Syd posted on 8-7-2007 12:17 PM

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Kamikaze calar ego BritishOleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)

Tentera Jepun berbasikal paksa askar Punjabi, Inggeris berundur




http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/8dimen11a.jpg
“ASKAR Jepun menyerang! Askar Jepun menyerang!

Syd posted on 8-7-2007 12:17 PM

Hidup sengsara di zaman Jepun

JEPUN menjajah Tanah Melayu selama hampir empat tahun dan sepanjang tempoh itu penduduk merasai kekejaman askar penjajah itu yang tidak teragak-agak untuk menyeksa dan membunuh sesiapa saja yang menentang mereka.

Penduduk mula merasai peritnya hidup di bawah pemerintahan kuku besi Jepun yang lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan berbanding British. Mereka diperlakukan bagai hamba abdi dan haiwan, jika masih hidup.

Askar Jepun pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yama#a yang digelar ‘Harimau Malaya

ijad_adiputera posted on 8-7-2007 01:46 PM

Reply #2 Syd's post

setiap kali aku tido kt umah opah aku, tiap2 mlm kitorg slalu tido lmbt sbb dia selalu bercerita ttg masa zaman dia kecik2 dlu...
aku nk kongsi cter dia dgn korg plak sbb nk korg bygkan sendiri betapa peritnya hidup di bawah pemerintahan jepun...

dia bilang masa dia kecik2 dulu, dia duk kt johor..
tetiba suatu hari tu, abg opah aku ni dtg berlari balik ke umah....
dia jerit kt arwah moyang pompuan aku kasitau tentera jepun menyerang....
masa tu mmg panik abis...

opah aku ckp, arwah moyang laki aku xnk tinggalkan umah...
dia suwuh moyang pompuan bawak anak2 dorg lari ke hutan slmtkan diri...
moyang perempuan aku terus bawak sumer anak2 dia termasuk opah aku lari ikut pintu blakg umah terus ke hutan... tinggalkan umah & moyang laki aku mcm tu jer...

pastu dorg lari smpai la ke 1 pokok yg besar & rimbun..
kt bwh pokok tuh ada lubang besar...
opah aku ckp lubang tu moyang perempuan aku yg korek awal2 dulu sbb dh agak tentera jepun nk menyerang...
dorg 1 kuarga masuk ke dlm lubang tu...
pastu tutup dgn atap zink & duduk la diam2 kt dlm tuh...

masa tu opah aku ckp bunyi bom jatuh mmg kuat & bertalu2...
dia bleh rasa bom tu meletup dkt2 pokok tu je...
pastu bila dh mlm, dh sunyi x der bunyi bom gugur lg...
baru la dorg kuar & moyang pompuan aku bawak dorg balik ke umah senyap2...

bila dh sampai umah, opah aku tgk ayah dia (moyang laki aku) masih slmt & duduk bertakafur baca doa...
opah aku ckp masa tentera jepun menyerang kg dia, ayah dia cuma duk diam2, bertakafur & berdoa jer...
masa moyang laki aku tinggal sorg2 kt umah, tentera jepun ada masuk ke dlm umah & ckp bahasa jepun dgn dia...
moyang laki aku tu x melawan tp dia cuma angguk je... (sbb x phm apa jepun tu ckp)..
pastu tentera jepun tinggalkan dia mcm tu je kt umah tu...
x pulak dibunuhnya.... mayb sbb dia org tua kot...
tp opah aku ada ckp, moyang laki aku nih pandai dlm ilmu2 tertentu.... sbb tu dia selamat....

moyang perempuan aku cpt2 suwuh anak2 dia tutup sumer pintu & tingkap...
lubang2 yg ada sumer ditutup/disumbat....
utk pengetahuan korg, umah opah aku tu bukan umah kg tp umah batu...
kiranya umah tu mmg kukuh la.... tentera jepun nk masuk pon susah....
opah aku ckp umah dia dulu mmg besar giler...
bleh kata umah terbesar kt kg tu la...
mayb tok nenek aku dulu2 org kaya kt kg tu, aku pon x pasti...

