tongkatali Publish time 2-7-2008 11:22 AM

Originally posted by tongkatali at 4-6-2008 10:04 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif


Berkait dengan DAJJAL ini saya tertarik dengan satu program agama TV 9 baru ni yang membincangkan tentang KIAMAT...ada satu ahli panel memperkatakan tentang satu hadis SAHIH (kalu tak salah riwayat Imam Muslim) berkait dengan sekumpulan SAHABAT yang ke laut...dan diberi kelebihan oleh ALLAH SWT...dalam tempoh yang singkat sampai ke sebuah PULAU yang jauh (mungkin AMERIKA), di situ mereka dipertemukan dengan DAJJAL yang dirantai dalam sebuah GUA...lalu ditanya oleh DAJJAl tentang satu laut iaitu LAUT GALILEE yang sekarang terletak di ISRAEL..."adakah laut itu sudah kering", lalu jawab sahabat "tidak...ia masih lagi ada air"...lalu DAJJAL berkata... "bahawa antara tanda kemunculan DAJJAL ialah keringnya ait laut itu (Galilee)"...dan apa yang menariknya ialah menurut sumber yang boleh dipercayai...bahawa sekarang ini air Laut Galilee ini sudah hampir kering...dan dijangka akan kering dalam tempoh beberapa tahun ini..berdasarkan kepada trend pemanasan global pada hari ini. Jadi tidak mustahil segala permasalahan dan krisis hari ini akan terus meruncing...sehingga satu masa di mana akan lahir DAJJAL yang akan menawarkan satu PAKEJ bantuan yang amat menarik...dan selepas itu barulah datang IMAM AL MAHDI. ...


Masanya dah tak lama...:D

tongkatali Publish time 2-7-2008 11:44 AM

Originally posted by kenchana_md at 2-7-2008 10:08 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Bagi akulah fenomena 'al-Mahdi' ni secara tepatnya diketahui oleh 'perintis al-Mahdi' kerana meraka datang dari 'bloodline' atau 'silsilah' yang sama. Wallahua'llam.



Ya...hanya "jauhari mengenal manikam"...dulu masa mula-mula Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menang dan jadi Presiden, beliau dalam ucapannya ada menyebut tentang PERLUnya Iran mempersiapkan diri terutamanya dari segi kekuatan PERSENJATAAN sebagai persediaan menyambut kezahiran Al Mahdi. Dalam majalah Al Islam (saya tak ingat keluaran bila) ada membuat kajian dan menulis rencana tentang Presiden Mahmoud Ahmadinejad ni...dalam rencana tersebut telah disebut bahawa beliau memang dari zuriat AHLULBAIT. Jadi bolehlah saya rumuskan bahawa sesetengah PERINTIS ini telahpun lahir dan sedang membuat persediaan...cuma sekarang sedang menunggu kemunculan PERINTIS AGUNG sahaja yang dijangka akan muncul di bumi para AHLULBAIT iaitu MALAYSIA tercinta ini. Dalam pada itu kita juga jangan lupa kezahiran DAJJAL AL MASIH pun perlu kepada PERINTIS juga...kalu kita kaji AMERIKA melalui DASAR LUARnya adalah merupakan perintis kepada DAJJAL...dan DAJJAL pun sekarang sedang menunggu kemunculan PERINTIS AGUNG. Kalu kita kaji perkembangan yang berlaku di AMERIKA sekarang sedang hangat berkempen dalam pilihanraya PRESIDEN yang akan berlangsung akhir tahun ini dan yang jelas akan ditandingi calon OBAMA dari DEMOKRAT dan McCAIN dari REPUBLIKAN. Dari kedua-dua orang calon dan PARTI ini jelas dari dulu REPUBLIKAN mempunyai dasar luar yang agak KERAS berbanding DEMOKRAT. Dan dijangka berdasarkan kepada kempen dan ucapan McCAIN, beliau mempunyai dasar luar yang lebih keras dari PRESIDEN BUSH yang juga dari parti REPUBLIKAN. Berdasarkan kepada situasi sekarang ditambah lagi dengan LOBI YAHUDI (baca ZIONIS) yang semakin kuat di WHITE HOUSE sekarang, sudah pasti McCAIN dari REPUBLIKAN yang mempunyai dasar luar yang ULTRA KERAS akan menang...akan dipastikan menang...maka akan bermulalah PERANG sebenar antara ISLAM dan AMERIKA aka ZIONIS aka DAJJAL.

