mamaque Publish time 17-7-2008 10:19 AM

Selangor benar perlawanan Malaysia-Chelsea ditaja syarikat bir

SHAH ALAM 16 Julai - Perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan yang bakal menentang kelab ternama Inggeris, Chelsea di Stadium Shah Alam pada 29 Julai ini, tetap diteruskan walaupun ada bantahan daripada beberapa pihak ekoran pembabitan sebuah syarikat minuman keras, Heineken sebagai penaja.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Heineken merupakan penaja skuad Liga Perdana Inggeris itu dan pada masa sama penganjur juga memberi jaminan, tidak ada minuman keras akan dijual mahupun diedarkan dalam stadium semasa perlawanan berlangsung.

''Kalau ada (edar minuman keras), beritahu kita, Heineken ini penaja di seluruh dunia, jadi kita tidak boleh tidak beri (benarkan perlawanan). Kalau tidak beri, ini bermakna kita tidak dapat (melihat) kelab Chelsea bermain di sini.

''Kita terima (benarkan), kita sudah beri arahan supaya tidak ada minuman keras dalam stadium,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai pendirian kerajaan negeri ekoran pembabitan syarikat minuman keras berkenaan sebagai penaja perlawanan yang turut mendapat bantahan Dewan Pemuda Pas.

Menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri memaklumkan kepada pihak pengurusan Stadium Shah Alam agar memastikan penonton-penonton berada dalam keadaan terkawal dan tidak melanggar tatasusila ketika menyaksikan perlawanan itu nanti.

''Kita tidak menghalang orang bermain bola sepak, kita menggalakkan sukan,'' ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong berkata, beliau telah menghubungi pihak penganjur yang berjanji tidak ada sebarang minuman keras dijual dan diedarkan di stadium sepanjang perlawanan itu nanti.

Peraturan''Mereka berjanji, ini hanya membabitkan permainan bola sepak sahaja, ikut semua peraturan yang ditetapkan Kerajaan Pusat tentang penganjuran acara sukan dan iklan.

''Ini juga bukan kali pertama Kelab Liga Perdana Inggeris bermain di sini, sebelum ini MU (Manchester United), tidak ada masalah,'' katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr. Xavier Jayakumar pula berkata, pembabitan Heineken tidak sepatutnya dijadikan isu memandangkan syarikat berkenaan bukan hanya mengeluarkan minuman keras tetapi juga beberapa produk lain.
:P

nik2121 Publish time 17-7-2008 10:20 AM

bukannye under FAM ke?

mamaque Publish time 17-7-2008 10:21 AM

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Heineken merupakan penaja skuad Liga Perdana Inggeris itu dan pada masa sama penganjur juga memberi jaminan, tidak ada minuman keras akan dijual mahupun diedarkan dalam stadium semasa perlawanan berlangsung.

''Kalau ada (edar minuman keras), beritahu kita, Heineken ini penaja di seluruh dunia, jadi kita tidak boleh tidak beri (benarkan perlawanan). Kalau tidak beri, ini bermakna kita tidak dapat (melihat) kelab Chelsea bermain di sini.

sudugarpu Publish time 17-7-2008 10:21 AM

pestabola jadi pesta minum...
issue besarr nihhh..

HaMpEH KoBau Publish time 17-7-2008 10:22 AM

sebab tu PAS bengkek jer ngan PKR nih...

sudugarpu Publish time 17-7-2008 10:24 AM

siaran langsung kat TV pun x leh ada iklan minuman keras kan??
tgk apa plak kata Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi

mamaque Publish time 17-7-2008 10:25 AM

Originally posted by HaMpEH KoBau at 17-7-2008 10:22 AM http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif
sebab tu PAS bengkek jer ngan PKR nih...
elok PAS keluar je dari PR khusunya di perak dan selangor:)

PutraMarhaen Publish time 17-7-2008 10:26 AM

Originally posted by mamaque at 17-7-2008 10:25 AM http://forum2.cari.com.my/images/common/back.gif

elok PAS keluar je dari PR khusunya di perak dan selangor:)
batu api at his best...:lol:

sudugarpu Publish time 17-7-2008 10:27 AM

Reply #7 mamaque's post

benda kecik je ni...
suka bebeno geng meroyan nih....
syarat MB x ada jualan bir dlm dan luar stadium nak buat camana
sayarat penaja yg masuk melalui FAM...
meh kita tanya encik KJ

geng_tx Publish time 17-7-2008 10:28 AM

Originally posted by mamaque at 17-7-2008 10:25 AM http://forum7.cari.com.my/images/common/back.gif

elok PAS keluar je dari PR khusunya di perak dan selangor:)

pastu umno yg untung?

mua ka ka.......

kecimpret Publish time 17-7-2008 10:29 AM

tuh dia nak pecahbelahkan PR..yg bg chelsea msk neh bkn FAM ka??..FAM tuh under k'jaan selangor ka??..kalo umno bangang neh ikhlas bantah minuman keras,stat dr FAM bg kebenaran dulu dah bantah..neh tgg k'jaan negeri bg kebenaran br terhegeh-hegeh nk bantah...bkn atas dasar islam/moral tp atas dasar political gain...wa masak sgt dah taktik neh

cibok2003 Publish time 17-7-2008 10:30 AM

Suruh PAS keluar PR... tapi malu2 kucing nak sebut join le Parti BeeNatanggg.... ;P

Acong Publish time 17-7-2008 10:30 AM

Originally posted by mamaque at 17-7-2008 10:25 http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif

elok PAS keluar je dari PR khusunya di perak dan selangor:)
pastu jadik anjing ameno? in ur dream laa b!tch......... ;P

eranona Publish time 17-7-2008 10:31 AM

NI KES TERPINGGIR.......... MAIN BOLA SAMBIL MINUM BIR KER???
BUKAN KES BONTOT, LAGI BESAR KER???
ATAU KES BOM ORANG???

:shakehead3: :shakehead3: :shakehead3:

Acong Publish time 17-7-2008 10:31 AM

Originally posted by nik2121 at 17-7-2008 10:20 http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
bukannye under FAM ke?
FAM tak terlibat kaa?





apo jawatan menantu kat dalam FAM? :lol:

PutraMarhaen Publish time 17-7-2008 10:31 AM

Originally posted by Acong at 17-7-2008 10:30 AM http://forum2.cari.com.my/images/common/back.gif

pastu jadik anjing ameno? in ur dream laa b!tch......... ;P
mamat ni aku perasan lama dah...:lol:

tak abis abis pas join umno...pas join umno.

sudugarpu Publish time 17-7-2008 10:32 AM

dulu issue bawak yahudi avram grant dgn tal ben haim..

ini sukan... x kira yahudii atau takkk

skarang beer...

ini sukan.. minum atau tak

PAS dgn PR..
biarlah PR perintah selangor...

meh bersukan

Marsyal Yau Publish time 17-7-2008 10:33 AM

ade je isu berkaitan arak..mesti kecoh. apara. dah takde mende lain nak buat ke.

nani_manu17 Publish time 17-7-2008 10:37 AM

Reply #17 sudugarpu's post

avram dh kena pecat yahudi takde datang malaysia nanti:lol: :lol:

gergasi Publish time 17-7-2008 10:41 AM

Originally posted by cibok2003 at 17-7-2008 10:30 AM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
Suruh PAS keluar PR... tapi malu2 kucing nak sebut join le Parti BeeNatanggg.... ;P

Puak bangkai nak menagih simpati...parti dia dah jadi bangkaiiiiii:I:I:I
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Selangor benar perlawanan Malaysia-Chelsea ditaja syarikat bir


ADVERTISEMENT