elfreakz posted on 25-6-2008 10:29 AM

Gatal Badan secara tiba tiba?

Kenapa tiba tiba gatal badan ni. Ia bermula semalam, masa nak masuk tidur, saya ni tidur memang lewat, masa tu jam 2 pagi dah (24/june). Masuk tidur je, tak sampai 10 minit, tangan kiri yang berada di bawah bantal kepala tiba2 gatal. gatal macam orang nak bagi duit, betul tapak tangan yang gatal. terus sampai ke jari dan pergelangan tangan. sebelum masuk tidur, saya makan 2 biji pisang. dinner pula sardin, daging, nasi. makanan biasa yang saya makan hari hari.

Kes ni ok lagi. Bangun pagi macam biasa, mandi. Tengah hari cam tu, tiba2 datang lagi gatal tu. sekarang tapak tangan hingga ke lengan. paling gatal pergelangan tangan. Lepas tu lutut dah bahagian belakang peha. then dia stop.

masuk maghrib tu, gatal balik, yang ni semua bahagian di atas, dan 2 tempat baru, bawah ketuak dan tapak kaki pulak. gatal yang buat kita nak garu, sampai merah habis kulit macam kena cakar pun ada. makin di garu, makin gatal. kalau di biar rasa macam kena cucuk jarum, rasa macam ada benda gigit satu badan.

then dia berhenti, sampai tengah malam tadi! adus datang balik. semua bahagian2 dia atas, sekarang termasuk sekitar pinggang, celah peha, atas peha, dan bahagian belakang badan. so far dia tak gatal lagi depan badan, dah kepala. mula lah menggaru2. sampai susah nak tidur. sampai jam 5 pagi tertidur juga. aduh. yang ni ada bahagian tu sampai bengkak macam kena gigit nyamuk. tapi besar2 punya, kalau tengok dari mata macam banjaran/bukit bukit bersambung2.

saya tak dapat tahan, saya biar je, tak mahu garu, takut semakin byk bengkak tu. bila tahan, mula lah rasa macam tadi, kena cucuk jarum, pedih, rasa sesuatu gigit2 kulit. yang tak tahan tapak kaki dan lengan tangan.

gatal gatal ni bukan setiap inci badan, tapi tompok tompok dia attach. kalau macam kat lengan tu, ada lah nampak 6-7 red spots.

bangun pagi ni, bengkak2 merah tu hilang. cuma tinggal bintik2 je. sekarang ni tangan dah tak gatal. tapak kaki, lutut paling gatal sekarang.

saya memang tak tahu apa yang dah jadi ni. Hari ni hari kedua. badan rasa sihat macam biasa, cuma gatal2 tu. ada yang cakap kena hama. ada yang cakap alergi. ada juga bagi pendapat, banyak angin dalam badan. yang paling menakut kan, adaa yang kata kena atau terlanggar benda benda halus lah, benda halus ikut lah, dan kena buat orang. :@

sekarang saya dah takut nak makan, minum air kosong saja.

malam yang saya kena tu, abang saya tumpang tidur bilik ni. Tidur sekatil, tapi dia tak ada gatal2 pula. tu yang pelik ni.

Keadaan rumah - memang ada bela kucing, dari kecik lagi bela kucing. Tapi kucing tu ada bilik sendiri. Tak tahu samada gatal2 ni datang dari kucing selepas bertahun2 bela :( sedih gak. harap harap bukan lah. kucing rumah ni memang tak kacau bilik tidur. ruang tamu pun kadang2 saja.

Apa pendapat you all? Is this serious isu? Takut gak kalau kena penyakit kulit :( atau penyakit penyakit serious.:'(

nyonya24 posted on 25-6-2008 10:32 AM

:L :L :L :L :L .sala makan kot..

kurga posted on 25-6-2008 10:36 AM

takut kena cam adik aku... dia x leh tidur malam pasal gatal... gatal dalam kulit plak tue.. tapi bila gi jumpa doktor.. ape ntah doktor tu kata.. pastu dia bg lah ubat.. then okay lah ngn ubat tue.. tapi.. yg adik aku kena nie.. dia ade naik cm ruam.. merah..

bulalof posted on 25-6-2008 10:40 AM

aku rasa ko terkena sejenis ulat yg kecik ni, bleh menyebabkan gatal2.

aku panggil penyakit ni gelegata.

aku pegi klinik, dia bg piriton dgn ubat sapu.

sehari pastu ok.

simptomnye sama mcm yg awak jelaskan.

elfreakz posted on 25-6-2008 10:40 AM

Originally posted by nyonya24 at 25-6-2008 10:32 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
:L :L :L :L :L .sala makan kot..

pelik kan, sardin, ayam goreng, daging masak kicap, pisang, nasi, air kopi, roti mentega. ni lah makanan2 setiap hari. alergy makanan memang datang bila bila dia suka ek?