pastu bila dh abis sumer, dorg duk senyap2 kt dlm umah tu & x buat bising pon...
pelita & lampu x pasang langsung...
biar org jepun anggap umah tu dh kosong x der org...
pastu 1 ari dorg terdgr ada bunyi bising kt luar umah...
rupa2nya trak tentera jepun dtg....
dorg berkhemah kt halaman umah opah aku sbb halaman tu luas...
tiap2 mlm opah aku bleh dgr tentera jepun menyanyi, minum sake, buat bising....
opah aku kekadg intai gak dari celah2 tingkap tp bila tentera jepun tu tgk ke arah dia, dia cpt2 sorokkan muka..
opah aku xtau samada org jepun tu nmpk muka dia atau x...

pastu 1 pagi tuh, tentera jepun ketuk pintu umah dgn kuat...
moyang pompuan aku cpt2 bwk anak2 dia lari ikut pintu blakg & tinggalkan moyang laki aku camtu je...
dorg lari menyorok kt hutan....
pastu bila dh mlm, dorg balik semula ke umah & tgk arwah moyang laki aku masih selamat... (tgh baca doa masa tuh)..
mcm biasa la... moyang laki aku cuma angguk je bila tentera jepun tu ckp dgn dia... nasib la x dibunuhnya....
mmg aku pecaya moyang laki aku tu bukan calang2 org... dia ni mmg ada ilmu2 tertentu yg buat tentera jepun tu x bunuh dia...

opah aku cter lg, 1 ari tu dia beranikan diri kuar dri umah & pegi ke khemah tentera jepun kt halaman umah...
dia tgk byk giler botol sake, duit2 jepun (duit pisang/banana money), segala harta org jepun la....
masa tu tentera jepun tgh bertugas ke mana ntah....
opah aku ckp masa dia kecik2 dulu , dia mmg nakal..... hehehehe... ;P

sbnrnya aku ada byk lg kisah psl opah aku nk cter kt korg tp masa x mengizinkan...
nanti2 je la aku smbg lg k... sekian...

alphawolf posted on 9-7-2007 08:52 AM

Satu suratkhabar selalu silap...pasal kamikaze. Kamikaze ('Angin Dewata') hanya wujud pada Oktober 1944 bilamana tentera Jepun dah terdesak dalam mempertahankan Filipina. Mereka membayangkan juruterbang pesawat dilengkapi bom yang menjunamkan diri ke kapal-kapal Amerika sebagai versi moden angin taufan yang memusnahkan armada penakluk Kublai Khan pada kurun ke 13 (rasanya)

Melihat kepada kekalahan British, ianya lebih kepada sikap sambil lewa, endah tak endah serta memandang rendah (dan juga terlalu tinggi) keupayaan Jepun berbanding kehebatan tentera Jepun itu sendiri.

penpink posted on 9-7-2007 10:26 AM

Hidup di zaman jepun memang sengsara...paling best makanan time tu adalah ubi kayu...nenek aku citer....masa zaman jepun anak2 dara muka kena conteng arang..tak nak bagi muka lawo2...kalau tak habis dirogol oleh jepun!nak keluar pun sorok2....:(

tongkatali posted on 9-7-2007 11:05 AM

Kajian semula....

Benarkan Jepun semasa menjajah Tanah Melayu ZALIM...bunuh orang sesuka-hati jer....adakah "kezaliman" Jepun hanya propaganda kuasa Berikat (British) sahaja...mari kita pakat renung-renungkan !:lol:

alphawolf posted on 9-7-2007 12:48 PM

Reply #6 tongkatali's post

Propaganda? Cuba tanya balik kat generasi berumur 60an dan ke atas...zalim (or rather, keras) atau tak? Depa sendiri yang merasa...

cz posted on 9-7-2007 01:18 PM

Originally posted by alphawolf at 9-7-2007 12:48 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Propaganda? Cuba tanya balik kat generasi berumur 60an dan ke atas...zalim (or rather, keras) atau tak? Depa sendiri yang merasa...

aku setuju dgn alphawolf. To tongkatali, propaganda amende nye....kampung aku di penang, arwah datuk aku ex wataniah, dah nak masuk lineup nak kena pancung dah selepas bertugas dari port spore. Nenek aku lak (yg skrg sudah umor antara 84-90, sbb selepas merdeka je, baru nak dibuat surat beranak, so dorang biasanya main teka je bila tahun lahir masing2) yg tak reti english pun leh lafaz pekataan "machine gun". Nak tau camne nenek aku leh hafal? Takut nye pasal sbb machine gun dorang lah digunakan utk tembak mati org malaya yg berbaris tutup mata, mananya tak hafal pekataan tuh. Adik pd nenek aku lak, mmg putih cun, suami lak soh lari sembunyi ke sebelah perak, tau sajalah kalau dapat dkt askar jepun.

ni bukan citer reka yer (kpd sesapa yg asik ingat mende ni propaganda), aku ni 1st hand dgr drpd nenek aku sendiri nye story since 80an sampai la skrg pun masih citer. The same story on and on.