[ Last edited bytongkatali at 2-7-2008 11:53 AM ]

tenko1234 Publish time 4-7-2008 10:14 AM

perlu ke ke tunggu dajjal muncul untuk bertobat....:(

snowflakes Publish time 4-7-2008 01:28 PM

Reply #117 tenko1234's post

tak.. kalo boleh bertaubat sekarang, lagi bagus...

aiharanaoki Publish time 29-7-2008 06:54 PM

nak ty kt aizverus or sapa2 yg sudi nak jawab:
dlm thread ada kater keturunan ym tengah cuba utk pecahkan wormmhole tu, soklan aku, caner keturunan ada kat luar 'penjara' pulak..

cyborq Publish time 3-8-2008 12:02 AM

Originally posted by tongkatali at 2-7-2008 11:22 http://forum1.cari.com.my/images/common/back.gif
Originally posted by tongkatali at 4-6-2008 10:04 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif


Berkait dengan DAJJAL inisaya tertarik dengan satu program agama TV 9 baru ni yang membincangkantentang KIAMAT...ada satu ahli panel memperkatakan tentang satu hadis SAHIH(kalu tak salah riwayat Imam Muslim) berkait dengan sekumpulan SAHABATyang ke laut...dan diberi kelebihan oleh ALLAH SWT...dalam tempoh yangsingkat sampai ke sebuah PULAU yang jauh (mungkin AMERIKA), di situmereka dipertemukan dengan DAJJAL yang dirantai dalam sebuah GUA...laluditanya oleh DAJJAl tentang satu laut iaitu LAUT GALILEE yang sekarang terletak di ISRAEL..."adakah laut itu sudah kering",lalu jawab sahabat "tidak...ia masih lagi ada air"...lalu DAJJALberkata... "bahawa antara tanda kemunculan DAJJAL ialah keringnya aitlaut itu (Galilee)"...dan apa yang menariknya ialah menurut sumber yangboleh dipercayai...bahawa sekarang ini air Laut Galilee ini sudahhampir kering...dan dijangka akan kering dalam tempoh beberapa tahunini..berdasarkan kepada trend pemanasan global pada hari ini. Jaditidak mustahil segala permasalahan dan krisis hari ini akan terusmeruncing...sehingga satu masa di mana akan lahir DAJJAL yang akanmenawarkan satu PAKEJ bantuan yang amat menarik...dan selepas itubarulah datang IMAM AL MAHDI. ...


Masanya dah tak lama...:D

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5a/Sea_of_Galilee.jpg/363px-Sea_of_Galilee.jpg

http://farm1.static.flickr.com/197/456394346_4768598f19.jpg?v=0
http://www.finephotogallery.com/Israel/images/06%20Sea%20of%20Galilee.jpg

                                          JORDAN: The death of the Dead Sea                                                                                                                                                                                                    http://www.irinnews.org/images/indepth/runningdry/deadsea1.jpg
Inthe last 40 years, the water level of the Dead Sea has fallen more than20 meters, seriously impacting the economic and social livelihoods ofpeople in the area.
Credit: Tom Spender/IRINAsthe Dead Sea slowly shrinks towards extinction, fears are growing thatthe saltiest body of water on earth will not disappear without taking afew lives along with it.

The Dead Sea has fallen more than 20mover the past 40 years. Studies by scientists at the University ofJordan have shown that the sea now drops one metre in depth each year.The water level has declined faster than ever since Israel took controlof the water resources that feed the Jordan River after occupying theWest Bank after the 1967 Arab/Israel war.

"For at least 30years, Israel diverted most of the Jordan River tributaries andcontrolled water coming from Tiberias Lake in away that the river level was heavily effected," said Najib Abu Karaki,head of the geology department at the University of Jordan .

