Amir Publish time 13-11-2007 12:24 PM

Wajib,Sunat,Makruh dan Haram - Harus Bukan Hukum

:)
Rasa-rasanya semua orang tahu hukum Islam yang biasa kamu pelajari iaitu:

Wajib - Wajib Ain dan wajib kifayah dan berpahala melakukannya dan berdosa disebaliknya juga wajib kifayah;orang lain buat kita tak payah.

Sunat - Sunat biasa dan sunat muakad(sunat yang beratkan) iaitu buat dapat pahala tak buat tak apa-apa.

Makruh - Buat tak dapat dosa,tak buat boleh pahala.

Haram - Buat dapat dosa dan tak buat dapat pahala.

Harus - Buat atau tak buat,tak dapat apa-apa.

Itulah serba sedikit penjelasan sebelum persoalan mengenai 'harus' ini dibincang.

Kalau kamu baca dan pelajari,kamu akan dapat mengetahui bahawa kesemua hukum yang diterang diatas adalah hasil daripada perbuatan. Kamu setuju! Kamu pun tahu bahawa Allah SWT akan menghisab manusia walaupun perbuatan baik yang dilaku sebesar zarrah akan dapat balasannya.

Bukti: Surat Az-Zilzaal Ayat 7 dan 8

Firman Allah:"Barang siapa mengerjakan kebaikan,meskipun seberat zarrah akan dilihatnya balasan kebaikan itu.Barang siapa mengerjakan kejahatan meskipun seberat zarrah akan dilihatnya balasan kejahatan itu."

Ada orang kata,makan itu hukumnya harus,betul ke? Sebabnya kalau kita makan benda yang halal lagi baik( seperti yang tersebut di dalam AlQuran) sudah tentu mendatangkan kebaikan dan ini mendapat pahala. Jadi dimana letaknya hukum harus ini sekiranya setiap perbuatan kita dihisab!

Lagi satu,harus ini mereka sabitkan dalam mempelajari sifat-sifat Allah. Contohnya,wajib beriqtikaq pada 99 sifat-sifat Allah dan 99 sifat-sifat mustahil bagi Allah dan 1 harus iaitu Harus bagi Allah menjadikan Alam ini. Kenapa? Sebab orang ada tanya kenapa Allah jadikan Alam dan kehidupan ini. Itulah jawapan iaitu harus bagi Allah menjadikan Alam dan kehidupan ini. Itu sahaja penggunaaan hukum harus. Itu pun sekiranya manusia beriktiqaq seperti itu akan diberi ganjaran pahala kerana kepercayaan sebegitu adalah amalan baik yang akan mendapat ganjaran.

Oleh itu,dimana letaknya kedudukan hukum 'harus' yang telah anda semua pelajari?

:)

sa2_gwa Publish time 13-11-2007 12:55 PM

ini sudah menjadi perbahasan feqah dan aqidah..
cukup sy terangkan secara ringkas menurut pendapat/ilmu yg sy ada..
harus atau mubah itu seperti yg saudara sebutkan

contoh makan adalah harus, sekira-kira tiada niat melainkan hendak mengenyangkan perut sahaja..makanya tiada pahala dan dosa..

melainkan diniatkan kerna Allah Taala, dan pula bagi boleh menanggung akan ibadat kepada Allah Taala, maka perkara makan itu menjadi sunat dan mendapat pahala

maka harus bagi Allah Taala menjadikan alam ini difahami akan saya, Allah Taala tidak berkeperluan untuk menjadikan alam ini, jadi atau tidak menjadikan alam ini tidaklah menjadi tambah atau kurang pada Allah itu.. hanya sanya ia adalah kehendak Allah Taala jua..