Arwah datuk aku salamat pasal few day sebelum turn kena pancung, US dah bomb hiro dgn nagasaki. Kdg2 aku pun tak tahu skrg ni camne prinsip kita dgn US ek. Kalo takde US, jahanam dah malaya, plak tu skrg ni, kalo ade US, jahanam lak muslim....hai mcm2 lah dunia manusia nih...

Kampung nenek aku utilize sepenuhnya perigi buta...khas utk nyorok drpd scout jepun dan juga nak cover drpd shrapnel @ bomb dr kapal terbang @ apa2 saja term yg sesuai...

so, tu je la yg nenek aku citer kat aku....kalo aku ade ingat balik mende2 lain yg dia citer kat aku, insyallah aku update kat sini..

alphawolf posted on 9-7-2007 03:13 PM

Lupa pulak aku nak cerita...tok sedara aku salah sorang askar melayu yang surrender kat Singapore. Lepas tu sebab status dia tahanan perang, dia kena bawak pi Siam, buat jalan keretapi maut...

huskers posted on 9-7-2007 04:10 PM

bg aku....kalau nak compare keganasan antara PKM dan askar jepun, wa rasa mmg dua-dua specis brutal. kisah kekejaman tentera jepun satu donia sudah tahu berbanding kekejaman PKM. seksa, rogol, bunuh mmg sinonim dgn depa ni.

arwah atuk aku pun pernah cite pasal jepun ni. masa tu dia jadik mekanik kat penang. kire time tu kalau selisih dgn jepun ni mmg lutut menggeletar, kalau tak tunduk mmg kena penampar dua tiga das atau pun kena tendang kat perut.

jkkkj posted on 10-7-2007 04:37 PM

Salah satu rahmat dari penjajahan Jepun ni ialah orang Melayu mulai sedar bahawa kuasa penjajah Inggeris yang sebelum
itu mereka agungkan dan diharapkan untuk mempertahankan bangsa dan negara mereka sebenarnya hanya indah khabar dari rupa.

Kemenangan tentera Jepun menewaskan Inggeris di Tanah Melayu membuka mata dan minda orang Melayu bahawa
bangsa Asia juga boleh membebaskan diri mereka dari cengkaman kuasa Eropah.

Atas kesedaran inilah para nasionalis Melayu buat pertama kalinya bersatu dengan mengetepikan semua sentimen
kenegerian,kedaerahan dan kesukuan mereka demi menentang percubaan Inggeris untuk bertapak semula di Tanah
Melayu selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

Fenomena ini juga berlaku di beberapa buah negara Asia Tenggara yang lain pada waktu itu seperti di Indonesia,Filipina,
Burma (sekarang Myanmar) dan juga di Vietnam.Semuanya menentang bekas penjajah masing-masing sebelum perang
tercetus.

Oh ya,aku dapat satu info yang menarik.Salah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia pernah berjuang dalam hutan
sebagai sukarelawan menentang penjajahan Jepun dan selepas perang berakhir,beliau ditawarkan biasiswa untuk
melanjutkan pelajaran di England.

Dimarmalam posted on 10-7-2007 04:47 PM

Reply #6 tongkatali's post

nak buat kajian mende...
Jepun memang zalim lah
kalo baik tentu tak menjajah ke sini
agak nya ko dah terpengaruh dengan propaganda Jepun

'' kesemakmuran asia'' yang ada poster gambor jepun sambut tangan orang melayu yang bersongkok.

Dimarmalam posted on 10-7-2007 04:50 PM

Bukti tentera Jepun kejam...

PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI PARIT SULUNG

Pembunuhan beramai-ramai Parit Sulong berlaku pada 23 Januari 1942 yang dilakukan oleh anggota Division Pengawal Imperial (Imperial Guards Division) dari Tentera Imperial Jepun terhadap tentera berikat semasa penaklukan Tanah Melayu ketika Perang Dunia II. Beberapa hari sebelumnya, tentera Berikat telah menyerang hendap tentera Jepun berhampiran Gemas dan meletupkan jambatan di situ dalam pertempuran Jambatan Gemencheh.
Semasa Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, anggota pasukan Division ke 8 Australia (Australian 8th Division) dan Brigade Infantri ke-45 India (Indian 45th Infantry Brigade) sedang berundur sambil berjuang apabila mereka dikepong berhampiran dengan jambatan di Parit Sulong. Pasukan Berikat bertempur dengan pasukan Jepun yang lebih besar selama dua hari sehingga mereka kekurangan bekalan peluru dan makanan.