Israel,however, has insisted that its dispute with Jordan over the use of theriver was settled in peace agreements, which state that Israel willsupply water to Jordan. Israel pumps water from the Sea of Galileethrough its Movil Artzi water carrier to be used for irrigation of theNegev and other areas in Israel

Isu air kat sana akan lebih serius..sumber air utama dikontrol oleh yahudi...diaorang dok cedok2 air lama-lama akan kering jugak

tribute Publish time 5-8-2008 12:29 PM

Originally posted by aizverus at 3-8-2008 12:44 AM http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
rasanya, kebanyakkan kitaingat yakjud makjud ni cam raksasa ultramen...tapi kalu ikut logik dankajian, mereka ni manusia barbarian jerk...tapi mungkin di kurniakankelibihan untuk wat kacau di tanah orang...

apapun kita hanya boleh berteori..yang mengetahui ALLAH jua...

amacam..? okey tak penerangan ni?

yup....kelebihan diorang dikurniakan kebijaksaan sampai mampu mencipta senjata canggih2.....dan digunakan utk membunuh orang sampai mampos.......kalau ko tgk saper yg membangunkan teknologi senjata no.1 dlm dunia.....dan memperuntukan berbillion ringgit......

jo_je Publish time 5-8-2008 02:35 PM

Balas #121 aizverus\ catat

agaknya bush dari keturunan yakjud makjud kot.. suka sgt wat kacau tanah org..

jofizo Publish time 22-9-2008 12:10 PM

Arkeologi Russia dakwa jumpa tapak Empayar Khazar

MOSCOW: Seorang ahli arkeologi Russia mendakwa menemui kota purba Khazar iaitu empayar yang dipercayai sesetengah penyelidik barat sebagai berkait dengan Yakjuj dan Makjuj serta yang ribuan tahun lalu lalu sebelum hilang dan menjadi misteri.

Profesor Universiti Astrakhan, Dmitry Vasilyev, berkata aktiviti mencari gali selama sembilan tahun berhampiran Laut Caspian akhirnya berjaya menjumpai tapak kubu bata terbakar selain kesan pendudukan yang beliau percaya sebagai lokasi Itil iaitu ibu kota Khazar.

Vasilyev berkata, mengikut undang-undang empayar itu, bata terbakar hanya digunakan di ibu kota itu.

Lokasi umum kota itu yang terletak antara Laluan Sutera disahkan pencatat sejarah Arab, Yahudi dan Eropah zaman pertengahan.

"Penemuan ibu kota feudal pertama Eropah Timur ini amat besar ertinya dianggap sebahagian sejarah Russia," katanya.

Empayar Khazar yang dibangunkan puak Turki Asia Tengah pernah menguasai kawasan luas meliputi selatan Russia, Ukraine, Pergunungan Caucasus, Asia Tengah dan Laut Aral ketika zaman kegemilangannya dari abad ketujuh hingga abad ke-10. – AP

rurouni_khairul Publish time 4-10-2008 07:33 PM

Reply #125 jofizo's post

Adakah Y&M nie sebenarnye org Khazar? :o

comei Publish time 4-10-2008 09:34 PM

maaf la menyampuk
sy penah terlihat kat cenel discovery, org putih cuba cari asal usul keturunan diorg.
yg sy tengok, katanya berasal dr mongul
siap ada interview slh seorg bangsa mongul tu
lupa kat mana asalnya manusia
ada disebut tp sebab time tu tade niat nak tgk tv, dgr gitu2 jelah.

anakencana Publish time 2-12-2008 02:02 PM

Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Iskandar Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

(94) Al-Kahfi: "Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:
(97) Al-Kahfi: "Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya".

Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:
(98) Al-kahfi: "(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar".

Daripada Nawas bin Sam抋n r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda...

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., 揂ku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.

anakencana Publish time 2-12-2008 03:50 PM

Satu kajian: Yakjuj dan Makjuj..(1)

Catatan sang penulis....

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/ym-1.jpg

Saya teruskan artikel mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj, iaitu satu kaum ganas yang akan terus menjadi misteri kepada umat manusia di atasuka bumi ini hinggalah sampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu secara tepat bilakah kiamat akan terjadi tapi tanda-tanda kecil sudah banyak. Kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman adalah salah satu dari 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya Zulkarnain pun merupakan satu misteri, siapakah dia sebenarnya dan di manakah tembok yang telah dibina oleh baginda masih tidak mendapat jawapan yang jelas.

