rurouni_khairul posted on 4-12-2006 10:53 AM

Kenapa Parameswara bunuh Temagi di Singapura?

Satu kemusykilan aku sejak dulu lagi...kenape Parameswara yang lari dari Palembang dan diterima baik oleh Temagi, wakil Siam di Singapura untuk berlindung dari ancaman Majapahit telah bertindak ganas dengan membunuh Temagi yang telah menerima beliau dan memberi layanan yang baik? Ada riwayat mengatakan Parameswara bunuh temagi 3 hari selepas beliau diterima masuk ke Singapura. Adakah beliau memang seorang yang keji dan suka tikam belakang? Kalau betul beliau adalah orang yang gila kuasa dan sanggup mengkhianati orang yang telah menolong beliau maka tindakan Siam yang memusuhi Melaka adalah betul kerana wakil (Diplomat) mereka telah dibunuh dan mereka tentu mahu membela kematian wakil mereka di Singapura. Pendapat yang lain camner?

Joe Hahn posted on 4-12-2006 12:22 PM

tu lah pasal ape pasat ar si parameswara bunuh temagi ? sebab nak menguasai temasik dengan mudah ?

laksamana_sunan posted on 4-12-2006 09:28 PM

Reply #1 rurouni_khairul's post

sbb dulu singapura di bwh jajahan Srivijaya... tp disebabkan Majapahit telah mnyerang Srivijaya jadik putera Palembang masa tu ialah Parameswara, so dia ngan pengikut setianya (org laut).. pergi berlindung kat Temasik (Singapura).. beliau bukan seorg yg keji atau tikam belakang... ntahla.. tp disebabkan Temasik masa tu di bawah jajahan Siam so dia nak amik blk semula Temasik dr tgn Siam.. satu2nya jalan untk mendptkan smula Temasik ilah dgn membunuh temagi dn menguasai Temasik yg pernah menjadi tanah jajahan Palembang dahulu..
Parameswara melakukan semua ini kerana beliau mendapati Temasik berpotensi untk menjadi pelabuhan entrepot... atau kwn perdagangan utama kat Asia Tenggara sbb kedudukannya yg strategik (org dulu2 pon dh tau yg Singapore tu berharga) lihatlah skrg... Singapura maju krn kedudukannya yg strategik.. dulu kalau terusan kat utara bhgian asia tenggara ni terjadi.. so kapal x kan lalu kat Singapore lagik..
tp tindakan Parameswara membunuh Temagi tlah diketahui oleh Siam... so Siam pon dtg untk membunuh Parameswara... nasib baik Parameswara sempat melarikan diri menuju masuk ke Tanah Melayu...
kalo x silap ni Sejarah Form 1.. kalo x silap la... hambe pon dh lupe skit2..
so kalo ada yg terslah inform harap maaf..
kalo nak kepastian selak buku teks Sejarah Form 1... :)

Rempit_25 posted on 4-12-2006 09:57 PM

yeah :setuju:

rurouni_khairul posted on 4-12-2006 11:21 PM

Tapi sampai sekarang kita tak tau ape punca sebenarnya kan? Ye la sebab takde rekod bertulis...yang ade sekarang kita cuma leh andaikan ajer....masalahnya Temagi terima die dengan baik...itukah balasan yang Temagi terima kerana menjadi baik?

thamrong posted on 6-12-2006 10:18 AM

Reply #5 rurouni_khairul's post

Tapi sampai sekarang kita tak tau ape punca sebenarnya kan? Ye la sebab takde rekod bertulis...yang ade sekarang kita cuma leh andaikan ajer....masalahnya Temagi terima die dengan baik...itukah balasan yang Temagi terima kerana menjadi baik?

