Aking Publish time 8-1-2021 12:59 PM

MISC Terima Kapal Seri Erlang - AKT

Edited by Aking at 14-1-2021 12:48 PM

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cyloe.img?h=840&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Kapal pengangkut etana berskala besar (VLEC) kedua MISC Bhd, Seri Erlang - Foto ihsan MISC

Berita Harian

Mohd Zaky Zainuddin
zaky@bh.com.my

KUALA LUMPUR: MISC Bhd (MISC) menerima Seri Erlang, kapal pengangkut etana berskala besar (VLEC) kedua di limbungan kapal Samsung Heavy Industries (SHI), Geoje, Korea Selatan.

Dibeli oleh MISC pada Julai 2020, kapal VLEC menjadi pembelian kedua daripada enam VLEC, aset yang dibina khas untuk sewaan jangka panjang kepada Zhejiang Satellite Petrochemical Co Ltd (STL).

Seri Erlang akan menyertai kapal pertama dikenali Seri Everest untuk mengangkut etana dari Amerika Syarikat ke China bagi menyokong kemudahan etana STL di China.

Kedua-dua VLEC akan diuruskan unit pengurusan kapal MISC, Eaglestar Shipmanagement Gas (S) Pte Ltd.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MISC, Yee Yang Chien, berkata penerimaan Seri Erlang menjadi permulaan positif awal 2021.

"Kejayaan ini berlandaskan strategi kami untuk menyokong keperluan pasaran etana. Kami menantikan penghantaran empat lagi VLEC pada tahun ini.

"Bermula 2021, kami kekal positif dengan perkembangan industri dan peluang lebih banyak di Asia yang mana kini menjadi pusat permintaan penting bagi pasaran etana," katanya.

Aking Publish time 13-2-2021 04:14 PM

Apa maksud erlang tu?
Pages: [1]
View full version: MISC Terima Kapal Seri Erlang - AKT


ADVERTISEMENT