Setelah gagal berunding di bawah bendera putih untuk membenarkan mereka yang tercedera untul lalu, pemerintah pasukan memutuskan bahawa pihak Jepun akan mematuhi Perjanjian Geneva (Geneva Convention ) mengenai tawanan perang dan memerintahkan kesemua mereka yang sihat dan mampu diperintahkan untuk berpecah ke dalam hutan, satu-satunya jalan bagi mereka kembali menyertai barisan pihak Berikat; tetapi bagi sekitar 110 tentera Australia dan 40 tentera India yang cedera terlalu teruk untuk melarikan diri, pilihan mereka yang ada hanyalah untuk menyerah diri.

Tahanan perang yang cedera itu ditendang dan dihentak dengan buntut senapang oleh Pengawal Imperial. Mereka yang tercedera ditahan dalam bangunan kayu. Mereka kemudian dikumpulkan dan diperiksa oleh Chief of Staff Lt. Gen. Nishimura Takuma, General Officer Commanding, Division Pengawal Imperial yang memberikan arahan untuk "menghapuskan" tahanan yang tercedera.
Dalam perbicaraannya, Nishimura mendakwa bahawa ini bererti "memindahkan mereka yang tercedera kebelakang" - tetapi Chief of Staff, Kolonel Imai Kamerjiro - yang tidak terselamat dalam perperangan - menambah; "Mayat tahanan hendaklah dibakar selepas selesai pembunuhan itu". Teks penuh arahan tersebut diberikan kepada Lt. Fujita yang ditugaskan bagi menghapuskan tahanan.

Pada petang 22 Januari 1942, mereka diperintahkan untuk berkumpul di belakang baris kedai yang rosak berdekatan. Mereka yang tercedera dipapah oleh mereka yang mampu berjalan, setelah dijanjikan rawatan perubatan dan makanan. Sementara menunggu ditempat perkumpulan, samaada duduk atau terbaring lemah, tiga mesingan, tersorok di bilik belakang mulai menembak, mengsasarkan tahanan tersebut. Sejumlah tahanan yang masih hidup di tikam dengan bayonet. Selepas itu baris rumah kedai tersebut dirobohkan dan mayat tahan diletakkan di atasnya. Enam puluh galon minyak dituang diatas timbunan itu dan api dihidupkan. Menjelang tengah malam, timbunan kayu dan mayat membentuk abu setinggi dua kaki sebelum diisikan kedalam lubang bom dijalan berhampiran.

Terdapat keterangan saksi lain yang menyatakan kisah berlainan, anataranya: Sesetengah dari mereka diikat dengan kawat di tengah jalan sebelum ditembak dengan mesingan dan dicurah dengan petrol dan dibakar dan (dalam kata-kata Russell Braddon) selepas "dibakar hangus

Dimarmalam posted on 10-7-2007 04:52 PM

Pertempuran di Kampar

Pertempuran Kampar (30 Disember 1941 - 2 Januari 1942) merujuk kepada pertempuran yang berlaku di bandar Kampar, yang ketika itu merupakan sebuah bandar melombong bijih timah di negeri Perak, Malaysia. Dengan kegagalan tentera British menghalang kemaraan tentera Jepun di Jitra dan Gurun dalam kempen penjajahan Jepun di Tanah Melayu, pihak British telah menubuhkan barisan pertahanan di Kampar sebagai usaha menyekat kemaraan tersebut.

Bandar Kampar telah dipilih oleh Leftean-Jeneral Arthur E. Percival, commander-in-chief bagi pasukan British di Malaya kerana kedudukannya di kaki Gunung Bujang Melaka setinggi 1,206 meter dengan rabungnya yang mengarah bandar Kampar. Pada 23 Disember 1941, batalion Percival telah menduduki tiga rabung rendah di utara Kampar: rabung Hijau, rabung Thompson Ridge dan rabung Kubur yang mengarah jalan raya utama dan landasan kereta api. Selain itu permukaan bumi yang rata di sebelah barat bandar Kampar turut merupakan kedudukan yang selesa bagi meriam pertahanan - ini kerana pihak Birtish mempunyai kelebihan artileri berbanding pihak Jepun.

