dexa Publish time 21-5-2007 06:50 PM

Originally posted by Redz-XacK at 21-5-2007 06:24 PM
salamz dexa... i've been read the article posted by u ... very helpful info for me .. thanz a lot dexa... :)


salam redz...
glad it can be helpful --
this is one cause that i ......am interested in
as well asenvironment and kids welfare and gerontology---

kalau redz ada ideas lagiregarding thiswould be helpful -

was talking to my sister about disabled people yesterday
and we had a great discussion --
will write it down from time to time..........

Redz-XacK Publish time 21-5-2007 08:08 PM

orait ... no prob... sharing is caring :)

well ... 170,000 OKU berdaftar di m'sia ... wut a big amount ..... statistik menunjukkan jumlah OKU mewakili hampir 1% drpd jumlah populasi di m'sia ..

jumlah populasi di m'sia skang lebih 27,115,000 orang ...


i think still ramai lai orang OKU lom register .... 170,000 is just estimated ...

when thinking about 170,000 OKU's chance, ratio OKU to normal person is 1:160 .. it's show that every OKU person get chance from 160 willing to help OKU brighting their future ...   :hatdown:

dexa Publish time 22-5-2007 10:59 PM

first hand view from a teacher who teaches disabled student -
let's find out and learn something from this -

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Didik OKU satu amanah
Oleh Fauzi Rahim Mustafa


PENGAJARAN saya mungkin berbeza dengan rakan setugas lain kerana setiap hari menggunakan bahasa isyarat sebagai medium penyampaian ilmu kepada pelajar yang cacat pendengaran.

Ia bukan satu tugas mudah kerana proses penerimaan pelajar selalunya lambat berbanding rakan sebaya yang sempurna namun saya anggap itu sebagai satu cabaran yang perlu disahut. Paling penting, itu amanah!

Pilihan mengkhusus dalam bidang pengajaran ini bukanlah atas paksaan sesiapa tetapi lebih kepada gerak hati kecil yang ingin membantu golongan itu menerima ilmu seperti rakan sebaya mereka yang lebih bernasib baik.

Sebagai manusia normal, mungkin kita tidak dapat merasakan rasa rendah diri kebanyakan mereka yang dilahirkan sempurna. Biasanya, insan yang dilahirkan lebih bernasib baik mudah alpa terhadap kurniaan Tuhan sehingga ada segelintirnya sanggup menghina atau mengetepikan mereka yang dilahirkan cacat.

Namun, saya bersyukur tiada sekelumit pun perasaan seperti itu tumbuh dalam diri malah sejak kecil, memang rasa cukup simpati pada mereka yang serba kekurangan, tidak kisahlah sama kurang dari segi fizikal atau harta.

Keluarga juga sangat memahami dan memberi galakan padu apabila saya suarakan niat hati ingin menjadi pendidik bagi golongan itu.

Justeru, rasanya memang cukup berbaloi apabila dapat menghabiskan pengajian selama tujuh tahun demi memperoleh segulung ijazah dan seterusnya menuai bakti menyalurkan ilmu kepada mereka.

Bagi saya, pelajar cacat pendengaran sepatutnya tidak disisihkan daripada arus pembelajaran nasional kerana ada di kalangan mereka mempunyai kecerdasan setanding pelajar sempurna malah kadang kala melebihi mereka.

Pelajar ini memerlukan mentor yang dapat membimbing mereka ke arah penerimaan pembelajaran yang lebih berkesan, cara paling mudah ialah dengan penggunaan bahasa isyarat secara maksimum.

Tapi jangan ingat semuanya cacat pendengaran seratus peratus. Ada yang masih boleh mendengar tetapi perlu bercakap atau berbual dengan menguatkan suara.

Jadi jangan salah anggap atau awas, jangan mengata mereka sesuka hati kerana mereka boleh mengetahui dengan membaca gerak bibir seseorang.

Hasil pemerhatian saya, biarpun mereka kekurangan fizikal tapi amat mahir dalam kegiatan luar bilik darjah. Itu anugerah Tuhan. Pelajar cacat pendengaran cenderung dalam bidang kemahiran dan seni.

