alovera Publish time 28-11-2008 09:18 AM

Entahlah, dengarnya option tu bukan saja2 dibuat tapi JPA dah tak larat nak terima banyak sgt rayuan daripada mereka yang memilih Skim kwsp supaya dapat bertukar semula ke skim pencen. Sampaikan ada yg hantar surat ke PM, CUEPACS bagai.Alasan utama mereka tidak diberi penjelasan yg secukupnya terutamanya part tidak mendapat kemudahan perubatan.Masing2 agaknya masa tu just fikir duit selepuk.So terpaksa lah dikaji semula dan kerajaan ambil keputusan beri option boleh tukar balik ke skim pencen. So kepada sesiapa yg tak tahu nak fikirkan tu dinasihatkan ambil la skim pencen.

dukalara Publish time 28-11-2008 09:58 AM

Originally posted by bacteria82 at 27-11-2008 11:50 PM http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
Untuk memudahkan, apa kata kita bercerita dari mula. Seorang kakitangan kerajaan akan diberi opsyen untuk memilih pencen atau KWSP. Pilihan itu akan diberi apabila sesorang itu confirm dalam jawa ...So, kalau sebelum ni dia penah keja swasta n masuk gomen, rugi gak la sbb yg majikan dulu carum pon kerajaan sapu.


salah tu.........akan dapat kepada pekerja.............!!!

zehra2 Publish time 28-11-2008 10:07 AM

Originally posted by dukalara at 28-11-2008 09:58 AM http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif



salah tu.........akan dapat kepada pekerja.............!!!

kwn aku sebelum jadi cikgu, pernah kerja swasta.. ada potongan pcb.
bila dah sah jawatan cikgu tu, dia pilih skim pencen, lps tu dia keluarkan semua duit EPF yg dia ada sebelum dia masuk kerja gomen.. 24K
duit EPF yg dipotong dari gaji masa dia jadi cikgu tu, dia dpt.. tp yg dibayar oleh kerajaan, dipulangkan semula.. ( termasuk dividen nya sekali)..
aku rasa dia untung laa.. sbb tak perlu tunggu umur 55 tahun utk keluarkan EPF yg dia ada.. sbb dia pilih skim pencen..
yg aku musykil.. kalau tetiba dia berhenti jadik cikgu.. masuk swasta.. dia boleh guna akaun EPF yg lama atau buat yg baru??

zehra2 Publish time 28-11-2008 10:11 AM

Reply #60 cluben's post

kalau dah ambik skim pencen, kerajaan takde nak bayar apa pun lagi.. kita pun dah boleh kluarkan duit epf tp.. part yg tutup akakun epf tu, tak pasti laa..

koko2 Publish time 28-11-2008 10:14 AM

Horeyyy..Berita Baik..KWSP to PENCEN...