Kitab suci Al-Qur抋n memberitakan semua ini agar umat Islam mengkaji selanjutnya, itu kehendak Allah. Ia adalah keadaan yang lebih baik berbanding 搒poon-feeding擺/b] kerana ia akan menghidupkan minda dan memajukan pemikiran. Dan kejadian-kejadian terserempaknya manusia di atas muka bumi ini dengan UFO dan alien menyebabkan kita ingin tahu lebih lanjut adakah ianya ada kaitan langsung dengan kaum Yakjuj dan Makjuj dan adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas ke atas muka bumi?

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/ym-2.jpg

Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj?

Dari sumber Al-Qur抋n dan Hadis, ternyata bahawa mereka ini adalah dari bangsa manusia. Jelasnya,mereka adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Umur mereka panjang-panjang dan berkembang biak mengatasi bilangan manusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung atau terpenjara di bawah bumi di planet bumi ini sendiri dan di bawah bumi terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan semata-mata bersaiz gua).

Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis?

Dalam Fathul-Bari terdapat berbagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum ini, dan ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
- Sebahagiannya punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki.
- Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta.
- Sebahagiannya akan jadikan sebelah dari telinganya sebagai hamparan untuk tidur sementara telinga sebelah lagi sebagai selimut.

Ada juga riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggi ialah tiga hasta. Tapi kesemua riwayat-riwayat itu dianggap lemah dan tidak layak dijadikan hujah.

Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalah kan oleh manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini punya muka yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan dan muka mereka adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit.

[ Last edited byanakencana at 2-12-2008 03:51 PM ]

anakencana Publish time 2-12-2008 04:00 PM

Satu kajian: Yakjuj dan Makjuj..(2)

Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Dari sumber-sumber hadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat ramai dan jauh lebih ramai berbanding manusia yang berada di atas muka bumi.

Menurut riwayat Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda "Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)".

Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagi mereka mendiami bawah bumi yang 揫b]sempit擺/b]? Saya berpendapat bahawa sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga berita mengenai 揹abbatul 慳rd

anakencana Publish time 2-12-2008 04:11 PM

Satu kajian: Yakjuj dan Makjuj..(3)

Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Qur抋n dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pernah menyatakan mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut beliau, Yakjuj dan Makjuj bukanlah haiwan atau spesis lain tapi berasal dari keturunan Adam a.s. Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafits, iaitu salah seorang dari tiga anak lelaki Nuh a.s. Keturunan Yafits ini berkembang biak melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok yang menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.

Selain dari berita Yakjuj dan Makjuj dalam Al-Qur抋n, terdapat banyak hadis yang kuat membicarakan mengenai kaum ini. Namun ulama berbeza pendapat mengenai ciri-ciri kaum ini.

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. Ada pendapat lain menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar dan Monggol, dan lokasi tahanan mereka adalah di kawasan pergunungan Caucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah dengan tembok yang dibina oleh Zulkarnain.

Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuk tembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Bila hampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj Makjuj bebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10 tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan mereka.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/ber5.jpg

Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat-mayat itu daripada muka bumi.

Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj berasal dan di kurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran Ayat 90 Surah Al-Kahfi yang menyebut bahawa Zulkarnain sampai "di tempat terbit matahari" iaitu timur dunia.

Ketika kemunculan semula, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Kaum ini juga dikatakan memiliki zuriat yang ramai dan mereka ini tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat (umur mereka panjang sebagaimana umur anak Adam sebelum taufan Nuh a.s.). Kaum Yakjuj dan Makjuj ini hebat, tiada siapa yang mampu menewaskan mereka, dan mereka hanya binasa dengan kekuasaan Allah.

anakencana Publish time 2-12-2008 05:27 PM

Satu kajian: Yakjuj dan Makjuj..(4)

Kewujudan kaum Yakjuj dan Makjuj ini bukan hanya diberitakan dalam Al-Qur抋n, tapi juga dalam kitab-kitab terdahulu iaitu Taurat dan Injil. Orang-orang Yahudi menyebut sebagai Gog dan Magog. Mereka percaya bahawa Gog (Yakjuj) adalah nama satu kaum yang berasal dari anak-cucu Yafits bin Nuh a.s. tapi mereka berpendapat bahawa Magog adalah nama bagi sebuah tempat atau kawasan. Kaum Nasrani pula berpendapat bahawa Gog dan Magog adalah nama bagi kaum. Kedua-dua agama ini juga percaya bahawa kaum Gog dan Magog ini adalah ganas lagi jahat serta membuat kerosakan di muka bumi. Al-Qur抋n telah memberitakan secara jelas mengenai hal ini, pertamanya ialah bahawa mereka ini adalah kaum dan bukannya tempat, kedua ialah kisah pembinaan tembok pemisah oleh Zulkarnain, dan ketiganya ialah hakikat mereka ini akan muncul semula ke muka bumi bila kiamat sudah hampir.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/ym-1-1.jpg

Di manakah letaknya tembok yang dibina oleh Zulkarnain?