Mereka begitu kreatif menghias kawasan sekolah mahupun menggayakan pelbagai hasil karya. Berikan saja berus dan warna, pandailah mereka mencorakkan hasil.

Selain itu, mereka juga mampu menghasilkan kraftangan yang diperbuat daripada rotan, buluh, seramik, buluh dan gubahan bunga sehingga mendapat pengiktirafan pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta.

Namun, ini tidak bermakna, akademik mereka tidak dititikberatkan. Itu adalah agenda utama supaya hidup mereka berdikari.

Sebagai guru, hanya satu harapan saya, biarlah satu hari nanti dapat melihat pelajar ini menjadi antara golongan pelapis yang mampu memajukan negara walaupun mereka kekurangan satu pancaindera penting.

Redz-XacK Publish time 22-5-2007 11:56 PM

Originally posted by dexa at 22-5-2007 10:59 PM
first hand view from a teacher who teaches disabled student -
let's find out and learn something from this -

---------------------------------------------------------------------------------- ...


salam forumers ...

when read this articles ... i'm very2 respect to En.Fauzi Rahim Mustafa in what he done for disable students... credit to him ... he show what he doing it with a big heart !!!!

ingin sy kongsi pengalaman sy utk forumers khas utk guru2 OKU yg istimewa dan golongan OKU sendiri ... di harap pengalaman sy dpt membantu meningkatkan teknik pengajaran kepada guru2 OKU yg ikhlas mendidik ...

i remember when i'm as disable student at Sekolah Khas Bukit Kuda, Klang as i'm in 6 years old... i'm like as disable student who can't hearing and also can't speak clearly ...people sure think disable person like me can't go brighter in future ....

i agree tahap penerimaan ilmu di skolah khas mmg lambat menerima input ... coz maybe cara / medium penyampaian yg kurang berkesan seperti pengajaran dengan hanya gerakan isyarat x cukup membantu wat kita memahami konsep ape yg diajarkan oleh guru / penyampai ..

Untuk meningkatkan daya pemahaman student OKU, sy berpendapat guru2 perlu menggunakan alat2 visual seperti komputer, projektor dan big screen. apabila lengkap, guru2 sampaikan ilmu gunakan isyarat tgn or mulut dan pada masa sama guru2 persembahkan ilmu secara gambaran / teks di mana konsep ilmu yg dpt dirumuskan secara menyeluruh. Baru la student2 dpt tangkap konsep sebenar setiap ilmu yg dirumuskan ..

saya setuju coz daya kecerdasan sgt tinggi. Sebagai bukti, sy penah mendapat tmpt pertama dlm class semasa di tingkatan lima dan penah menerima anugerah dekan di peringkat universiti. Saya agak lembap dari segi penerimaan ketika mula dr skolah khas hingga tingkatan 4 tapi tahap penerimaan ilmu semakin meningkat dr jangka masa pjg apabila menggunakan kaedah membaca mulut guru dan penyampaian secara visual seperti papan hitam or baca nota2 guru/ latihan. Kalo guru2 menyampai secara lisan, sy mmg fail bab2 segi medium penyampaian secara lisan.

Selaian drpd itu, kekuatan utama utk memudahkan penerimaan ilmu lebih cepat adalah guru2 patut rangsang / tanamkan minat membaca pd golongan OKU. Apabila guru byk mendorong OKU minat membaca, secara semulajadi student OKU akan mudah bersemangat membaca dan kelamaan2 OKU akan mula merasa seronok membaca sehinggakan leh mewujudkan matlamat hidup OKU yg ingin berjaya seperti owg yg lebih bernasib baik ...

Kebanjiran teknologi seperti IT, SMS, videophone byk memudahkan OKU melakukan kerja yg lebih baik ...Terus-terang sy katakan yg saya memang x leh hidup tanpa komputer / handphone utk memudahkan keja2 harian atau xtvt2 masyarakat. Masa zaman universiti dulu, sy selalu menggunakan library online yg mempunyai journal online, thesis2, kes2 dan artikel2 yg membantu dlm keja2 subjek semester. Untuk OKU yg belajar di universiti, sy cadangkan mereka pakai library onliine Universiti . byk bahan2 manfaat yg kita leh kongsi.

