seribulan Publish time 13-3-2017 01:23 PM

...masyarakat tv vs masyarakat membaca...

Rakyat Malaysia pernah dikejutkan dengan kenyataan Prof Diraja Ungku Aziz bahawa masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu merupakan masyarakat TV dan bukan masyarakat membaca. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa secara puratanya rakyat Malaysia hanya membaca satu mukasurat setahun. Fakta yang diutarakan pada tahun 90an ini mungkin masih relevan dalam usaha kita untuk meningkatkan mutu pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Setuju dengan pernyataan ini?

makneng Publish time 13-3-2017 02:04 PM

Mak jujur mak suka tgk tv, tp more to movie n documentary la. :$

seribulan Publish time 13-3-2017 02:10 PM

I'm also sometimes glued to the idiot box :$

Kata Sayyidina Ali karramallahu wajhah:

“Sekiranya kamu inginkan dunia, maka carilah ilmy dan sekiranya kamu inginkan akhirat maka carilah juga ilmu dan sekiranya kamu inginkan kedua-duanya , kamu juga perlu kepada ilmu.”

Malcolm X atau nama Islamnya Abdul Malik Syabaz mengambil kesempatan sewaktu berada dalam penjara bagi menelaah buku-buku agama, sejarah dan falsafah yang menerangi alam pemikirannya daripada sifat jahil kepada kesedaran beragama. Kesedaran melalui pembacaan membawa beliau kepada pengembaraan keilmuannya ke Tanah Suci Mekah yang membuka pandangan dunia baru kepada aspirasi perjuangan membebaskan golongan tertindas Afro-Amerika ini. World-view yang diasaskan kepada pembacaan yang meluas.

George Washington pernah menunggang kuda berbatu-batu jauhnya hanya untuk meminjam sebuah buku dari temannya.

Gigihnya Abraham Lincoln yang memang terkenal dengan sikap suka membaca yang terpaksa bekerja sambilan untuk menggantikan buku temannya yang basah terkena hujan waktu berada dalam simpanannya.

Winston Churchill yang gagap berkat sabar dan latihan berpidato dalam kapal berhadapan dengan lautan luas di samping membaca buku-buku berkaitan dengan falsafah dan politik telah mengangkat nama beliau sebagai pemimpin yang mampu berhujjah dengan baik.

Dalam sejarah Islam, al-Jahiz mati dalam timbunan buku. Semasa hidupnya, seorang wanita memimpin tangan beliau membawa ke kedai ukir dan meminta tukang ukir membuat patung yang sehodoh tokoh tersebut kerana tidak pernah melihat kepada manusia yang sebegitu hodoh. Nama al-Jahiz masih diingati kerana kecintaannya kepada pembacaan buku sebagai wahana kepada pembentukan budaya ilmu.

Posted by ABD MUN'EM DATO' HJ MAHMAD MUHTAR

tifa_leo Publish time 13-3-2017 04:14 PM

sy lyn dua2, tgk tv pn ye, membaca pn ye... tp sllu baca novel, buku motivasi (ikut mood), buku tokoh2 islam... kihkih{:smileo

tifa_leo Publish time 13-3-2017 04:32 PM

tifa_leo replied at 13-3-2017 04:14 PM
sy lyn dua2, tgk tv pn ye, membaca pn ye... tp sllu baca novel, buku motivasi (ikut mood), buku toko ...

tq kredit{:loveo

vanillaninja Publish time 13-3-2017 04:50 PM

I enjoy both.

Kalau ikutkan cara I, membaca ni kena betul2 ada masa, sebab kalau membaca I akan devoted to reading je. Kerja lain macam tak jalan. Unlike kalau tengok tv, sambil tu boleh buat kerja2 lain. And tv programmes these days banyak je yang informative and tak melekakan. Gitu nak justify :lol:

Castorsugar Publish time 13-3-2017 06:13 PM

I suka dua2..tgok tv pon suka..membaca pon suka..tpi now since da ada anak mmg slalu mmbaca dgn hrapan anak pon akn ekot habit membaca ;P;P;P

mast3rshad0w Publish time 13-3-2017 06:16 PM

saya sudah 5 taun tak tgk tv, sebab berita apa pon dah zaman android gajet..
xterasa nak tgk tv drama melayu tv..sbb bazir masa
rasa selesa atas sejadah, tunggu waktu masuk, zikir...solat saja
tenang jiwa damai.....terisii nur keimana, wakaka...