Jelas dari sini kita dapat buat kesimpulan bahawa Pameswara ini bukalah orang yang baik. Ia diibaratkan " Anjing yang mengigit tuan yang melepaskannya dari tersepit". Dalam istana diPalembang dia dianggap sabagai seorang 'upsurper' atau pengkhianat istana maka  sebab itu dia diusir dan lari ke Tumasek.

rurouni_khairul posted on 7-12-2006 01:03 AM

Reply #6 thamrong's post

Hmm...bole nampak la kenape kebanyakkan sultan Melaka semua 'malaun' semacam ajer kecuali Sultan Alaudin Riayat Syah.

HangPC2 posted on 7-12-2006 01:14 AM

Originally posted by rurouni_khairul at 7-12-2006 01:03 AM
Hmm...bole nampak la kenape kebanyakkan sultan Melaka semua 'malaun' semacam ajer kecuali Sultan Alaudin Riayat Syah.

kerana keturunan ketua lanun

thamrong posted on 7-12-2006 09:18 AM

Parameswara- Dari Palembang ke Melaka

Di abad ke 14, Serivijaya mula hilang pengaruh dan  menghadapi banyak ancaman dari kuasa-kuasa newbie dari Nusantara. Disaat itu juga empayer Majapahit mula berkembang pengaruhnya di luar pulau Jawa.Sebelumn itu pulau Jawa adalah dibawah kuasa Srivijaya dan di usir oleh  Singhasari pada tahun 1290. Singhasari ada kuasa terkuat di Pulau Jawa sebelum tumpas kapada kuasa newbie Majapahit. Oleh kerana tekanan dan juga hegemoni Majapaht, Srivijaya terpaksa memindahkan kerajaannya dari Pelembang di tebing  sungai Musi Selatan Sumatra ke Melayu (Jambi) di tebing sungai Batang Hari. Sungguh pun pemerintahan diraja berpindah keMelayu, Pelembang maseh kekal sebagai kota diraja yang penting. Pertengahan abad 14, Majapahit telah menghantar bala tentranya ke Palembang dan Melayu dan menawan kota-kota tersebut.Dengan penaklukan tersebut tamatlah riyawat 1000 tahun empayer Srivijaya.

Parameswara adalah seorang putra dalam istana Srivijaya dan selepas penaklukan Majapahit dia berserta pengikutnya lari keTumasek dan disitu mendapat perlindungan dari Temagi, wakil raja Siam. Beliau  menjadi pemerintah disitu selama 5 tahun selepas membunuh Temagi. Kemudian terpaksa meninggalkan Tumasek kerana ancaman dari Siam. Dari Tumasek dia menuju ke Utara dan disitu bermulanya penempatan Kota Melaka.

Jelas disini bahawa Parameswara adalah satu-satunya perwaris kerajaan Srivijaya yang bersungguh-sungguh untuk menghidupkan kembali kuasa Srivijaya.Perjalanannya agak sukar kerana dia berhadapan dengan 2 musuh, Siam dan Majapahit. Satu strategi untuk survival ialah mengawini putri kerajaan Pasai(bermulalah kerajaan Islam di Melaka) dan melatakan Melaka di bawah pelindungan maharaja Cina.:hmm::hmm:

CRK posted on 7-12-2006 11:36 AM

soalan saya ni ada kaitan ngan spore
kalau ikut sejarah nama singapore berasal dari "kota singa" yg dinamakan oleh Sri Tri Buana yg ternampak singa apabila tiba di pulau itu pd 1299.

sedangkan singa tidak hidup di pulau itu even di Asia. Singa hanya boleh dijumpai di benua Afrika. :hmm:

tempur posted on 7-12-2006 12:52 PM

Arakian, adapun yang terlihat oleh Sri Tri Buana bukanlah haiwan yang bergelar Singa itu namun sebaliknya penduduk tempatan bernama Singh yang pura-pura tidak sadar akan kehadiran Sri Tri Buana. Sadar dari itu, pulau tersebut digelar sebagai Singhapura2. Maka dimudahkan sebutannya sebagai Singapura.

Syd posted on 7-12-2006 01:22 PM

kalau jawapan mcm nih relevan tak?

