CARI-MAMS Publish time 10-11-2016 04:17 PM

Waxing Janggut Dan Muka, Trend Terbaharu Kaum Adam Harus Cuba!



Jika dahulu waxing hanya dikaitkan dengan bulu roma pada bahagian kaki, bawah lengan dan juga badan, kini ia semakin mendapat tempat di kalangan lelaki yang mahu mendapatkan wajah licin tanpa janggut!


Ya, waxing untuk janggut bukan sesuatu yang asing lagi di luar negara, namun bagaimana pula dengan anda? Sanggupkah anda melakukannya?


Di sini, kami menyenaraikan beberapa kelebihan dan juga kekurangannya bila melakukan waxing janggut.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201611/10/161559uo3rq6rgvgltacg3.jpg



1. Sudah tentu ia lebih sakit


Berbanding mencukur sahaja, waxing diketahui lebih sakit sama seperti anda melakukan waxing pada bahagian dada mahu pun kaki.


Namun, jika wanita boleh menahan kesakitan waxing, takkan anda tidak boleh?


2. Lebih rumit dan lama


Memang melakukan waxing adalah lebih rumit terutama jika dilakukan sendiri. Lebih baik serahkan sahaja pada yang pakar.


3. Janggut tumbuh lebih lembut


Berbanding mencukur, ia menyebabkan bulu yang tumbuh semakin tebal. Sebaliknya bila melakukan waxing, sehingga ke akarnya bulu tersebut dicabut. Jadi apabila ia tumbuh kembali dapat dilihat perubahan janggut yang lebih halus dan lembut. Malah, ia menampilkan imej yang lebih kemas.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201611/10/161559reql100lqs0p0clc.jpgAdd Image Caption Here




4. Tahan lebih lama


Bagi mereka yang memang perlu mencukur setiap hari, letih juga kan rasanya. Tapi bila anda melakukan waxing, ia tahan lebih lama dan anda tak perlu mencukur lagi setiap hari.


Lazimnya waxing berahan untuk beberapa minggu!




5. Melambatkan pertumbuhan rambut sepenuhnya


Melakukan waxing secara konsisten, ia boleh membantu melambatkan pertumbuhan janggut untuk jangka masa panjang, malah ada kes ia menghentikan secara terus pertumbuhan janggut itu.




Video di bawah merupakan sesi waxing untuk mendapatkan wajah licin dan menghilangkan janggut tanpa bercukur. Jadi selepas ini, bolehlah anda mencuba rasanya? - CARI


https://www.facebook.com/diplyvideo/videos/1775145399202735/

adelea Publish time 10-11-2016 05:05 PM

CARI-MAMS replied at 10-11-2016 04:17 PM
Jika dahulu waxing hanya dikaitkan dengan bulu roma pada bahagian kaki, bawah lengan dan juga bada ...

Sakit nyer... threading kening yg sikit tu pon sakit, lagi waxing janggut... huhuhu.. piapp pedihh ooo

cik-jaja Publish time 10-11-2016 06:21 PM

sape tahan sakit, leh la cuba ya

Johnyblaze87 Publish time 10-11-2016 09:28 PM

ni kat malaysia mana ada. kalau wax telur tu besepah dah

mirandanicky1 Publish time 11-11-2016 09:15 AM

Macam2.. sukahatilah yg penting bersih dan kemas bukan hensem kt luar je dlm pgotor

seramado Publish time 11-11-2016 10:03 AM

nampak lagi kemas dan x serabut

-electrifying- Publish time 11-11-2016 11:51 AM

sakit wey bila ditarik2 tu :curse:

kambeng_masam Publish time 12-11-2016 05:15 PM

aku salu guna teknik 'threading' je kat salon. Tapi perit gila bila benang tu mencabut bulu muka...

mziskandar Publish time 17-11-2016 08:50 PM

Dh dkt 3 thn aku gunting rambut sendiri. Bila balik kg, mak aku x complaint, maknanya ok la tu. :)
Pages: [1]
View full version: Waxing Janggut Dan Muka, Trend Terbaharu Kaum Adam Harus Cuba!


ADVERTISEMENT