azmi_hisham Publish time 9-8-2006 06:46 PM

Untuk renungan semua.. rapuhnya pegangan agama mereka..

Rahsia Cinta Wanita Melayu

Berikut ialah artikel yang diterjemah dari laman web sebuah gerakan Kristian di Australia menceritakan kehidupan orang-orang Melayu yang murtad di Malaysia.


Wanita Islam yang berkongsi rahsia cinta disiarkan pada 28/06/2006

Islam, bukan seperti budaya Barat yang tertumpu kepada kebebasan seks, yang membentuk realiti harian satu pertiga dunia penganut Anglican. Wanita Melayu yang masuk Kristian terpaksa hidup dalam dua alam. KATRIN ARNHOLZ menemuramah salah seoarang daripada mereka.

Dibawah gambar Kamariah (bukan nama sebenar) pada kad pengenalannya dinyatakan bangsa. Dibawahnya jantina, dan pada kiri ditulis : Islam. Akan tetapi wanita berusia 28 tahun ini yang memakai cermin mata bersegi dengan senyuman lebar adalah seorang Kristian. Dia datang dari kumpulan bangsa yang terbesar di Malaysia iaitu Melayu. Mengikut perangkaan rasmi, bangsa Melayu terdiri dari 65% penduduk. Di Malaysia, menurut Kamariah, seorang Melayu adalah Islam menurut definisi. Seorang Melayu ialah Islam. Noktah, katanya. Sedikit yang berani tampil ke tengah masyarakat jika mereka masuk Kristian.

Seorang lelaki yang mengisytiharkan secara terbuka keluar Islam ialah pelayar terkenal, Azhar Mansor, pada tahun 1999 telah mengelilingi dunia dalam tempoh 190 hari dengan bantuan satu enjin. Tiang utama layarnya patah di Tanjung Pengharapan (Cape Horn).

Walaubagaimanapun dia berjaya sampai ke Kepulauan Faulkland untuk membaiki layarnya. Apa yang berlaku antara tanjung dan kepulauan tersebut adalah spekulasi. Di internet ramai orang Islam tertanya-tanya samada Mansor yang tidak lagi menetap di Malaysia benar-benar keluar dari Islam. Dan banyak juga perbincangan di kalangan orang Kristian.

Menurut versi cerita Kamariah, Mansor hampir lemas di laut, diselamatkan oleh ikan lumba-lumba, dan kemudian muncul Jesus.

Lina Joy tidak bermaksud untuk menjadi terkenal apabila dia meminta secara rasmi untuk keluar Islam pada tahun 2001. Dia berjaya menukar namanya dari Azlina Jailani ke Lina Joy, akan tetapi Jabatan Pendaftaran Negara menolak untuk membuang perkataan Islam pada kad pengenalannya. Keputusan tersebut, bukannya tanggungjawab jabatan kerajaan berkenaan, tetapi diputuskan oleh Mahkamah Syariah mahkamah di Malaysia yang mengawasi umat Islam mematuhi ajaran Islam. Apa yang tidak menyebelahi Lina Joy ialah apabila hakim berkata , Memandangkan plaintif seorang Melayu, dia terikat kepada perundangan Islam sehinggalah dia mati.

Dia telah banyak kali merayu keputusan tersebut, dan rayuannya yang terkini akan didengari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah akan ditentukan samada Mahkamah Syariah mempunyai kuasa perundangan terhadap mereka yang ingin keluar dari Islam. Artikel 11 (dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia) menjanjikan kebebasan beragama. Benar untuk agama lain tetapi tidak untuk orang Islam yang ingin keluar dari Islam. Kata Kamariah lagi.

Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun adalah satu-satunya orang Melayu yang berada di gereja antarabangsa. Ramai orang Melayu Kristian menyembunyikan diri dan berjumpa secara rahsia, menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarkan sebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariah akan memulakan perrniagaan pengurusan perkahwinan. Tetapi dia ingin meluaskan lagi perniagaannya : ianya termasuk khidmat pra-perkahwinan percuma. Khidmat
nasihat perkahwinan tersebut berlandaskan prinsip-prinsip dalam Bible. Kamariah telah mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan ianya telah diluluskan.

