dexa Publish time 1-2-2007 09:23 AM

UBAT MENGAWAL MARAH -

saya terbaca article ni --
dan wanna share with forumers -
sebab kadang2 saya memang ada perasaan nak marah la
dan cuba nak kawal dan sebagainya - kadang2 okaykadang2
tak --
bila baca article nirasa sedih dan malu lak -
dan nak cuba mengurangkan perasaan marah tu --
kadang2 stress sekolah - well mostly stress sekolah la -
(my mom suruh ambil wudu' - tapi kalau ambil aje tapi tak
hayatinya - not gonna work out anyway --)

jom baca - mudah mudahan kita dapat ambil iktibar darinya -
yang baik dari allah jua
yang tak baikdari saya -

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Wuduk, zikir 憉bat

rainbows Publish time 5-2-2007 09:25 AM

Sebab musabab KEMARAHAN

Orang yang paling derita jiwanya,orang hasad dengki



Sakit hati,derita,kecewa,marah,gelisah
Lihat saja orang lebih darinya,sakit hati
Ingin memgusahakan orang itu hilang nikmat darinya
Nikmat bertambah pada orang itu
Aduh! Marahnya meluap-luap,kecewanya bertambah parah
Lebih-lebih lagi ingin menjatuhkan atau merosakkan orang,dia pula yang terjatuh
Wah! Hatinya bertambah marah dan parah
Apabila orang makin berjaya,dia sebaliknya,hatinya semakin tidak tenang
Hilanglah ketenangan ,fikiran tidak menentu dan bercelaru
Semakin berjaya musuhnya,semakin derita dan kecewa jiwanya
Begitulah keburukan orang yang hasad dengki
Jiwanya tidak pernah tenang dan senang
Kalau pun Tuhan tidak menghukum
Derita jiwanya itu pun sudah cukup sebagai hukuman kepadanya
Janganlah menjadi orang yang hasad dengki
Akibatnya engkau menghukum diri sendirI

kinky71 Publish time 5-2-2007 11:07 PM

Hhhmm...

K pulak ade nak tambah skit....Kalu tgh marah tu...cuber guna minda kite ...utk menyelesaikan problem atau punca kemarahan kite.Dgn cara tu kite bleh la selesaikan problem tu so dpt la kurangkan kmarahn tu....:P

Cthnye kalu tgh jam ke...so mesti TENSION GILER masa tu!!...Utk mengelakkan diri kite drp tlalu fokus pd jam & emosi tension tu...baik kite dengar lagu2 yg slow2..sentimental..ataupun lagu2 favourite yg happy2 ke...Haa...baru dpt relax skit kan??....;P

rainbows Publish time 6-2-2007 08:52 AM

cari PUNCA kenapa timbul MARAH tu....

sebab RASA-RASA yg timbul dari:
sakithati
rasa dianiayai
benci
dendam
tidak puas hati
rasa tidak patut diperlakukan sebegitu
dizalimi
dihina
dicaci
difitnah
ditipu

bagaimana utk menghilangkan RASA-RASA pnyebab MARAH tu...

mesti ada sifat :

sabar
redha
memaafkan
melupakan kesalahan orang kepada kita
mendoakan kesejahteraan org yg menyebabkan kita marah

itulah antara cara utk menahan MARAH daripada terus menjadi api dendam.....

sebab apa dinasihatkan mengambil wuduk?....

api lawannnya air....
dengan mengambil wuduk kita ada sesuatu perbuatan yg MENGALIH perasaan marah itu kepada perkara lain, wuduk adlah satu perbuatan yg sgt berkesan, lebih berkesan daripada mendgr muzik atau lagu, dengan berwuduk kita teringat kepada Tuhan, itu akan semulajadi menghindarkan diri kita dari dihasut oleh SYAITAN dan NAFSU...


Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)

wallahualam....

[ Last edited byrainbows at 6-2-2007 08:56 AM ]

rainbows Publish time 7-2-2007 05:10 PM

Sifat pemarah berasal dari sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang itu lagi besarlah pemarahnya. Sifat pemarah ini ada pada setiap orang dari kita seperti hasad dengki, pemarah juga adalah sifat mazmumah yakni sifat terkeji. la boleh memecahbelahkan hati-hati manusia. Sebab itu seorang yang pemarah adalah seorang yang biadab terhadap Allah SWT.

Kenapa mesti marah? Cuba kita renung sebuah bait gubahan seorang mujahid:
"Takdir Allah sudah putus dan putusan Allah sudah terjadi istirehatkan hati dari kata-kata "barangkali" dan "kalau".
Setiap kesilapan dan kelemahan manusia kepada kita adalah ujian Allah untuk kita. Allah mahu lihat siapa yang mampu menahan rasanya kerana malu pada Allah.