Disebabkan faktor2 tersebut di atas2, sy berjaya melakuikan seperti owg lain even x sebaik owg lain ...

Bagi2 guru2 OKU yg istimewa, pengalaman dan cadangan sy yg nyatakan tadi mungkin guru2 leh diupgradekan or penambahbaikan demi kebaikan masa dpn OKU sendiri.

Setakat tu je la sumbangan kecil yg mampu saya berikan utk manfaat seme pihak. Guru2 OKU bila dpt menemui kaedah terbaik, mungkin leh maklumkan kepada Kementerian Pendidikan utk perhatian bagi pihak OKU.

Thanz.

dexa Publish time 23-5-2007 12:29 AM

Reply #84 Redz-XacK's post

dear redz..
thanks for your inspiring post
and i hope it will be an encouragement
as well to forum members out there
that disabilities are not an excuse to stop
anybody from pursuing to seek knowledge -

kudos to you -!

dexa Publish time 23-5-2007 02:36 AM

Najib: Better facilities for disabled in varsities


PUTRAJAYA: The hardship that disabled students face in universities has drawn the attention of the government.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said the government would consider providing better facilities for disabled students. The need for more student accommodation would also be looked into.

"There is an urgent need to increase the number of hostels and hostel facilities," he said at a press conference that was held after the National Student Consultative Council gathering here yesterday.

Student Representative Council (for public universities) deputy president Afandi Sutrisno Tanjung said there were over 400 disabled students in public universities who needed assistance.

He said there was a need to provide them with disabled-friendly facilities, including specially modified hostel rooms.
Also proposed during the gathering were special provisions such as disabled-friendly rooms during exam periods.

He expressed gratitude to the government for considering increasing the number of hostels for students in the vicinity of the universities.

"Many students are deprived of hostels and are forced to rent houses away from their universities.

"With the new hostels, students could be more focused on their studies and this could also reduce social problems or safety risks for them," he said.

Other issues raised by student leaders during the meeting included smart partnerships between private and public higher education institutions as well as involvement in volunteerism.

Later, in Kuala Lumpur, Najib said a decision would be made soon on the rate paid for the upkeep of National Service camp infrastructure, lodging and food.

"If there is room to increase the rate, we will do it soon.

"But camp operators should remember that this is not just a business to make profits, but they have a responsibility to help produce good trainees. They should see it as their contribution to the country," he said at a dinner with NS camp operators at a hotel here.

He said the camp operators were now paid RM41 per trainee in Peninsular Malaysia and RM54.30 in Sabah and Sarawak.

This year, the government has allocated about 400 trainees to a camp on average.

----------------------------------------------------------------------

i am glad govenment now shows more concern where disabled people
are concerned -
i hope more facilities to enable disabled people to use will be
introduced - to make things easier for them to move about -

dexa Publish time 23-5-2007 05:57 PM

Sistem Braille di tandas untuk orang buta
23-05-2007

KUALA LUMPUR:Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan supaya tandas awam dilengkapi Braille untuk kegunaan orang cacat penglihatan, kata timbalan menterinya Datuk Robert Lau Hoi Chew hari ini.

Beliau berkata kementerian itu, bersama Majlis Kebersihan Tandas Kebangsaan dan Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM) telahpun menyediakan kertas Kabinet mengenai cadangan itu, yang memohon peruntukan kewangan untuk melengkapkan tandas awam dengan sistem Braille.

Sistem Braille, yang dihasilkan pada 1821 oleh warga Perancis, Louis Braille adalah kaedah yang digunakan dengan meluas oleh orang yang buta atau cacat penglihatan untuk membaca serta menulis.

"Saya harap cadangan ini akan diluluskan," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan Forum dan Ekspo Tandas Kebangsaan (NATEF) 2007, yang akan berlangsung di Sibu, Sarawak dari 9 hingga 12 Ogos ini.

