Muntz Publish time 27-11-2008 05:18 PM

Maksudnya skarang.. untunglah orang yg amik KWSP, pastu tukar balik ke pencen... sbb berbanding dgn rakan sekerja diorang yg amik pencen, diorang dapat 11% extra income. :funk: :funk:

Contohnya: Si A dan B kerja sama2 masuk... gaji RM1000.

Si A amik KWSP, Si B amik pencen lepas 2-3 tahun bekerja.

Katakan dalam masa 5 tahun, si A sentiasa collect 11% caruman daripada kerajaan dan gaji dia juga kena deduct 11%.

Si B pulak tak ditolak, tak ditambah.

Tapi bila si A tukar ke pencen... caruman dari gaji dia pun dapat, dari gomen pun dapat lah kan?

Ataupun duit tu nanti dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah Pencen? :o

dukalara Publish time 27-11-2008 05:32 PM

Originally posted by Muntz at 27-11-2008 05:18 PM http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Maksudnya skarang.. untunglah orang yg amik KWSP, pastu tukar balik ke pencen... sbb berbanding dgn rakan sekerja diorang yg amik pencen, diorang dapat 11% extra income. :funk: :funk:

Contohn ...

Gini Muntz.....

yang 11% kerajaan dok carum selama ini akan diambil balik oleh kerajaan........... kiranya untuk dimasukkan ke skim pencen..... yang bahagian caruman pekerja tu.... yang 10% tu.. dapatlah kat pekerja tu... macam yang aku dapat dulu bila aku keluarkan habis duit caruman aku dari kwsp bila aku dah konpem opt untuk pencen.....

yang 10% yang selama ini dipotong dari gaji pekerja untuk dicarum ke kwsp... dapat balik le kat depa.. kiranya ada tambahan 10% dalam gaji bersih... gaji pokok tetap sama beb...... selama ini dorang kurang 10% dari gaji ..... kita yang dah pilih pencen awal2 dah baham duit 10% tu tetiap bulan.....;P

[ Last edited bydukalara at 27-11-2008 05:33 PM ]

geng_tx Publish time 27-11-2008 05:55 PM

yg sebelas pesen kerajaan, tu ada interest ... interest tu dapat kat pencarum...

tapi... kena ingat, bulan bulan potong tu, walaupun ada interest, tapi nilai wang makin susut..

dulu saploh ringgit buleh beli 2 kotak winston... la ni dapat sekotak ja..




apa apa pun, pencen untung big time dari kwsp... medical benefit tu kena amik kira...

dan, yg pasti.... kalu amik kwsp, bila pencen, dapat duit, anak anak mula sibuk nak pinjam wat itu ini.... yg kelam mata masuk bisnes mlm dsb pun melambak.....

JFK Publish time 27-11-2008 05:59 PM

Reply #1 koboi's post

jwpan plg mudah ialah paklah dah nak pencen..dan dia ajak kita semua pencen sekali dgn dia. sign out.period.

aaz Publish time 27-11-2008 06:35 PM

Amik skim pencen dapat duit bulan-bulan walaupun sikit. Duit yang kawan2 kitacarum爑ntuk kwsp, kita dapat gunakan untuk berbelanja. kalau bijak, buatkan tabungan sendiri.

Amik skim kwsp dapat duit banyak selonggok yang kita sendiri tabungkan selama kita bekerja. kalau pandai, duit bertambah, kalau tak pandai, duit tak tinggal sesen.

Saya ambik pencen.

Tapi bila umur pencen jadi 58, saya opt 58. Tapi terfikir juga, sempat ke menikmati duit pencen? Kalau panajng umur pun, mungkin tak lama merasa duit pencen. Purata umur umat Nabi Muhamad 63 tahun.

Kalau kahwin, suami sempat ke merasa duit pencen? kalau isteri mati dulu, dapatle dia merasa duit pencen isteri.
kalau tak kahwin, by the time umur 58, mak ayah secara adatnya dah tak ada. kalau kita mati muda, dapat le mak ayah merasa tapi ciput je lah

Bila saya hitung-hitung, by the time saya pencen, let's say kalau saya mati - anak sulong dah umo 30an, kakak pun dah abis U, adik pun sama (semuanya tak dapat merasa duit pencen mama)

Kalau yang ambik skim pencen mati, anak-anak akan dapat sampai umur 21 tahun, atau sehingga tamat pengajian universiti. kecuali anak istimewa.

