Resepi Laksa Tumis Kaw, Pekat Melikat Semudah ABC
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/22/002525yuo1pqcq1t2dgfuk.pngAnda pernah cuba laksa tumis? Selalunya kuah laksa adalah versi rebus. Berbeza dengan laksa tumis berkuah pekat ini yang menjadi antara resepi wajib dicuba.
Bahan-bahannya:-
[*]6 ekor ikan sardin
Bahan A
[*]3 biji bawang besar
[*]Belacan 1 inci
[*]Cili kering
Bahan B
[*]Bawang untuk tumis
[*]Daun kesum
[*]Bunga kantan
[*]2 keping asam keping
[*]Garam/serbuk perasa secukup rasa
[*]Air secukupnya
[*]Laksa
Caramemasaknya
1. Rendam laksa dan rebus sehingga lembut.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/22/000555iwdz613v4rcua444.jpg
2.Bersihkan ikan dan rebus bersama asam keping selama 10 minit.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/22/000723iga4t4ctw76anqzn.jpg
3. Asingkan isi ikan dan tulang. Kisarkan berasingan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/22/001028b0t5zhpy4teb1lsn.png
4.Campurkan kesemuanya dan air secukupnya, masak sehingga mendidih.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/22/001028vdpnkh40k6vnmp4z.jpg
4. Rebus cili kering dan kisar bersama bawang dan belacan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/22/001212w5m0e5e6rs9ej229.png
5. Masukkan bawang dan bahan kisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/22/001212l134ici143csjcs4.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/22/001319o28mxtmifint28fo.jpg
6. Tuangkan bahan tumiske dalam kuah isi ikan tadi.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/22/001356sb903hcac9c0hz0g.jpg
7. Masukkangaram/serbuk perasa secukup rasa.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/22/001709x18423c44hcbehjg.jpg
Siap untuk dihidangkan. Laksa boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti salad, hirisan bawang, cili padi, timun, limau kasturi dan nanas dan telur rebus.
Kredit : Puan Ida Idzan via Facebook Masak Apa Hari Ini Lama dah aku buat laksa tumis ni. ;P;P;P.. sarah82 replied at 22-3-2021 01:15 PM
Lama dah aku buat laksa tumis ni. ..
Sedap ke Sarah laksa tumis? makita replied at 22-3-2021 01:34 PM
Sedap ke Sarah laksa tumis?
Sedap.. Tapi kena pastikan cabai tu masak betul.. Resepi asal iols ambik dari fb juga.. Ada seorg makcik kat Kuala Kedah dia buat laksa tumis dan mmg laku keras.. Anak makcik tu share resepi. Mcm senang je nak buat macam sedap je nak makan sedapnya... terliur Tak pernah try lagi ni versi tumis... weekend free2 bolehlah masak rasa apa laksa tumis ni eh? sedap x? macam laksa penang ke? bnyak pulak soalan aku;P Kmi slalu tumis trus dlm piuk.. pastu bru masuk benda2 lain Eh tak pernah dengar pulak laksa tumis. Rasa dia macam makan laksa biasa je ke cemana ? :lol: Selama ni mkn laksa yg rebus je.. boleh cuba buat yg mcm ni pulak.. Favourite..tauu makan je..masak xpandai Menarik dah boleh mula kumpul resepi untuk bulan puasa nanti Terliur tengok.. Selalu makan yg rebus teruih ja.. Tq tt share resepi :loveliness: Nak cubalah..nampak pekat molek kuah die Nampak sedap
sarah82 replied at 22-3-2021 01:55 PM
Sedap.. Tapi kena pastikan cabai tu masak betul.. Resepi asal iols ambik dari fb juga.. Ada seorg...
Laksa tumis ni rasa ala2 laksa johor ke? MissVixen replied at 12-4-2021 04:41 PM
Laksa tumis ni rasa ala2 laksa johor ke?
Laksa Johor kena bahan2 byk kan?Yg ni bahan sama mcm buat laksa kedah biasa.. Cuma tumis saja... Lagi wangi. sarah82 replied at 12-4-2021 04:47 PM
Laksa Johor kena bahan2 byk kan?Yg ni bahan sama mcm buat laksa kedah biasa.. Cuma tumis saja... ...
Tak tahu juga. Selalu makan je. Tengok warna kuah macam sama. Hehe.
Pages:
[1]
2