Lau berkata kemudahan Braille akan membolehkan seseorang yang cacat penglihatan untuk mengesan tandas dan kemudahan lain misalnya kertas tandas serta alat pengering tangan.

"Kertas berkenaan akan dikemukakan kepda Jawatankuasa Kabinet mengenai Kebersihan dan Kemudahan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

"Jika kami boleh usahakan agar ia diterima, sungguhpun kerajaan negeri terletak di bawah bidang kuasa negeri, namun banyak perkara yang boleh dilakukan," katanya, sambil menambah beliau berharap mesyuarat pertama mengenai perkara itu dapat diadakan sebelum Julai ini.

Lau berkata kementerian itu ketika ini menggunakan pendekatan "Carrot and Stick"iaitu menawarkan insentif tunai bagi membersihkan tandas di tempat awam seperti medan selera, kedai kopi dan restoran.

Bagaimanapun, sekiranya mereka tidak mempertingkatkan tahap kebersihan, maka pihak berkuasa tempatan berhak untuk tidak memperbaharui lesen premis atau lesen operasi tahunan mereka.

"Kami harap perkara ini akan diterima oleh Jawatankuasa Kabinet mengenai Kebersihan dan Kemudahan tidak lama lagi," katanya.

Robert berkata kementeriannya menandatangani memorandum persefahaman pada 27 Feb lepas dengan tiga persatuan pemilik restoran utama -- Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura, Persatuan Pemilik Restoran Muslim Malaysia dan Persatuan Pemilik Restoran India -- bagi mempertingkatkan kebersihan tandas di kedai kopi serta restoran masing-masing.

Ketiga-tiga persatuan utama itu bersetuju untuk menyokong usaha kementerian dengan menerima tiga garis panduan asas: melaksanakan pembersihan asas, tandas digunakan semata-mata untuk membuang air sahaja dan melantik seorang yang khusus untuk memantau kebersihan restoran.

"Kami akan menganjurkan siri jelajah di semua bandar dan pekan besar, terutamanya yang kerap dikunjungi pelancong, bagi memastikan tandas dalam restoran serta kedai kopi sentiasa bersih," katanya


----------------------------------------------------

kudos to Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan for this
suggestion to build a braille system in the public bathroom for
the blind -

what a great effort and i really hopeit will be accepted and soon
and i am sure those people will appreciate this so much and
it also shows how gov't care about the welfare of the disabled people -

i can only hope this will be implemented soonto benefit them
and to show how we malaysian - care about one another -
no matter who you are and your disabilities --

dexa Publish time 26-5-2007 02:44 PM

Love, patience and compassion needed
2007/05/26

BEING a parent to an autistic child is not easy as it requires patience, understanding and a tremendous amount of love and compassion.

Retired civil servant Saran Singh, 61, has an autistic daughter whom he dotes on and supports unconditionally.

"My daughter, Priya, was diagnosed with autism at 4, which is late in terms of detection."

However, Saran has done everything to ensure that the 10-year-old has an education and opportunities to socialise.

Priya is not treated any differently from her elder sister, Amita, 13.
"I realise that she may require extra attention, and I readily give it to her but at the same time, she is also treated like a normal child," he said.

Priya attends classes at the National Autism Society of Malaysia where she is taught by trained teachers.

Saran抯 message to parents is simple: "Leave the stigma associated with autistic children behind and embrace them instead. Give them a chance to lead as normal a life as possible."