sixfullbar Publish time 27-11-2008 07:15 PM

Reply #45 aaz's post

kiranya kerajaan terlepas ler tanggungan pencen tu ya :o

hum...interesting..

ituseorangaku Publish time 27-11-2008 07:57 PM

P & P ...Tetap & Berpencen ....:D :D

[ Last edited byituseorangaku at 27-11-2008 09:01 PM ]

nuralisa Publish time 27-11-2008 08:21 PM

kalau org tu tukar ke skim pencen..
x silap aku..duit epf dia boleh dikeluarkan kan?

macam ada sekali dulu... kerajaan bg org kerajaan keluarkan semua duit epf dia..
so, gomen x perlu byr interest lagi..

geng_tx Publish time 27-11-2008 08:27 PM

sebenarnya... pada kwsp pun ada option utk sedebuk atau bulan bulan....


tapi pencen is everything... idup mati ditangan tuhan...

yg penting, jaminan pada anak bini ada....

marilyn84 Publish time 27-11-2008 09:00 PM

nw i da keliru ler nak amik kwsp or pencen.....

mamarilia Publish time 27-11-2008 09:42 PM

Balas #50 marilyn84\ catat

masuk website ni utk tgk benefit yg pilih pencen

http://www.jpapencen.gov.my/laman_utama.asp

refer website http://www.jpapencen.gov.my/skim_faedah_persaraan.html untuk mengetahuifaedah persaraan seperti:-

1. Pembayaran gantian cuti rehat (GCR) - automatik hilang apabila mendapat 'pelepasan dengan izin', perlu kumpul semula di tempat baru
2. Kad pesara - hanya untuk penerima pencen sahaja
3. Ganjaran perkhidmatan - bayaran sekaligus (yg ni banyak wooo)


sebelum memilih pencen @ kwsp kena cuba kira jumlah tahun yg akan kita berkhidmat sehingga umor pencen... pengiraan pencen berdasarkan jumlah bulan kita berkhidmat bukan automatik dapat separuh daripada gaji basic

bacteria82 Publish time 27-11-2008 11:50 PM

Untuk memudahkan, apa kata kita bercerita dari mula. Seorang kakitangan kerajaan akan diberi opsyen untuk memilih pencen atau KWSP. Pilihan itu akan diberi apabila sesorang itu confirm dalam jawatannya. Selalu 1-3 tahun, ikut jabatan. Kalo badan berkanun cam aku, 1tahun dah confirm. Sebelum kakitangan kerajaan itu confirm, gaji dia akan dipotong 11% dan kerajaan akan beri 12% untuk dimasukkan ke dalam KWSP. Caruman dari gaji dia akan dimasukkan ke dalam Akaun 2 manakala yang dicarum kerajaan Akaun 1 KWSP.

So, apabila dia confirm, dan memilih opsyen pencen, gaji dia 11% tidak lagi akan dipotong dan 12% juga tidak akan dicarum lagi oleh kerajaan ke KWSP dia. Dia akan dibenarkan untuk mengeluarkan segala duit kwsp dia tetapi hanya Akaun 2 sahaja. So, kalau sebelum ni dia penah keja swasta n masuk gomen, rugi gak la sbb yg majikan dulu carum pon kerajaan sapu. Pencen akan diberi nanti hanya 1/2 gaji basic dia semasa pencen. Untuk pengetahuan semua, gaji basic pekerja kerajaan adalah sgt kecil, yg membanyak gaji orang gomen adalah elaun. Contoh, gaji basic aku sebagai jurutera hanya RM2000 dan elaun RM1000. Since aku belum confirm, tolak KWSP, gaji bersih RM2670. Sekira aku xnaik gaji sampai pencen, pencen yg layak aku dapat, hanyalah RM1000 iaitu separuh gaji basic RM2000. Bagaimanapun segala bantuan perubatan akan tetap free sehingga tamat riwayat.

Bagi yang amek opsyen KWSP, gaji dia tetap akan dipotong 11% dan kerajaan akan tetap carum 12% gaji dia. Caruman ini termasuk gaji basic dan elaun, so nilai yang kerajaan carum mmg agak tinggi n sangat masyuk nanti apabila tamat perkhidmatan apatah lagi gaji seseorang itu akan meningkat dari tahun ke tahun. Yang pilih opsyen KWSP ini tetap akan dapat bantuan free perubatan tetapi hanya selama perkhidmatannya sahaja, bila bersara, jadilah dia mcm orang kerja swasta, xde medical free.