Sehingga petang Krismas 1941, batalion British masih bertungkus lumus menyediakan tempat pertahanan bagi menghadapai kemaraan tentera Jepun yang mereka tahu semakin menghampiri kedudukan mereka setiap jam. Sungguh pun begitu, mereka sempat menikmati hidangan krismas dengan ayam belanda, ayam dari pasar Kampar, roti segar, cokelat dan juga minuman keras. Selain itu setiap masa yang tinggal diisi dengan tugasan menggali sistem kubu perparitan, sarang mesingan, dan pos pemerhati. Di antara pasukan berikat yang bertahan di situ adalah Batalion Punjab dari Brigade India ke-16, Batalion Hyderabad ke-4 dan ke19 Hyderabad dan Batalion Punjab ke-2 dan ke-5 dari Brigade India ke-12 dan ke-18, Batalion Kedua Argyll dan Sutherland Highlanders dan unit Gurkha dari Brigade India ke-28.

Selama tujuh hari, seramai 2,000 tentera berkerja keras dari subuh sehingga maghrib, menggali sistem kubu perparitan, sarang mesingan, dan pos pemerhati yang sebahagiannya masih dapat dilihat di rabung Hijau.


Serangan Jepun
Pada subuh 30 Disember dua hari selepas tentera Jepun menawan Ipoh, pasukan meriam mereka mulai membedil rabung Kampar dari kedudukan di jalan Malim Nawar yang dibalas oleh pasukan meriam tentera British. Ini merupakan permulaan kepada pertempuran Kampar yang dengan sengitnya berlangsung selama empat hari. Sungguhpun tentera Jepun seramai 9,000 orang dengan sokongan 200 kereta kebal dan 100 meriam artileri, mereka gagal menembusi barisan pertahanan British pada mulanya. Bagaimanapun dengan kelebihan yang mereka ada, tentera Jepun mampu menggantikan tentera barisan hadapan mereka setiap 48 jam berjuang, sementara pihak British terpaksa bertahan dengan semua anggota yang ada.


Ini disebabkan oleh periuk api yang telah ditanam ditempat strategik, pagar kawat duri padat dan tembakan mesingan dari kedudukan sarang mesingan yang strategik. Memandangkan tentera British hanya mempunyai masa selama tujuh hari dan hanya mempunyai peralatan ringan seperti penyodok, pertempuran Kampar menunjukkan apa yang dapat dicapai oleh satu pasukan yang mempunyai kedudukan yang strategik berbanding pasukan yang lebih besar.

Pasukan Jepun cuba menguji barisan pertahanan British, dan mengalami jumlah korban yang tinggi, tetapi pada hari Tahun Baru 1942, pasukan pemerintah Jepun memutuskan serangan besar-besaran pada bahagian timur rabung Thompson. Mereka berjaya menumpaskan beberapa kedudukan British kerana senjata pasukan yang bertahan lekat apabila larasnya menjadi merah pijar tanpa gantian.

Pada sebelah petang pihak British memutuskan bagi menghantar Regimen Jat/Punjab di bawah pemerintahan Kapten John Graham dan timbalan pemerintahnya, Leftenan T. Lamb, untuk menyerbu dan mengundurkan Jepun. Kesemua mereka memasang boynet dan menyerbu dengan diketuai oleh Kapten Graham.

Ketika mereka menyerbu cerun terbelakang dirabung tersebut, mereka melaungkan ‘Sat Siri Akal

HangPC2 posted on 25-2-2008 11:09 AM

Penjajahan Jepun & Kemerdekaan - Satu Penilaian





Posted on Tuesday, July 10 @ 08:08:46 MYT by SongkokPutih


Oleh alexanderwathern




" Setelah lebih 400 tahun dinafikan kedaulatan oleh para penjajah Barat, tiba-tiba terbit satu sinar baru yang mungkin dapat menyuluh jalan ke arah mendapatkan kedaulatan kembali. Sinar harapan itu ialah tentera Jepun. Zaman itu orang-orang kampung malah orang-orang pekan kebanyakannya tidak tahu-menahu senario politik dunia.

