evlinne Publish time 23-10-2011 12:16 PM

http://www.travel-images.com/pht/russia421.jpg

Do people who live in eastern Russia look more Asian or more European?

#Justsharing

annadellia Publish time 25-10-2011 11:54 AM

this thread quite interesting.. lots of info can be share. tx 4 the info .. :)

Dzulqarnain Publish time 31-10-2011 07:24 PM

Bukankan penindasan dan kezaliman di dunia kini tiada kuasa yg dpt menentangnya? Ciri² terbaik utk takrif tamadun Y&M yg menguasai dunia...

kazuaki_01 Publish time 31-10-2011 10:35 PM

Post Last Edit by kazuaki_01 at 31-10-2011 22:37

yg pasti yakjuj & makjuj bukan amerika
drvn182 Post at 24-8-2011 03:47 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   hahaha...yer ker?dalam al quran ader tulis tentang fizikal diorang....   
      
   warna kulit...bentuk muka...gaya diorang...sebijik...

   yakjuj ngan makjuj = US ngan UK penyangak suker2 attack negara orang....

kazuaki_01 Publish time 31-10-2011 10:44 PM

Reply 441# evlinne


   russia bermaksud europe + asia + america

   sebab tu muker bangsa russia ader cam europe,asia = eurusia


   muker cam orang asli america pun ader....

fire_place Publish time 1-11-2011 07:32 PM

aku pun ada baca tentang yakjuj dan makjuj ni dalam buku ''kiamatsemakin hampir''.kat situ dia ada perincikan tentang perihal yakjud dan makjud,cara yakjuj dan makjuj dipisahkan oleh iskandar zulqarnain dulu,bagaimana yakjuj dan makjuj ni akan terlepas,kegananasa dan kekuatan yakjuj dan makjuj,serta bagaimana yakjuj dan makjuj ni akan mati.

moon2002 Publish time 2-11-2011 01:45 PM

tak payah la nak sibuk2 pasal yakjuj dan makjuj.......yg pasti benda tu mmg ada sbb dah tersurat didalam al quran ...tunggu masa jer lah ...ok

PrimeBee Publish time 2-11-2011 02:09 PM

Reply 447# moon2002

Sikap manusia kan ada rasa ingin tahu... Takpala depa nak bincangkan hal ni.. Tak salah rasanya... Kureng2 pun dapat gak input pasal benda ni..

brown93 Publish time 3-11-2011 01:10 AM

dlm banyak2 info yg aku baca pasal yakjuj makjuj ni, ad bbrape prkara yg menjadi tanda tanya bg aku..
1. ad hadis mengatakan bahawa manusia trbahagi kpd 10 bahagian,9 bahagian yakjuj makjuj manakala 1 bahagian adalah manusia biasa..so skang siapa perawi hadis ni? adakah ia hadis yg sahih? kalu kita fikirkan balik manusia skang dlm anggaran brjumlah 7 billion lebih..kalu ikutkan hadis ni..mknenye jumlah yakjuj makjuj adalah seramai 63 billion..logic ke bumi yg sebegini kecik ni ley tampung manusia sbanyak 70 billion? tu x campur lagi ngan hidupan lain..kalu korang kata diowg duk kt bawah bumi aku rasa x kot..sbb kalu begitu mmg da lama diowg brjaya naik ke atas..xkn lar bumi yg begitu luas ni cuma ad satu jalan keluar utk mrk? nx mungkin zulkarnain mengelilingi bumi semata2 utk wat tembok supaya diowg xdpt keluar dr bawah tanah? fikirkanlah..

2.tembok jenis apakah yg dibina oleh zulkarnain?adakah ia benar2 tembok besar spt tembok2 bangunan yg dibuat dr tembaga spt yg kita fikirkan?atau ia hanya sekadar kiasan? kita sbagai orang Islam smua sudah maklum bahawa ayat2 quran mmg mendalam kiasannya dn hanya orang2 yg tertentu sahaja yg mampu utk menafsirkan nya..so aku brpendapat tembok yg disebut tu bkan lah spt yg kita bayangkan..mungkin juga ia brbentuk medan magnet..nape pula? bkn ke tembaga adalah antara konduktor elektrik pling hebat kt dunia?aliran elektrik kn menghasilkan medan magnet..mungkin ad kbenarannya..tp ni hanya andaian aku sahaja..jgn prcaya sgt..

