dexa posted on 5-3-2009 07:33 AM

Tapak Pra-sejarah di Lembah Bujang Ditemui -

Tapak penempatan, lebur besi di Lembah Bujang

Oleh OTHMAN YAHAYA

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0305/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg
PENYELIDIK USM memperkatakan sesuatu mengenai tapak prasejarah
terbaru yang ditemui di Lembah Bujang, Merbok semalam.

MERBOK - Dua buah tapak prasejarah yang dipercayai digunakan sebagai tapak penempatan dan tapak kilang melebur besi yang terawal ditemui di Sungai Batu, Lembah Bujang di sini baru-baru ini.

Penemuan kedua-dua tapak itu yang terletak kira-kira satu kilometer (km) antara satu sama lain di lencongan Merbok itu menguatkan lagi dakwaan bahawa kawasan Lembah Bujang adalah antara kawasan penempatan yang tertua di dunia.

Ia ditemui sekumpulan penyelidik Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 Februari lalu.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0305/Kosmo/Negara/ne_01.2.jpg

Menurut Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, kedua-dua tapak itu ditemui ketika sekumpulan penyelidik yang diketuai Pengarah PPAG, Prof. Madya Mokhtar Saidin menjalankan kerja-kerja pemetaan untuk penyediaan pelan pembangunan Taman Warisan Lembah Bujang.

"Kami menemui lebih kurang 30 bukit kecil mound di sekitar kawasan seluas tiga kilometer persegi yang dijangka mempunyai kepelbagaian fungsi seperti pusat kediaman atau pemerintahan.

"Hasil ekskavasi (penggalian) ke atas dua tapak itu mendapati salah satunya mempunyai batu-bata berstruktur bangunan manakala satu lagi mendedahkan fungsinya sebagai kilang melebur besi," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, penemuan kedua-dua tapak berkenaan dianggap penting kerana ia mungkin dapat merungkai persoalan berhubung usia sebenar peradaban Lembah Bujang.


******************************************************************************

kat malaysia ni sokmo ada tempat yang nama bujanag.. atau gelaran yang ada bujang...
mungkin ironinya... difikirkan tempat ni... macam fresh la.. sebab bujang ni kira macam
tak kena influence dengan benda2 lain...
anyway... ni kira penemuan yang sangat bersejarah... apa lagi kalau ini penempatan yang
tertua... kalau belajar penempatan di UK...orang2 saxons antara yang pertama buka
settlement di sana.. - tu pun tak la selama lembah bujang ni rasanya... (kesan2 petempatan
saxons pun still ada ) -

tahniah pada historian yang jumpa tempat pra sejarah ni -

ibu_haritz posted on 5-3-2009 08:04 AM

ohh dekatlah ngan muzium lembah bujang...

faqihah82 posted on 5-3-2009 08:11 AM

Originally posted by ibu_haritz at 5-3-2009 08:04 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
ohh dekatlah ngan muzium lembah bujang...

ko pnah g ke muzium lmbah bujang???

mummyqis posted on 5-3-2009 08:13 AM

banyak lagi yg patut diterokai..
jgn terokai hutan dahlah...karang makin truk plak bumi ni

dCrook posted on 5-3-2009 09:28 AM

Reply #4 mummyqis's post

mmg byk lagi kawasan yg tak dijumpai lagi.. malah jadi masalah bila orang2 kampung yang terjumpa artifak2 ni,jual artifak tu ke collector..

ibu_haritz posted on 5-3-2009 09:38 AM

Originally posted by faqihah82 at 5-3-2009 08:11 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


ko pnah g ke muzium lmbah bujang???

prnah..dalam mimpi...:lol:

sayapghaib posted on 5-3-2009 11:20 AM

Originally posted by dCrook at 5-3-2009 09:28 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
mmg byk lagi kawasan yg tak dijumpai lagi.. malah jadi masalah bila orang2 kampung yang terjumpa artifak2 ni,jual artifak tu ke collector..