Media tidak semudah dan secanggih hari ini. Yang memahami situasi dunia di negara ini hanyalah beberapa kerat saja. Antaranya ialah Ibrahim Yaakob (tak ada gelaran Tan Sri ke?) Dalam kemajuan media hari ini pun masih banyak umat Islam tanah air tidak ambil tahu permasalahan dunia Islam, apatah lagi pada zaman Perang Dunia ke-2 itu.

Banyak yang terkejut apabila mendapati para pejuang Moro di selatan Filipina berpakaian seragam tentera. Selama ini disangkanya pakai pakaian para petani seperti di Vietnam. Banyak yang tidak tahu di mana wilayah Caucasus dan terpinga-pinga apabila diberitahu banyak umat Islam di sana sedang menderita dibelasah kaum kafir musyrik.

Banyak yang tidak tahu wujudnya sebuah negara Islam bernama Turkistan Timur (Xin Jiang) di timur negara China tetapi dirampas daripada umat Islam, sementara umat Islam di tempat-tempat lain buat tidak tahu sahaja. Yang mereka tahu dan ambil sikit peduli hanyalah Palestin, Afghanistan, Iraq dan selatan Thai.

Itu pun sebab selalu masuk media. (* Sila kunjungi laman info nasib umat Islam sedunia di http://satuumat.greatnuke.com/ ) Jadi beberapa orang yang ada ilmu seperti Ibrahim Yaakob dan kawan-kawannya membikin rencana baru ke arah kemerdekaan.

Mereka menyatakan sokongan kepada tentera Jepun untuk menghalau Inggeris daripada Tanah Melayu. Percaturan mereka ada asasnya, bukan main hentam atas dasar semangat sahaja. Antaranya:

1. Barat menjajah lebih 400 tahun, tidak ada tanda-tanda Tanah Melayu bakal merdeka. Jepun? Belum pernah menjajah Tanah Melayu dan menjanjikan pengusiran penjajah dari Barat. Orang terdesak seperti kita akan pilih yang mana?

2. Barat sudah terbukti memusuhi Islam sejak era Perang Salib. Jepun? Belum pernah menzalimi penganut agama Islam. Bahkan kepulauan Ryukyu pernah mempunyai hubungan erat dengan kerajaan Melaka.

3. Jepun punyai rekod cemerlang sebagai kuasa Asia yang pertama menewaskan kuasa Barat iaitu Rusia.

Dikatakan 2 juta tentera Rusia digerakkan ke Manchuria untuk bertempur dengan Jepun tetapi jumlah sebesar itu tersungkur di kaki tentera Jepun. Karikatur sebelum perang bermula menggambarkan Rusia sebagai seekor beruang kutub yang besar sedang berhadapan dengan seorang samurai berpedang yang katik. Rupa-rupanya sang beruang kutub menjadi lapahan si samurai.

4. British adalah kuasa penjajah yang paling kuat membuli Tanah Melayu. Sungguhpun Portugis meruntuhkan kesultanan Melaka, tetapi jajahannya yang sebenar hanyalah Melaka.

Cuma Portugis giat melancarkan serangan ke negeri-negeri lain. Belanda pula banyak berkurung dalam kota. Inggeris? Seluruh Tanah Melayu di bawah ketiaknya. Orang-orang Melayu yang ada kesedaran memandang British penjajah paling jahat.

5. Perang antara Jepun dengan British tidak mustahil akan berakhir dengan ‘yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu

pisang69 posted on 26-2-2008 04:48 PM

Reply #15 HangPC2's post

Semoga para pejuang mengkaji semula riwayat ‘penyingkiran

adi_iskandar posted on 27-2-2008 05:09 AM

buat apa nak merdeka? orang putih dah bagi cukup makan, cukup aman.

buat apa nak protes? BN dah bagi cukup makan, negara aman selamat, makmur.