Kad pengenalan orang Islam yang keluar Islam menjadi masalah bila mereka hendak berkahwin, kerana menurut hukum Islam, hanya seorang Islam boleh berkahwin orang Islam yang lain.

Hanya satu cara untuk kahwin secara sah, iaitu mengahwini seorang Melayu Kristian lain yang atas kertas masih lagi seorang Islam, menurut wanita muda tadi. Akan tetapi anak-anak kami akan menjadi orang Islam diatas kertas, dan anak mereka seterusnya, dan kitaran ini tidak akan terhenti. Tetapi jika kita ingin menukar kad pengenalan, ianya tidak akan berlaku tanpa masalah. Mahkamah Syariah boleh membuat keputusan untuk memenjarakan saya, kata Kamariah. Oleh itu dia tidak lagi berfikir sekarang untuk berkahwin atau menukar kad pengenalannya, dan dia hidup seperti kebanyakan yang belum berkahwin di Malaysia bersama-sama ibu bapanya yang Islam. Mereka tidak tahu anak mereka seorang Kristian. Di sini saya harus berhati-hati dengan siapa saya bercakap, menurut Kamariah. Ada orang Melayu yang toleran tetapi yang lain tidak ragu-ragu lagi akan menghadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Jika mereka tidak melaporkannya, kemudian mereka akan berfikir mereka bersubahat untuk melindungi saya dan itu adalah tidak baik dalam Islam.

Kamariah masuk Kristian dalam tahun 2000 selepas dua tahun menjalinkan hubungan dengan seorang Cina Kristian. Saya sentiasa iri hati, dia mempunyai hubungan dengan Tuhan dia. Tuhan saya adalah jauh, tidak boleh dicapai, katanya lagi. Doa dia dijawab. Doa saya tidak. Jadi Kamariah pada satu hari menyerahkan dirinya kepada Jesus. Sejak itu banyak telah berubah. Walaupun dia tidak bercakap mengenai Kristian dengan ibu bapanya, dia bersembahyang di rumah. Tiba-tiba emak saya menanggalkan hiasan ayat Quran daripada dinding dan menggantung gambar bunga, katanya riang. Satu hari, dia berharap, dia tidak perlu lagi menyembunyikan kepercayaannya. Saya harap lebih ramai Melayu Kristian akan keluar ke tengah masyarakat dan pergi ke gereja dan berjumpa secara terbuka. Itu akan menjadi satu kejayaan dalam masyarakat kita.

azmi_hisham Publish time 10-8-2006 01:26 PM

Azlina Jailani (Lina Joy) telah menang di makhamah .... pertubuhan
melayu murtad telah diluluskan ... sebar kan dan berdoa semoga umat
islam selamat .. persatuan melayu kristian telah sah ditubuhkan di
malaysia.. injil telah dicetak dan diedar ... IFC telah membuat
roadshow besar-besaran sokong kebebasan agama ......:(

kubus Publish time 10-8-2006 01:31 PM

Reply #82 azmi_hisham's post

ni kan SMS/ email palsu??
ada gak yg dlm nak fight lawan kes lina joy ni, pi duk wat fitnah..

alahai Publish time 11-8-2006 01:50 AM

Originally posted by kubus at 10-8-2006 01:31 PM
ni kan SMS/ email palsu??
ada gak yg dlm nak fight lawan kes lina joy ni, pi duk wat fitnah..

sat nak tanya, kes lina joy masih dok turun naik mahkamah atau dah settle?
kat bod CI tu ada, tapi meluat sungguh tgk. mamak sekoq tu, malas nak baca..

yanalissa Publish time 11-8-2006 08:24 AM

Originally posted by alahai at 4-8-2006 05:47 AM
ni la rupa lina joy...
http://img.photobucket.com/albums/v254/alahai/linajoy2.jpg



ooo...ni la rupa lina joy........
rupa x macam melayu pun......

alahai Publish time 11-8-2006 10:00 AM

Reply #85 yanalissa's post

jowo la yana...

psychomaniac Publish time 12-8-2006 03:52 PM

Agama aku bukan untuk diperkotak-katikkan....
Agama aku bukan untuk diperleweh dan dipersendakan...
Selagi masih bernyawa...selagi itu Islam kujunjung!