Banyak juga kes mereka tak nak jual kepada pihak Kerajaan kerana harga imbuhan yg tidak berpatutan.Macam kes Meriam lama kat Perlis tu.Orang yg menjumpainya
enggan menyerahkan kpd pihak Muzium kerana tidak mendapat kesepakatan tentang jumah imbuhan.Dulu tahun 1995 ada masuk paper kisah sorang pekebun sayur yg menemui patung emas  di Bruas Perak.Tak tahulah berapa dia dapat kerana beliau telah menyerahkan kepada Pihak Berkuasa.

sayapghaib posted on 5-3-2009 11:31 AM

Tentang lebur besi tu,Kedah memang pernah menjadi pengeksport senjata Pedang ke Tanah Arab.

jofizo posted on 5-3-2009 12:05 PM

Kilang lebur besi abad ke-3

http://www.hmetro.com.my/Thursday/Setempat/20090305090502/mainpix

TANYA...(dari kiri) Dzulkifli bersama Dr Mokhtar berbual dengan
petugas ekskavasi, Siti Fatimah Abdullah di tapak Sungai
Batu I, semalam.


SUNGAI PETANI: Sekumpulan arkeologis Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM) menemui artifak prasejarah berupa bangunan dan kilang melebur besi abad ke-3 Masihi hasil projek ekskavasi di Sungai Batu, Semeling, dalam Lembah Bujang, dekat sini.

Penemuan itu di dua kawasan berdekatan di ladang kelapa sawit Jalan Lencongan Merbok, baru-baru ini, membuktikan tamadun dan kehidupan sebuah komuniti manusia prasejarah di Lembah Bujang lebih awal daripada jangkaan sebelum ini.

Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak yang mendedahkan hal itu semalam berkata, ia penemuan penting sejarah ketamadunan manusia di Malaysia.

Katanya, tarikh itu menggambarkan permulaan (penggunaan) besi dan kegiatan melebur bijih besi secara komersial yang awal di kawasan Lembah Bujang.

Ekskavasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang meluluskan geran sebanyak RM2.3 juta, bermula 1 Februari lepas dan disertai 70 orang termasuk pelajar USM.


¡°Penemuan ini bukti kukuh tamadun manusia prasejarah bersandarkan pengetahuan asas, perdagangan dan penghasilan bahan industri berskala besar,¡± katanya kepada pemberita semasa membuat lawatan kerja ke tapak penemuan itu.

Projek ekskavasi itu diketuai Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, Prof Madya Dr Mokhtar Saidin membuahkan hasil apabila menemui artifak berkenaan selepas dua minggu menggali, katanya.

Dzulkifli berkata, projek ekskavasi itu sebahagian pelan pembangunan Taman Warisan Lembah Bujang Jabatan Warisan Negara.

¡°Penemuan di kawasan Sungai Batu seluas 3 kilometer persegi ini berbeza dengan artifak ditemui di tapak lain di Lembah Bujang. Sebelum ini pakar arkeologi hanya menemui bangunan bercirikan candi purba.

¡°Penemuan terbaru di tapak Sungai Batu I mengandungi batu-bata dipercayai kediaman atau pejabat dan satu lagi (Sungai Batu II) berfungsi sebagai kilang peleburan besi,¡± katanya.

Menurut Dzulkifli, penemuan kedua-dua tapak itu dianggap penting kerana mungkin dapat merungkai persoalan berhubung usia sebenar permulaan peradaban Lembah Bujang.

¡°Pakar sebelum ini membuat pelbagai andaian berhubung penemuan candi di sekitar Lembah Bujang. Ada menyatakan ia berusia sekitar tahun ke-5 hingga 8 Masihi tetapi penempatan baru yang ditemui ini dan disifatkan tertua di Asia Tenggara membawa makna lebih besar pada sejarah peradaban negara,¡± tambahnya.

