Syd Publish time 4-6-2007 09:08 AM

nyelit gak skit...

Kubu Portugis tidak perlu dibina

CADANGAN Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk membina semula kubu Portugis di Melaka seharusnya dikaji semula. Memang benar, kubu itu sebahagian daripada warisan Melaka, tetapi ia bukanlah warisan yang perlu kita beri peruntukan berjuta-juta ringgit untuk membinanya kembali.

Pada pandangan saya, jika ada pihak di negara ini meminta kerajaan Portugal membiayai kos pembinaan semula kubu itu, mereka mungkin sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih besar daripada RM12.8 juta.

Kenapa mereka sanggup membayarnya? Sebab pembinaan semula kubu itu akan memberi kegagahan kepada sejarah penjajahan Portugis.

Para penyelidik mengatakan dokumen lama Portugis mencatatkan bahawa kubu itu dibina dengan batu-batu yang diambil dari masjid dan kubur di Melaka.

Kubu itu sebenarnya didirikan daripada runtuhan simbol Melayu dan Islam.

Dan kini kita mahu membina semula 憌arisan

CRK Publish time 4-6-2007 09:18 AM

ada yg setuju ada yg tidak. pd aku bukan kita nak mengenang kekuatan penjajah portugis, tapi menghargai warisan sejarah utk dijadikan sbg iktibar pd semua. pd aku kalau nak pulihara lebih dlm bentuk yg telah roboh sama spt ketika penemuannya, bukan dibina semula utk sama spt bentuk asal.

Syd Publish time 5-6-2007 09:15 AM

Sokong tidak bina kubu Portugis

SAYA tertarik membaca pandangan Kawan Cicit Baba Melaka mengenai usaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk membina semula kubu Portugis di Melaka.

Alasan yang diberikan oleh Kawan Cicit Baba Melaka bahawa kubu Portugis itu dibina daripada keruntuhan simbol Islam dan Melayu perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Lebih-lebih lagi kubu asalnya dibina daripada batu-batu masjid dan kubur orang Islam yang mati sebelum Portugis menawan Melaka pada tahun 1511.

Tidak guna nanti kita berasa gah dengan kubu yang dibina semula itu sedangkan ia tidak memberi sebarang makna kepada semangat kita sebagai sebuah bangsa berdaulat.

Elok kerajaan kaji balik rancangan itu.

Tak payahlah kita buat semula kubu penjajah tersebut.

Peruntukan yang disediakan untuk projek itu boleh dialihkan untuk pelbagai program melindungi warisan lain yang lebih berfaedah.

Pada pandangan saya, tumpuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Melaka sahaja adalah tidak adil.

Kesultanan Melayu di Kedah, misalnya, juga mempunyai tinggalan-tinggalan kota yang hebat, malah usia kerajaannya telah menjangkau 1,000 tahun.

Kesultanan Kedah yang ada sekarang kesinambungannya telah berusia hampir satu milenium.

Malah pandangan sesetengah ahli sejarah bahawa Islam bertapak lebih awal di Kedah daripada di Melaka menunjukkan kita juga perlu memberi perhatian kepada sejarah negeri lain di Malaysia selain Melaka.

Sebagai contoh, tokoh sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof pernah menulis mengenai kewujudan pusat pentadbiran pertama kerajaan Melayu Islam di Kedah di Kota Bukit Meriam. Kota itu terletak di selatan Kedah.

Kota tersebut dibina sesudah bertapaknya Islam secara rasmi di negeri itu pada tahun 1136 Masihi ekoran pengislaman Sultan Mudzaffar Shah, menurut ahli sejarah itu.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan patut berusaha mencari tapak Kota Bukit Meriam, kaji pelan asalnya dan bina semula kubu kota itu.

Saya percaya pembinaan semula Kota Bukit Meriam akan lebih bermanfaat kepada bangsa kita berbanding mencantikkan kubu Portugis di Melaka.