PowerWoofer posted on 25-6-2008 10:45 AM

eczema (Atopic Dermatitis)  kot tu..better consult ngan doctor asap.

http://en.wikipedia.org/wiki/Eczema

elfreakz posted on 25-6-2008 10:49 AM

Originally posted by kurga at 25-6-2008 10:36 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
takut kena cam adik aku... dia x leh tidur malam pasal gatal... gatal dalam kulit plak tue.. tapi bila gi jumpa doktor.. ape ntah doktor tu kata.. pastu dia bg lah ubat.. then okay lah ngn ubat t ...

sama lah ni kot. tapi aku ni pagi petang malam kena.. cuma dia ikut time bila dia nak attack. ruam ruam merah dan bengkak akan keluar bila aku keep on menggaru. sekarang aku tahan tak garu, tapi pedih dan sakit lah.

elfreakz posted on 25-6-2008 10:59 AM

Originally posted by bulalof at 25-6-2008 10:40 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
aku rasa ko terkena sejenis ulat yg kecik ni, bleh menyebabkan gatal2.

aku panggil penyakit ni gelegata.

aku pegi klinik, dia bg piriton dgn ubat sapu.

sehari pastu ok.

simptomnye sa ...

is it macam hama kat katil tu?

elfreakz posted on 25-6-2008 11:01 AM

Originally posted by PowerWoofer at 25-6-2008 10:45 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
eczema (Atopic Dermatitis)  kot tu..better consult ngan doctor asap.

http://en.wikipedia.org/wiki/Eczema

thanks biar aku usha :)

elfreakz posted on 25-6-2008 11:03 AM

lupa nak cakap, pagi selasa tu, about tengah hari, memang saya ada kemas bilik, tepuk2 bantal dan tilam, vacuum. my sister kata mungkin allergy dust/debu2.

kurga posted on 25-6-2008 12:20 PM

Reply #7 elfreakz's post

sama lah ngn adik aku.. dia akan pedih.. mmg x dapat tidor.. nanti aku dapat kan nama ubat nyer.. dia cam cecair gak..

lwyl posted on 25-6-2008 06:47 PM

Check this out http://en.wikipedia.org/wiki/Urticaria

According to the Chinese, you get hives (if that's what happened to you) if your body is weak. So stay healthy.

elfreakz posted on 25-6-2008 09:58 PM

Originally posted by lwyl at 25-6-2008 06:47 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Check this out http://en.wikipedia.org/wiki/Urticaria

According to the Chinese, you get hives (if that's what happened to you) if your body is weak. So stay healthy.

yeah my mom is chinese before, she also tell me this. she said my body is actually weak. maybe to many toxic, "angin", and darah kotor.

do u think i should buy the foot patches to suck out the toxic?

lwyl posted on 25-6-2008 10:37 PM

Reply #13 elfreakz's post

I tried those foot patches before and it turned black overnight. Supposedly because of the toxin in my body;P .

honeybee1802 posted on 25-6-2008 11:21 PM

konyer tompok2 tuh bersambung2?kalo iyer ada le ko alah ngan sumthing yg ko telan or terkene...pegi ler juper doctor...

roozaimee posted on 25-6-2008 11:53 PM

mmg merana beb..... aku baru je baik neh.... da 2 kali kna serang...
kol 4/5am da meraban garu bdn.... adoi...

mmg sbb pemakanan....

aku tibai piriton, ngantuk beb nnt nak bgn pg.... huhuh....

lyn loratadine ok sket.......

xpon obat selesema yg elak rasa ngantuk tu...

bli kat farmasi aja....

demonagirl6 posted on 26-6-2008 12:06 AM

biasanya org kena byk toxin nih..
ada 3 punca..
1.kuat makan mende yg berpengawet and junkfood and etc
2.tak kuat berpeloh...
3.or prolly terkena hepatitis...my fwen cakap...dia tekena hepatitis ..i don't know which one.A ka B ka C
anyway...dia nyer body susah nak eliminate toxic..

so dia biasanya detoxify body dia...by eating natural foods and exercising

toxic accumulated lam badan nih klu lama sangat and byk sangat....adalah sangat bahaya..cos it can cause cancer..

coba engko bebekam...
bebekam tuh buang darah kotor...



