Syd Publish time 26-7-2006 05:09 PM

Anak degil, tanda cerdik

Anak degil...tanda cerdik

Namun begitu, walau sebijak atau secomel mana pun anak-anak ini, tetapi jika bersikap degil dan keras kepala, sudah tentu akan memeningkan ibu bapa.

Kadang-kadang kebanyakan ibu bapa tidak terlayan dengan kerenah anak mereka yang degil serta keterlaluan.

Walau bagaimanapun, bagi ibu bapa tidak perlu gusar dan risau kerana sifat degil yang ada pada setiap anak-anak di peringkat usia empat ke lapan tahun merupakan fitrah semula jadi mereka.

Anak-anak dalam usia ini, akan mengalami satu proses berfikir yang dicanai oleh proses tumbesaran.

Perasaan ingin mencuba dan semangat ingin tahu menyebabkan anak-anak itu terdorong untuk melakukan perkara yang bertentangan serta tidak mendengar nasihat.

Pensyarah Psikologi Komunikasi dari Jabatan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Zamri @ Mua'ati ketika dihubungi menerangkan, cara anak-anak berfikir sangat mu-dah dan mereka hanya berfikir apabila diberitahu sahaja.

Katanya, apabila otak membesar, anak-anak akan responsif dengan apa yang dilihat dan menyebabkan mereka ingin mencuba terutamanya sesuatu yang baru.

"Kedegilan pada anak-anak merupakan satu perkembangan yang sihat kerana dia mempunyai semangat ingin mencuba.

"Apabila mereka mempunyai respons terhadap apa yang dilihat, sudah tentu anak-anak ini akan melakukan apa sahaja yang dibuat oleh orang lain sebagai contoh, memanjat tangga,'' katanya.

Beliau tidak menafikan anak-anak yang degil adalah anak-anak yang bijak kerana apa yang dialami oleh mereka menyebabkan mereka cepat berfikir dan bertindak terhadap apa jua yang dilakukan.

Sifat degil yang bertempat sebenarnya membawa kebaikan kepada anak-anak itu sendiri.

Sifat positif ini secara langsung menunjukkan anak-anak itu mempunyai prinsip serta mempunyai harga diri yang tinggi.

"Mereka ini berpendirian dan mempunyai maruah yang tinggi jika kedegilan mereka itu kena pada tempatnya, seterusnya anak-anak itu tidak mudah tunduk pada kata-kata orang lain,'' katanya.

Malah, anak-anak akan ber-tambah degil jika ibu bapa menghalang segala tindak-tanduk yang dilakukannya.

"Ibu bapa tidak sepatutnya menghalang apa sahaja yang ingin mereka lakukan, tetapi perlu mengawasi setiap pergerakan anak selain mengasuh mereka dengan cara yang betul,'' terangnya.

Zamri turut menyangkal pendapat mengatakan kedegilan anak-anak berpunca daripada kesilapan ibu bapa yang tidak pandai mengasuh anak mereka.

"Tidak benar anak degil disebabkan salah asuhan, tetapi kenalah awasi selalu setiap pergerakan mereka,'' katanya.

Ini kerana kanak-kanak hanya memberi perhatian pada sesuatu perkara sekejap sahaja. Jadi jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan menarik perhatian mereka kepada perkara yang lain.

"Ibu bapa boleh menarik perhatian anak-anak dengan menggunakan pujukan dan cara berkomunikasi dengan betul sehingga mereka faham mengapa dan kenapa kita melarang dia melakukan sesuatu,'' jelasnya.

Katanya lagi, ibu bapa harus belajar cara berkomunikasi yang betul dengan kanak-kanak untuk memudahkan mereka berhadapan dengan pelbagai situasi yang melibatkan sikap dan tabiat anak mereka.

Sebelum itu perlulah diingatkan, untuk mengajar anak bukan hanya dengan cara menggunakan kekerasan seperti memukul.