Menjadikan pembinaan semula Kota Bukit Meriam sebagai projek nasional, jika menjadi kenyataan, adalah lebih berguna daripada memegahkan penjajahan kuasa Kristian Eropah di negara kita.

Cadangan membina semula kubu Portugis ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50 adalah satu langkah yang tidak sensitif.

pisang69 Publish time 5-6-2007 09:24 AM

kumpul batu2 tembok tu...kasi humban kat portugal sana...:lol:

Syd Publish time 6-6-2007 09:04 AM

Lagi bantah cadangan bina kubu Portugis

Peranan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan antara lain ialah bersangkutpaut dengan harta peninggalan yang dianggap sebagai 憌arisan

HangPC2 Publish time 17-12-2009 01:02 PM

http://images40.fotki.com/v1248/photos/9/950864/6374254/DPP_0166-vi.jpg

http://images39.fotki.com/v1283/photos/9/950864/6374254/DPP_0167-vi.jpg

http://images38.fotki.com/v1270/photos/9/950864/6374254/DPP_0174-vi.jpg

http://images39.fotki.com/v1284/photos/9/950864/6374254/DPP_0177-vi.jpg


Sources : http://www.fotki.com/alvinpoh

http://www.flickr.com/photos/alvinpoh/


anne83 Publish time 17-12-2009 02:01 PM

ape makna gambar tembok tuh? adekah dah rebuilt?

maRgeRin Publish time 18-12-2009 10:29 PM

belum rebuilt lah..sy pegi last week..tembok tu masih di tempat asal (dalam kawasan korekan tanah) di pagar dengan plastik macam polis seal crime scene tu.. pastu sebelah tu ada khemat kecik yang ada tampal penerangan gambar-gambar yang berkaitan tembok

arisa_imamura Publish time 19-12-2009 12:52 AM

bes nya kerja arkeologis ni..makan hati iols

blacksun Publish time 7-11-2011 09:32 AM

peninggalan penjajah ni jadikan bahan sejarah, peringatan n commercial.,,tu je

blacksun Publish time 7-11-2011 09:40 AM

kerana portugis dah hancurkan semua peninggalan melaka, kite bangunkan balik .kalau dulu boleh nk bina balik afamosa, ape kata bina balik istana melaka, kapal di raja melaka, apa2 peninggalan kesultanan melaka. replika istana melaka tu istana kayu, aku percaya mesti pernah ada istana batu + kayu di melaka, masjid batu yg grand.
so kita kaji dan bina balik.
kesultanan melaka layak diberi penghormatan tu sbb dorang yg plg berjaya maju kan melaka. melaka bawah portugis, belanda british xde benda

anomego Publish time 7-11-2011 12:19 PM

wah hebatnya

stryder_cats Publish time 16-11-2011 05:11 PM

bkn nak banggakan tinggalan penjajah.. pd aku ini boleh bg pengajaran pd generasi baru mahupun bukti yg negara kita pernah dijajah.. selain dr seni bina mereka yg unik.. dan bgmana kota yg mereka dirikan begitu kukuh sehingga hari ini..

bangcak Publish time 18-11-2011 08:02 AM

bkn nak banggakan tinggalan penjajah.. pd aku ini boleh bg pengajaran pd generasi baru mahupun bukti yg negara kita pernah dijajah..
stryder_cats Post at 16-11-2011 17:11 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
generasi muda dgn mudah melupakan luka/parut penjajahan terhadap tanah melayu. sbb tu la diorang dgn sewenang2nya kuar statemen "negara kita takpernah dijajah".

mungkin sbb kehidupan mereka yg serba mewah hingga mereka lupa asal usul mereka dan pengorbanan tokoh2 kemerdekaan tedahulu.

sukaforum Publish time 20-11-2011 11:11 PM

very gud info

cacinge Publish time 20-11-2011 11:45 PM

saye... peninggalang sejaroh banyok tapi brg pun pair gak yg lebeh
Pages: 1 [2]
View full version: Penemuan Tembok Tinggalan Portugis/Belanda di Bdr Hilir Melaka


ADVERTISEMENT