piao Publish time 3-2-2021 05:38 PM

Bagaimana But Timberland Ini Berjaya Menjadi Ikon Hebat Dalam Dunia Fesyen

Bagaimana But Timberland Ini Berjaya Menjadi Ikon Hebat Dalam Dunia Fesyen

Dari jalanan hingga ke pentas peragaan, Timberland 6-Inch Boot merupakan salah satu model but yang sentiasa diingati. Ketahanan serta rekaannya yang ikonik menjadi antara faktor mengapa kasut but ini kekal relevan sehingga ke saat ini.Sejarah but ini bermula pada tahun 1973 apabila Sidney Swartz memperkenalkan model ini untuk kegunaan pekerja pembinaan. Model ini dibuat dengan rapi supaya ia tahan lasak dan dapat bertahan walau dalam apa jua keadaan.https://www.thevocket.com/app/uploads/2020/11/Notorious-B.I.G.jpgSedikit trivia. Nama asal syarikat Timberland adalah Abington Shoe Company. Disebabkan populariti but kuning ini, Nathan Swartz (bapa kepada Sidney Swartz) telah menukar terus nama syarikatnya kepada Timberland pada tahun 1973. Perubahan drastik itu dilihat membuahkan hasil kerana nama Timberland lebih catchy senang diingati.
Menjelang tahun 90an, but Timberland ini turut menjadi pilihan artis ternama terutamanya artis dari genre muzik hip hop. Legenda Notorious B.I.G antara artis hip hop pertama yang kerap menggayakan but Timberland sepanjang hidupnya.
SQBQbuIGIMg
Lama kelamaan, but ini menjadi fashion statement dan turut disarung oleh selebriti terkemuka dunia seperti Kanye West, Jay-Z, Pharrell Williams dan Justin Timberlake. Artis wanita seperti Rihanna dan Gwen Stefani turut menjadikan Timberland sebagai salah satu but yang perlu ada dalam koleksi mereka.Supreme, Mastermind Japan, The North Face, Bathing Ape dan Off-White merupakan antara jenama besar yang pernah berkolaborasi untuk model Timberland 6-Inch ini.Mengapa? Kerana ia memang nampak cantik dan cool apabila disarung di kaki selain tahan lasak dan tahan lama.
https://www.instagram.com/p/CHaJzR1FjT5/?utm_source=ig_embed
Timberland 6-Inch Boot juga merupakan salah satu kasut but terawal yang waterproof, dan kekal begitu hingga ke saat ini. Sempena ulang tahun ke-47 but kuning ikonik ini, Timberland mahu anda berkongsikan kisah ‘What’s Your Yellow Boot Story’.Sebagai permulaan, beberapa individu seperti Yonni, Ethan Chu, Dennis Yin,Azim Yusof, Masia One dan Fiqrie telah berkongsikan kisah mereka bersama but ikonik ini.
https://www.instagram.com/ethanchuchu/?utm_source=ig_embed
sumber : https://www.thevocket.com/bagaimana-but-timberland-ini-berjaya-menjadi-ikon-hebat-dalam-dunia-fesyen/

piao Publish time 3-2-2021 05:39 PM

https://www.thevocket.com/app/uploads/2020/11/supreme-timberland.jpg

belacan_gurl Publish time 3-2-2021 06:18 PM

Tak berapa suka dgn jenama ni... dr.martens boot lagi best

piao Publish time 3-2-2021 07:02 PM

belacan_gurl replied at 3-2-2021 06:18 PM
Tak berapa suka dgn jenama ni... dr.martens boot lagi best

skin head lerr tu ;P

belacan_gurl Publish time 3-2-2021 07:07 PM

piao replied at 3-2-2021 07:02 PM
skin head lerr tu

Hahahahhahaha syuhhhh hahahaha
Pages: [1]
View full version: Bagaimana But Timberland Ini Berjaya Menjadi Ikon Hebat Dalam Dunia Fesyen


ADVERTISEMENT