Meninggi suara atau menengking anak yang degil juga bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tetapi jika tahu caranya perkara yang susah akan menjadi mudah.

Paling utama ibu bapa perlu bersabar dengan kerenah anak-anak dan luangkan lebih ba-nyak masa untuk memahami kerenah mereka.

Ibu bapa juga patut bertanya atau mengajak kanak-kanak berbual, sekurang-kurangnya untuk mengetahui masalah yang dihadapi mereka.

Tambah Zamri lagi, kedegilan kanak-kanak juga adalah mengikut persekitaran di mana dia berada dan kebiasaannya sikap degil hanya di peringkat kanak-kanak sahaja.

Mereka berubah sedikit demi sedikit apabila mencecah usia dewasa.

crv Publish time 27-7-2006 08:17 AM

Originally posted by Syd at 26-7-2006 05:09 PM
Anak degil...tanda cerdik

Namun begitu, walau sebijak atau secomel mana pun anak-anak ini, tetapi jika bersikap degil dan keras kepala, sudah tentu akan memeningkan ibu bapa.

Kadang-kadang ke ...


Lega rasa bila dah baca artikel ni.anak crv pun degil jugak apa yg kita tak kasi tu yg dia nk buat. anyway thanx syd.

Syd Publish time 27-7-2006 09:59 AM

memang macam tuh
mak saya selalu ckp

budak degil mmg tandanya cerdik
cuma kita jerk kita monitor

lagi satu, kalau budak nangis
pun elok gak

tapi bukan yang kejap2 nangis, kejap2 nangis

lya Publish time 1-8-2006 03:00 PM

bagus artikel ni, thanks syd..
anak aku 3+ years pun degil yg amattt..

sahira Publish time 1-8-2006 04:03 PM

Reply #4 lya's post

bagus..lega skit hati nih..
pening tul dgn anak sahira yg degil nih..
xnak dgr ckp tul..

tina^^ Publish time 7-8-2006 10:57 AM

sbb tue lah org tua2 panggey budak2 mcm nie "budak bertuah"

jgnler panggey derang budak degil...degil ler jadiknyer..kata2 makpak tue kan doa.

panggey bertuah..semakin hari semakin bertuah! :bgrin:

^_^Angel Publish time 7-8-2006 01:33 PM

Doter angel baru berumur 1 tahun 7 bulan...suka naik sana sini. Marah pun bukannya dengar. Kira degil juga ke?

sahira Publish time 7-8-2006 01:58 PM

Originally posted by tina^^ at 7-8-2006 10:57 AM
sbb tue lah org tua2 panggey budak2 mcm nie "budak bertuah"

jgnler panggey derang budak degil...degil ler jadiknyer..kata2 makpak tue kan doa.

panggey bertuah..semakin hari semakin...

sahira pun xpernah panggil degil depan anak sahira..
nak panggil la budak bertuah, insyallah bertuah kan..
biasa la budak laki, lasak sgt..

yen_mamayen Publish time 8-8-2006 04:51 PM

heheee...anak aku yg sulong tu rasenye degil... asik nak ikot cakap die aje...
siap menghempas2 badan kat lantai... ngeri aku...

tp mmg aku perati die cepat tangkapla ape yg die dgr/lihat...
wpon ckp tak bape btol sgt...

misy Publish time 10-8-2006 12:33 PM

anak misy pun cam tu, sentiasa mencabar kesabaran, kekdang tu dari larang cakap jangan misy suruh pulak... keadang jalan jugak tektik ni..

ada sedara cadangkan minta berubat atau mina air kat ustaz, tapi my mom tak bagi, dia cakap jadi bodoh budak tu nanti....maybe ada kaitan kot degil dengan pandai ni...

