cronicle86 posted on 25-4-2008 03:01 AM

MAT KOMANDO>>penjenayah paling licik yg amalkn ilmu selisih

Post: #1
Mat Komando
Mat Komando diburu 255 hari

Ketua Kumpulan 13 akhirnya tewas selepas mati ditembak dalam operasi subuh hari

KEHENINGAN subuh di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah, pada 12 September 2002, diganggu dengan dentuman berdas-das tembakan senjata api.
Ketika itu jam menunjukkan sekitar 6.30 pagi, kebanyakan penghuni kampung yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar raya Alor Star itu baru bangun untuk menunaikan solat subuh manakala pelajar bersiap untuk ke sekolah.

Penduduk tidak pun menyangka bahawa bunyi tembakan itu adalah daripada satu operasi besar dan penting polis yang dinamakan kod Ops Api Sawit 2 sekali gus menandakan kejayaan menumpaskan ketua kumpulan penjenayah amat dikehendaki, Kumpulan 13, yang diketuai Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad.

Penduduk tidak menyangka Mat Komando, 37, yang ditumpaskan pagi itu kerana tersebar khabar angin kononnya dia dipercayai berjaya menyusup keluar dari negara ini pada waktu berkenaan.

Serbuan sepasukan 10 anggota polis yang turut disertai Unit Tindakan Khas (UTK) pagi itu mengakhiri pemburuan pasukan keselamatan terhadap Mat Komando selama 255 hari.

Operasi tragis itu berlangsung kira-kira sebulan selepas isterinya, Faridah Mat Piah, 34, dan bapa mertuanya, Md Piah Che Nam, (72 tahun ketika itu), membuat rayuan menerusi temu bual dengan akhbar Harian Metro, supaya dia menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Beberapa jam selepas operasi itu tamat, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai, mengesahkan bahawa lelaki yang berbalas tembak dengan polis waktu itu adalah Mat Komando.

Pengumuman itu sekali gus mengakhiri pemburuan polis ke atas Mat Komando, yang dilancarkan sejak 1 Januari 2002 selepas tiga rakannya terbunuh ketika lari dari sekatan polis di Kuala Nerang sebelum itu.

Kematian Mat Komando pada pagi itu berjaya menyelesaikan siasatan polis terhadap Kumpulan 13 yang turut dikaitkan dengan 52 kes samun bersenjata membabitkan wang tunai lebih RM2.5 juta, dua kes mencuri motosikal dan satu kes cubaan membunuh.

Kumpulan 13 kerap terbabit dalam beberapa siri rompakan bank terpencil, selain rompakan terhadap pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Mereka dipercayai terbabit dalam 11 rompakan di Perak, lima di Kedah dan masing-masing dua kes di Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.

Operasi pada pagi itu juga menyudahkan satu episod jenayah terancang dengan sembilan anggota Kumpulan 13 ditangkap manakala empat termasuk ketuanya, mati ketika berbalas tembak dengan polis.

Polis turut menemui sepucuk pistol jenis Colt .45 dan revolver .22; beberapa butir peluru hidup dan kelongsong serta wang tunai RM70 pada badan Mat Komando, pagi itu.

Ketika diburu selama lebih 200 hari, polis turut mengesan beberapa taktik penyamaran dilakukan oleh Mat Komando ketika dalam persembunyian untuk mengelak dikesan termasuk muncul berjanggut atau jambang ala Taliban serta botak licin (skin head).

Dalam beberapa serbuan polis sebelum itu, Mat Komando yang bertubuh tegap dan sasa berjaya melepaskan diri termasuk dalam Ops Api Sawit sebelum itu yang mengorbankan anggota kumpulannya termasuk abang ipar, Ismail Md Piah, di Bukit Selambau dan Jalan Gubir-Kuala Nerang pada 1 Januari 2002.

Selepas kejadian itu, Mat Komando terus berjaya mengelak daripada dikesan polis.

Kali terakhir dia dikesan di Baling, Kedah, ketika cuba membunuh orang kanannya, Mohd Syukri Husin, 31, yang bersamanya melepaskan diri daripada kepungan polis di Gemas, Negeri Sembilan, pada 5 Ogos 2002.

Tindakan itu membuktikan Mat Komando amat berbahaya kerana selain bersenjata api ketika melakukan samun, dia tidak akan teragak-agak melepaskan tembakan ke arah sasarannya, hatta cuba membunuh orang kanannya itu kerana dipercayai akan memberi banyak maklumat mengenai kegiatannya kepada polis jika dibiarkan hidup.

Dalam tempoh 255 hari itu, pelbagai andaian dan cerita mengenai ‘kehebatan' Mat Komando diperkatakan kerana dia berupaya meloloskan diri daripada kepungan polis termasuk anjing pengesan.

Mat Komando juga mungkin mempunyai kelebihan tertentu yang menyebabkan dia licik meloloskan diri, terutama ketika melarikan diri ke dalam hutan berbekalkan pengalaman dan kemahirannya sebagai anggota komando sebelum terjerumus ke kancah jenayah.