Mokhtar berkata, sampel arang yang ditemui di tapak pembuatan besi dihantar menjalani ujian ¡®Radiokarbon Dating¡¯ di Beta Analytic Inc, Florida, Amerika Syarikat yang mengesahkan ia berusia sekitar abad ke 3 hingga 4 Masihi. - Bernama

amazed posted on 5-3-2009 01:14 PM

Thursday March 5, 2009
Archaeologists find prehistoric building

SUNGAI PETANI: A group of archaeologists has unearthed two prehistoric buildings from the third century AD in the Bujang Valley recently.

The group, from Universiti Sains Malaysia (USM)’s Centre for Global Archaeological Research, found a building and a smelting factory, following an excavation project in Sungai Batu, Semeling.

Discovered in two areas near an oil palm plantation in Jalan Lencongan Merbok recently, the buildings proved that an ancient civilisation had existed in the Bujang Valley.

USM Vice Chancellor Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak disclosed Wednesday that the discoveries were important historical findings.

He said the date depicted the early beginnings of commercial smelting activities in the Bujang Valley.

The excavation conducted with the cooperation of the National Heritage Department with an approved grant of RM2.3 million by the Unity, Culture, Arts and Heritage Ministry began on Feb 1, with a total of 70 participants, including USM students.

“This finding is solid proof that the prehistoric civilisation depended on basic knowledge, trade and largescale industrial production,

feirina posted on 5-3-2009 03:59 PM

memang dekat ngan umah ...tempat yg diorang jumpa tu dekat dlm kebun kelapa sawit..diantara dua tempat tu dah jadi jalan utama SP-Tanjung dawai.Dekat situ jugak ada satu kubur raja lama...kubur Raja Muzaffar Shah...kalau nk gi kubur tu sebelum jadi jalan kat situ...kena melalui kebun kelapa sawit & getah..memang sunyi & redup jer :L

sayapghaib posted on 5-3-2009 11:31 PM

Tu makam Sultan Kedah yang pertama.

HangPC2 posted on 6-3-2009 11:59 AM

Reply #8 sayapghaib's post

Pedang '' Al-sayf al-Qadaram" (Pedang Kedah)

ayugirl23 posted on 6-3-2009 12:02 PM

Originally posted by sayapghaib at 5-3-2009 11:31 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Tentang lebur besi tu,Kedah memang pernah menjadi pengeksport senjata Pedang ke Tanah Arab.
ya ka... means dulu, pedang2 kat tanah Arab tu dibuat di Kedah la..... :o

baghu ayu tau :)

sayapghaib posted on 6-3-2009 03:35 PM

Originally posted by HangPC2 at 6-3-2009 11:59 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
Pedang '' Al-sayf al-Qadaram" (Pedang Kedah) [/quotE

Ada artifak tak tentang pedang ni.?

sayapghaib posted on 6-3-2009 03:53 PM

Originally posted by ayugirl23 at 6-3-2009 12:02 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

ya ka... means dulu, pedang2 kat tanah Arab tu dibuat di Kedah la..... :o

baghu ayu tau :)

tak semua la.teknologi pedang dari syurya(Syiria) pun maju juga.pembakaran menggunakan bahan dari buah zaitun.Kat kedah pula dari pembakaran tempurung kelapa yg memang menghasilkan api yg seolah-olah semburan gas.Tapi ada seorang pencari akar kayu yg pernah bercerita bahawa kat satu lembah di satu aras kat  gunung Jerai  wujud satu kawasan yg ditumbuhi pokok zaitun.Mungkin ditanam dizaman dulukala.Mungkin juga pokok zaitun ni sumber bahanapi untuk melebur besi dan juga sumber bahanapi untuk kawah api untuk panduan kapal belayar yg terletak dipuncak gunung tersebut.Ahli arkeologi pernah mengesahkan kewujudan kawah tersebut .

HangPC2 posted on 6-3-2009 10:24 PM

Post Last Edit by HangPC2 at 1-8-2009 08:26

Kedah Yang Dilawati Oleh Abu Dulaf 940 TM




Dalam tahun 940, Abu Dulaf al-Muhalhil berasal dari Bukhara singgah sendiri di Kalaha (Kedah) dan meriwayatkan bahawa:





    "Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bungan dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang "qala'I" iaitu pedang Hindi yang tulen Seperti di Negara China, terdapat orang-orang yang tidak menyembelih ternakan yang mereka makan. Penduduknya mempunyai sistem keadilan dan mempunyai penjara serta hukuman denda".