Lina Joy...u rS.U.C.K !

mr_mrs_smith Publish time 12-8-2006 04:20 PM

:pray::pray::pray:

gambiaq Publish time 14-8-2006 08:55 AM

ANOTHER OPINION....... (copinpaste)

Di dalam usaha Lina Joy menukar agama dan menukar status dirinya, perdebatan berlaku di antara peguam dan kehakiman di Malaysia. Yang menyedihkan apabila peguam beliau juga terdiri dari orang Islam. Semua mereka ini buta hati dan jiwa di dalam mengekar kedunian, wang dan harta. Tidak mustahil dunia kafir akan bersekongkol dengan Lina Joy untuk memenangi kes ini kerana untuk masa depan Kristian keseluruhannya. Satu Kemenangan ini akan membawa kepada kecemerlangan usaha MURTAD. Tidak mustahil, selepas ini angka 100,000 orang yang MURTAD akan melonjak ke angka yang lebih besar sekiranya keputusan Mahkamah menyebelahi LINA JOY.
Di dalam sesuatu perdebatan, perkara yang tidak boleh dipertikaikan adalah penggunaan AL-QURAN. Kerana itu UMNO cukup bimbang berdebat dengan PAS kerana mereka tidak tahu terjemahan dan tidak tahu penggunaan ayat Al-Quran. Sepotong ayat sahaja mampu menutup semua mulut. Begitu lah besarnya Mukjizat Al-Quran itu.





MEMPERGUNAKAN

Surah Al-Baqarah ayat 256, digunakan dalam usaha memenangi kes MURTAD LINA JOY. Adalah menjadi perkara yang PELIK apabila ayat Kitab Islam digunakan untuk menolak Islam itu sendiri, manakala peguam yang juga Islam digunakan untuk menolak ISLAM itu. Begini lah akhir zaman dan tidak mustahil segalanya berlaku kerana umat dan pemimpin Islam sendiri tidak mendalami Islam. Maka terjadilah perkara-perkara yang bakal membunuh ISLAM, tanpa kita sedari.

Mari kita lihat kepelbagaian tafsiran surah Al-Baqarah yang dijadikan sandaran kepada Anti Islam untuk menyerang dan memperlekehkan Islam. Kenapa Surah Al-Baqarah dipilih untuk merealisasikan kemenangan Lina Joy?

TERJEMAHAN AYAT

Dibawah ada 3 terjemahan. Di dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia. Jika kita cukup bijak di dalam berbahasa, mungkin ia jelas nampak bezanya.

Terjemahan di dalam bahasa Inggeris Surah Al-Baqarah (Ayat 256) *There is no compulsion in religion. Verily, the Right Path has become distinct from the wrong path. Whoever disbelieves in T?gh?t and believes in All?h, then he has grasped the most trustworthy handhold that will never break. And All?h is All-Hearer, All-Knower."

Terjemahan di dalam Bahasa Malaysia Surah Al-Baqarah (Ayat 256) Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Terjemahan di dalam Bahasa Indonesia Surat Al~Baqoroh (2): 256 Tidak ada paksaan untuk MEMASUKI agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Di dalam 3 terjemahan di atas, terdapat perbezaan yang sedikit, membawa makna yang besar. Lihat terjemahan di dalam Bahasa Indonesia, perkataan MEMASUKI itu seperti kecil tetapi sangat besar ertinya. Ia menjelaskan bahawa ISLAM tidak pernah mengajak penganut agama lain di dalam menyertai Islam, ia lebih bersikap terbuka, tidak memaksa, redha, rela dan bersetuju . Manakala LARANGAN sebenarnya adalah kerana meninggalkan Islam, yakni MURTAD. Lantas adanya HUKUM BUNUH dan sebagainya. Itu kita WAJIB tahu.