-------------------------------------------------------

a beautiful message -

rienn Publish time 26-5-2007 07:31 PM

Originally posted by Redz-XacK at 21-5-2007 07:27 AM
wow ... wat a brilliant student with disabilities physical ...proud of him ... it's remind of my friend but he have not chance to prove academically due to uncourageness from her parents ... Ma ...
tanpa sokongan dan pengorbanan ibubapa dan keluarga, memang sukar OKU nak membuktikan keupayaan diri sendiri... ditambah lagi dengan kemudahan untuk OKU yang kurang di sana-sini dan prejudis segelintir pihak, akhirnya ada OKU yang hanya menyepi di rumah sendiri.. apalagi jika dia 100% bergantung pada orang lain... sad, but true... :(

dexa Publish time 31-5-2007 06:35 AM



Geran perniagaan hargai OKU
Oleh: AZMAN IBRAHIM

LANGKAH Kementerian Sumber Manusia mewujudkan sebuah geran yang dinamakan Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilancarkan pada 29 Mei lalu dianggap bijak dan tepat pada masanya kerana ia dapat membela nasib golongan kurang bernasib baik di negara ini. Geran yang diwujudkan itu, secara tidak langsung dapat memupuk budaya berdikari, malah menunjukkan kreativiti, bakat dan kebolehan mereka untuk bekerja dengan baik.

Geran bernilai RM22 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi tempoh lima tahun itu secara tidak langsung memberi peluang kepada golongan itu untuk membuka dan menjalankan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan, sekali gus membuktikan kemampuan mereka yang sebenar.

Sebelum ini, ramai yang tidak tahu nasib OKU di negara ini masih belum terbela sepenuhnya. Hakikatnya, mereka sering merintih kerana sering kali menjadi mangsa kepada stigma masyarakat dan juga faktor keadaan sekeliling.

Faktor kekurangan fizikal turut menjadi alasan kepada majikan untuk menolak permohonan kerja mereka secara terang-terangan walaupun berkelayakan dan mempunyai segulung ijazah.

Bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga dilihat masih tidak memadai pada zaman era globalisasi yang serba mahal ini, malah bantuan itu hanya menjadi pengalas perut dan tidak menjamin corak kehidupan yang lebih selesa.

Diskriminasi atau tiada kelayakan? Ia bukan lagi menjadi persoalan. Apa yang penting adalah keyakinan dan kesanggupan para majikan untuk menerima pekerja daripada golongan yang hanya mengalami sedikit kekurangan ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn sendiri turut mengakui bahawa OKU adalah golongan yang kreatif dan produktif jika diberi peluang.

Katanya, kecacatan fizikal bukan merupakan halangan kepada golongan itu untuk bekerja dan apa yang penting, para majikan perlu bersikap rasional dengan menyediakan kemudahan khas kepada golongan terbabit.

Jelasnya lagi, OKU juga akan bekerja dengan baik apabila mereka ditempatkan di tempat kerja yang kondusif, selesa dan selamat.

憫OKU lebih fokus bekerja berbanding orang lain dan ia merupakan kelebihan mereka,拻 katanya selepas melancarkan Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Ismail Abd. Rahim pula berpendapat, tidak semua OKU dapat menjalankan kerja yang biasa dilakukan oleh orang lain.

Ini kerana faktor usia, jenis kecacatan dan tiada pengalaman antara alasan yang menyebabkan golongan ini sering kali ditolak mentah-mentah daripada permohonan pekerjaan.

Jelas Ismail lagi, bagi membendung masalah itu, pihaknya turut mewujudkan sistem pendaftaran OKU yang dinamakan Sistem Penempatan OKU.

Melalui sistem ini, katanya, selain menyimpan maklumat tentang OKU, majikan yang ingin menggajikan pekerja OKU juga boleh mendaftarkan jawatan yang terdapat di tempat masing-masing. Sehingga Mac 2007, sistem ini sudah mendaftarkan seramai 9,070 dan telah berjaya menempatkan seramai 6,799 orang dalam sektor pekerjaan.

Namun, jumlah itu dianggap masih kecil jika dibandingkan dengan bilangan OKU yang dianggarkan satu peratus daripada bilangan penduduk di negara ini.


----------------------------------------------------------------

skim bantuan galakana ini memanglah sangat dialu alukan -
memberi peluang pada oku untuk mencebur dir dalam
bidang perniagaan dan mendapat capital sebagai
permulaan -hopefully ramai dari merekayang akan mengambil
peluang ini and improve their standard of living dan memberi
keselesaan dalam kehidupan mereka --

JohnDeSouza Publish time 31-5-2007 09:49 AM

ooo... nki ni pekak ghupanya redz :P .skang keja apa?

