Ucapan Manis Harry Dan Meghan Buat Ulang Tahun Ke-4 Puteri Charlotte Cetus Kemar
Meghan Markle sekali lagi menerima amukan peminat keluarga Diraja Britain selepas mengabaikan protokol ketika mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-4 kepada Puteri Charlotte.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/02/180153gsz0zvc6xxcr1tso.jpgKredit foto: 1843 Magazine
Sempena hari ulang tahun kelahiran puteri mereka, Duke dan Duchess of Cambridge berkongsi tiga keping gambar Charlotte menerusi Instagram Kensington Royal.
https://www.instagram.com/p/Bw72IsRF3xC
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/02/180305zaf9fkkaz1oi1fkp.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/02/180305jnvkbr3k38vfzvva.jpgKredit foto: IG Kensington Royal
Menerusi ruangan komen, Putera Harry dan Meghan tidak terkecuali daripada mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Charlotte menerusi IG rasmi mereka, Sussex Royal.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/02/180457q6g3cautwgqu6gf3.jpgKredit foto: IG Kensington Royal
Walaupun ramai peminat Duke dan Duchess of Sussex itu teruja apabila mempamerkan kemesraan dengan anak-anak saudara mereka, sebilangan besar boleh dikatakan agak jengkel apabila mereka tidak menggunakan gelaran 'puteri' di hadapan nama Charlotte.
Tindakan pasangan itu mencetuskan kemarahan orang ramai kerana seolah-olah tidak menghormati pangkat Charlotte yang merupakan pewaris takhta British
keempat berbanding Harry yang hanya pewaris keenam.
Antara komen netizen seperti dipetik Mirror, walaupun Meghan ada hubungan dengan Charlotte menerusi suaminya, Harry, dia sepatutnya menggunakan gelaran Puteri jika ahli keluarga Diraja lain menggunakannya.
"Ia bukan mengenai hubung kait kekeluargaan, ia adalah tanda hormat.
"Kenapa panggil dia (Charlotte) Puteri? Sebab ia menunjukkan rasa hormat! Akaun IG Ratu Elizabeth sendiri menggunakan gelaran berkenaan ketika merujuk kepada cicitnya itu," komen netizen.
Ini bukan kali pertama Meghan dikritik sedemikian. Pada ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth dan adik Charlotte, Putera Louis baru-baru ini, pasangan diraja Sussex itu turut mengucapkan selamat ulang tahun secara santai dan mengenepikan protokol.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/02/180457w2z0yi6h2gzvys2f.jpgKredit foto: IG Sussex Royal
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/02/180457t24fakzikkzn8q22.jpgKredit foto: IG Kensinton Royal
Ratu Elizabeth menyambut ulang tahun kelahiran ke-93 pada 21 April lalu, manakala Louis menginjak usia setahun pada dua hari kemudian.
https://www.instagram.com/p/Bwgm93uF4w6
https://www.instagram.com/p/Bwkq--RFHDM
Adakah Meghan terlalu terdesak ingin mengubah tradisi monarki Britain hingga berterus-terusan menonjolkan dirinya lain dari yang lain?
Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. - CARI Lol mcm drama downton abbey Sedangman Clarence House iaitu twitter rasmi Prince Charles and wife pon pakai Princess Charlotte
Who r yusss sangat Meggot!! Logo sussex tu huruf M overshadow huruf H. {:question Hidup lagi sekelamin ni. Ingatkan kena humban kt aprika sana :lol: A’ah prince charles anak queen of england (utk yang tak tahu la kan)tu punya twitter account pun address cucu2 dia selayaknya puteri putera. Nutmeg whooo?
uwekkkk dengan drama mesra dutchess banana. siap nak xoxo bagai padahal haritu ko lahar lottie. dasar talam dua muka meggot acah2 mesra kat social media, kat real life entah2 langsung x rapat pun ngn anak2 prince william and kate nih ;P Ucap birthday pun salah. Kang klu dia tulis skema2 korg kata dia berlagak bajet2 pure royal pulak. Korg punya sembah queen tu kalah org brit sndiri dah mcm tahap sembah tuhan dah korg agong kan . nak bwk budaya amareka masuk britain.
go into goat shelter mbek mbek la meghan oiiii berbeza btul meghan dgn kate tahun bila nak beranak dia neh ?? letih menunggu..:lol: alah ngengadanya netizen...
official ig kot, bukannya personal ig, nak tulis macam tu PM tepi laaa Biadapnyer megan
Setelah berhabis habisan usaha nak kawin harry.... buat onar lak kat brf Meghan nie mmg dibenci rakyat jelata yek
tak komen tak boleh ke?
ade je bahan kutukan dashat gak bawang garlic aa..semua tak kena
Pages:
[1]