.stuffmomnevertoldyou.com




Peminat gajet ini ada masanya mempunyai kegilaan kritikal tahap gaban terhadap motosikal dan kereta berkuasa tinggi. Pantang ada keluaran terbaru maka mulalah berkira-kira mahu menukar kenderaan mereka. Paling tak tahan, ada juga yang merayu ibu bapa untuk membelikan mereka kenderaan idaman.


Malah ada juga yang gemar menunjuk-nunjuk kereta atau motosikal siapa lebih hebat. Kaum lelaki sememangnya sangat peka dengan berita automotif terkini mengenai keluaran kenderaan terbaru. Apa kata anda?




3. Ruang Dan Sempadan (Space)




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/17/165351do1yyoeoye13pib7.jpg
Sumber foto: http://www.yourtango.com




Bagi lelaki, mereka memang memerlukan ruang persendirian di dalam hidup mereka. Jika awek mereka terlalu bergantung harap kepada mereka, boleh naik rimas dan jelek dibuatnya.


Ya ke lelaki mudah berang jika terlalu banyak gangguan? Jika mereka tidak diberi ruang untuk berfikir dan melakukan sesuatu tanpa gangguan, mudah sahaja bagi mereka untuk melafaz kata 'Hai, bye bye'.




4. Kaki Sukan




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/17/165521jzqkserezozffpme.jpg
Sumber foto: https://www.staffordshirefa.com




Jangan dipisahkan lelaki dan sukan. Bagi kaum lelaki, aktiviti sukan terutama sekali yang lasak itu sudah sebati sebagai identiti mereka. Sehari tak menyepak bola, kaki terasa gatal saja. Aktiviti sukan bukan hanya untuk kesihatan tubuh badan malah ia merupakan salah satu cara mereka mengendalikan tekanan dengan cara yang lebih produktif.




5. Seks


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/17/165654c1fd8088xdtkdaax.jpg
Sumber foto: Time



Ini soalan cepumas. Mengikut kajian, lelaki boleh hidup tanpa makanan dan keperluan lain, namun sukar bagi mereka hidup tanpa memikirkan mengenai seks walaupun seminit. Benarkah?


Walau apapun, lelaki dan wanita harus bersama-sama memahami sikap pasangan masing-masing. Adalah penting bagi kedua-dua pihak untuk bersikap terbuka dan toleransi dalam sesebuah perhubungan . - CARI

zulka Publish time 17-10-2016 05:30 PM

tambah lagi satu..

6. motobike

bintun Publish time 17-10-2016 07:50 PM

zulka replied at 17-10-2016 10:30 AM
tambah lagi satu..

6. motobike

i pun kecur jek tgk big bike... hr tu promo kt sini HD cma 30k je... tp...lesen Bfull pun xde...

zulka Publish time 18-10-2016 08:40 AM

bintun replied at 17-10-2016 07:50 PM
i pun kecur jek tgk big bike... hr tu promo kt sini HD cma 30k je... tp...lesen Bfull pun xde... ...

btw most of the bikers takdepun lesen B full.. :loveliness:

-electrifying- Publish time 18-10-2016 09:23 AM

zulka replied at 18-10-2016 08:40 AM
btw most of the bikers takdepun lesen B full..

asl boleh je bro

mattzzx Publish time 25-10-2016 06:00 PM

mungkin betul...
Pages: [1]
View full version: Bro, Betulkah Hidup Anda Tak Keruan Tanpa 5 Perkara Ini?


ADVERTISEMENT