Nampak mudah, tetapi sebenarnya sepotong ayat membawa makna yang berlainan MEMASUKI di dalam terjemahan Bahasa Malaysia dan Inggeris, secara tidal langsung bermaksud keluar Islam pun boleh.

Begitulah bahayanya jika AL-Quran diterjemahkan oleh orang yang ingin mengambil kesempatan atau tidak sedar akan kesilapan.

INJIL BERUBAH KE BIBLE

Kita semua tahu bahawa Bible adalah merupakan larutan dari Kitab Injil. Berita-berita memberitahu bahawa Injil Sebenar disimpan dan dielak dari dibaca oleh penganut Kristian sendiri.

Ini adalah kerana pada zaman King Arthur banyak bahasa dan pengertian INJIL diubah dari Bahasa Arab kepada bahasa Inggeris. Hanya dengan salah menggunakan bahasa dan terjemahan, kita melihat penganut Kristian tersasar jauh dari INJIL sebenar.

Perubahan terjemahan boleh salah ertikan dan diperdebatkan seperti yang berlaku sekarang. Lantas Penganut Kristian menjadi ragu-ragu akan INJIL itu sendiri lantas merosakkan kehidupan penganut Kristian mereka seperti mereka itu bersikap seperti tiada agama. Arak, pelacuran, judi dan pelbagai lagi perkara munkar berlaku kerana mereka hilang percaya.

USAHA PENTERJEMAHAN

Menterjemah merupakan salah satu kerja dan punca pendapatan. Namun jangan sekali-kali terlibat sama di dalam menyalah-tafsirkan Al-Quran. Implikasinya mungkin bukan sekarang tetapi akan datang dan membawa kemudharatan kepada Islam seluruhnya.

Terjemahan AlQuran ke dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris sudah lama dilakukan. Tetapi kesempatan ini baru sekarang digunakan oleh mereka yang anti Islam. Manakala orang Islam seperti terdiam tidak berkata apabila musuh Islam datang menyerang dengan menggunakan Al-Quran.

Malah memalukan apabila, keadaan sekarang ini melihatkan Islam diserang oleh Orang Islam yang ingin murtad, dibantukan oleh Peguam Islam yang menggunakan Kitab Islam sendiri. Kafir dan lakhnat hanya memerhatikan diluar sambil memberikan sokong padu di dalam bentuk wang dan semangat. Entah berapa juta yang sudah dilaburkan, kita sendiri tidak tahu. Tapi penulis yakin ianya angka yang besar.

BAGAIMANA DENGAN TERJEMAHAN AYAT YANG LAIN?

Mungkin ini hanya berlaku pada satu ayat ketika ini dan tidak mustahil akan ada terjemahan lain yang boleh diselewengkan mengikut rentak hati dan tujuan masing-masing.

Manusia sememangnya terdorong untuk melakukan perkara yang dilarang. Sikap kita masih seperti anak-anak. "Jangan memanjat" tetapi itu lah yang kita mahu. Sentiasa mencari ruang untuk mengejar keduniaan. Tidak fikirkan dengan siapa kita bersekongkol dan untuk apa kita sekongkolkan. Hanya mengikut nafsu supaya orang lihat kita kaya, berduit dan berharta.

ISLAM DAN KEMENANGAN

Dahulu Islam mempunyai ahli debat yang HEBAT, Allahyarham AHMAD DEEDAT. Selepas kematian beliau, kita terasa seperti kehilangan taring. Musuh Islam bukan sahaja menyerang terang-terangan dalam menghantar bom dan askar, mereka semakin bijak menyerang menggunakan ayat dan cara Islam sendiri.

Islam dibiarkan kalah dalam keliru. Itu lah hakikatnya yang berlaku pada Islam sekarang dan masa akan datang, ia mungkin lebih teruk lagi. Islam diserang menggunakan ALQURAN kerana Islam sendiri menjauhi ALQURAN.