Ada pendapat yang menyatakan bahawa ianya terletak di Derbent di Asia Tengah, iaitu di Daerah Hissar, kira-kira 120 batu di tenggara Bukhara. Kawasan itu amat sempit, dengan batu-batu seperti dinding, dan ia berada di laluan utama antara Turkestan dan India. (latitude 38 degrees N; longitude 67 degrees E). Pada masa sekarang ianya dikenali dengan nama Turkish-Buzghol Khana (rumah kambing), tapi di masa silam ia dikenali sebagai Tembok Besi (Babul Hadid dalam bahasa Arab, Dar-i-ahani dalam bahasa Parsi dan Tie-men-kuan dalam bahasa China).

Pada masa kini tembok besi itu sudah tiada lagi, tapi ianya masih ada pada kurun ke 17, bila seorang pengembara China bernama Hiouen Tsiang nampak tembok itu dalam pengembaraannya ke India. Beliau nampak pintu gerbang dibuat dari besi dan padanya ada tergantung loceng. Berhampirannya ada sebuah tasik yang bernama Iskandar Kul, yang mungkin ada kaitan dengan Iskandar Zulkarnain. Al-Maqdis, seorang pengembara bangsa Arab dan pakar geografi, telah menulis sekitar 375 Hijrah (985-986 Masehi) bahawa Khalifah Abbasiyah bernama Al-Wathiq (842-846 Masehi) telah menghantar satu misi ke Asia Tengah untuk melaporkan mengenai Tembok Besi ini. Mereka telah menemukan puing (defile) selebar 150 ela, di atas dua tiang pintu (jambs) yang dibuat dari kepingan-kepingan besi yang telah dipeteri menggunakan timah cair, dan di sana terdapat dua pintu gerbang besar yang tertutup rapat. (Saya sendiri berpendapat bahawa tembok Zulkarnain bukan di Bukhara).

Ada pendapat yang meneliti dengan lebih terperinci. Sheikh Hifzur-Rahman dalam "Stories of the Qur抋n" telah menuliskan bahawa Yakjuj & Makjuj melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di kawasan yang luas, dan kerana gangguan mereka ini, banyak tembok dan dinding telah dibina di zaman dan tempat yang berlainan oleh raja-raja zaman silam.

Ada 4 yang paling terkenal:
1) Tembok Besar China, dibina oleh Raja China 3,460 tahun selepas Nabi Adam a.s.
2) Tembok di Asia Tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh, di tempat bernama Derbent.
3) Tembok di Degistan Rusia, juga dikenali sebagai Derbent berhampiran Laut Caspia.
4) Tembok yang berada di bahagian barat Derbent di Degistan Rusia itu, iaitu di kawasan Caucasus.

Tiada siapa yang berpendapat Tembok Besar China dibina oleh Zulkarnain kerana ianya berada di bahagian timur sedangkan Al-Qur抋n memberitakan bahawa tembok Zulkarnain berada di arah utara. Pakar-pakar sejarah seperti Masoodi, Istakhri dan Hamawi berpendapat bahawa tembok Zulkarnain ialah sama ada di Degistan atau di Caucasus. Seorang pakar ilmu hadis, iaitu Allama Anwar Shah Kashmiri dalam bukunya Aqeeda-tul-Islam berpendapat bahawa tembok Zulkarnain berada di kawasan Caucasus. Allama Aloosi pula berpendapat bahawa kedudukan tembok Zulkarnain tidak dapat diketahui secara tepat, dan besar kemungkinan ia sebenarnya berada jauh di sebalik gunung-ganang yang dipisahkan oleh laut yang luas.