So, mmg ada pro n con untuk kedua-dua opsyen ini. Buatlah pilihan yang bijak.

zehra2 Publish time 28-11-2008 12:09 AM

slps memilih skim pencen, potongan yg aku buat utk EPF tu, aku masukkan ke Tabung Haji.. dividen EPF & Tabung Haji pun lebih kurang je kot.. nanti bila pencen, boleh la tgk.. yg mana lebih untung..

aaz Publish time 28-11-2008 02:23 AM

Kalau husband and wife dua2 kerja kerajaan, sorang ambiklah pencen, sorang lagi pilihlah爇wsp... So, dapatlah merasa benefit kedua-duanya

highcastle Publish time 28-11-2008 02:38 AM

Originally posted by aaz at 28-11-2008 02:23 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Kalau husband and wife dua2 kerja kerajaan, sorang ambiklah pencen, sorang lagi pilihlah kwsp... So, dapatlah merasa benefit kedua-duanya

mmmm...Itupun kalau derang tak bercerai...:loveliness:

mahsuri1284 Publish time 28-11-2008 06:16 AM

Originally posted by musang_pulut at 27-11-2008 04:12 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
dulu gataiii sgt nak amik epf
pastu tukar pencen plak.....
In many cases, ramai yang tak diberikan penerangan sepenuhnya tentang apa faedah / kekurangan sama ada pencen / KWSP.

Masa saya dulu, hanya diberikan borang, suruh diisi dan hantar balik ke pejabat. Nasib baik le mak bapak keje gomen jugak dulu. Dia org bagi nasihat amik pencen.

Ada beberapa org kawan sekarang kata depa menyesal amik KWSP - dulu mereka tak tau KWSP x de faedah perubatan lepas pencen. Mungkin sekarang ramai yang akan tukar ke pencen lah tu.

rinadini Publish time 28-11-2008 08:27 AM

bacteria....sekang ni dah tak kira setengan bulan gajila..pengiraan pencen dikira berdasarkan bulan service..tertakluk maksimum 360 bulan.. formulanya cam ni...1/600 x gaji akhir x bulan service (max 360 bulan)..kalau berdasarkan gaji akhir yang diterima ialah RM 2,000 pencen yang dibayar oleh kerajaan ialah RM 1200 bukan RM 1000 lagi.

pengiraan gratuity pulak..7.5% x gaji ahir x bulan service (yang ni tak de maksimum)..kalaulah gaji akhir yang diterima tu RM 2000 and service for 360 bulan maknanya ganjaran yg kerajaan bayar ialah RM 54,000.00. Gratuity nilah yg kerajaan bayar lumpsum disamping pencen RM1200 setiap bulan

Tapi bagi sapayang dah pilih skim pencen ni..janganlah buat onar (kes tatatertib)..satu sen pun tak dapat nanti..KWSP tentu dah kuorkan kan!!!!tang tu lah ruginya pilih pencen ni...

bacteria82 Publish time 28-11-2008 08:54 AM

Reply #57 rinadini's post

My bad, sorry. Rasanya benda ni ada diajar masa kat induksi umum. Terlupa lak. Nasib baik u ingatkan. Hehe. Thanks for the info

nuralisa Publish time 28-11-2008 09:00 AM

oo..maknanya...
bila dari EPF tukar ke pencen..cuma boleh kuar akaun II jer?
akaun I, gomen amik balik? rugila kalau dah banyak dlm tu...:$

cluben Publish time 28-11-2008 09:14 AM

Originally posted by zehra2 at 27-11-2008 03:46 PM http://eforum9.cari.com.my/images/common/back.gif bayar kat EPF la.. pastu dilaburkan kat ntah mana-mana... tu yg dpt untung.. dpt laa dividen EPF lebey ... kalo rugi... dpt sikit jek

sorry, aku tak jelas post ko sblm ni,
bila ambik pencen, kerajaan still kena bayar 11%-13% (tak pasti) ..untungnya pencarum sbb tak perlu dipotong 11% lagi.

kalau ambik pencen pun, gomen still carumkan ke dalam KWSP? ingat close dah akaun KWSP tu
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7
View full version: Skim Pencen Diberi Semula Kepada Kakitangan Awam, Apa Kesannya?


ADVERTISEMENT