Antaranya termasuk Mat Komando memiliki ilmu kebal dan menguasai ‘ilmu selisih' yang membolehkannya meloloskan diri tanpa disedari polis walaupun dikepung.

Mat Komando turut mencatat sejarah dalam fail jenayah polis apabila dikategorikan sebagai penjenayah ‘berhati kering' apabila berani mendedahkan mukanya dalam kebanyakan kes rompakan tanpa memakai topeng. Taktik itu memang jarang diamalkan penjenayah kerana ia menyebabkan mereka mudah dikenali, sekali gus memudahkan polis menjejakinya.

Modus operandinya ialah sebelum melakukan kegiatan, Kumpulan 13 akan merompak kereta terutama milik wanita dipercayai mudah untuk kenderaan itu dilarikan dan selepas misi mereka selesai ada di antara kenderaan itu dibakar bagi menghilangkan bukti.

Malah, ada yang mendakwa dia hanya boleh dibunuh ketika kedua-dua kakinya tidak berpijak di tanah.

Dalam banyak perjuangan, sama ada suci atau sebaliknya, perkara yang paling sukar bagi pihak bertentangan ialah jika buruannya tidak takut mati.

Teori sama dikatakan menghantui tentera Amerika Syarikat ketika berperang dengan Taliban di Afghanistan kerana pejuang itu tidak takut mati dan rela gugur syahid dalam pertempuran.

Mat Komando juga dilaporkan pernah menzahirkan kepada rakan dan ahli keluarganya bahawa dia lebih rela mati daripada menyerah diri kepada polis walaupun dia tinggal berseorangan. Subuh 12 September 2002 adalah penyudah kepada episod itu apabila dia ditembak mati dalam serbuan itu.

INFO

Mat Komando

NAMA: Ahmad Mohd Arshad @ Mat Arshad
ALAMAT TERAKHIR DIKESAN: LLM 30 Kampung Selengkoh Tengah, Yan, Kedah tetapi dikatakan berasal dari Parit Panjang, Baling, Kedah.
GELARAN: Mat Komando, Mat Spring. Dilabel juga sebagai penjenayah paling ganas, kebal, licik ala Robin Hood.
KOD OPERASI: Ops Api Sawit dan Ops Api Sawit 2
GANAS: Mula sejak akhir 2001 dan mangsa pertama adalah pemborong kelapa sawit.
JENAYAH: Lebih 40 rompakan bersenjata membabitkan bank, pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Juga dikatakan terbabit dengan cubaan membunuh dan dua kes curi motosikal.
KAWASAN KEGIATAN: Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor
TUMPAS: 12 September 2002 dalam serbuan polis di Felcra Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah.

ctredzuan posted on 25-4-2008 07:01 AM

polis mesti tundukkan dia ngan ilmu melawan selisih jugak ni, terel gak polis mesia ek

buahcinta posted on 25-4-2008 08:07 AM

apa motif thread ni?

MayGirl07 posted on 25-4-2008 08:30 AM

siapa kawan dia yg 9 org kena tangkap tu? ada senarai nama mereka tak?
apa cerita mereka skrg? masih dlm lokap ke? gantung atau sudah dibebas kan??

kawasakininja posted on 25-4-2008 08:45 AM

aku minat cerita camni..:) :)

sayapghaib posted on 25-4-2008 09:28 AM

Mat Komando di tembak mati di sebuah dusun yang bersebelahan dengan dusun milik seorang Pegawai tinggi Polis.Pegawai tu cakap" nasib baik Mat Komando tak bersembunyi di pondok singgah kat dusunnya.Kalau tak tentu beliau pun kena soal siasat.

Syd posted on 25-4-2008 09:34 AM

kat sini ada citer pasal mat komando gak skit;

http://forum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=253814&highlight=penjenayah

cronicle86 posted on 25-4-2008 10:30 AM

apa motif thread ni?


pasal sjarah,dan mitos pasal penjenayah mat komando la..
kn ni HML...(history,myth and lagends..)
msti la tak leh lari ngn mitos,lagenda dan sjarah..
:@ :@ :@

cronicle86 posted on 25-4-2008 10:47 AM

mat komando skurang2nyer tak pnh mmbunuh..
die cume rompak..dan rompak dr klangan yg kaya saje..
kirenyer die dr penjenayah yg baek la..
tp penjenayah ttp penjenayah..

dan ilmu selisih mmg dier praktik btol2..
sntuh jer pokok..trus ghoib..
myalak la anjing tu kat pokok tu..

kawasakininja posted on 25-4-2008 12:28 PM

Reply #3 buahcinta's post

apa motif post kau tu??

kawasakininja posted on 25-4-2008 12:31 PM

Originally posted by cronicle86 at 25-4-2008 10:47 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
mat komando skurang2nyer tak pnh mmbunuh..
die cume rompak..dan rompak dr klangan yg kaya saje..
kirenyer die dr penjenayah yg baek la..
tp penjenayah ttp penjenayah..