serius, xpenah rasa tetarek nak tgk tv
sesekala je p tgk wayang, tu pon teman anak angkat...kesian budak skolah, kiki

JeepersCreepers Publish time 13-3-2017 08:41 PM

Setuju...tp personally i like both..membaca & tengok tv sama rata ;P

kuzaime Publish time 13-3-2017 09:44 PM

Aku lg suka mmbaca dr tgk TV..nak2 TV pun udah anak ngan Laki aje yg punyakan:huffy:
Sbb tu kot bole migrain kalo wifi kt umah ni tetiba rosak:lol: terasa mcm katak bawah tempurung;P nak2 jenis x tgk Sgt pun berita kt TV..apa2 smua harapkan dr bahan2 bacaan sumber dr tenet ni haaa

Wakefield Publish time 13-3-2017 10:25 PM


Boleh hidup xda tv. Tgk tv bila dh x larat mbaca.

samisfar Publish time 14-3-2017 06:48 AM

Edited by samisfar at 14-3-2017 06:50 AM

Honestly i don watched tv that often...dgn exams work and of cos my reading gives the reason"the more i read the more things i know"...and somtimes people ask how u know abt that drama or movie?of cos i google or read je;P;P

seribulan Publish time 14-3-2017 07:31 AM

samisfar replied at 14-3-2017 05:48 AM
Honestly i don watched tv that often...dgn exams work and of cos my reading gives the reason"the mor ...

Ditto..........

LautBiru52 Publish time 14-3-2017 07:37 AM

Ruginya tak suka baca buku..kat rumah aku prefer membaca la..mcm komen kt atas..dengan harapan anak pun suka buku..masalahnya anak suka buku yg aku baca..berebut la pulak..sekarang nak buat macam mana ni.. :lol:

LautBiru52 Publish time 14-3-2017 07:42 AM

LautBiru52 replied at 14-3-2017 07:37 AM
Ruginya tak suka baca buku..kat rumah aku prefer membaca la..mcm komen kt atas..dengan harapan anak...

Time kasih bagi kacang..nah bunga {:1_149:}

kutu_ayam Publish time 14-3-2017 07:55 AM

Walaupun I setuju tabiat membaca menyumbang kpd perkembangan minda individu, I tak menafikan peranan tv jga dlm memberikan kecapaian pengetahuan.

Documentary, live talk show, ceramah n movie with good plots n mesej bole jga memberikan impak positif kot terhadap seseorng tu......

samisfar Publish time 14-3-2017 08:14 AM

seribulan replied at 14-3-2017 07:31 AM
Ditto..........

Tnk u Supermod...tak pernah lokek credit :)

kyul Publish time 14-3-2017 10:41 AM

saya setuju.. saya lebih suka membaca dari tengok tv..
rancangan di tv sekarang pun tak banyak yang menarik untuk ditonton..

Mama.jt Publish time 14-3-2017 01:44 PM

I enjoy both...tp skrg ni mcm jarang tgk tv dah. kalau baca buku pun very slow nak habiskan one book, busy sgt dgn macam2 hal duniawi, :sweat3: I'd appreciate quiet moment with my books and coffee, though this is rare now :2lol:

MawarBerduri10 Publish time 14-3-2017 03:22 PM

Setujuuu.. Tapi skrng dunia semakin maju.. Tv pun kadang tengok kadang tak.. Lebih kepada handphone n info dlm intrnet sebenarnya ;P Bab buku tu ikut mood jugk, masa rajin baca lah smpai habis, kalau x rajin tu, mmg satu bab je la.. Lepas tu kelautt.. Hahahah :lol: tp meollsss suka beli buku, walaupun x baca sbb buki ni kalau kita beli, anytime nak guna.. Dah tentu2 ada dekat rak kan.. Haaa.. Xkalut la masa tu baru nak pergi beli ye dokk :$
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: ...masyarakat tv vs masyarakat membaca...


ADVERTISEMENT