[ Last edited by  demonagirl6 at 26-6-2008 12:16 AM ]

kurga posted on 26-6-2008 11:15 AM

hmm... freakz... as i mentioned yesterday.. adik kur kena tu scabies... so, ubat dia dalam bentuk cecair.. nama dia anti-scabies.. tapi better gi jumpa doktor laa.. takut alahan sama..

reddots posted on 26-6-2008 03:21 PM

Originally posted by kurga at 25-6-2008 10:36 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
takut kena cam adik aku... dia x leh tidur malam pasal gatal... gatal dalam kulit plak tue.. tapi bila gi jumpa doktor.. ape ntah doktor tu kata.. pastu dia bg lah ubat.. then okay lah ngn ubat t ...

baru2 ni my niece kena gak, kesian, budak baru 3 tahun, kaki tangan semua gatal..   korang bayangkan, kita yg dah dewasa pun tak tahan klu kena gatal mcm tu, (dulu aku kena gelegata) mmg asik garu jer.. tp dia  budak lagi.. nangis minta tolong garu kan...
memula tu, timbul bintik2 merah kat tangan kanan.. ada la dalam 4 hari ngadu kat aku , tangan gatal, aku tolong garukan jer.. maklum, sayang anak buah.. tp bila pesan kat ibu dia, slamba je ckp , gatal tu disebabkan gigitan nyamuk.. den aku mls la lagi nak sound suh bawak g spital.. tp tetap gak my niece tu ngadu, tangan gatal..
last2 bila dah 2 minggu asik menggaru jer, kulit pun hampir melepuh, baru depa bawak g spital.. doktor kata kena kuman..
slain tu usaha cara kampung lak, (family hasben dia bawak berubat cara kampung- depa kata kena anak pontianak dekat pohon mangga;P )
tak tau la betul ke tak..
tp tak leh la nak perlekehkan kan.. tp mungkin sbb dia jenjalan kat halaman sbb tak pakai ksut/selipar..
tp yg aku muskil, gatal tu bermula dari tangan bukan dari kaki....
eh lupa lak, 2kali  my niece kena jumpa doktor sbb ubat yg diberi tak de efek.. kali 3, kena suh jumpa pakar.. alhamdullillah kulit dah baik skng ni...

reddots posted on 26-6-2008 03:24 PM

Originally posted by bulalof at 25-6-2008 10:40 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
aku rasa ko terkena sejenis ulat yg kecik ni, bleh menyebabkan gatal2.

aku panggil penyakit ni gelegata.

aku pegi klinik, dia bg piriton dgn ubat sapu.

sehari pastu ok.

simptomnye sa ...

oh ye ke gelegata ni disebabkan sejenis ulat ? ulat apa tu?

masa aku kecik, kena gelegata. tp kat tempat aku ni, kepercayaan gelegata ni disebabkan byk faktor.. mcm aku tu, jenis gelegata hujan..
seksanya, bila hujan je, mesti timbul gatal2 seluruh badan.. petua yg ada, selain dari sapu ubat, kita ikat benang merah kat pergelangan tangan...

reddots posted on 26-6-2008 03:39 PM

kat sini aku sertakan gmbo niece aku tuh..
http://i60.photobucket.com/albums/h39/deliima/DSC06090.jpg

http://i60.photobucket.com/albums/h39/deliima/DSC06086.jpg
tompokan gatal yg semakin merebak hingga ke ketiak , nampak mcm gatal yg ada lingkaran bulat tu kan..,


http://i60.photobucket.com/albums/h39/deliima/DSC06102.jpg
yg ni lak, masa gatal tu dah sampai kat kaki.. nampak kulit dia tak smooth..

mbhcsf posted on 26-6-2008 06:28 PM

apa nama ni ? gelegata?

what is it in English ???? ni apa benda ni??

demonagirl6 posted on 26-6-2008 06:45 PM

Originally posted by reddots at 26-6-2008 03:39 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
kat sini aku sertakan gmbo niece aku tuh..
http://i60.photobucket.com/albums/h39/deliima/DSC06090.jpg

http://i60.photobucket.com/albums/h39/deliima/DSC06086.jpg
tompokan gatal yg semakin me ...

ciannyer:(
harap bebudak tuh tak garu sampai jadi eczema:(

ungu_violet191 posted on 26-6-2008 08:40 PM

gegata kot kalau gatal2 ni

kurga posted on 27-6-2008 11:33 AM

hmm.. adik aku tu umor 20 tahun.. tapi doktor kata dia mcm jenis kutu gak.. dia lebih kurang macam dalam gambar tue la... sampai aku pun berjangkit laa.. masa kena tu dia naik macam ruam.. tapi kalau peratikan ruam tue.. dia macam berair.. bila garu dia pecah.. masa tu la pakai ubat anti-scabies nie.. ubat dia kecik jer..dalam botol  ,harga kat doktor tu dlm rm15.. tapi pakai tu.. baru lah okay..
Page: [1] 2
View full: Gatal Badan secara tiba tiba?