ashna Publish time 3-12-2008 05:38 PM

adakah yakjuz & makjuz adalah neanderthal men??:o :o

haku baca national geo bulan lepas...
katanye DNA neanderthal tak 100% sama ngan manusia biasa..
so mereka not quite human... species manusia yg lain

axxo Publish time 3-12-2008 08:25 PM

Reply #132 anakencana's post

maksud kau tembok besi tu dah tiada lagi? adakah maknanya yakjuj dan makjud dah berjaya keluar dari tembok besi tu

axxo Publish time 3-12-2008 08:38 PM

aku rasa burung besar yg diutuskan Allah utk mengangkut mayat yakjuj dan makjud ni adalah burung thunderbird or so called as 'giant bird'. tak silap aku sejak dari tahun 70an lagi dah berlaku banyak kes di mana report sightings org ternampak burung yg besar, sebesar kapal terbang kalau ditgk ke atas langit. mungkin selama ni spesies burung ni mmg wujud, tp hanya duduk diam dan tidak menampakkan diri dan hanya tunggu hingga suatu masa mereka 'diperlukan'.

nah, boleh baca dekat link ni ttg thunderbird:
http://www.cryptozoology.net/english/reflections/return.html

[ Last edited byaxxo at 3-12-2008 08:42 PM ]

amazed Publish time 17-1-2009 06:48 PM

Keturunan Yakjuj, Makjuj
Oleh Idris Musa


http://www.hmetro.com.my/Friday/AdDin/20090116110805/mainpixKISAH mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka.

KISAH mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka.

"Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah:47)

Dalam kamus Inggeris orang Yahudi atau Israel dikenali sebagai Jew, dari istilah Perancis giu. Jew asalnya istilah Hebrew, merujuk kepada orang Yahudi, etnik dari Israel atau Hebrew (ahli kaum Semit Arab dan Yahudi).

Bahasa Latin ringkasya bermaksud Judaean, dari perkataan Judah, iaitu nama kerajaan Judah dan satu suku kaum Israel.

Jerman memanggilnya Jude, Juif (Perancis), Jode (Denmark) dan Judio (Sepanyol).

Mengikut sejarah, Yahudi yang difahami merujuk dari zaman dahulu kala, malah mengikut adat mengembalikan kepada zaman millennium kedua Sebelum Masihi, dari Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Yaakub a.s.

Nabi Yaakub, putera kepada Nabi Ishak, yang dilahirkan di Kan'an (bahasa Hebrew, nama lama bagi Palestin), dinasabkan dengan keturunan Bani Israel dan baginda dinamakan juga Israel.

Isra' membawa erti hamba, kesucian, manusia, manakala 'el' bererti Allah. Perkataan Israel merujuk kepada hamba kesucian Allah.

"Segala jenis makanan dulu halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat..." (Ali Imran: 93)

Begitupun, dalam pemahaman moden, Yahudi merujuk kepada tiga kumpulan; orang yang dilahirkan dalam keluarga Yahudi sama ada mengikuti atau tidak agama itu; mereka yang mempunyai keturunan; dan tiada keturunan Yahudi tetapi memeluk agama itu.

Fakta penyelidikan seorang sarjana Yahudi, Arthur Koestler, menunjukkan lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan bumi Palestin.

Majoriti Yahudi sekarang berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno, di utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang asalnya mengamalkan kepercayaan Shamanisme. Cuma sekitar abad kesembilan menjadikan Judai (Yahudi) sebagai agama.

Kemudian Khazar dianggap sebagai satu daripada empayar kegemilangan Yahudi manakala penduduk Khazar dipercayai menjadi antara moyang bangsa Yahudi moden ketika ini.

Pendeta Benedictine, Christian dari Stavelot dalam bukunya yang ditulis pada abad kesembilan, "Expositio in Matthaeum Evangelistam' merujuk Khazar sebagai bangsa nomad yang berasal daripada keturunan Yakjuj dan Makjuj.

Seorang pengembara Arab, Ibnu Fadlan dalam catatan perjalanannya ketika mengadakan misi diplomatik untuk menghadap orang suruhan Raja Khazar menyatakan beliau percaya Yakjuj dan Makjuj adalah moyang kepada Khazar.

Berbanding bangsa Palestin, dikenali juga sebagai bangsa Kan'an yang diperakui mendiami tanah itu dari awal sejak sekian lama sebelum orang Israel mendatangi lokasi terbabit.