:lol:

HangPC2 posted on 27-2-2008 11:10 AM

Originally posted by pisang69 at 26-2-2008 04:48 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Semoga para pejuang mengkaji semula riwayat ‘penyingkiran

Zaharul_Asriq posted on 21-4-2009 01:57 PM

ada sesiapa lagi memiliki info pasal penjajahan Jepun?

alphawolf posted on 21-4-2009 02:57 PM

Reply #19 Zaharul_Asriq's post

Penjajahan Jepun sebenarnya 'cover' aje bagi mereka mendapatkan bahan mentah yang disekat Barat. Kenapa mereka nakkan bahan mentah tersebut? Sebab nak tumpaskan China yang berperang sejak 1937.

alphawolf posted on 21-4-2009 03:04 PM

3. Jepun punyai rekod cemerlang sebagai kuasa Asia yang pertama menewaskan kuasa Barat iaitu Rusia.

Dikatakan 2 juta tentera Rusia digerakkan ke Manchuria untuk bertempur dengan Jepun tetapi jumlah sebesar itu tersungkur di kaki tentera Jepun. Karikatur sebelum perang bermula menggambarkan Rusia sebagai seekor beruang kutub yang besar sedang berhadapan dengan seorang samurai berpedang yang katik. Rupa-rupanya sang beruang kutub menjadi lapahan si samurai.

Dalam buku2 sejarah memang selalu quote benda ni, kemenangan Jepun ke atas Rusia pada Perang Rusia-Jepun pada 1904-05.

Tapi banyak buku sejarah lupa nak quote yang pada Insiden Nomonhan / Pertempuran Khalkin Gol tahun 1937, Jepun pulak yang kena belasah Rusia dan terpaksa menandatangani non-aggression pact - yang membolehkan Rusia menghadapi sepenuhnya serangan Jerman pada 1941. Itupun Jepun maintain dalam 1 juta tentera di timur China/Mongolia..dan tentera ni jugak kena belasah Rusia sekali lagi bila Operasi August Storm dilancarkan akhir Perang Dunia Kedua.

alphawolf posted on 21-4-2009 03:11 PM

Penjajah 400 tahun yang sudah pasti zalim berjaya diusir sedangkan penjajah baru belum ada rekod lagi. Sinar merdeka mula menampakkan cahayanya. Malang sekali. Pentadbiran Jepun dikepung oleh Barat dari segenap penjuru. Ekonomi tidak boleh dijana. Sekatan demi sekatan di peringkat global dikenakan. Hasil bumi Tanah Melayu tidak dapat dipasarkan.

Bagaimana Jepun hendak memerintah? Dari mana sumber kewangan mereka? Bagaimana mereka hendak menjaga kebajikan penduduk? Pada zaman British sebelumnya, penjajah tidak mengalami sekatan ekonomi. Bolehlah digula-gulakannya rakyat dengan pembinaan kilang, jalan raya, sekolah, jabatan-jabatan, hospital dan lain-lain.

Itu pun kebanyakan rakyat tidak sedar yang kilang dibuat untuk mudahkan British memproses bahan mentah negara ini, jalan raya dibuat untuk mudahkan barang-barang itu diangkut ke bandar dan pelabuhan, pelabuhan dimajukan supaya mudah kapal-kapal British mengangkut kekayaan negara ini ke negara mereka.

Sekatan gapo...tengah perang!

Dan hasil Tanah melayu bila ditakluk Jepun dihantar ke Tokyo pula.....

Cuma satu perkara menarik boleh dibincangkan ialah apa jadi pada Asia Tenggara sekiranya Jepun menang WW2? Adakah kemerdekaan diberi sepenuhnya? Atau kita cuma bertukar tuan?

yaminz posted on 21-4-2009 05:13 PM

Reply #2 Syd's post

Pembetulan:
1) Askar upahan british - british xguna askar upahan, tp mgerah tentera dr tanah jajahan.
2) Austria telah dserap dlm German: Axis masa 2; German, Jepun, Itali, Finland, Hungary, Romania, Bulgaria
3) Bukan kamikaze, tp smgt Bushido...

yaminz posted on 21-4-2009 05:20 PM

Reply #22 alphawolf's post

Kalo jepun menang, diorg akan mberikan kmerdekaan seperti Indonesia...

yaminz posted on 21-4-2009 05:38 PM

Reply #21 alphawolf's post

Sebenarnya stalin agak riso kalo jepun serang timur russia scara ttiba, tp oleh kerana strategi jepun sendiri nak mnakluk asia tlebih dahulu, dan hasil maklumat dari pengintip yg dok kat tokyo (ironiknya pengintip tu adalah org german sendiri).

stalin akhirnya yakin dan trus mgerakkan pasukan timur russia k moskow, trus mlaksanakan Winter counter offensive. tp ms tu, tentera german yg myerang moskow telah lemah dan rasputin fenomena mnambah azab tentera german.
Page: [1] 2 3 4 5 6
View full: Penjajahan Jepun di Tanah Melayu