Syd Publish time 6-10-2006 03:28 PM

http://i40.photobucket.com/albums/e242/Syd_Odisi/IG/Penjara-Pudu.jpg

Syd Publish time 6-10-2006 03:36 PM

Era baru Penjara Pudu
Oleh Syahril A. Kadir

PENJARA Pudu bukanlah satu nama asing dalam kehidupan warga kota. Kedudukannya yang hampir dengan pusat bandar raya mengingatkan kita tentang keutuhan Kubu A Famosa yang berdiri gagah di bandar Melaka.

Jika dilihat dari luar, Penjara Pudu hanyalah sebuah bangunan besar yang suatu ketika dulu dikelilingi lukisan indah pada setiap inci temboknya.

Namun, di sebalik itu, tersimpan banyak kisah dan memori duka yang menghantui ribuan warga banduan yang pernah menjadi penghuni setianya.

Jika ditelusuri susur galur sejarah bangunan ini, Penjara Pudu yang dahulunya disebut Pudoh Goal mula beroperasi semenjak tahun 1896 lagi, hampir setahun selepas ia siap didirikan.

Dikatakan kos keseluruhan penjara ini mencecah RM320,000 satu jumlah yang cukup besar jika dikira pada waktu itu.

Penulis difahamkan, penjara ini telah menggunakan kerahan tenaga banduan-banduan dari beberapa tempat di sekitar Selangor iaitu Jugra, Banting, Ampang, Hulu Langat, Klang dan Rawang.

Dengan jumlah keluasan 8.9 hektar, Penjara Pudu merangkumi lima blok utama tahanan, hospital, dapur, bengkel, perumahan wadar dan pegawai. Pada peringkat awal, penjara ini mampu menampung 600 orang banduan.

Mengikut catatan Arkib Negara, sepanjang pembinaan penjara ini, telah berlaku satu tragedi wabak taun dan hujan lebat luar biasa yang mengganggu kelancaran penempatan para banduan dan pembangunan bangunan tersebut.

Penjara ini akhirnya terpaksa diperbesarkan untuk menampung lebih 2,000 orang banduan.

Rekod keseluruhan jumlah banduan yang tertinggi pernah dicatatkan di Penjara Pudu ialah pada tahun 1985 iaitu apabila terpaksa menampung limpahan banduan seramai 6,650 orang.

Keadaan ini sangat buruk sehingga lebih daripada 10 orang banduan terpaksa berkongsi sebuah bilik tahanan sehinggakan ada di antara mereka terpaksa bergilir-gilir untuk tidur.

Yang paling menarik perhatian ialah, Penjara Pudu juga adalah `mahligai terakhir' kepada beberapa orang penjenayah terkenal di negara ini.

Di sinilah pada tahun 1981, penjenayah Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin telah menjalani hukuman gantung. Dia yang sinonim dengan kejadian samun dan rompakan di sekitar Lembah Klang pada penghujung tahun 70-an, sempat mencederakan beberapa orang wadar tidak lama sebelum menjalani hukuman tersebut.

Pada bulan Julai 1986, dua orang pengedar dadah berbangsa Australia telah menjadi banduan asing pertama yang dihukum mati di Malaysia.

Kes ini turut menjadi perhatian apabila ia menyebabkan hubungan dua hala di antara Kuala Lumpur dan Canberra ketika itu bertukar menjadi `panas' buat seketika. Pada tahun yang sama, negara dikejutkan apabila penjenayah warga Singapura, Jimmy Chua dan empat orang rakannya menjadikan dua orang kakitangan perubatan sebagai tebusan di penjara ini.

Tebusan tersebut bagaimanapun dapat diselamatkan selepas enam hari dan Jimmy Chua akhirnya `menempah' tali gantung di sini.

Namun, kewujudan Penjara Pudu seolah-olah semakin tidak relevan dengan perkembangan dan kepesatan bandar raya Kuala Lumpur. Di tambah lagi dengan pertambahan jumlah banduan sehinggakan keadaan di dalam Penjara Pudu menjadi semakin padat seperti `sardin' sehingga kerajaan terpaksa mencari alternatif baru untuk menempatkan para penghuninya.

Untuk tujuan itu, sebuah penjara baru yang boleh menampung 2,500 banduan mula dibina di Sungai Buloh pada September 1993 oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA). Penjara Pudu ditutup dengan rasminya oleh Ketua Pengarah Penjara ketika itu, Datuk Zaman Khan pada bulan November 1996.

Tapak penjara ini kemudian dicadangkan untuk projek pembangunan. Bagaimanapun projek itu tertangguh.