3."(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi." Al-Anbiyaa' 96.. ape mksud ayat di atas? tmpt2 tinggi? meluru turun dgn laju nya? kalu korangkan andaikan mrk duduk diatas gunung aku rasa kurang tepat..sbb klu diowg duk atas gunung mmg da lama kita sedar akan kewujudan nya..dgn teknologi yg ad skang ni kn..so disini menimbulkan persoalan paling besar..dimanakah sbnarnye yakjuj makjuj? dimanakah mereka dikurung? kemungkinan diowg ni bkn brasal dr bumi..brdasarkan ayat2 di atas..waallahualam..

Kesimpulan, smua yg aku nyatakan di atas hanyalah ANDAIAN aku semata2..so korang2 jgn lah nk menghentam,kecam x tntu hala smua..aku cuma ingin meluahkan pndapat..itu sahaja..harap maklum..

day2 Publish time 3-11-2011 01:40 PM

salam,

sy pon pnh tepikir sme jgk ngn brown93, pasal hadis tu, mmg agak femes, kua tiap kali bukak cite pasal yakjuj & makjuj ni. xlama dlu, org menganggap yakjuj makjuj tu makhluk mcm haiwan yg kua dr bumi, tp skarang dah ramai pengkaji mula kaitkan dgn logik dan dunia sekarang. sy nk kongsi, pendapat sheikh imran hossein pasal yakjuj makjuj ni berdasarkan surah al-kahfi. Pendapat beliau, yakjuj makjuj ni dah lama keluar, mereka manusia jgk, bkn binatang. menurut beliau, dlm ayat alkahfi tu ade menyatakan, dtgnye yakjuj makjuj ni, maka akan robohlah tembok sempadan manusia, maksudnye, seluruh manusia mula tgglkn budaya, cara pakaian, cara makanan dorg sjak sekian lam, dan di ganti dgn 1 budaya, pakaian dan makanan yg diamalkan seluruh dunia. contohnya, semua org menggunakan laptop, internet, makan mc donald, pakai pakaian barat (jeans, skirt).

kalau nk dgr lbh lanjut ceramah beliau, blh bukak di http://www.youtube.com/watch?v=4Gottai5GxU&feature=related . takut, penyampaian sy ni slh, pulak. projek ni di bwh awakeningproject, klau sesape pnh tgk video the arrival, mst familiar dgn project ni.. =)

day2 Publish time 3-11-2011 01:50 PM

tak payah la nak sibuk2 pasal yakjuj dan makjuj.......yg pasti benda tu mmg ada sbb dah tersurat did ...
moon2002 Post at 2-11-2011 13:45 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


   maafkan sy, mmg lah dah tersurat n lama kelaman akan berlaku juga, tp Allah juga ada berpesan, kita hendaklah berhati2 dgn tipu daya dajjal d akhir zaman. siapa yg x mengkaji, dan x ambil tahu, mgkn dia xsedar dah termasuk dlm tipu dayanya. mmg dah ada dalam al-quran, tp xkan kita nk biarkan ia dtg je, tnpa kita mengkajinye? supaya kita lbh berhati2, d smping itu boleh menginsafi diri. sbb tu, kalau kita tak ambil tahu, kita mgkn xtau, dgn menghafal hujung ayat d dlam surah alkahfi, kita akan terselamat dr tipu daya dajjal d akhir zaman. sma mcm kita nk kaji yakjuj makjuj, tu sume pengetahuan, sbb ape? sbb kita dah pon d akhir zaman, kalau kita x ambil tahu skrg, bila lg?

moon2002 Publish time 3-11-2011 09:19 PM

Reply 451# day2


    kita boleh mengaji dan mengkaji tentang persoalan yakjuj dan makjuj ni.....tapi x perlu la sampai ketahap hipotesis yg bukan2 yg akhirnya melemahkan mentaliti umat islam itu sendiri

moon2002 Publish time 3-11-2011 09:36 PM

Reply 451# day2


    apa2pun sy menghormati sikap ingin tahu day2......teruskan usaha anda

Dzulqarnain Publish time 3-11-2011 11:19 PM

Reply 449# brown93


1. Hadis ini bagaimana?
..."Diambil dari Ya'juj dan Ma'juj 999, dan dari kamu 1..." - Bukhari
Jd, jika penduduk dunia 7 Billion, 7 juta je la kita. Yg lain, Yakjuj & Makjuj. X perlu risau, perang nuklear WWIII, bencana dan gempa akan mengurangkan bilangan penduduk dunia.