Sudah banyak terjemahan dilakukan di Malaysia, begitu juga yang telah diedarkan. Adakah kita bersubahat melakukannya? Kita sebenarnya tidak sedar jika sehari 1 perkataan diubah, kerana kita tidak pernah pun MENGAMBIL BERAT.

psychomaniac Publish time 14-8-2006 07:15 PM

Islam tak membenarkan murtad kerana ingin menjaga kesucian Islam sendiri. Tidakkah agama murni ini akan dipandang remeh kalau Islam senang2 bagi kita murtad sesuka hati? Jangan biarkan agama lain memandang Islam sebagai agama yang senang untuk dipersendakan. We as a Muslim...have a right to protect our religion!!!

qasih Publish time 16-8-2006 06:17 AM

....Nauzubillah....amat menyedih kan kes murtad ni...

kubus Publish time 16-8-2006 12:07 PM

tiada paksaan dalam agama tu, bukankah bermaksud dlm menjalankan ibadat agama? bila diselewengkan, jadi la 'tiada paksaan memasuki islam'
Kalau lah 'tiada paksaan memasuki islam', kenapa hukumnya murtad ialah hukum bunuh? ini memberi makna ygkita tak boleh murtad sewenang2..
Tapi bila benda2 mcm ni disalahertikan, mengikut kesesuaian individu, itu yg timbul huru hara tu..

azmi_hisham Publish time 16-8-2006 02:49 PM

Masalah sebenar ialah Perlembagaan Malaysia yang bercanggah dalam bahagian2 tertentu. Perlembagaan Malaysia ditulis waktu selepas merdeka.. dan waktu itu masih lagi org putih menjawat jawatan besar dlm kerajaan. Rasanya macam depa dah jangka akan berlaku kes spt ini..

Melayu bermaksud Islam(artikel 3 ker 4 tah).. tapi rakyat Malaysia bebas memeluk agama apa2 pun(artikel 11)...
Susah sangat tulis balik Perlembagaan Malaysia iaitu tukar jer org Melayu tak terikat dgn artikel 11.. hanya bangsa lain jer terikat dengan artikel 11.

azmi_hisham Publish time 16-8-2006 06:34 PM

Got it from email...

Please check.. same person or not..

http://img.photobucket.com/albums/v390/azmi_hisham/PeguamPengkhianatIslam.jpg

alahai Publish time 17-8-2006 06:33 AM

Originally posted by azmi_hisham at 16-8-2006 06:34 PM
Please check.. same person or not..

http://img.photobucket.com/albums/v390/azmi_hisham/PeguamPengkhianatIslam.jpg


orang malaysia ka dia ni?

kubus Publish time 17-8-2006 09:11 AM

Azmi, cuba check tengok, Hakim kes Lina B*b* ni sapa? dengaq kata Hakim Cina, kawen ngan melayu murtad? betoi ka? just nak confirmation..kadang2 bila ader citer2 sensasi ni, byk pulak citer2 tak betul yg keluaq..

azmi_hisham Publish time 23-8-2006 06:27 PM

Gambaq lagi..

Originally posted by kubus at 17-8-2006 09:11 AM
Azmi, cuba check tengok, Hakim kes Lina B*b* ni sapa? dengaq kata Hakim Cina, kawen ngan melayu murtad? betoi ka? just nak confirmation..kadang2 bila ader citer2 sensasi ni, byk pulak citer2 tak be ...


aisey.. I dapat pundari email kekawan jer.. nak nyiasat kena pegi makamah ler nampaknyer..:P:P

ni plak barisan peguam Lina Joy dan Joy tu sendiri...


http://img.photobucket.com/albums/v390/azmi_hisham/990e7xxxxx.jpg

Lina Joy tu yang blakang tu kut.. ala2 Cina skit.. 5 dari kiri..

Mamak peguam yg aku post kat atas yg blakang tu.. 3 dari kiri..

alahai Publish time 23-8-2006 10:37 PM

satgi aku tempek surat dia (lina joy )dibaptist kan...

alahai Publish time 24-8-2006 02:57 AM

http://img.photobucket.com/albums/v254/alahai/pic32765.jpg

alahai Publish time 24-8-2006 02:58 AM

http://img.photobucket.com/albums/v254/alahai/pic19601.jpg
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8
View full version: ..:: KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN ::..


ADVERTISEMENT