Orang Yahudi moden berusaha menubuhkan Tanah Israel (Land of Israel), khususnya mereka berhaluan utama untuk dikongsi semua golongan terbabit.

Istilah Tanah Israel bukannya negara Israel, iaitu sebuah negara geopolitik moden yang lebih kecil, tetapi ia dikatakan wilayah menurut Injil Hebrew dijanjikan Tuhan kepada pengikut Ibrahim melalui puteranya Isa dan orang Israel, pengikut Yaakub.

Negara moden Israel hari ini terbentuk pada 14 Mei 1948. Peringkat awal pembentukannya menyaksikan perpindahan besar-besaran, termasuk saki baki Holocaust (pemusnahan oleh Nazi Jerman, 1941-1945 membabitkan korban enam juta Yahudi).

Kerajaan Israel dikenali juga sebagai rejim Zionis, iaitu pergerakan politik antarabangsa yang menyokong tanah air orang Yahudi di Land of Israel. Pergerakan rasminya diasaskan seorang wartawan Austria, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19.

Menurut Agensi Yahudi, pada 2007 ada 13.2 juta Yahudi seluruh dunia, dengan 5.3 juta tinggal di Israel, 5.3 juta di Amerika Syarikat dan bakinya bertaburan di pelbagai negara, mewakili 0.2 peratus populasi semasa dunia.

Yahudi terkenal sebagai suatu bangsa yang mengingkari perintah Tuhan, golongan yang melampau dalam banyak aspek, keras kepala dan taksub. Teks al-Quran dan lipatan sejarah membuktikan kenyataan itu.

Sebagai contoh, ketika pemergian Nabi Musa a.s selama 40 hari ke Thur Sina, sesetengah mereka menyembah patung anak lembu. Walaupun dinasihati, mereka tidak mempedulikannya.

Kehidupan orang Yahudi terbahagi kepada beberapa zaman, dengan yang pertama berakhir apabila rumah ibadat pertama dimusnahkan orang Babylon. Rumah ibadat itu dibangunkan Nabi Sulaiman.

Mereka ditakluki pelbagai kuasa besar, seperti orang Assyrians (dari bahagian atas Sungai Tigris di Iraq), Babylon, Parsi, Empayar Roman dan Islam. Cuma di bawah kekuasaan Islam mereka dilayan dengan adil.

Di wilayah Iberia misalnya, pemerintahan Muslim memberi kebebasan kepada Yahudi memajukan diri dalam matematik, astronomi, falsafah, kimia dan filologi, sehingga zaman itu sering dirujuk sebagai zaman emas Yahudi.

Pada masa awal Islam, Leon Poliakov menulis, orang Yahudi mendapat banyak keistimewaan dan masyarakat mereka bertambah maju.

Dalam tempoh penaklukan pelbagai kuasa besar, mereka acap kali diusir, malah dijual dalam pengabdian pada masa Empayar Roman.

Pada kurun kedua Maharaja Roman Hadrian membina semula Jerusalem yang hancur sebagai kota orang jahiliah dan dijadikan tempat upacara agama orang Yahudi. Marah dengan penghinaan itu, mereka memberontak.

Hadrian bertindak balas, memadamkan pemberontakan dengan membunuh lebih setengah juta Yahudi.

Kemudian pada zaman Roman Legions, orang Yahudi tidak dibenarkan memasuki kota Jerusalem (dikenali Muslim sebagai al-Quds atau Baitulmaqdis) dan kebanyakan ibadat mereka dilarang. Pada tahun 212, semua orang Yahudi dijadikan rakyat Roman.

Pada akhir kurun empayar Rom, orang Yahudi dan Kristian mengamalkan tolak ansur, tetapi arah tuju yang bertentangan.

Orang Yahudi pernah bersekutu dengan orang Parsi yang menceroboh Palestin pada 614, tetapi apabila perintah Kristian diasaskan semula akhirnya mereka disembelih dan dilupuskan dari Jerusalem.

Ternyata mereka tidak pernah belajar daripada penaklukan, penghinaan dan pemusnahan dialami sepanjang sejarah, akibat suka membuat onar dan bersengketa.

Hari ini mereka bersengketa pula dengan orang Islam, terutama rakyat Palestin.
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: Misteri: Yakjuj & Makjuj


ADVERTISEMENT