KakFie Publish time 10-8-2006 01:43 PM

apa pun salurkanlah "degil" tu ke tempat yag betul.Walau cerdik dan degil camanapun kita tetap boss.   Equip diri kita dengan pelbagai ilmu pengetahuan sebab kena prepare nak debate/argue secara berhikmah dengan anak yang degil/cerdik ni.Umur 2/3 tahun ok lagi.Tapi bila dah umur 6/7 tahun degilnya lain pulak.Kalau degil dia tu atas perkara-perkara yang tak elok kita kena point out jugak. Janganlah sebab artikel tu kata degil tu tandanya cerdik kita dah cepat selesa.Perjalanan masih panjang.

[ Last edited byKakFie at 10-8-2006 01:45 PM ]

spidernfly Publish time 10-8-2006 07:57 PM

Originally posted by KakFie at 10-8-2006 03:43 PM
apa pun salurkanlah "degil" tu ke tempat yag betul.Walau cerdik dan degil camanapun kita tetap boss.   Equip diri kita dengan pelbagai ilmu pengetahuan sebab kena prepare nak debate/a ...

i agree with you la kak fie :)

degil without any guidance & supervision pun, tak menjadi. cerdik ke lain pergi nye tu karang

:off: kak fie... i tgh sibuk nak pindah ni.. :(

KakFie Publish time 10-8-2006 09:28 PM

Originally posted by spidernfly at 10-8-2006 07:57 PM


i agree with you la kak fie :)

degil without any guidance & supervision pun, tak menjadi. cerdik ke lain pergi nye tu karang

:off: kak fie... i tgh sibuk nak pindah ni.. :(

laaa....nak pindah ke mana spid?

spidernfly Publish time 11-8-2006 07:02 AM

Originally posted by KakFie at 10-8-2006 11:28 PM


laaa....nak pindah ke mana spid?

just nearby... the next suburb. thus we have couple of appoinments to view several houses. my lease for this current house expires this september. mula ingat malas nak pindah but tetiba my hubby ajak gi cari rumah baru pulak....

spidernfly Publish time 11-8-2006 07:16 AM

waktu naughty....



http://i73.photobucket.com/albums/i232/zdeteis/Scan10028.jpg

spidernfly Publish time 11-8-2006 07:16 AM

** sorry...terbusat pulak gambarnyer

KakFie Publish time 11-8-2006 08:16 AM

Originally posted by spidernfly at 11-8-2006 07:02 AM


just nearby... the next suburb. thus we have couple of appoinments to view several houses. my lease for this current house expires this september. mula ingat malas nak pindah but tetiba my hubb ...

I see....tak pelah bertukar angin pulak.Different experience and environment   for your sons jugak.

KakFie Publish time 11-8-2006 08:20 AM

Originally posted by spidernfly at 11-8-2006 07:16 AM
waktu naughty....



http://i73.photobucket.com/albums/i232/zdeteis/Scan10028.jpg

Hah.hah..cheeky duos. :)

Ape bende tu spid...talcum ke flour or something else?
I can vividly remember those days with wall to wall carpet and a 3 yo....arrrggghhhhh.....:geram:

spidernfly Publish time 11-8-2006 08:43 AM

Originally posted by KakFie at 11-8-2006 10:20 AM


Hah.hah..cheeky duos. :)

Ape bende tu spid...talcum ke flour or something else?
I can vividly remember those days with wall to wall carpet and a 3 yo....arrrggghhhhh.....:geram:

talcum... worst is actually lotion.. tu tak snap picture coz i was PISSED!!!! dah berkali-kali cakap not to do it.

KakFie Publish time 11-8-2006 08:49 AM

Originally posted by spidernfly at 11-8-2006 08:43 AM


talcum... worst is actually lotion.. tu tak snap picture coz i was PISSED!!!! dah berkali-kali cakap not to do it.

Selaluinya sorang pun dah pening spid, apa lagi dua orang.
:bgrin:

Anyway...GREAT MINDS THINK ALIKE.You are blessed withtwo great minds there....:)
Pages: [1] 2
View full version: Anak degil, tanda cerdik


ADVERTISEMENT