Mari kita lihat bagaimana tindakan seorang mukmin sejati terhadap takdir-takdir buruk yang menimpa hidupnya:

Ahnat bin Qais adalah seorang yang lemah lembut. Beliau ditanya orang dengan siapa dia belajar berlemah lembut itu?

Ahnat menjawab, "Dengan Qais bin Asim iaitu pada suatu hari ketika Qais bin Asim sedang berehat-rehat masuklah hamba membawakan Qais panggang besi berisi daging panggang yang masih panas.

Belum sempat diletakkan di depan Qais tanpa sengaja besi pemanggang itu jatuh menimpa anak kecil Qais Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan hingga meninggal dunia. Qais dengan tenang melihat kejadian yang menyayat hati itu dan berkata kepada hamba yang pucat mukanya,"Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu, tetapi mulai hari ini kamu aku merdekakan."

"Begitulah sopan santun dan lemah lembutnya Qais bin Asim," kata Ahnaf bin Qais mengakhirkan ceritanya.

rainbows Publish time 7-2-2007 05:12 PM

Bukan Qais tidak sayangkan anaknya tetapi hatinya sentiasa melihat pentadbiran Allah dan sentiasa merasakan sesuatu kejadian adalah takdir dari Allah, sentiasa sabar dengan Allah, redha dengan Allah serta rasa kehambaannya pada Allah, rasa malu, hina dan takut dengan kekuasaan Allah membuatkan Qais tenang menghadapi kematian anaknya disebabkan kecuaian hambanya.

Hati Qais memandang kejadian itu sebagai ujian Allah ke atasnya barangkali untuk penghapusan dosa atau untuk mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Kerana itu hatinya tenang.

Dia (Qais) redha dengan ujian itu malah dengan ujian itu Qais rasa mendapat peiuang untuk mendekatkan lagi hatinya dengan Allah SWT sebab itu dia tidak nampak lagi kesalahan jariahnya.

Bukan sahaja dia tidak marah marah rasa kasihan pada jariah yang ketakutan itu memaksa Qais membebaskan hambanya itu. Dia hanya nampak pentadbiran Allah yang wajib diterima tanpa soal jawab dan tanpa "kalau" lagi.

Demikian rasa kehambaan yang menghiasi hati dan roh Qais, seorang yang cukup berakhlak terhadap Allah SWT dan terhadap manusia (hambanya).

Demikianlah rasa marah lahir dari perasaan "ketuanan" yang ada dalam hati kita. Kita rasa kita yang lebih besar, kita lebih mulia, lebih hebat dari orang lain.

JooJambul1 Publish time 7-2-2007 09:57 PM

kalau tak marah langsung, itu bukan human :$
kalau marah selalu, itu juga bukan sifat sebenar human :$

rainbows Publish time 7-2-2007 10:53 PM

Originally posted by JooJambul1 at 7-2-2007 09:57 PM
kalau tak marah langsung, itu bukan human :$
kalau marah selalu, itu juga bukan sifat sebenar human :$

maknanya marah kena bertempat dan diwaktu yg tepat dengan kaedah yg tepat dan kepada org yg tepat....huhu....

sikomeng Publish time 9-2-2007 05:55 AM

ASM
ubat marah = diam

wallhua'lam.

cokkodok Publish time 13-2-2007 12:40 PM

ADA TAK DOA UNTUK MENGHADAPI ORANG YANG MARAH ATAU MENGAMUK? ATAU UTK TENANGKAN ORANG YANG SEDANG MARAH ITU KE? Bukan apa...kadang kala kesian jugak tengik orang yang suka mengamok/marah nie. Jiwa depa tak tenteram, fikiran bercelaru. nak juga tolong cool down kan dia

rainbows Publish time 17-2-2007 09:10 AM

Originally posted by cokkodok at 13-2-2007 12:40 PM
ADA TAK DOA UNTUK MENGHADAPI ORANG YANG MARAH ATAU MENGAMUK? ATAU UTK TENANGKAN ORANG YANG SEDANG MARAH ITU KE? Bukan apa...kadang kala kesian jugak tengik orang yang suka mengamok/marah nie. Jiw ...