-moga penjelasan ini membantu-
pinta muzakarah bersama tuan guru yg mengajar ilmu aqidah

ianho Publish time 13-11-2007 01:51 PM

Reply #3 sa2_gwa's post

contoh makan adalah harus, sekira-kira tiada niat melainkan hendak mengenyangkan perut sahaja..makanya tiada pahala dan dosa.
melainkan diniatkan kerna Allah Taala, dan pula bagi boleh menanggung akan ibadat kepada Allah Taala, maka perkara makan itu menjadi sunat dan mendapat pahala
hukumnya bah menjadi sekiranya makan tanpa keperluan, boleh mendatangkan musibah sekiranya makan yang berlebih-lebihan - terlebih kenyang

mnm77 Publish time 14-11-2007 02:06 AM

Originally posted by Amir at 13-11-2007 12:24 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif

Lagi satu,harus ini mereka sabitkan dalam mempelajari sifat-sifatAllah. Contohnya,wajib beriqtikaq pada 99 sifat-sifat Allah dan 99sifat-sifat mustahil bagi Allah dan 1 harus iaitu Harus bagi Allahmenjadikan Alam ini. Kenapa? Sebab orang ada tanya kenapa Allah jadikanAlam dan kehidupan ini. Itulah jawapan iaitu harus bagi Allahmenjadikan Alam dan kehidupan ini. Itu sahaja penggunaaan hukum harus.Itu pun sekiranya manusia beriktiqaq seperti itu akan diberi ganjaranpahala kerana kepercayaan sebegitu adalah amalan baik yang akanmendapat ganjaran.

Oleh itu,dimana letaknya kedudukan hukum 'harus' yang telah anda semua pelajari?

Jika kita kaitkan dengan dosa pahala, HARUS itu hukum yang pertengahan (tak dosa tak pahala)

Contoh, apakah hukum menaiki kereta untuk pergi kerja?

Kalau dapat pahala, zaman dulu takde kereta rugi la orang dulu?
Kalauberdosa, apa salahnya naik kereta untuk pergi kerja?

kelat Publish time 14-11-2007 12:19 PM

Reply #2 sa2_gwa's post

aku setuju ngan kau. si amir tu dah keliru, makna harus dalam perbahasan ilmu feqah dan akidah adalah berbeza. sebab itu org dulu tidak mencampur aduk kan perbahasan bab aqidah, feqah dan tasauf. tapi perlaksanaan kenaserentak, tiga2 kena jalan sekali.

Amir Publish time 14-11-2007 12:57 PM

Originally posted by mnm77 at 14-11-2007 02:06 AM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif


Jika kita kaitkan dengan dosa pahala, HARUS itu hukum yang pertengahan (tak dosa tak pahala)

Contoh, apakah hukum menaiki kereta untuk pergi kerja?

Kalau dapat pahala, zaman dulu takde...

:)
Mana boleh tak ada pahala,tak ada dosa!

Kan aku sudah kemukakan dalil AlQuran bahawa setiap perbuatan baik dan jahat walaupun sebesar zarrah akan dihisab. Tak baca ke?

Setiap perbuatan jangan dilihat bersendirian seperti yang kamu beri contoh naik kereta tetapi mesti dilihat berangkaian.

Contoh kamu,naik kereta pergi kerja. Pergi kerja itu perbuatan baik oleh itu naik kereta pergi kerja bukan lagi dikira harus tetapi disebut sebagai perbuatan baik. Kalau kamu naik basikal pun perbuatan baik kerana nak menyempurnakan kewajipan pekerjaan. Jadi naik kereta itu dapat pahala.

Contoh: Kamu pergi masjid,boleh saje kamu berkereta atau berjalan kaki. Apa Nabi kata? Setiap langkah kamu satu kebaikan jugak satu pengamponan dosa.

Kamu ada faham!
:)

Amir Publish time 14-11-2007 01:08 PM

Originally posted by ianho at 13-11-2007 01:51 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
contoh makan adalah harus, sekira-kira tiada niat melainkan hendak mengenyangkan perut sahaja..makanya tiada pahala dan dosa.
melainkan diniatkan kerna Allah Taala, dan pula bagi boleh menanggun ...

:)
Makan itu suatu perbuatan baik dan dapat pahala. Masalah niat,kamu ingat makan baca doa atau basmallah itu adalah niat ke? Itu adab-adab makan.Setiap manusia yang melakukan perbuatan makan itu memang telah berniat kalau tidak masakan ia pergi ke meja makan lalu makan. itu dah niat le! Jadi sekiranya perbuatan makan itu disusuli dengan adab-adab makan lebih sopan dan beradab dan itu jugak menambahkan pahala.