First off, aku tak setuju dengan penggunaan perkataan seperti "keji" lah apa. Kita bercakap pasal benda beratus tahun dahulu. Bunuh, perang, etc untuk menguasai satu satu wilayah adalah perkara biasa. Tak kira lah kat Europe ke mana ke... itu adalah perkara biasa untuk berkuasa. Sedang kan saudara pun boleh perang untuk naik takhta, ini kan pula Parameswara dan Temagi.

Parameswara berasal dari Palembang dan dikatakan dia adalah prince di dalam kerajaan Srivijaya di Palembang, Sumatera. Mengikut sejarah, Temasek (Singapure) berada di bawah empire Srivijaya dari 7th century ke 13th century. Sampai lah bila Srivijaya lemah. Lepas tu Temasek duduk bawah Majapahit dan satu kerajaan Siam. And Temagi adalah wakil Siam di Temasek.

Apasal Parameswara bunuh Temagi? Jawapan dia simple saja. Zaman dahulu, siapa kuat dia berkuasa. Bunuh dan perang untuk menguasai satu satu wilayah adalah benda biasa. Tambah lagi sebab Parameswara dah tak ada tempat nak pegi sebab dia lari dari Palembang masa Majapahit serang and tiba pula di Temasek yang dulu nya dibawah empire Srivijaya... so apa lagi bunuh lah orang tu... - Ku Mac

Gess posted on 7-12-2006 01:31 PM

Originally posted by HangPC2 at 7-12-2006 01:14 AM


kerana keturunan ketua lanun


:setuju:

thamrong posted on 7-12-2006 05:38 PM

Reply #12 Syd's post

Memang logik sekali. "freticide" atau pembunuhan dikalangan keluarga raja atau senegara adalah satu perkara yang sering berlaku dalam sejarah. Didalam kesultanan Melaka ada cerita anak raja yang maseh remaja dan yang sepatutnya mewarisi takhta dibunuh dengan di beri makan racun 'santau' untuk memberi laluan putra lain. Ini berlaku kerana persaingan diantara isteri-isteri raja hendakkan anak zuriat mereka menjadi raja. Pompey seorang penglima yang banyak berjasa dalam mengembangkan empayer Romani juga mangsa freticide dan dihapuskan oleh Julius Ceaser.:hmm::hmm:

ikankiut posted on 7-12-2006 08:57 PM

zaman dulu kan berebut kuasa dan tanah jajahan, even sekarang pun masih ada lagi.

arnabkiut posted on 7-12-2006 09:00 PM

Originally posted by ikankiut at 7-12-2006 20:57
zaman dulu kan berebut kuasa dan tanah jajahan, even sekarang pun masih ada lagi.
:setuju::setuju:smpai bile2 pon org akn berebut sebab manusia kn tamakk

:off::off:eeiii ape daaa.....amik cm nick name aku jerk...... :tembak:
esok2 kuar lembukiut..gajah kiut..apa daaa

laksamana_sunan posted on 8-12-2006 01:08 PM

Reply #16 arnabkiut's post

rilek rilek... arnabkiut

yipun78 posted on 8-12-2006 01:41 PM

tecnically survival instinct ni dari dulu lagi lah ye, sbb kita nak kuasai sesuatu kawasan dgn membunuh ketua sesuatu bahagian terbabit, no i understand thanx gengs...

laksamana_sunan posted on 9-12-2006 12:56 PM

Originally posted by rurouni_khairul at 2006/07/16 01:03 AM
Hmm...bole nampak la kenape kebanyakkan sultan Melaka semua 'malaun' semacam ajer kecuali Sultan Alaudin Riayat Syah.


ye ke??? kalo diorg tu sume malaun nape diorg terima kedatangan Islm di Mlk dan mereka menyambut dgn baik skali sume pedagang Islam????

