opocot posted on 21-6-2004 01:58 AM

SUSAH BUANG AIR BESAR

:nyorok:Hi semua, pocot facing one problem hopefully ada yg dpt membantu. Pocot susah nak buang air besar la. Selang 4... 5 hari baru buang air besar .. dah tu... cam ta*k kambing. Masa nak kuarkan tu.. fuuuhhh jenuh memujuk. Pastu pulak.. mesti berdarah. Pocot ada baca satu artikel ni.. ada satu penyakit kalau simptom cenggini.  Pocot banyak minum air ... kalau makan jamu senang la sikit... tapi kalau tak ... mmg payah. Pocot tak nak la bergantung pada ubat je .. kalau bole biar la natural. Camne ek nak buat? Any idea? Perluke Pocot berjumpa dengan doctor? Haa.. fyi, ubat lawas yg doctor selalu bagi tu pun tak jalan.:(  



[ Last edited by  blackmore at 9-8-2008 01:34 AM ]

nuralisa posted on 21-6-2004 10:07 AM

makan buah banyak2...mesti senang je 'jalan' :lol

LoLiPoP posted on 21-6-2004 11:25 AM

Originally posted by nuralisa at 21-6-2004 10:07 AM:
makan buah banyak2...mesti senang je 'jalan' :lol


tak jugak...mungkin pocot banyak makan benda 'panas' tak...macam lauk berempah ke...dulu Loli pun gitu..makan buah satu kebun pun tak jalan :lol

pocot dah try minum prune juice? either that atau pocot try spirulina..sekarang Loli makan alhamdulillah, hari2 lawas.

opocot posted on 21-6-2004 01:30 PM

haaa... ada kemungkinan jugak. Pocot mmg makan benda panas jek.. lately. Makan spirulina eh? Hari tu dah makan... tapi dah abis dah.. pas ni nak sambung balik lah. Prune juice tak pernah try lagi.

muskil posted on 21-6-2004 03:45 PM

ok opocot try minum air suam campur dgn gula pasir setiap pagi kalu blh lps kita mandi dan solat subuh ker. InsyaALLAH akan berhasil. Ia akan melawaskan nya. I dulu pun camtu jugak 3-4 hari baru blh buang. Sampai sakit2 nk buang pergi jumpa Dr dia syor minum air byk2 dan makan buah betik & pisang pun x jalan gak. Lepas tu try makan jamu.... ok gak, tp I x mau bergantung pada ubat takut effect di kemudian hari. Maner kita tau kan.

Pastu ada seorang makcik yg suruh I try petua minum air suam kacau dgn gula pasir setiap pagi sebelum pergi kerja. So far I dah 3 bulan try alhamdullilah berhasil. Buang air besar pun lawas setiap hari. Memang berkesan kepada saya. :hatdown::hatdown:

myra03 posted on 21-6-2004 06:22 PM

makan DETOFIBRE

opocot posted on 21-6-2004 11:23 PM

Originally posted by muskil at 21-6-2004 03:45 PM:
ok opocot try minum air suam campur dgn gula pasir setiap pagi kalu blh lps kita mandi dan solat subuh ker. InsyaALLAH akan berhasil. Ia akan melawaskan nya. I dulu pun camtu jugak 3-4 hari baru bl ...
air suam + gula pasir ni nanti jadik cam ubat doctor bagi tu la kan? anyway... hmmm .. minum setiap pagi la yea?  

kulit posted on 22-6-2004 06:44 PM

just makan natural foods
biasa makan betik sure lawas

biasanya laa..

macamane boleh berdarah tu? stool keras ke? :hmm:

harleena posted on 23-6-2004 08:21 AM

opocot,
saya suggest awak try satu produk ni. Namanya organik vegetable powder. Banyak yang ada problem macam awak yang dah okey dengan organik ni. Nak cerita tentang kawan saya ni. Kalau masuk bilik air, tak 45 minit tak sah. Tapi sejak dia cuba organik vegetable powder ni, tak sampai 5 minit, segala urusan selesai. Malah kalau diambil secara berterusan, najis kita tak akan berbau lagi.

Apa itu Organik Vegetable powder
Ia diperbuat daripada lebih 20 jenis tumbuhan dan 100% bahan-bahan semulajadi. Ia telah dicipta oleh pakar Dr. Henry Chang dari US. Organik dirumus menerusi teori perkumuhan toksik. Organik bertindak menghapuskan bahan-bahan toksik dan lemak berlebihan dalam badan dan membersihkan sistem penghadaman untuk memulihkan fungsi asal.

Keistimewaan
1. menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan dan pembersihan ke atas sistem penghadaman. Ini sahaja dapat menghapuskan penyakit, malah membolehkan anda lebih sihat dan cergas.
2. Organik mempunyai nilai nutrein yang tinggi, dua kali ganda daripada makanan biasa. Nutrien yang dibekalkan mudah diserap oleh tubuh badan dan bebas pencemaran. Tidak mengandungi lemak dan lain tenaga bagi setiap pengambilan adalah rendah hanya 30 kalori. Fiber yang tinggi dalam organik membantu pergerakan usus dan menjadikan sistem penghadaman befungsi dgn. lebih baik.
3. Memulihkan daya ketahanan semulajadi badan dan mencapai kesan rawatan penyakit secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.
4. Mencegah sembelit dan buasir.