    "Mereka makan gandum, buah kurma, sayur-sayuran yang ditimbang bila dijual dan roti yang dilonggok-longgok sahaja bila dijual. Mereka tidak mempuyai hamam tetapi mandi di sungai-sungai yang mengalir deras. Wang mereka ialah dirham perak Wang dipanggil 'fahri'. Mereka memakai kain 'al firand' (sutera) yang sangat mahal seperti orang-orang China dan menyebut Maharaja China di dalam Khutbah Jumaat dan qiblat Raja Kalah pun mengadap ke arah Maharaja itu "
    (Paul Wheatley, 1961:217)




Abu Dulaf menyebut orang-orang di Kedah telah pandai menggunakan tepung gandum, buah kurma, roti dan sayur seperti orang-orang Arab. Tergambar bahawa kebudayaan Arab telah sedikit sebanyak terserap dikalangan orang-orang Melayu di sini. Mengikut Paul Wheatley dalam nota kecilnya di muka surat yang sama, dirham perak yang dipanggil "Fahri" itu ialah matawang yang digunakan di Khurasan, Utara Iran. Di Kedah dipraktikkan sistem 'barter' atau sistem hebah barang dengan barang dan "fahri" itu digunakan ketika amat perlu sahaja. Pedang "qala'i" yang ditempah di Kedah menjadi barangan eksport yang dikenali oleh orang-orang Arab sebagai "al-sayf al-Hind"

Abu Dulaf menimbulkan kekeliruan apabila menyebut bahawa Raja Kalah "Menyebut nama Maharaja China di dalam Khutbah Jumaat dan qiblat Raja Kalah pun Mengadap ke arah Maharaja itu"

Abu Dulaf keliru melihat penduduk di Kedah yang beragama Islam tidak menyebut nama Khalifah Al-Muttaqi (940 - 944) yang baru bersemayam di Damsyik pada masa itu di dalam Khutbah mereka. Berita begitu belum sampai ke sini lagi. Mungkin orang Kedah menyebut nama Maharaja Sribuza (Sri Wijaya) atau lain yang didengarnya sebagai nama Maharaja China.

Maksud qiblat mengarah ke negara China ialah qiblat Raja Kalah atau Kedah dan bukan orang bersembahyang. Abu Dulaf memungkinkan bahawa agama Islam belum lagi dianuti oleh Raja Kedah sungguhpun rakyatnya telah Islam.



Sources : http://www.mykedah2.com/10heritage/102_1_p3.htm

HangPC2 posted on 6-3-2009 10:41 PM

The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD)




By Michel Jacq-Hergoualc'h, Victoria Hobson



http://books.google.com.my/books?id=a5rG6r...NUrf5sLLIUNr7Dg

jkkkj posted on 7-3-2009 01:57 AM

Adakah Lembah Bujang ni pernah ibu negeri Kedah semasa pemerintahan Raja Bersiong dulu?

annoy_you posted on 7-3-2009 07:17 PM

selain dari kedah, kurator tak berminat nak korek tempat lain ka?

sayapghaib posted on 8-3-2009 09:49 AM

Originally posted by annoy_you at 7-3-2009 19:17 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
selain dari kedah, kurator tak berminat nak korek tempat lain ka?

Lebih tepat Ahli Arkeologi.Tu yang dok korek kat Lenggong dan Kuala Gula kat Perak tu.Cuma setakat ini tempat yg menunjukkan wujud aktiviti berskala besar adalah Lembah Bujang kerana wujud bukti purba spt tempat melebur besi,Masjid dan lain-lain lagi.Tempat spt Kota Tampan dan Kuala Gula pula lebih kepada penempatan awal.

sayapghaib posted on 8-3-2009 09:51 AM

Originally posted by jkkkj at 7-3-2009 01:57 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Adakah Lembah Bujang ni pernah ibu negeri Kedah semasa pemerintahan Raja Bersiong dulu?

