lanun_darat Publish time 16-9-2009 04:35 PM

up....... :lol:

genot Publish time 17-9-2009 05:01 PM

Ni ada sikit portion yang kami dah baca untuk tatapan bersama dari Merong Mahawangsa, dah dipermudahkan bahasa tunggang terbaliknya, kalau tidak memang memeningkan kepala....

Pembukaan Kerajaan Langkasuka

Setelah hari siang, Merong Mahawangsa pun belayar mencari anak raja Rum. Tak berapa lama, maka baginda sampailah ke tempat anak raja Rum terdampar. Di sana baginda bertemu dengan orang yang berenang-renang di tengah laut, lalu baginda pon memungutnya dan bertanya kepada orang tersebut. Orang tersebut menceritakan segala yang terjadi ke atas kapal mereka akibat perbuatan burung Garuda. Selepas mendengar kisah tersebut, Merong Mahawangsa memerintahkan orang-orangnya melayarkan kapal mencari jika anak raja Rum masih berada di sekitar kawasan tersebut. Namun mereka tidak menjumpai anak raja Rum. Yang mereka temui hanyalah orang-orang yang bertaburan di sekitar laut tersebut akibat kapal mereka pecah dilanggar Garuda.

Setelah beberapa hari, usaha mencari anak raja Rum gagal kerana tidak kelihatan pun kelibatnya. Raja Merong Mahawangsa terlalu sedih dan risau kerana baginda memegang tanggungjawab yang besar daripada raja Rum. Para penggawa, hulubalang, dan menterinya pun sudah letih mencari tetapi tidak menemui anak raja Rum. Maka Raja Merong Mahawangsa pun belayarlah ke Timur dengan bahteranya menyusur daratan tanah besar itu sambil mencari anak raja Rum. Baginda belayar sehinggalah sampai ke suatu teluk dengan satu tanjung. Maka baginda bertanya kepada seorang guru yang tua di dalam bahteranya. Kata guru, "bahawa pulau besar yang baru hendak bersatu dengan daratan itu namanya Pulau Seri dan satu lagi pulau yang kecil namanya Pulau Jambul manakala yang hampir ke daratan itu namanya Pulau Lada, tuanku." Maka baginda bertitah, "jikalau demikian, singgahlah berlabuh kita di tanjung pulau itu." Maka belayarlah bahtera menuju ke tempat yang dititahkan oleh baginda. Setelah sampai maka mereka melabuhkan sauh.

Maka raja Merong Mahawangsa pun dengan segala menteri hulubalangnya naik ke darat. Ketika itu datanglah mendekat kaum Gergasi. Mereka ini besar-besar belaka dan ramai-ramai menghadap Merong Mahawangsa. Raja Merong Mahawangsa pun tahulah yang mereka itu kaum Gergasi dan menegur mereka dengan suara yang manis sambil mengambil hati mereka. Kaum Gergasi itu takutlah akan baginda kerana melihat hebatnya peribadi baginda. Baginda bertitah kepada mereka, "Beta sebenarnya hanya singgah di sini, jika tuan semua bersetuju, beta ingin duduk berhenti sebentar di sini sementara menunggu khabar berita mengenai anak raja Rum yang hilang. Bersembahlah ketua segala kaum Gergasi, "patik sekelian suka benar jika tuanku berdiam di sini kerana patik semua tiada menyimpan raja di sini. Kalau begitu ceritanya, elok duli tuanku cuba berangkat melihat-lihat tanah yang baik di sini untuk membina kediaman."

Raja Merong Mahawangsa pun erjalanlah hendak melihat susuk tanah tempat hendak dibangunkan kota, parit, balai, serta istana, sambil diiringi oleh kaum Gergasi dengan segala menterinya. Lalu bertemulah dengan tanah bumi yang baik, tempatnya indah dan tanahnya subur. Asyik sekali baginda dengan membuat kota, istana, dan balainya yang besar-besar dan indah. Setelah selesai membina balai, dinamainya balai tersebut Langkasuka kerana pembinaan kota diselang seli dengan makan minum dan bersuka-sukaan. Mereka makan hidangan dari sapi, rusa, kijang, napoh, pelanduk dan segala perburuan yang didapati. Bersuka-sukaanlah kaum Gergasi sambil bertepuk tari kerana sudah beroleh raja yang berbudi bahasa iaitu Merong Mahawangsa. Sebelum itu mereka hanya mempunyai seorang penghulu.

Setelah lengkap kota dan istana dibina maka para menteri dan hulubalang pula membina rumah dan membangunkan kampung di sekeliling kota raja. Beres semuanya, maka mereka pun masuk menghadap raja setiap hari. Termasyurlah raja Merong Mahawangsa menjadi raja di situ. Ramai dagang santeri masuk berniaga di negeri itu, dan rakyat pun tiada terganggu untuk mencari makan dan bergerak di dalam negeri kerana baik budi pekerti rajanya.         