Lepas makan kamu cuci tangan,itu jugak perbuatan baik dan berpahala. Semuanya berangkai-rangkai.
:)

Amir Publish time 14-11-2007 01:15 PM

Originally posted by kelat at 14-11-2007 12:19 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
aku setuju ngan kau. si amir tu dah keliru, makna harus dalam perbahasan ilmu feqah dan akidah adalah berbeza. sebab itu org dulu tidak mencampur aduk kan perbahasan bab aqidah, feqah dan tasauf. ...

:)
Kalau kamu katakan begitu sila bagi contoh supaya senang aku menanyakan kepada kamu soalan. Sekiranya kamu tak dapat menjawab,aku boleh ajar kamu cara yang betul untuk menjawab.

:)

Amir Publish time 14-11-2007 01:27 PM

Originally posted by sa2_gwa at 13-11-2007 12:58 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
ini sudah menjadi perbahasan feqah dan aqidah..
cukup sy terangkan secara ringkas menurut pendapat/ilmu yg sy ada..
harus atau mubah itu seperti yg saudara sebutkan

contoh makan adalah harus ...
:)
Kamu nak kena panggil tuan guru kamu belajar dengan aku tentang aqidah,itu baru betul.

Sebenarnya, kamu kenal yang wajib 99 sifat-sifat Allah dan 99 sifat-sifat yang mustahil bagi Allah dan 1 lagi itu tak payah belajar atau tahu.

Kalau kamu nak tahujugak,kamu tanya le dengan aku,biar aku yang jawab dan kamu dapat ilmu dek kerananya.

:)

goldraja Publish time 14-11-2007 05:34 PM

Originally posted by Amir at 13-11-2007 12:24 PM

Wajib - Wajib Ain dan wajib kifayah dan berpahala melakukannya dan berdosa disebaliknya juga wajib kifayah;orang lain buat kita tak payah.

Sunat - Sunat biasa dan sunat muakad(sunat yang beratkan) iaitu buat dapat pahala tak buat tak apa-apa.

Makruh - Buat tak dapat dosa,tak buat boleh pahala.

Haram - Buat dapat dosa dan tak buat dapat pahala.

Harus - Buat atau tak buat,tak dapat apa-apa..


minta maaf.. aku ni org jahil baru nak belajar.. jadi nak minta laluan utk bertanya..

betul ke tafsiran 5 perkara yg dikatakan sebagai "Hukum Islam" ini adalah tafsiran yg sebenar?

always_typo Publish time 14-11-2007 06:01 PM

Reply #11 goldraja's post

satu lagi contoh perkara yang harus adalah membotakkan kepada selain daripada untuk tahallul - ini hukum fekah.

Tapi kalau dalam amalan tasauf, ada yang kata membotakkan kepala boleh jadi sunat kalau dilakukan dengan niat nak bagi malu dngn kepala botak dan terpaksa pakai kepiah utk cover botak tu dan bila dah pakai kepiah tak leh lah buat benda2 yang tak semenggah... ie sebahagian darimembantu dalam proses mujahadah.

Satu perkara interesting pasal perkara harus ini adalah selain perkara wajib dan haram,perkara harus tak boleh dinazarkan. Contoh : nazar botak kepala, nazar berjalan kaki,dsbgnya.
Nazar yang betul adalah utk buat ibadat yg diakui sunat seperti puasa, bersedekah, buat kenduri dsbgnya.

always_typo Publish time 14-11-2007 06:05 PM

Reply #10 Amir's post

bukan 99 tapi 20.

Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Kalau tak faham, tak pandai saya nak terang di laman web ni.

mnm77 Publish time 14-11-2007 06:15 PM

Originally posted by Amir at 14-11-2007 12:57 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Mana boleh tak ada pahala,tak ada dosa!