Ibu Negeri(Negara?) Kedah banyak dah berubah-rubah mengikut kehendak Raja or Sultan dan juga kesesuaian.

cenehom posted on 9-3-2009 01:21 PM

klau p candi lembah bujang bukan saja boleh tgk artifak2 sejarah kat muzium dia n melawat tapak2 sejarah tu...boleh bermandi manda dekat ayeq terjun kat situ lagii..
beshhh ooo...ayeq dia sejukk jaa..ayeq yg mengalir dr gunung jerai

Syd posted on 27-3-2009 07:20 PM

Blue Print Pembangunan Lembah Bujang Diperlukan

ALOR SETAR, 27 Mac (Bernama) -- Satu blue print pembangunan Lembah Bujang - sebuah penempatan kerajaan Melayu tertua di Malaysia berusia kira-kira 1,700 tahun perlu disediakan bagi membantu dunia mengetahui tentang kewujudannya.

Penyebaran pengetahuan terkini tentang perkembangan penyelidikan serta peta taburan tapak-tapak arkeologi di lembah itu kepada dunia luar akan membantu aspek pendidikan, pemeliharaan, pemuliharaan dan pelancongan budaya.

Menyedari kepentingan itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA); bersama Pusat Warisan Seni Melayu, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknloji Mara (UiTM); dan Ikatan Ahli-Ahli Arkeologi Malaysia, menganjurkan Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang selama dua hari mulai Selasa depan.

Menurut kenyataan media UKM di sini Jumaat, seminar itu juga bertujuan mengumpul penyelidik dan pengakaji Lembah Bujang sebagai disiplin dan menyediakan pentas kepada mereka untuk berbincang supaya masyarakat Melayu dan dunia sedar kewujudan kerajaan Melayu tertua dengan nama Kataha/Chieh Cha/Kadaram/Kidaran dan warisannya.

Selain tiga tokoh yang akan menyampaikan ucaptama, 13 kertas kerja dan empat kertas plenari akan dibentangkan pada seminar itu dari UKM, UiTM dan Persatuan Sejarah Malaysia, tambah kenyataan itu.

Seminar tersebut terbuka kepada orang ramai akan berlangsung di Hotel Cinta Sayang Golf Resort, Sungai Petani dengan bayaran RM50 seorang dan RM25 bagi pelajar pascasiswazah.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Suhada Nur Abdul Rahman (03-89215285) atau UiTM (03-55442809).

-- BERNAMA

Syd posted on 29-7-2009 04:26 PM

Kompleks Dan Monumen Sejarah Lembah Bujang Ditutup Sementara

SUNGAI PETANI, 29 Julai (Bernama) -- Kompleks dan monumen bersejarah di kawasan Lembah Bujang di Merbok dekat sini ditutup sementara untuk lawatan orang awam mulai Ogos ini.

Penolong Kurator Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Nurul Azlida Ghozali berkata, penutupan sementara itu ekoran kerja-kerja penyelenggaran, pengurusan dan keselamatan.

Antara tempat bersejarah yang ditutup sementara itu ialah makam Sultan Muzafar Shah, kompleks pencandian dan candi-candi di luar kawasan lembah itu.

"Kita terpaksa menutup sementara dan pelawat tidak dibenarkan masuk sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak," kata beliau kepada Bernama di sini Rabu.

Beliau berkata bagaimanapun bangunan Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang menyimpan pelbagai khazanah dan pusaka bersejarah tamadun Empayar Sri Vijaya dan kerajaan Kedah Tua dibuka seperti biasa kepada pelawat.

Katanya, orang ramai atau ejen pelancongan yang telah membuat cadangan lawatan ke kawasan Lembah Bujang boleh menghubungi pejabat muzium menerusi talian 04-4572005 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

-- BERNAMA
Page: [1] 2 3 4
View full: Tapak Pra-sejarah di Lembah Bujang Ditemui -