2. Tembok besi-tembaga (alloy), merentangi 2 pergunungan. Yg skrg ni, tiada lg dpt dilihat secara zahirnya, tembok yg mula ditebuk dan cuba diruntuhkn sjak zaman rasulullah lg.

Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana yg akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan. - Muslim

3. Bila dibebaskan, bertempiaran keluar ke semua arah memenuhi bumi dan melakukan kerosakan (fasad) dlm masyarakat di mana mereka berada.

Adakah kita semua masih menunggu bilakah akhir zaman?
Ayat² bg yg masih menunggu...
"Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Al-Anbiyaa' 21:97)

Dzulqarnain Publish time 3-11-2011 11:20 PM

Replyday2


    kita boleh mengaji dan mengkaji tentang persoalan yakjuj dan makjuj ni.....tap ...
moon2002 Post at 3-11-2011 21:19 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


Umat Islam kini jd lemah sbb berkiblatkan TV. :)

acescripters Publish time 4-1-2012 11:28 AM

Salam sekadar berkongsi..


Di bawah ini adalah kesimpulan buku termasuk keterangan Al-Quran, Hadis, serta rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku dan membuat kajian bagi mendapatkan keterangan terperinci, atau menyertai forum penulis di http://www.imranhosein.org/ untuk menyatakan bantahan atau buah fikiran.
http://api.ning.com/files/-Poo834IhWFnE-*dT9QUMBx-Tx9GOE-QrofvncNT*pE-1dRu9QsQ6j84XlmwcbOAqwiNOHNqcT-EJ3CbXpFBv4-DvHvq6jRD/Dariialsk_ravine_A.jpg
Persoalan 1: Samada tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka?


Tembok menyekat kaum Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah swt telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:—

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.Israel

Allah swt malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?

Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Ya’juj & Ma’juj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Ya’juj & Ma’juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.

acescripters Publish time 4-1-2012 11:29 AM

Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut,dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.

Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH (624 AD). Meraka yang masih berpegang Ya’juj & Ma’juj dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Ya’juj & Ma’juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan

(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).

(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar?Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

acescripters Publish time 4-1-2012 11:30 AM

Persoalan 2: Samada Ya’juj & Ma’juj manusia?


Yahudi telah kembali ke Bait al-Maqdis namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya’juj Ma’juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya’juj & Ma’juj adalah manusia. Allah memberikan petunjuk mengenali Ya’juj & Ma’juj. Ini dijelaskan di dalam Surah al-Kahfi:

“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”…”; al-Kahfi:92-98

Ya’juj & Ma’juj adalah manusia

1. Tembok buatan manusia hanya untuk manusia.

“…tembok di antara kami dengan mereka...”; al-Kahfi:97

Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya’juj & Ma’juj). Oleh itu dan jika mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.

2. Perbuatan melakukan kerosakan atau “fasad” ke atas manusia.

“…sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi...”; al-Kahfi:94

“…Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi...”; al-Maa’idah:33

Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan surah al-Kahfi menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.

3. Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia.

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.

Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasbah menyatakan Ya’juj & Ma’juj makhluk ghaib (jin?) tetapi berketurunan nabi-nabi.

4. Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke dalam neraka

“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; as-Sajdah:13

Ya’juj & Ma’juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin atau manusia. Ya’juj & Ma’juj berketurunan Nabi Adam as dan oleh itu mereka bukan jin. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.

Terdapat pelbagai keterangan lain dan anda boleh merujuk buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World untuk mendapatkan keterangan penuh berserta gambaran peta dan gunung tersebut.

acescripters Publish time 4-1-2012 11:31 AM

Persoalan 3: Di manakah kedudukan mereka?