Kalau nak cuba, boleh hubungi saya di 012-9320825

InsyaAllah, memang berkesan.

hanieliza posted on 23-6-2004 08:33 AM

boleh cuba makan buah prune...betik..
disampimg tu minum banyak sikit..:)

myra03 posted on 23-6-2004 11:45 AM

opocot
yup, organic vegetable powder pun boleh, tu produk CNI (rasanya kureng skit ler). Ngan DETOFIBRE lak (rasa ice lemon tea), dengan 1 sachet jer dah boleh membuang dengan lancar (kosnya rm5 jer)

Ice_Q posted on 23-6-2004 01:25 PM

Kenkadang terkena jugak masalah ni..
Kalau terkena sembelit..me biasa makan
buah prune..Yg pitted tu..sodapss...

Kalau mmg berhari-hari tak buang dan
bukan kerana sembelit, me makan Fruit n Vegetable Fibre.
3-4 biji sebelum tido..sekarang operasi 'membuang'
dah regular..everyday..

[ Last edited by Ice Q on 24-6-2004 at 07:47 AM ]

opocot posted on 23-6-2004 04:54 PM

thanks sume yg bagi feedback. Segala macam nak try ni.

hanieliza posted on 23-6-2004 06:21 PM

Originally posted by opocot at 23-6-2004 04:54 PM:
thanks sume yg bagi feedback. Segala macam nak try ni.
baguuuuuuuuusssssssssss:lol
setiap penyakit ada ubatnya..
cuma kena rajin ikhtiar/usaha jer..:lol
kalau dah berjaya..
bagitahulah perkembangan..

fistik posted on 23-6-2004 09:20 PM

pocot penah cuba makan ducolax tak? dia sejenis laxative tapi taklah sampai tercirit-cirit ... saya alhamdulilah jarang ada masalah ni tapi kalau susah nak buang, saya amik ducolax ini jer .. beli kat farmasi tak yah guna prescription ..

kalau buah2an plak, prun paling cepat efeknya..

anggerix posted on 24-6-2004 10:56 AM

ayah aku cakap minum 6 gelas cawan air suam lepas sembahyang subuh.
itu untuk membuang toksin dalam badan.
boleh juga untuk org yang ada masalah nak membuang ni.

memang betul jadi coz lepas tu dia buang air besar najisnya warna hitam. dan lepas tu dia rasa lebih bertenaga.
dia ada migrain kronik. sakit kepala pun dah kurang.

anggerix posted on 24-6-2004 11:04 AM

ayah aku cakap minum 6 gelas cawan air suam lepas sembahyang subuh.
itu untuk membuang toksin dalam badan.
boleh juga untuk org yang ada masalah nak membuang ni.

memang betul jadi coz lepas tu dia buang air besar najisnya warna hitam. dan lepas tu dia rasa lebih bertenaga.
dia ada migrain kronik. sakit kepala pun dah kurang.

mummy posted on 28-6-2004 12:55 PM

hehehe kalo anak

uda posted on 29-6-2004 09:04 AM

Masa posting ni disiarkan,I pun mengalami sembelit.So cubalah air suam+gula but still tak jalan.Then,liza suggest makan buah prune.so makanlah buah prune,memang mujarab.Tetapi, dah 3 hari I cirit but sebelah pagi aje.Terlampau lawaslah jadinya.

klong posted on 3-7-2004 12:01 PM

dulcolax tu jgn amal selalu sgt nanti jadi dependant lak...kalo time nak b***k mesti kena pakai kalo tak,tak leh...

lebih elok kalo cuba yg natural dulu..makan buah2an,dgn syarat kena minum byk air...kalo tak sama je hasilnya...apa kata coba try minum air suam sebelum tido dan masa bgn tido...try test dolu,k..

kalo b***k keluar mcm tahik kambing,pas tu sepjg

klong posted on 3-7-2004 12:03 PM

sambung balik...kalo b***k keluar cam taik kambimg...pas tu sepjg episode tu,meneran bagai nak rakk,tu sembelit le tu...kena hati2...dari sembelit leh jadi buaSIRrr...jgn tak tahu...

klong posted on 3-7-2004 12:07 PM

bila dah kena buasir ni payah sikit..najis lembut pong sakit tau...mana tak nye...kat situ dah membengkak...nak tunggu susut ingat senang ke??amik masa beb..

z posted on 9-7-2004 02:58 PM

sy dulu pun macam 2 gak...cuba try minum klorofil lepas bfast...time 2 jugak akan rasa nak buang n tak der lagi t**k-t**k kambing.. senang jer kuar...

Presa1200 posted on 10-7-2004 02:09 AM

kalo najis btk bulat kecik2 tuh maksud ur intestine contraction lah kot. so take more fiber. kalo najis keras n berbau kuat, mkn daging yg byk dah. so take apple fiber/husk.

azs~leen posted on 10-7-2004 09:16 AM

makan betik takpun buah prune

sure keluar

[ Last edited by azs~leen on 10-7-2004 at 09:19 AM ]
Page: [1] 2 3 4
View full: SUSAH BUANG AIR BESAR