Mulan Publish time 31-5-2007 11:43 AM

Jutaan terima kasih kepada pembuka thread. Sangat bermanfaat kepada para OKU semua.

Saya juga seorang OKU (cacat pendengaran). Alhamdulillah walau dgn kekurangan saya, saya tetap dpt hidup seperti manusia normal. Tentu sekali laluan hidup saya semasa belajar & bekerja lebih sukar dari orang lain.

Dari hidup saya sendiri, saya dapati manusia normal kebanyakannya beranggapan OKU ini tak mampu berfungsi sebaik mereka. Allah SWT MAHA ADIL. Di mana yg kurang, akan ada sesuatu kelebihan yg lain yg boleh dimanfaatkan.

Semasa belajar (saya belajar di USA), saya tebus kekurangan saya dalam kelas dgn memfokuskan pada assignment, nota & bahan bacaan. Saya tetap hadir ke kelas kerana attendance tetap dikira walaupun pada saya keperluan di bahagian itu kurang.

Semasa mendapatkan pekerjaan, saya tidak memilih kerja yg hanya setaraf dgn kelayakan saya. Saya pejamkan mata & pekakkan telinga dgn cemuhan orang serta komen-komen yg mengatakan 'belajar saja jauh2 tapi kerja gaji kecil'. Pedulikan.

Akhirnya selepas beberapa lama berusaha, saya berhasil mendapat kerja yg sesuai dgn kelulusan. Memang sentiasa ada masalah terutama ketika mesyuarat. Tetapi dalam mesyuarat yg berjam-jam itu, saya dapati isi sangat sedikit yg berguna. Yg selalu ada ialah BLAMESTORMING :P

Saya mesti katakan di sini, semasa mencari pekerjaan saya terpaksa menyorokkan hakikat yg saya adalalah seorang OKU (tidak begitu nyata) kerana jika tidak, saya tidak akan dapat kerja tersebut. Tempoh probation saya telah dilanjutkan, tapi selepas membuktikan kemampuan saya, saya tetap disahkan ke dalam jawatan. Nak hidup, kan.

OKU bukan sekali-kali bermakna ORANG KURANG USAHA. Bahkan OKU lah orang yg biasa hidup dgn jalan yg lebih berliku. Orang yg minta 'disuap' saja ni, baik OKU atau bukan OKU, patut di :@ saja!! :mad:

Tentang kemudahan untuk 'disabled people' seperti di USA, saya rasa ianya boleh disamakan dgn HAK PENGGUNA juga. Ada terdapat di tempat tertentu & publisiti kurang meluas. Orang OKU dan para pengguna itu sendirilah yang perlu bersuara & fight for their rights.

Setakat ini kemudahan sebagai rakyat Malaysia OKU yg saya dapat:

1) Income tax personal relief- adalah extra seribu dua dari bukan OKU
2) Sewa talian tetap telefon RM1.00 sebulan
3) Sumbangan tax relief untuk syarikat yg menggajikan saya

ALHAMDULILLAHI RABBIL 'ALAMEEN.

oh btw, saya dah dapat MBA tahun lepas :D

[ Last edited byMulan at 31-5-2007 12:03 PM ]

Redz-XacK Publish time 31-5-2007 01:31 PM

Originally posted by Mulan at 31-5-2007 11:43 AM
Jutaan terima kasih kepada pembuka thread. Sangat bermanfaat kepada para OKU semua.