Kan aku sudah kemukakan dalil AlQuran bahawa setiap perbuatan baik dan jahat walaupun sebesar zarrah akan dihisab. Tak baca ke?

Setiap perbuatan jangan dilihat bersendirian seperti yang kamu beri contoh naik kereta tetapi mesti dilihat berangkaian.

Contoh kamu,naik kereta pergi kerja. Pergi kerja itu perbuatan baikoleh itu naik kereta pergi kerja bukan lagi dikira harus tetapi disebutsebagai perbuatan baik. Kalau kamu naik basikal pun perbuatan baikkerana nak menyempurnakan kewajipan pekerjaan. Jadi naik kereta itudapat pahala.

Contoh: Kamu pergi masjid,boleh saje kamu berkereta atau berjalan kaki.Apa Nabi kata? Setiap langkah kamu satu kebaikan jugak satu pengamponandosa.

Kamu ada faham!

Anggaplah saya ni tak faham ilmu kamu ni.

Saya beri contoh:

Apa hukum menaiki kereta untuk pergi kerja?

Jawapan kamu kerja itu perbuatan baik, jadi naik kereta itu perbuatan baik dapat pahala. Jadi APA HUKUMNYA pada kamu?

SUNAT ke sebab pada kamu dapat pahala?

Kalau sesiapa kata naik kereta pergi kerja tu SUNAT dah tentu jadi BIDAAH pula;P

eddysheddy Publish time 14-11-2007 08:02 PM

Originally posted by mnm77 at 14-11-2007 06:15 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


Anggaplah saya ni tak faham ilmu kamu ni.

Saya beri contoh:

Apa hukum menaiki kereta untuk pergi kerja?

Jawapan kamu kerja itu perbuatan baik, jadi naik kereta itu perbuatan baik dap ...
ha.. jawap jgn tak jawap ;P
sunat ke wajib? atau haram ke makruh? ;P

indah1285 Publish time 14-11-2007 09:14 PM

Reply #14 mnm77's post

tudiah...... ;P ;P ;P ;P

fleurzsa Publish time 15-11-2007 12:24 AM

penat tol melayan server ni.. post yg ke 10 kot

Ini pendapat I shj, kay...

Letak hukum harus..

- asal kpd hukum.
- Perbuatan kita yg dikategorikan sbg harus, bermaksud "boleh".
- Org yg melakukan atau meninggalkan tidak mendpt pahala atau dosa.
-

wallahua'lam

ussopp Publish time 15-11-2007 07:11 AM

salam...

sy ingin bertanya...kita ada dosa kecil...ada tak pahala kecil...

contoh susun Al-Quran...kemas katil...

cuci tingkap...atau kebaikan selain dari sunnah nabi...

yang mana ia lebih baik dari tidak buat apa2...cuma pahalanya tidak sampai sebanyak pahala sunnah...

ada ka?

always_typo Publish time 15-11-2007 09:05 AM

satu lagi:
Perkara yang haram yang dilakukan dalam keadaan darurat hukumnya bertukar jadi harus.
Adapun darurat itu lawannya adalah ikhtiar.

always_typo Publish time 15-11-2007 09:14 AM

Reply #19 always_typo's post

Harus (atau dipanggil juga mubah) hukum feqah lain dari harus hukum aqal dalam ilmu kalam.

Dalam hukum aqal ada tiga -
1) wajib aqal contoh Allah itu wujud
2) mustahil aqal contoh Allah itu tiada
3) harus aqal yang dibahagikan pula kepada tiga iaitu
-wajib adat,contoh lepas cukup makan, kenyang
-mustahil adat, contoh jasad yang kena air, mustahil tak basah.
-dan wajib aridhi (lupa lak contoh).

Sekadar introduction, kalau nak belajar kena beradab dan hadiri kuliah yang proper.

izzahsmart Publish time 15-11-2007 09:55 AM

tentang harus ni... ia merupakan salah satu hukum syarak .... kena belajar ilmu Usul Fiqh.... cari kat kedai buku ... byk... atau search online...

TQ
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Wajib,Sunat,Makruh dan Haram - Harus Bukan Hukum


ADVERTISEMENT