Cuti-cuti Di Taiping, Bandar Warisan. 5 Lokasi Tak Harus Dilepaskan
Kadang-kadang kita terfikir, ke mana kita nak pergi bercuti hujung minggu dengan anak-anakkan? Apa kata kita pergi ke Taiping dan melawat tempat-tempat menarik yang ada di Bandar Warisan ni. 2 hari 1 malam pun dah cukup tau.Lebih memuaskan hati ialah tempat-tempat menarik yang ada di Taiping ni semuanya berdekatan. Memang dah dapat jimat banyak masa.
Antara tempat menarik yang sempat penulis dan keluarga lawati ialah:
1. Muzium Perak: rangka haiwan dan haiwan yang diawet memang menarik perhatian anak-anak.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/193543wu6uff3iamj77xif.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/194856cf2ovirzxxhfivoz.jpg
2. Zoo Taiping & Night Safari: kami pilih Night Safari sebab boleh tengok haiwan dengan menaiki tren.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/195702ur5rkr5z65h5bqhx.jpg
3. Taiping War Cemetery: cuma bergambar di luar sahaja sebagai kenangan.
4. Muzium Matang/Kota Ngah Ibrahim: seronok dapat menjejakkan kaki ke rumah bersejarah yang dibina oleh pembesar Perak.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/195159cdojwqde10l1mcqo.jpg
5. Antong Coffee Mill: buat pencinta kopi mesti singgah ke sini untuk mencuba pelbagai perasa kopi yang disediakan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/195544ifxn2vucnyd16ca2.jpg
Bagi yang mencari tempat makan sedap dan berbaloi, bolehlah singgah ke:
1. Salleh Stall Mee Udang Kuala Sepetang
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/200533ybcnmnu8n4nzobe8.jpg
2. Restoran Haji Midin Murtabak
3. Restoran Ansari Famous Cendol
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/200722aqsqcs0p6ranqppp.jpg
Ada banyak lagi tempat menarik di Taiping yang boleh dilawati seperti Spritzer EcoPark, 5d Art Paradise Taiping, Old House Museum serta Bukit Larut (Maxwell Hill). Terpulang kepada anda untuk merancang tempat yang hendak dilawat. Yang pasti, Bandar Warisan, Taiping memang sebuah bandar yang menarik untuk dilawati dan kekal dengan keindahan bangunan lama dan bersejarahnya. - CARI Ya Tuhannn...rindunya kat Taiping {:mlcry:} Yeayy.. Esok balik tepen Taiping memang best. Kuatkan imanku, ku dah lama tak baik taiping :'( aku suka gi muzium bagai ni, tapi masalahnye aku sorang je yang suka :shakehead3:
kalau ngan member n famili harap jelar nak ajak diorang my lovely hometown! rindunyerrrr Saya suka taiping, last visit 3 thn lepas... Bolehlah singgah kalau ke sana Antong Coffee mill tu menarikperhatian saya.
https://www.malaysiatravelforum.com.my/forum/cities-of-malaysia/perak/2969-taiping-lake-garden-memang-awesome rindu nak gi taiping lagi..huhuhuh rindunye raintown!!
rindu yong tau foo blakang bomba..
rindu laksa taman tasik..
rindu bihun sup wakaf..
rindu cendol bismillah..
rindu la semua kat tepeng Bukit larut pun best muzium kat tepeng tu mmg mcam tu jerrrrr dari dulu ... hahahah
binatang2 awet tu dah berpluh2 tahun..
mmg tak berubah.. tpi dalam masa sama x de pulak nampak buruk ke atau x dijaga... Lake Tambi jangan lupa chuols Murtabak Midin I nak sangat try roti bakar arang, tapi tu kat ipoh lah. :2lol: Mary_jane replied at 20-1-2019 09:01 PM
I nak sangat try roti bakar arang, tapi tu kat ipoh lah.
eh ada lah kat Taiping.... Roti Bakar Arang Fadzil House kat Pokok Assam, Taiping... tapi kena gi pagi2 lah..... kul 11 dh abis rasanya..
Perkampungan lejen di belakang sek sains tepeng... Semua set2 sajat duduk kt situ... Ya ampun, mmg bersih weii kg diorang.. Jangan lepaskan peluang naik ke Bukit Larut.. Kena beratur awal pagi untuk dptkan slot naik ke atas by jeep.. Kalau dtg lmbt, jgn harap.. dah xde tiket... Lps subuh org dah beratur panjamg nak beli tiket naik atas
Pages:
[1]
2