Lebih kurang setahun kemudian, kerajaan membuka penjara ini kepada orang awam bagi membolehkan mereka menghayati `keindahan' penjara tersebut dari mata kepala sendiri.

Secara tidak langsung ia telah menjadi penjara keempat di dunia dan yang pertamanya di Asia membuka pintunya kepada masyarakat.

Lebih menarik lagi, ia juga merupakan penjara pertama di dunia yang membuka bilik gantung atau bilik akhir untuk dijadikan tatapan umum.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu pameran tersebut berakhir dan Penjara Pudu mula `hilang arah' dan menempa nasib sama seperti tayar-tayar buruk yang bakal dijadikan tukun di dasar

lautan.

Lukisan-lukisan di dinding penjara semakin luntur dan menyakitkan mata, pintu-pintu bilik tahanan semakin berkarat dan ada juga yang dicuri untuk dijual di kedai besi buruk.

Bagaimanapun, Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM) kali ke-13 yang akan berlangsung pada bulan depan dijangka memberi `nafas' baru kepada Penjara Pudu apabila ia mula dibaik pulih.

Kerja-kerja baik pulih ini melibatkan kos RM3.1 juta dan akan dijadikan pusat tahanan sementara yang bakal menempatkan penagih dadah, kutu rayau, pengemis dan pesakit mental yang ditangkap di Kuala Lumpur dan di sekitar Lembah Klang.

Pada masa ini seramai 3,760 penagih dadah ditempatkan di Penjara Kajang untuk sementara waktu.

Bagaimanapun, hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan blok penjara akan digunakan untuk tujuan tersebut manakala yang lainnya dijangka terus terbiar dan usang dimamah usia.

Sampai bila Penjara Pudu akan terus berdiri `megah' di tengah-tengah kota metropolitan ini tidak ada sesiapa pun yang dapat menjawab persoalan tersebut.

Yang pastinya, nasibnya mungkin hanya dapat ditentukan oleh jengkaut-jengkaut besi yang sedang menunggu arahan `taukenya'!

Hetfield Publish time 6-10-2006 03:38 PM

apsal tak di roboh lagi?aku penah masuk melawat dulu ada buka for visit

Syd Publish time 6-10-2006 03:55 PM

UDA belanja RM1.9 bilion bangun tapak Penjara Pudu


KUALA LUMPUR 20 Sept. - UDA Holdings Berhad (UDA) akan membangunkan kawasan bekas tapak Penjara Pudu sebagai pusat komersial dan kediaman dengan nilai pembangunan RM1.9 bilion.

Projek tersebut dijangka akan dimulakan akhir tahun depan dan siap sepenuhnya pada 2010.

Pengarah Urusan UDA, Datuk Zahari Omar berkata, 30 peratus ruang niaga yang akan diwujudkan di situ akan dikhaskan kepada usahawan Bumiputera.

``Matlamat UDA ialah merealisasikan hasrat kerajaan yang inginkan penempatan peniaga pelbagai kaum bagi mencerminkan komposisi rakyat negara ini, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman nama baru Hotel AnCasa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi UDA, Datuk Mohd. Zihin Hassan.

Hotel AnCasa Kuala Lumpur dulunya dikenali dengan nama Hotel Impiana, kini diuruskan oleh UDA AnCasa Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh UDA yang terlibat secara langsung dalam bidang rekreasi dan hospitaliti.

Zahari berkata, pihaknya merangka perancangan pembangunan kawasan tersebut dengan mengambil kira kepentingan Bumiputera memandangkan pemilikan hartanah golongan tersebut masih rendah di kawasan bandar.

``Bagi kawasan kediaman pula, daripada lima blok pangsapuri yang dibina, umpamanya, dua blok akan diperuntukkan kepada Bumiputera.

``UDA juga hanya akan membuka sebahagian sahaja kompleks perniagaannya untuk dijual manakala bakinya akan terus dipegang oleh UDA bagi memberi peluang kepada peniaga Bumiputera untuk menyewa.

``Kita tidak boleh jual sebahagian daripada apa yang telah dibangunkan kerana ia perlu mengekalkan hak milik Melayu sekali gus menentukan pegangan tidak terlepas kepada bukan Bumiputera,'' jelasnya.

Zahari menambah, daripada tanah seluas 7.9 hektar (19.5 ekar) yang diberikan kepada UDA pada 1999, hanya 6.5 hektar (16 ekar) yang akan digunakan untuk tujuan komersial dan selebihnya untuk pembangunan infrastruktur.

Buat masa ini, kawasan tapak Penjara Pudu yang mempunyai nilai pasaran antara RM300 dan RM400 bagi setiap kaki persegi dipajakkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga Disember tahun depan bagi dijadikan pusat tahanan kutu rayau, penagih dadah, pengemis dan pesakit mental.