dan ilmu selisih mmg  ...

kiranya mat komando ni jahatla gak..amalkan ilmu selisih..
ada orang kata arwah mat komando ni bekas askar..sebb teknik dia lepaskan diri daripada serangan polis macam askar yang terlatih..

ala-ala citer rambo la..tapi rambo tak mati..

dia jadi penjenayah bersebab kot..biasanya polis, kalau tak dapat sabitkan seseorang tu ngan kesalahan, kasi mati jer..sbb ni kes profil tinggi..UTK punya kerja la ni..kalau disabitkan kesalahan ke , di bawa ke mahkamah ke..banyak benar proses..senang citer tutup kes..mcm tu gak kes bentong kali..

katana83 posted on 25-4-2008 12:51 PM

Reply #11 kawasakininja's post

dh nm pun komando... bkn sembarangan org..  
tp syg ilmu yg beliau pelajari.. digunakan pd jalan yg salah :)

kawasakininja posted on 25-4-2008 02:28 PM

tak silap aku, gel;aran komando tu polis yang kasi..sbb teknik dia lepaskan diri ala-ala komando..

radja posted on 25-4-2008 03:29 PM

mata-mata aku berselisih..mula2 dia baca 'selusuh' bukan 'selisih'.

kawasakininja posted on 25-4-2008 04:55 PM

Originally posted by radja at 25-4-2008 03:29 PM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
mata-mata aku berselisih..mula2 dia baca 'selusuh' bukan 'selisih'.


tak faham..:shakehead3: :shakehead3: :shakehead3:

kroit92 posted on 25-4-2008 07:24 PM

orang kata, masa dia kena sergah dengan polis, terkejut, melompat, time tu jugak lar tembakan dilepaskan tanpa henti ke arahnya.. :o :o

cronicle86 posted on 25-4-2008 08:49 PM

dia jadi penjenayah bersebab kot..biasanya polis, kalau tak dapat sabitkan seseorang tu ngan kesalahan, kasi mati jer..sbb ni kes profil tinggi..UTK punya kerja la ni..kalau disabitkan kesalahan ke , di bawa ke mahkamah ke..banyak benar proses..senang citer tutup kes..mcm tu gak kes bentong kali..[/quote]

leh tak ko citer pasal bentong kali tu..

cronicle86 posted on 25-4-2008 08:50 PM

dia jadi penjenayah bersebab kot..biasanya polis, kalau tak dapat sabitkan seseorang tu ngan kesalahan, kasi mati jer..sbb ni kes profil tinggi..UTK punya kerja la ni..kalau disabitkan kesalahan ke , di bawa ke mahkamah ke..banyak benar proses..senang citer tutup kes..mcm tu gak kes bentong kali..

leh tak ko citer bentong kali tu..

syazwan89 posted on 26-4-2008 12:28 AM

licik jgak die nih...

cronicle86 posted on 26-4-2008 12:35 AM

tak silap aku, gel;aran komando tu polis yang kasi..sbb teknik dia lepaskan diri ala-ala komando..


yeke?bukn ke die komando dulu2?

cronicle86 posted on 26-4-2008 12:36 AM

licik jgak die nih...


mane tak licik..
siap ada ops sawit ngn ops sawit II tu..
kat staun baru dapat bunuh..
ilmu selisih ooo ilmu selisih..
msteri2..

otai_g posted on 6-6-2009 10:58 PM

Balas #20 cronicle86\ catat

mmg betul la dia dulu komando.
pandai2 je korang kata dia menysup mcm komanda.
dah mmg btl dia komando..

jimbait posted on 6-6-2009 11:41 PM

Ade kwn aku ckp mat komando ni mmg tak boleh ditembak mati
ilmu dia ni membolehkan dia ghaib kalau berada di tempat gelap
tapi ilmu dia ni hanya terjadi dlm tempoh tertentu.Lepas abis tempoh,dia kena bertapa untuk jadi halimunan balik.dan tuk guru mat komando ni yg beritau polis kt mana dia akan bertapa seterusnya kat polis...

amirhamzah11 posted on 7-6-2009 01:08 AM

ape yang aku dapat tau dia ni pemurah orang nyerrr..ble kata la dia ni suka tolong orang kampung dia yang dalam kesusahan...sebab tu susah polis nak tangkap dia...

hearsays...
dia mati bukan sebab kejadian tembak menambak tu...memang dia ada time tu tapi telah dicekup oleh pihak polis yang tau pasal dia ni....(high profile case)

me_shhiza posted on 7-6-2009 11:25 AM

Originally posted by amirhamzah11 at 7-6-2009 01:08 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
ape yang aku dapat tau dia ni pemurah orang nyerrr..ble kata la dia ni suka tolong orang kampung dia yang dalam kesusahan...sebab tu susah polis nak tangkap dia...

hearsays...
dia mati bukan  ...
interesting info..boleh eloborate lagi taK?
Page: [1] 2
View full: MAT KOMANDO>>penjenayah paling licik yg amalkn ilmu selisih