tutankhamun! Publish time 3-6-2009 11:14 PM

dlm byk2 artikel pasal yakjuj & makjuj nie ,
ada tak attach skali gambar tembok2 spt yg diceritakan tue

katakpuruz Publish time 4-6-2009 07:52 AM

Originally posted by tutankhamun! at 4-6-2009 00:14 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
dlm byk2 artikel pasal yakjuj & makjuj nie ,
ada tak attach skali gambar tembok2 spt yg diceritakan tue

bagi pendapat aku, dinding yang dimaksudkan tu adalah sebahagian dari perkara ghaib..

clairekimberly Publish time 4-6-2009 11:51 AM

yakjuj makjuj ni aku baca banyak versi sgt...takde yg selaras...tapi aku masih beranggapan yakjuj makjuj tu manusia disebalah barat sana...yg telah maju dgn ilmu kejuruteraan dan technology dunia

katakpuruz Publish time 4-6-2009 01:45 PM

Originally posted by clairekimberly at 4-6-2009 12:51 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
yakjuj makjuj ni aku baca banyak versi sgt...takde yg selaras...tapi aku masih beranggapan yakjuj makjuj tu manusia disebalah barat sana...yg telah maju dgn ilmu kejuruteraan dan technology dunia

kalau anda beranggapan begitu, mcmana pulak yang dikatakan tembok yang telah memisahkan kita dengan yakjuj makjuj? asalnya yakjuj makjuj dari suku kaum yang menetap di dataran padang rumput..kalau mereka dah maju dengan teknologi, bermakna mereka ada bersama2 kita??dan bila mereka akan membuat bala bencana?

kuseng_power Publish time 5-6-2009 11:00 AM

tapi yang penting kewujudan mereka di tggu oleh rami org dan semua bangsa mempercyai kewujudan nya.rahsia2 alam yang akan tersimpan sehingga Allah SWT mengkehendaki nyer berlaku bila sampi masa nya.

rastablank Publish time 5-6-2009 06:12 PM

Ade org ckp diorg ni manusia sama mcm kita cuma diorg ni ganas + barbaric. So aku rasa nil a kot moyang2 Viking zaman dulu, keje nk potong kepala je, klau x pon moyang tentera Mongol, atuk Genghis Khan ker ;P

Acong Publish time 5-6-2009 11:31 PM

org cannibal? :funk:

ninja9 Publish time 5-6-2009 11:50 PM

Originally posted by rastablank at 5-6-2009 18:12 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Ade org ckp diorg ni manusia sama mcm kita cuma diorg ni ganas + barbaric. So aku rasa nil a kot moyang2 Viking zaman dulu, keje nk potong kepala je, klau x pon moyang tentera Mongol, atuk Genghi ...

aku rasa dorang ni manusia biasa...tapi barbaric..suka bunuh orang ...tembok tu pun aku ingat sudah runtuh..dan bilangan dorang pun mungkin tak banyak sebab kena kurung...skrang ni memang banyaklah cucu cicit merata2..:lol:

tribute Publish time 17-6-2009 08:43 PM

Originally posted by katakpuruz at 4-6-2009 13:45 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


kalau anda beranggapan begitu, mcmana pulak yang dikatakan tembok yang telah memisahkan kita dengan yakjuj makjuj? asalnya yakjuj makjuj dari suku kaum yang menetap di dataran padang rumput.. ...

mereka nie bangasa US ngan UK...
yang di pisahkan melalui lautan atlantik ngan pasifik....
dan yg satu lagi tu di pisahkan melalui selat inggeris daripada eropah...
satu ketika dahulu britain sering berperang ngan perancis yang berjiran ngan dier melalui selat inggeris tu....
sampai kan perancis pn benci la bangsa dier nie....waktu perang dulu british giler makan musuh...
teknologi perang pn dipelopori oleh US ngan UK....tak payah duk pikir2 lagi dah bangasa yakjuj makjuj nie....
buat pening jer....dh brape kali aku bagitau dh saper sebenarnya yakjuj ngan makjuj nie.....

zamansimba Publish time 17-6-2009 09:24 PM

masa zaman Rasulullah SAW baginda berkata tembok itu sudahpun berlubang sebesar jari, maksudnya ia belum pecah.Maksudnya yang didalam masih didalam, belum lagi keluar.

pada waktu itu empayar Rom sudahpun lama ada di muka bumi dan orang gasar Goth sudah pun wujud di eropah.bangsa graeco-roman sudah lama wujud.England pun sudah ada orang yg tinggal di sana.

Mana mungkin mereka yg dimaksudkan ini Yakjuj dan Makjuj?

biosfree Publish time 17-6-2009 10:12 PM

antara rahsia tuhan yg sukar dicapai oleh akal manusia yg terhad, kalau tersilap nnti jadila tahyul/kurafat, dll.............tapi naluri manusia yg ingin tahu, yela....apa yek, kat mana dah diorg nih, mana dinding nya tu......x de ke Discovery atau National Geografic buat dokumentari......heheh

thescorpionking Publish time 18-6-2009 08:32 AM

Originally posted by tribute at 17-6-2009 20:43 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif mereka nie bangasa US ngan UK... yang di pisahkan melalui lautan atlantik ngan pasifik.... dan yg satu lagi tu di pisahkan melalui selat inggeris daripada eropah... satu ketika dahulu brit ...


Tak masuk akal sungguh kalo diorg tu bangsa US/UK. Dah terang2 dlm Quran, Allah bagi firman secara literal dlm surah al-Kahfi, ayat ke 92 hingga 98.


Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi:

“Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua-dua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

“Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’

“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi.’

“Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’.

Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) akan aku tunangkan ke atas besi panas itu.'

“Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya.

Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar.’”


Dah terang & JELAS di situ, Yakjuj & Makjuj terkurung antara 2 buah gunung! Dan kurungan itu hanya akan luluh apabila hampirnya KIAMAT! Benda dah Allah kasi literal, korang buatkan benda ni jadi complicated. Main2 pula dgn metafora. Apo ko hei?? :lol:

^^langkasuka^^ Publish time 23-6-2009 12:25 PM

salam..........

aku ada jmp 1 buku smlm psl gog magog ni....

ditulis dlm bhsa melayu........ulit buku warna coklat.... kat MPH

harga rm31+.....

siap gambo bagai.....

aku lupa sape tulis....

tp sgt menarik utk d baca....

ingat gaji khamis ni nk p bli..

faiz_ampang Publish time 23-6-2009 07:53 PM

apa nama tajuk buku tu ar?

alyana Publish time 24-6-2009 12:04 AM



mereka nie bangasa US ngan UK...
yang di pisahkan melalui lautan atlantik ngan pasifik....
dan yg satu lagi tu di pisahkan melalui selat inggeris daripada eropah...
satu ketika dahulu britain s ...
tribute Post at 17-6-2009 20:43 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

kalau begitu semua org US dan UK jahat2 belakalah ye?, tetapi kenapa ramai jua antara mereka yang mendalami dan menganut agama, tak kiralah jika agama itu kristian, buddha, dan Islam? lantas, apa bezanya dgn kaum2 africa, China, Jepun, Korea, Uganda, Ghana, Zimbabwe?.
kalau mcm tu merekalah yang patut lebih ditakuti berbanding yahudi?begitukah?tp teknologi penghancur bumi dan ekonomi bukahkah dari yahudi?... so ai tak faham bila yakjuk makjuk dirujuk kepada mereka yakni bangsa US/UK

kalau mereka jahat , kenapa ada bangsa2 malaysia sendiri ada yang masuk penjara, jadi perompak pembunuh perogol pengedar dadah, penculik segala?
kalau begitu bukankah shj elok kita labelkan bahawa yakjuj makjuk dirujuk kepada bangsa atau individu yang melakukan jenayah?adakah status bangsa US/UK yang u all labelkan sebagai yakjuk makjuk akan hilang jika mereka menganut islam? sedang genes, keturunan, kromosom mereka segala adalah mmg bangsa UK/US? dan adakah jika dgn begitu, hatta mereka seorg islam sekalipun, maka mereka tetap merbahaya dan kurang muliaberbanding dgn orang melayu islam yang melakukan jenayah?dan bagaimanakah dgn ulat2 yang akan membinasakan yakjuk makjuk dari muka bumi? so kalau mereka beragama Islam , bagaimana pula keadaan mereka ?

maybe ai hanya faham base on pengetahuan ai tahap makcik2 felda shj, tetapi bolehkah dan benarkah semuanya kita nisbatkan sebagai metafora?, sesuatu yang kita tidak nampak atau belum jumpa tidak bermaksud benda itu tiada. so apakah panduan kita untuk membezakan sesuatu itu bukan metafora sebaliknya fakta? ai takut nanti melarat sampai kepada kisah Nabi Khidir A.s pulak, kisah Al khafi , Kiamat, Dajjal, Imam Mahdi ....segala...   


Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.


mcm ai quote kat atas tu? yang ai bold tu adakah metafora juga?

katakpuruz Publish time 24-6-2009 12:07 AM

salam..........

aku ada jmp 1 buku smlm psl gog magog ni....

ditulis dlm bhsa melayu........ulit buku warna coklat.... kat MPH

harga rm31+.....

siap gambo bagai.....

aku lupa sape tulis ...
^^langkasuka^^ Post at 23-6-2009 13:25 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

`bencana disebalik gunung`? kalau tak silap..memang byk info dlm buku tu.

alyana Publish time 24-6-2009 12:07 AM

adakah dajal akan bersua dgn yakjuk makjuk?

bagaimana pula orang yahudi? apakah yang akan mereka saling perbuat bila bertemu?

nazri63 Publish time 24-6-2009 01:29 AM

aku ada terbaca dlm kitab2 lama yang yakjuj dan makjuj akan keluar apabila azan sudah tidak berkumandang di dunia ni...mereke ni diikat ngan rantai besi ..malah setiap kali abis azan ..rantai besi akan terputus sikit demi sikit tapi bilaazan berkumandang rantai besi tu akan terikat balik sampai la satu masa nanti bila azan tidak lagi berkumandang di dunia ...maksudnyahari dah nak kiamat..

saga2717 Publish time 24-6-2009 01:43 PM

baik lah korg bace tafsir...lg bagus...tp aku pon terlupe, surah mane yg ade ckp psl bnde ni...sbb ade sorg brader ni cite kat aku...pasal tembok yg zulkarnain buat, then tembok tu die sembutkan dgn api...hmmm nnt aku check surah ape...

saga2717 Publish time 24-6-2009 01:45 PM

selain tafsir, ade ke sesape terbace dlm buku psl makhluk Tuhan ni???aku suke bc bnde2 cmni....tolong PM aku ye...me kaseh...
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: Misteri: Yakjuj & Makjuj


ADVERTISEMENT