Orang sedang marah yg berlebihan tu sedang dikuasai nafsu dan syaitan, masa tu nasihat tk boleh masuk dah....silap2 org yg tdk bersalahpun jadi mangsa kemarahannya....

kdg2 elok juga kot.... kita cuba simbah air sejuk satu baldi kat org sedang marah nih...lepas tu barulah doakan utk dier....huhuhu....

ikhwanindo Publish time 17-2-2007 01:49 PM

Originally posted by rainbows at 7-2-2007 16:12
Bukan Qais tidak sayangkan anaknya tetapi hatinya sentiasa melihat pentadbiran Allah dan sentiasa merasakan sesuatu kejadian adalah takdir dari Allah, sentiasa sabar dengan Allah, redha dengan Al ...

Nice post :)

ikhwanindo Publish time 17-2-2007 01:53 PM

Originally posted by cokkodok at 13-2-2007 11:40
ADA TAK DOA UNTUK MENGHADAPI ORANG YANG MARAH ATAU MENGAMUK? ATAU UTK TENANGKAN ORANG YANG SEDANG MARAH ITU KE? Bukan apa...kadang kala kesian jugak tengik orang yang suka mengamok/marah nie. Jiw ...

Ooh berdoa aje masuk surga, karena takut kalau orang yang mengamuk itu membunuh kite :lol: Nasehati ajee agar bersabr dan sabr itu disayang Allah, dan Allah bersama hambanya yang penyabar

carpet Publish time 18-2-2007 06:45 PM

Menurut Abullaits Assamarqandi dlm bukunya "Tanbihul Ghafilin" bhw antara manusia itu ada org yg lekas marah ttp jg lekas redanya mk ni seimbang.Adapula org yg lmbt marahnya n lambat pula redanya,ni jg seimbang.Sebaik-baik kamu lmbt marah n cpt redanya n sejahat-jahat kamu yg cpt marahnya n lmbt redanya.
Dlm hadis Rasulullah SAW byk diterangkn ttg cara mngatasi sifat marah ini.antaranya Rasulullah SAW brsbda mksdnya:"Marah itu bara api mk siapa yg merasakn demikian,jk ia sdg brdiri mk hndklah duduk,n bila sdg duduk hndaklh brsandar @ berbaring".
Dlm keterangan lain jg dsebutkn jk kita dlm keadaan marah mk syaitan tlh meniup api kemarahnnya,utk meredaknnya mk brwuduklh,dgn cara tu api kemarahn akn trpadam.
Kemarahan tu menyebbkn hubungan kita dgn org len mnjd trjejas,oleh sbb tu bukakn hati kita agr segera memaafkn org trsebut,dgn sndirinya kita tlh mmpu mngawal kemarahn kita drpd terus merebak.Dr Abu Umamah Albahili brkata;Rasulullah SAW brsabda:"Siapa yg dpt menahan marah pdhl dia dpt utk memuaskn kemarahannya,namun ia xmenurutinya bahkn ia brsabar mk Allah SWT mngisi hatinya dgn keredhaan di hr kiamat".

ct_og Publish time 16-4-2007 11:06 AM

Originally posted by JooJambul1 at 7-2-2007 09:57 PM
kalau tak marah langsung, itu bukan human :$
kalau marah selalu, itu juga bukan sifat sebenar human :$

Memangg betul, manusia memang ada perasaan marah... tapi dia kena kawal... kalau terlepas bebas...maka gembira dan mudah le syaitan-syaitan itu membisikan hasutan yang lebih besar lagi... maka terjadi le seperti dunia sekarang... kucar kacir...

medsworld Publish time 17-4-2007 10:03 AM

masa i sekolah dl
cikgu kata kalo marah suruh kite satu sampai 10
kalo mrh lg kire 1-100
sampai hilang marah
selain tue amik wuduk la n beristigfar

monterez Publish time 17-4-2007 12:44 PM

Reply #8 rainbows's post

setuju
sometimes mon pun ada prob dgn marah ni
tp marah mon meluap pd sorang ni je
apa je dia buat mon angin je cepat
tapi kalau org lain buat kesalahn tu tak pulak mon marah
mon penah jugak tanya pd ustaz, dia ckp mon maybe org buat supaya mon benci org tu
tu yg kadang2 mon tgk muka dia je mon menyampah..
tapi mon cuba jugak time mrh tu
beristifar byk2 tapi sometimes not work la..
so tuk elakkan marah ni meluap2 sllnye mon elakkan jumpa dia.

monterez Publish time 17-4-2007 12:48 PM

Reply #11 rainbows's post

yang ni confirm org tu lagi mengamuk...
ada pulak simbah dgn sebaldi air..
hsb tu kalau dia still mengamuk
leh tak panggil bomba??
he he he he :D :lol:
Pages: [1]
View full version: UBAT MENGAWAL MARAH -


ADVERTISEMENT