Saya juga seorang OKU (cacat pendengaran). Alhamdulillah walau dgn kekurangan saya, saya tetap dpt hidup se ...

salam mulan ... welcome to our thread ...

i'm really so impressed with ur's achievement of life ... ur's story will boost my spirit to find good achievement in career and good contribution for societies & country.

proud of u ...   :loveliness:

tehbunga Publish time 31-5-2007 02:37 PM

serious jatuh airmata aku baca kisah Mulan dan Redz..
membakar semangat aku tuk lebih sabar dan
berkeyakinan lam mendidik anak kecil aku..

dan terimakasih jugak kepada dexa tentang articles yg sungguh berguna tuk golongan oku..

dexa Publish time 31-5-2007 06:22 PM

Reply #94 tehbunga's post


you are very welcome teh -

juga kalau teh ada apa2 yang nak dikongsi
saya rasa ramai yang boleh dapat belajar juga

saya appreciate apa saja positive contribution
dari forum members -

all the best to you alwayz -

Redz-XacK Publish time 31-5-2007 06:43 PM

Originally posted by JohnDeSouza at 31-5-2007 09:49 AM
ooo... nki ni pekak ghupanya redz :P .skang keja apa?



allo JohnDeSouza...

yup.. sy pekak. skang keja admin assistant kat hospital terkenal di m'sia ...

dexa Publish time 31-5-2007 07:08 PM

Reply #96 Redz-XacK's post

and your deafness wont stop you from
being successful -

in fact, despite that -- i believe you are more
respected and i am sure you doing great job
and more attuned in day to day workload --

semuga ramai lagi yang macam redz --
tak apa ada disability - cuz that won't stop you
from being successful as you are and a wonderful person -

[ Last edited bydexa at 31-5-2007 07:19 PM ]

Redz-XacK Publish time 31-5-2007 07:14 PM

Originally posted by tehbunga at 31-5-2007 02:37 PM
serious jatuh airmata aku baca kisah Mulan dan Redz..
membakar semangat aku tuk lebih sabar dan
berkeyakinan lam mendidik anak kecil aku..

dan terimakasih jugak kepada dexa tentang articles ...


salam tehbunga....

sy doakan anak2 tehbunga berjaya hidup di dunia & akhirat ...:pray:
mak ayah didik sy sama spt owg lain ... yg beza cara didikan yg diasuh secara disiplin / t'jawab...
dan paling penting beriman & beramal kpd Allah coz Allah menentukan takdir setiap umat ...insya Allah..

Mulan Publish time 1-6-2007 09:43 AM

Originally posted by Redz-XacK at 31-5-2007 01:31 PM


salam mulan ... welcome to our thread ...

i'm really so impressed with ur's achievement of life ... ur's story will boost my spirit to find good achievement in career and good contributio ...


w'salaam RX. tq v much.

it's all from Allah SWT, so i say Alhamdulillah for what i have.

i have said a few times to my younger bro, nephews & nieces, 'if i can do it, why not you?' to challenge them to excel at school. it's not that i feel special or anything, but SOME people blessed with perfect senses and sound limbs just don't try hard enough nor push the envelope, and that is such a waste.

at this stage of my life, sometimes i feel complacent - i have what an average person have, a nice job, a car, a house, etc, and i'm looking for something MORE out of myself. inshaAllah. i read motivational books like 'don't be sad', 'don't give up', reader's digest, etc.

i should find the time to start reading helen keller's e-book. :)

Mulan Publish time 1-6-2007 10:07 AM

Originally posted by tehbunga at 31-5-2007 02:37 PM
serious jatuh airmata aku baca kisah Mulan dan Redz..
membakar semangat aku tuk lebih sabar dan
berkeyakinan lam mendidik anak kecil aku..

dan terimakasih jugak kepada dexa tentang articles ...

semoga anak-anak tehbunga menjadi anak2 yg soleh/ah yg berjaya dunia akhirat.

saya terkena demam panas ketika di sekolah rendah & budak2 lain mentertawakan saya. maklum saja budak2. peer pressure jgn ckplah, jadi pada emaklah saya mengadu.

emak saya pun tak ada pengalaman membesarkan anak yg cacat, tapi approach dia simple saja, dia ajar yg basic supaya bersabar, jgn pedulikan ckp2 orang & renungi nasib mereka yg jauh lebih teruk (ramai lagi kat dunia ni) dari saya. takde layanan special pun utk saya. sama saja macam anak2 dia yg lain.
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11 12 13 14
View full version: Masalah OKU - peluang mencari kerja dan kemudahan asas -


ADVERTISEMENT