Berdasarkan keterangan Surah al-Kahfi:92-98, fakta relevan mengenali Ya’juj & Ma’juj ialah:
a. Negeri Ya’juj & Ma’juj = Khazaria & Russia (Gog is the Anglo-American-Israeli alliance and Magog is Russia)
b. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
c. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
d. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia
e. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates

Siapakah kaum Ya’juj & Ma’juj? Mereka puak Khazar, iaitu 98% bangsa Yahudi kita ketahui hari ini. Yahudi Khazar adalah palsu, dan 12 kaum Yahudi sebenar berkulit gelap, jauh berbeza dari rupa Yahudi kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah negro, dan orang Yahudi berkulit gelap. Mereka kaum bersama Nabi Musa as menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah German atau Rusia boleh mengaku mereka Yahudi? Dari kaum ke-13? Inilah perdayaan Ya’juj & Ma’juj.


Persoalan 4: Di manakah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj?

Anda boleh merujuk buku bagi memahami maksud “tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj”. Tembok tersebut dipanggil sebagai Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates, iaitu tembok diperbuat daripada besi bercampur tembaga. Rombongan telah dihantar mencari tembok dibina Zulkarnain pada tahun 50 H dan menemui tembok telah musnah sepenuhnya.

Saya turut ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj (sekatan). Sekatan lain ke atas puak Yahudi Khazar ialah sebelum Peperangan Waterloo (1815). Pada zaman itu mereka dilayan hina, dan Nathan Mayer Rothschild (1777-1836) membiayai England dalam peperangan menentang Napoleon. Di antara tuntutan Rothschild sebagai balasan ialah Yahudi diberi hak dan perlindungan sama rata. Semenjak itu Rothschild menguasai Bank of England dan Yahudi Khazar hidup bebas.

Tiada lagi sekatan dan mereka 100% bebas menguasai dunia. Mereka bekerjasama dengan Knights Templar (Freemason) bagi mengatur perancangan supaya orang Yahudi berupaya pulang ke Israel dan membentuk sebuah negara bebas. Mereka merancang penjajahan negara lain dan memberi kemerdekaan setelah menukarkan sistem negara, menguasai industri utama dan meletakkan orang-orang mereka di dalam negara jajahan.Mereka malahan bekerjasama membentuk sistem perbankan, pertubuhan dan pelbagai badan menguasai dunia dan seluruh aspek kehidupan kita pada hari ini.


http://api.ning.com/files/-pS7ryKTpqo2R2VwokMJn7-g*FlxJW3VTY9DpBIWlS49dWDhXzUWY73rYonz9sm2lSs3iksWaNtrK4kMREVP73qbhRnAwZoC/darialgorge2.jpg?width=500

acescripters Publish time 4-1-2012 11:31 AM

Persoalan 5: Siapakah “golongan” Ya’juj & Ma’juj?


Kita mengenali Yahudi Khazar sebagai bangsa Ya’juj & Ma’juj. Persoalannya hadis menyatakan bilangan mereka 999 daripada setiap 1,000 orang, dan mereka ini pula adalah manusia. Oleh itu siapakah manusia yang bermaksud 999 setiap 1,000 manusia? Siapakah Ya’juj & Ma’juj yang tidak terhitung banyaknya? Dalam erti kata lainnya, siapakah “manusia tidak terhitung”?

Jawapannya semua manusia yang termasuk golongan mereka. “Golongan” Ya’juj & Ma’juj ialah manusia seperti saya, keluarga saya, anda dan keluarga anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan semua manusia di dunia, iaitu mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan mereka ke dalam sistem di dalam negara kita. Siapakah lagi yang selama ini melakukan kerosakan jika bukan manusia yang mengamalkan sistem mereka?

Oleh itu 99.9% manusia adalah tergolong sebagai “golongan Ya’juj & Ma’juj” (Children of Gog & Magog) kerana melaksanakan sistem mereka. Akibat daripada ini lahirlah Ya’juj & Ma’juj berbangsa barat, melayu, india, cina dan semua bangsa yang melaksanakan sistem Ya’juj & Ma’juj. Dakwaan ini dijelaskan melalui surah al-Maa’idah:51:

“…Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu…”; al-Maa’idah:51

Keterangan merujuk hari ini. Ini kerana Yahudi dan Kristian tidak menjadi teman rapat pada zaman dahulu. Sebab utama ialah Kristian mendakwa Yahudi bertanggung-jawab membunuh Jesus, iaitu tuhan mereka. Namun itu pada hari ini dan semenjak Peperangan Waterloo (1815) di antara England dan France, mereka bekerjasama.
Pages: 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 [23] 24 25 26
View full version: Misteri: Yakjuj & Makjuj


ADVERTISEMENT