Mengulas mengenai pertukaran nama dan identiti baru hotel AnCasa, Zahari menjelaskan bahawa ia bertujuan memperkukuhkan lagi kedudukan hotel tersebut di tahap tertinggi dalam golongan hotel bertaraf tiga bintang.

Terdahulu, Mohamed Khaled dalam ucapannya memberitahu, pembangunan bekas kawasan Penjara Pudu mampu meningkatkan tahap kehadiran serta pemilikan kediaman dan hartanah komersial oleh Bumiputera di kawasan bandar.

Beliau yakin, bekas tapak penjara itu akan menjadi kawasan perniagaan yang aktif memandangkan ia adalah sambungan daripada kawasan Bukit Bintang yang mempunyai kompleks perniagaan bertaraf antarabangsa, hotel lima bintang dan kemudahan pengangkutan awam terkini dan terkenal sebagai tempat kunjungan pelancong dalam dan luar negara.

herbivor Publish time 18-10-2006 05:18 PM

Originally posted by arishan24 at 9-8-2006 10:59 PM
sapa tau pasal pudu jail? aku teringin nak tau sejarah mengenaiinya...thanks



sejarah nyer tak pasti lah ... but herb pernah ikut lawatan sambil belajar ... herb ada masuk dalam cell blocks and to see the things written on the walls are sad ... everyone's counting the days ... sad ... things like 'selamat hari raya' and 'merry xmas' and stuff ... sad ...

i was also in the Bilik Penggantungan ... really spooky ... the pengawal said its common to hear noises and 'noises' ...

its a sad place to be in

Syd Publish time 19-10-2006 09:18 AM

dalam bilik2 penjara tuh
boleh tgk mcm2 luahan perasaan kat dinding
mcm2 jenis bahasa

al maklumlah, berbilang bangsa dan agama

kalau baca apa yang ditulis, mmg tersentuh abis.
kekesalan yang teramat sangat
sajak, puisi semua ada

sedih mmg sedih

jebat_derhaka Publish time 19-10-2006 09:54 AM

aku x penah sampai pun situ..

cap_ayam Publish time 19-10-2006 02:57 PM

Originally posted by deaf4ever at 13-8-2006 01:40 AM
layan gambo

woit dep, aku ingatkan gambo2 singapore je ko ada snap, rupanya gambo kat kl pun ko rentap sekali ye..

:tq:

sherrina Publish time 21-10-2006 10:56 AM

sherrina pegi melawat penjara masa ia dibuka dulu. Spooky, seram dan menginsafkan. Tengok video bagaimana pesalah dihukum sebat. Kene baring ditempat khas, tukang sebat bedal ngan ekor pari tak silap kemudian ditukar ke tali khas yg ditempah dr luar negara. khabarnya tali tu hanya bleh digunakan beberapa kali aje. sekali sebat, hancur kulit punggung. dia punye style sebat pun hebat. Ala2 nak pemain baseball nak pukul bola. pastu kene papah ke spital, taruk ubat...elok dan sebat lagi.

kemudian tgk bilik kecil yg mcm bilik denda. kalau banduan bergaduh ke apa mereka akan didenda dlm bilik tu. kecil gile, cuma leh duduk/cangkung je kot. Gelap dan hanya diberi makan roti kering. then tgk buku catatan senarai nama banduan. Yg paling famous tentulah Botak Chin. Kemudian ditunjuk teknik2 banduan dan keluarga seludup barang masuk. contoh spt sorok dadah dan duit dlm ubat gigi, dlm seliper dan mcm2 lagi. Kemudian kami melawat sel dimana dlm tu penuh dengan kiraan bila nak bebas, bila nak hukum mati. Yg paling menarik adalah adatulisan ayat2 suci Al-Quran didinding.

Antara kisah yg sherrina ingat mengenai seorang lelaki indon yg tak henti2 melukis kapal di dindingnye. Bila warden tanya pesal apa lukis, katanya dah siap dia akan naik kapal tu keluar dr situ. Semua org kata dia gila tapi tak lama lepas tu mmg dia betul2 hilang...bersama lukisan kapal itu.

deaf4ever Publish time 22-10-2006 10:08 AM

Originally posted by cap_ayam at 19-10-2006 02:57 PM
Originally posted by deaf4ever at 13-8-2006 01:40 AM
layan gambo

woit dep, aku ingatkan gambo2 singapore je ko ada snap, rupanya gambo kat kl pun ko rentap sekali ye..

