Aking Publish time 23-1-2021 11:35 AM

Tarik Balik Kuasa Polis Untuk Tentera, Kata Kumpulan Hak Asasi - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cY0r7.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Tentera diberi kuasa sama dengan polis dalam penguatkuasaan PKP.

FMT

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan hak asasi manusia berkata wujud ‘risiko besar penderaan’ dalam memberikan kuasa polis kepada tentera, kerana pasukan bersenjata tidak dilatih untuk menangkap dan menahan orang awam.

Human Rights Watch berkata ini meningkatkan kemungkinan penggunaan kuasa berlebihan.

Sikap kerajaan seolah-olah bermusuhan dengan pendatang tanpa izin meningkatkan risiko penderaan seperti itu, kata timbalan pengarah HRW Asia Phil Robertson.

Katanya, orang ramai kurang peluang mengambil tindakan undang-undang ketika tempoh darurat kerana Ordinan Darurat menghalang pemfailan tindakan seumpama itu terhadap kerajaan atau pegawai awam.

“Undang-undang itu patut disemak segera bagi membuang kuasa polis untuk tentera dan menamatkan kekebalan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kebertanggungjawaban kerajaan perlu dalam menangani wabak Covid-19, bukannya “memberi kuasa sewenang-wenangnya kepada pihak berkuasa.”

Darurat diisytiharkan pada 12 Jan dan seorang menteri kabinet kemudian berkata anggota pasukan bersenjata mempunyai kuasa sama dengan polis untuk menahan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan.

CiliPadiSedap Publish time 23-1-2021 01:07 PM

kalau xsalah buat apa takut? tentera pun ada sop tugasan.

Andyscenes Publish time 24-1-2021 12:27 AM

CiliPadiSedap replied at 23-1-2021 01:07 PM
kalau xsalah buat apa takut? tentera pun ada sop tugasan.

dorg pun ddk rumah, goyang kaki kak. lepas tu, tgh xde kerja. buat onar la

CiliPadiSedap Publish time 24-1-2021 12:40 AM

Andyscenes replied at 24-1-2021 12:27 AM
dorg pun ddk rumah, goyang kaki kak. lepas tu, tgh xde kerja. buat onar la

forumer lama tp nape kredit sikit. mohon kerja keras naikkan kredit

Andyscenes Publish time 24-1-2021 12:45 AM

CiliPadiSedap replied at 24-1-2021 12:40 AM
forumer lama tp nape kredit sikit. mohon kerja keras naikkan kredit

kak, kita SR jelah kat sini. masuk pun kdg, mcm akak juga, kejap ada kejap xde.

Aking Publish time 13-2-2021 04:26 PM

CiliPadiSedap replied at 23-1-2021 01:07 PM
kalau xsalah buat apa takut? tentera pun ada sop tugasan.

Sokong ni {:1_551:}
Pages: [1]
View full version: Tarik Balik Kuasa Polis Untuk Tentera, Kata Kumpulan Hak Asasi - AKT


ADVERTISEMENT