PM umum lagi insentif Oleh ZULKIFLI JALIL dan HELMI MOHD. FOAD

http://www.utusan.com.my/pix/2008/1128/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_02.1.jpg
TAHNIAH ... Abdullah Ahmad Badawi memberikan tepukan kepada Dr. Ibrahim Abu Shah setelah Universiti Teknologi MARA muncul juara Anugerah Kualiti Perdana Menteri bagi sektor awam di Putrajaya, semalam.– Gambar Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 27 Nov. – Lebih 40,000 kakitangan awam yang sebelum ini mengambil opsyen skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menarik nafas lega apabila mereka kini dibenarkan untuk bertukar kepada skim pencen, berkuat kuasa 1 Februari tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kakitangan awam terbabit diberikan peluang selama sebulan untuk membuat pilihan berhubung skim tersebut iaitu dari 1 Januari hingga 31 Januari 2009.
Berucap menyampaikan Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di sini hari ini, beliau memberitahu, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam pada mesyuaratnya baru-baru ini.
‘‘Ini tentunya memberikan kebaikan kepada mereka yang terbabit seperti kemudahan perubatan dan memperoleh semua kemudahan yang sama seperti dinikmati oleh para pesara.
‘‘Keduanya, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan bayaran ex-gratia kepada ibu bapa anggota perkhidmatan awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan dan ia mula berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan,” kata beliau.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Datuk Normah Md. Yusof.
Pada 1992, melalui Skim Saraan Baru (SSB), kakitangan kerajaan yang dilantik selepas 12 April 1992, ditawarkan skim KWSP sebagai alternatif kepada Skim Pencen seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 dan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980.
Kakitangan awam yang memilih skim KWSP itu bagaimanapun kehilangan faedah gantian cuti rehat, faedah rawatan kesihatan sebagai pesara dan ganjaran persaraan.
Ekoran itu, ramai kakitangan awam merungut bahawa mereka tidak mendapat maklumat jelas semasa hendak membuat opsyen Skim Pencen atau KWSP disebabkan ketiadaan sesi penerangan oleh JPA.
Abdullah seterusnya berkata, kerajaan juga bersetuju membuat penambahbaikan terhadap skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan membanteras jenayah.
‘‘Bagi urusan pencegahan rasuah, skim perkhidmatan tersebut bermula dengan kelulusan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel berkuat kuasa pada 1 Januari 2009,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, memandangkan persamaan fungsi dan tugas antara agensi penguatkuasaan maritim Malaysia, tentera laut dan polis daripada aspek penguatkuasaan undang-undang, kerajaan bersetuju agar kadar tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji diberi kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) berkuat kuasa 1 Januari 2009.
Abdullah berkata, perkhidmatan awam boleh merasa bangga dengan pencapaian itu kerana kerajaan telah menetapkan sasaran untuk melonjakkan kedudukan Malaysia ke taraf 10 teratas dalam mana-mana kategori penarafan antarabangsa.
Dalam pada itu, Abdullah juga mahu pemilihan pemenang anugerah kualiti sektor awam dibuat berasaskan kriteria keunggulan yang mantap serta tahap penilaian yang tinggi agar kewibawaan pemenang terbukti serta tidak dipertikaian mana-mana pihak.

kekbelacan Publish time 28-11-2008 10:16 AM

tqvm pak lah w/pun aku xkeje gomen....

rileks Publish time 28-11-2008 10:21 AM

aku pun ............

amoilawa Publish time 28-11-2008 10:26 AM

skim pencen ni macam maner?
dorang refund tak duit kwsp yg dah dibayar dulu2 tu..
kalau kiter dh pencen nanti dorang kasi sejumlah wang kat kiter ker?

acinai2 Publish time 28-11-2008 10:31 AM

Skim Pencen Diberi Semula Kepada Kakitangan Awam, Apa Kesannya?

Aku rse xde kesan sgt....alah baper kerat sgt le staff gov yg amik skim epf nih. mostly yg aku tgk depa lebih suka amik pencen. Sbbnye nnt ade graduity, pastu tiap2 bln gj dpt penuh xyh ptg epf... 1 lgik buleh goyang kaki tiap2 bln $ masyuk bila dh besara nnt. temasuk le rakan sekatil aku...dh abis kuar $ epf dia bl dh disahkan dlm gomen aritu...best woooo dpt $ bekepok2..buleh kita enjoy:lol:

mamarilia Publish time 28-11-2008 10:49 AM

Balas #52 bacteria82\ catat

'So, apabila dia confirm, dan memilih opsyen pencen, gaji dia 11% tidak lagi akan dipotong dan 12% juga tidak akan dicarum lagi oleh kerajaan ke KWSP dia'

_____________________________

Saya rasa statement ni silap... yg caruman pekerja (11%) mmg dah tak dipotong.. tapi kerajaan masih lagi mencarum untuk pekerja , 12% sampai pekerja bersara. caruman dari kerajaan yg akan digunakan utk pembayaran pencen apabila pekerja bersara...

koko2 Publish time 28-11-2008 11:26 AM

untung ler sapa yg piley EPF then tukau pencen...
$$$$$$$ selepuk bawak kuar tuuu

lyddok Publish time 28-11-2008 11:28 AM

Aku tak faham skim ni.