:tq:

tu bukan aku nye, kalo aku nye aku taruk nama aku kat bawah hehee
aku celok dari internet :pmuka:

Nanti ah, lagi sekali gi berjaya times sq, bleh petik gambo pudu jail...sebelah je pe

deaf4ever Publish time 22-10-2006 10:14 AM

Originally posted by sherrina at 21-10-2006 10:56 AM
sherrina pegi melawat penjara masa ia dibuka dulu. Spooky, seram dan menginsafkan. Tengok video bagaimana pesalah dihukum sebat. Kene baring ditempat khas, tukang sebat bedal ngan ekor pari tak sil ...


nak nengok hukuman sebat gi sini http://www.youtube.com/watch?v=7ri9YAYOGDc


best Sherrina ceta ko, especially part indon tu.

iscol_klang Publish time 22-10-2006 05:07 PM

tak ingatla, dalm 1980's camtu, ada drama tebusan kan kat penjara pudu nih....ketua polis KL time tu datuk zaman khan....alkisahnye banduan ni carik pasal masa doktor kerajaan & pembantu dia tengah merawat banduan tu, ntah camne dapat pulak dia culik 2 orang tuh..memang dah ugut nak bunuh semua...the wonderful thing is, datuk zaman khan manage to cater penculikan nih...selalu kat oversea banduan2 ni semua dah kena bunuh dah...

deaf4ever Publish time 23-10-2006 11:52 AM

Originally posted by iscol_klang at 22-10-2006 05:07 PM
tak ingatla, dalm 1980's camtu, ada drama tebusan kan kat penjara pudu nih....ketua polis KL time tu datuk zaman khan....alkisahnye banduan ni carik pasal masa doktor kerajaan & pembantu dia te ...


pada aku la, negara lain nye penjara lagi brutal abis...

tak yah nengok jauh la, nengok thailand dah, makan kucing, makan lipas, dan apa2 la yang kotor bolor nye cara hidup dalam penjara
Kalo sapa2 yang memberontak lak
Tentera Thai akan masuk penjara tu, asingkan sapa yang ambik bahagian sapa tak ngan ikat tali berwarna je ( tu pun bleh buat silap apa )
lepas tu tembak kat kepala satu2 yang degil..

Korang gi baca buku tulisan Australia nye mamat ni kat penjara Thailand selama 12 tahun. Dia edar dadah la.

ni gambo buku dia nye cover.


http://ec2.images-amazon.com/images/P/184018275X.02._SS500_SCLZZZZZZZ_V1133200916_.jpg

iscol_klang Publish time 23-10-2006 02:51 PM

Reply #32 deaf4ever's post

tu la pasal bile jadik kat malaysia cam terkujat sket, walhal kt luar benda ni biasa sangat dah
kejadian tebusan kat penjara pudu tu masuk malaysian book of records sebagai kejadian tebusan pertama yg melibatkan orang awam...

masuk penjara ni aku tak rasa sadis sangat, tapi kalo ISA, memang zalim, setakat mane yg aku baca dari pengalaman tahanan2 ISA kat buku2 la...dr. syed husin ali dgn 2 wajah, tahanan2 reformasi yg 6 orang tu, said zahari (yg ni kat singapore), yg latest dr. burhanuddin helmi, dia kena dera sampai kurang air dalam badan...sehari secawan teh o, 2 cawan air kosong, duduk dlm sel gelap, takde tilam, takde tikar, baju tak berganti, sampai uzur dia, kuar je ISA selang beberape bulan meninggal...tak patutla kalo sampai macam ni...yg syed husin tu, sampai polis londehkan seluar & nyalakan lighter bawah skrotum nak suruh 'mengaku', dah sampai ke tahap tu, tak patutla...

ruz Publish time 30-3-2007 12:30 PM

pernah masuk masa di buka untuk pameran ..... hening je kawasan nya....

sup_bunjut Publish time 30-3-2007 05:25 PM

seram la, tak berani...takut teringat2 la pasal saya nih lemah semangat....:$

milkteddy85 Publish time 5-4-2007 01:35 AM

ish aku teringin nak visit pudu jail..still open for public ke?

mr_brown Publish time 6-4-2007 02:16 AM

pernah masuk penjara nih 2 tahun dulu-dulu.....

homer_simpson Publish time 6-4-2007 01:01 PM

kelab skolah aku nak g lawatan tahun ni. hehe.. nk tdo kat sane. bleh ke?? ari tu tengok majalah 3 die kate bleh

milkteddy85 Publish time 6-4-2007 01:58 PM

Reply #38 homer_simpson's post

tido kat sana??? gile ke apa? kang ada pulak yang kena "tackle" ngan roh roh kat sana:mad:
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7
View full version: Penjara Pudu -


ADVERTISEMENT