laksamana_sunan posted on 9-12-2006 01:04 PM

Originally posted by HangPC2 at 2006/07/16 01:14 AM


kerana keturunan ketua lanun


bagaimana anda mengatakan yg Parameswara seorg ketua lanun???? kalo beliau lanun x majulah pelabuhan Mlk sebagai pelabuhan entreport sbb ramai pedagang takut nak gi sana... lepastu lanun x kan terima pedagang Islm yg mahu menyerbarkan dkwah di pelabuhan mereka??? Boleh tolong jelaskan sbbnya knp anda mengatakan beliau seorg lanun???

ascari posted on 9-12-2006 03:52 PM

Originally posted by laksamana_sunan at 4-12-2006 09:28 PM
so Siam pon dtg untk membunuh Parameswara... nasib baik Parameswara sempat melarikan diri menuju masuk ke Tanah Melayu...
kalo x silap ni Sejarah Form 1.. kalo x silap la... hambe pon dh lupe skit2..
so kalo ada yg terslah inform harap maaf..
kalo nak kepastian selak buku teks Sejarah Form 1

bolehkah dikatakan dgn dtg ke Melaka sebagai melarikan diri dari siam sedangkan Melaka lebih dekat dengan siam.... :hmm:
atau Parameswara cuba mengusir Siam...

thamrong posted on 9-12-2006 05:21 PM

Reply #21 ascari's post

Memang benar Parameswara lari dan di buru oleh Mon Thai aka Siamhttp://img98.imageshack.us/img98/4007/buttkickkl2.gif. Parameswara lari dengan pengikut2nya dan orang laut Seletar ke perdalaman Muar i.e. Pagoh. Beliau lari dengan perahu dan mudik ke ulu sungai Muar dan berkubu di Pagoh. Di situ di susun pertahanan dan ada yang mengatakan iia membena kubu. Parameswara bersembunyi lama dalam hutan sebelum keluar membuka Melaka.

Melaka adalah lebeh jauh dari Siam kerana pusat pemerintahan Siam pada waktu itu ialah di Ayuthia lebeh kurang 100 km utara Bangkok. Siam cuma dapat berkuasa diteluk Siam dan di persisiran timur semenanjung sahaja.Tumasek adalah vassal terjauh dari pengaruhnya. Tentera Siam tidak munkin dapat mengejar Parameswara kerana ia munkin bertembung dengan Majapahit dan tentera Pasai di selat Melaka..
Parameswara ini amat bijak dalam 'Real Politik'. Untuk keselamatan wilayahnya ia membuat ikatan dengan kuasa Pasai di Aceh dengan mengahwini putri sultan Pasai. Itu lah sebabnya beliau menganut agama Islam dan meninggalkan agama Hindu. Satu cara lagi beliau menghantar perutusan ke Maharaja Cina meminta perlindungan darinyahttp://img329.imageshack.us/img329/2912/bowjl1.gif http://img329.imageshack.us/img329/2912/bowjl1.gif. Ingat bahawa Cina adalah negara maritin yang terkuat dimasa itu..Di sini kita dapat membuat kesimpulan bahawa Melaka adalah satu negara 'vassal' atau naungan China. Melaka terpaksa membayar ufti kapada Maharaja Cina .Syarat-syarat yang dikenakan ialah pedagang-pedagang Cina bebas datang berniaga dan berlindung di Melaka. Maka dengan itu berkembanglah Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan.:hmm::hmm:

action_kamen posted on 9-12-2006 06:50 PM

Originally posted by CRK at 7-12-2006 11:36 AM
soalan saya ni ada kaitan ngan spore
kalau ikut sejarah nama singapore berasal dari "kota singa" yg dinamakan oleh Sri Tri Buana yg ternampak singa apabila tiba di pulau itu pd 1299.

...

sebenarnya singa asia wujud cuma pupus kali terakhir di temui di benua India

laksamana_sunan posted on 9-12-2006 09:02 PM

Reply #22 thamrong's post

thanks thamrong

thamrong posted on 9-12-2006 09:17 PM

Reply #24 laksamana_sunan's post

Bitte  Schone!  You are most welcome
Page: [1] 2 3 4 5
View full: Kenapa Parameswara bunuh Temagi di Singapura?