Anak_Nogori Publish time 28-11-2008 11:44 AM

Originally posted by koko2 at 28-11-2008 11:26 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
untung ler sapa yg piley EPF then tukau pencen...
$$$$$$$ selepuk bawak kuar tuuu

Camner dikira skim EPF dulu tu?..

dukalara Publish time 28-11-2008 11:49 AM

Originally posted by zehra2 at 28-11-2008 10:07 AM http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


kwn aku sebelum jadi cikgu, pernah kerja swasta.. ada potongan pcb.
bila dah sah jawatan cikgu tu, dia pilih skim pencen, lps tu dia keluarkan semua duit EPF yg dia ada sebelum dia masuk ker ...

akaun yang sama dear... akaun tak tutup..... cuma kosong ajerlah........ kalau nak mencarum sendiripun boleh rasanya........ tapi takdelah syer majikan tu...........:)

lyddok Publish time 28-11-2008 11:56 AM

Untuk pekerja swasta macam mana pula contoh kakitangan TM boleh dapat ke skim ni.

pentium_catz Publish time 28-11-2008 11:58 AM

mengenai benefit kad perubatan itu..
saya nak tanya..adakah bila dah pencen..pesara berpencen itu....akan dibiayai segala bil perubatannya..termasukubat, rawatan, wad?
adakah penyakit biasa je yg cover..atau temasuk penyakit mcm kanser, jantung etc yg mahal kos rawatannya?
sebab kanser, sakit jantung (pembedahan) etc itu mahal..adakah kerajaan cover? mcm kanser..selain bedah..kos ubat..kimo etc...adakah kerajaan akan biayai sepenuhnya?

sekian.

Anak_Nogori Publish time 28-11-2008 12:04 PM

Originally posted by revolusi_30 at 27-11-2008 03:42 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Pencen la..dah tua sok..goyang kaki pun dapat duit...EPF ni...lepas habis berjoli....tinggal slip je la......;P

kalu pencen dapat seribu lebih sebulan..oklah..kalau umur panjang..tapi kalau umur pendek...bini la yg dapat..;P

tapi..kalu setakat dapat pencen sekitar dua ratus je sebulan..mende nak makan?...lagi baik EPF..kerja lebih 25 tahun..leh dapat bila pencen nanti lebih dari rrm150K..joli la..;P

dukalara Publish time 28-11-2008 12:05 PM

Originally posted by pentium_catz at 28-11-2008 11:58 AM http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
mengenai benefit kad perubatan itu..
saya nak tanya..adakah bila dah pencen..pesara berpencen itu....akan dibiayai segala bil perubatannya..termasukubat, rawatan, wad?
adakah penyakit biasa j ...


YES free ..... kalau kena bayar pun sikit jerlah... mungkin certain ubat.... serta sedikit bayaran wad ...... kalau kena bedah jantung bagai kat IJN.... free jer.. kerajaan tanggung... kalau amik skim kwsp... bila dah pencen nanti......tanggunglah sendiri... bayang kalau awak panjang umur n terpaksa bedahjantung....... mana nak cekau duit? lainlah kalau duit kwsp juta2..... .selagi tak pencen... kerajaan tanggung lagi......... paham tak ni?

Anak_Nogori Publish time 28-11-2008 12:07 PM

Originally posted by pentium_catz at 28-11-2008 11:58 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
mengenai benefit kad perubatan itu..
saya nak tanya..adakah bila dah pencen..pesara berpencen itu....akan dibiayai segala bil perubatannya..termasukubat, rawatan, wad?
adakah penyakit biasa j ...

Suma kos gomen tanggung..termasuk bini..tapi anak2 tak silap yg lebih 21 tahun tak dapat faedah tu..:D

dukalara Publish time 28-11-2008 12:08 PM

Originally posted by Anak_Nogori at 28-11-2008 12:04 PM http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


kalu pencen dapat seribu lebih sebulan..oklah..kalau umur panjang..tapi kalau umur pendek...bini la yg dapat..;P

tapi..kalu setakat dapat pencen sekitar dua ratus je sebulan..mende nak ma ...


pencen ada kadar minimum lah jang......setakat rm150K.... apa dapet buat? tak surelah aku berapa kadar minimumnya... tapi bukanlah 3-4 ratus jer.....
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7
View full version: Skim Pencen Diberi Semula Kepada Kakitangan Awam, Apa Kesannya?


ADVERTISEMENT