Ramai juga orang berpindah bersama keluarga mereka untuk duduk bersama raja Merong Mahawangsa. Dari bulan ke bulan, tahun ke tahun, rakyat mula bertambah kerana ramai orang berpindah masuk. Raja Merong Mahawangsa tetaplah memerintah kerajaan dengan adil dan murah hati. Keadaan tetaplah aman dan berkebajikan di bawah pemerintahan baginda.

Dipermudah dari HMM terbitan DBP.....

genot Publish time 17-9-2009 06:07 PM

Permulaan Negeri Kedah

Tersebutlah kisah raja Merong Mahawangsa membuat negeri ke Timur Pulau Seri itu asalnya hendak mencari anak raja Rum yang hilang dan menunggu surat kiriman dari negeri Rum. Maka, baginda duduk berdiam di negeri yang baru diperbuat sehingga dikurniakan seorang putera yang baik rupa parasnya serta besar dan panjang nipis agung-agungnya digeruni oleh sekelian orang. Ramailah orang pindah masuk ke negeri itu, dan dagang santeri pon berdagang meriah.

Pada suatu tengah hari, ketika baginda raja Merong Mahawangsa bersidang dengan para menteri, hulubalalang, sida, bentara, dan biduanda penuh sesak keadaannya, masuklah menghadap seorang menteri tua ke dalam balai Langkasuka menghadap.

Titah baginda kepada menteri keempat itu, "Adakah terdapat lagi negeri yang besar di sekeliling kita ini? Kalau-kalau mereka ada mempunyai puteri, boleh kita meminangnya untuk anak kita ini." Maka sembahlah menteri keempat yang tua itu, "Tiadalah negeri yang dekat-dekat ini seperti khabar yang diterima. Yang ada pun nun di Pulau Perca (Sumatera), Acheh namanya, tuanku. Ada pun sebuah negeri tersebut di susur laut letaknya. Banyak jua taklukannya, dan jauh pelayarannya 25 hari lamanya dari sini. Hala ke sebelah daratan kita pun ada juga negeri, nama rajanya Kelinggi. Lautnya dari sebelah kita datang juga (sama daratan dengan kita), dan mengambil masa sebulan pelayaran dari negeri kita ini. Banyak perkara ajaib ada di dalam negeri tersebut daripada tempayan dan guri sampai lah kepada pohon kayu yang bernama Malau Tahi Semut. Lagi pula ada banyak pula kayu yang besar-besar, hulu sungainya jauh, dan luas tuanku."

Maka baginda bertitah, "jika demikian ceritanya, hendaklah tuan hamba perbuat surat mengatakan kita meminta sebiji tempayan yang besar daripada segala tempayan yang banyak itu kepada raja Kelinggi, kemudian boleh lah kita bertanya khabar tentang puterinya. Yang di negeri Acheh itu pun kita perbuat surat sebagai tanda tulus ikhlas ingin berkasih-kasihan (diplomatik), dan menyatakan bahawa kita baru perbuat negeri di sini. Minta tolong hantarkan mana harta yang ajaib atau dagangan ke negeri ini sebagai tanda berkasih-kasihan sesama raja."

Setelah demikian titah raja Merong Mahawangsa, maka dialatkan oleh menterinya dua perahu serta segala barangan dagangan mana yang patut serta dua orang menteri menjadi utusannya. Setelah itu menteri berdua yang menjadi utusan itu pon belayarlah dengan perahu masing-masing, seorang menuju ke negeri Acheh dan seorang ke negeri raja Kelinggi....

Panjang arh, sambung lagik.... Pening nak paham teks kuno...

hird Publish time 17-9-2009 11:04 PM

terima kasih genot...

sorry pm genot pun hird tak balas lagi.

genot Publish time 18-9-2009 12:09 AM

xpa, bleh update dalam ni...... ada banyak lagi penceritaan yang link kita dengan Burma, Acheh, n Siam....

no46 Publish time 18-9-2009 12:07 PM

kat lmbag bujang aku pi ari tu takda pa.senyap sunyi...yg ada tapak2 ja yg aku pun tak paham apa sbnarnya.baca kat situ pun tak paham.bodo ka aku???heheh..tp yg bes dr ats ble nampak pemandangan yg sungguh indah............patut org indu dulu2 wat petempatan kat sini.tenangkan pikiran.

ChildrenOfBodom Publish time 11-3-2010 12:49 AM

Monday March 8, 2010
New revelation at Bujang Valley
By ANNE HASLAM

newsdesk@thestar.com.my



SUNGAI PETANI: The significance of the recently unearthed prehistoric buildings in Sungai Batu in Bujang Valley has been boosted by findings of ancient writings, which proved that a civilisation existed here from as early as the first century.

Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said Sanskrit Pallava inscriptions found on bricks indicated that the civilisation and buildings in Sungai Batu pre-dated other prominent ancient monuments like the Borobudur and Angkor Wat, which were built in the 8th and 12th centuries respectively.

http://thestar.com.my/archives/2010/3/8/nation/n_10Bujang.jpg
Exciting find: Dr Rais (in blue cap) discussing the ancient writings discovered at Bujang Valley with Merbok MP Datuk Tajul Urus Md Zain yesterday. — Bernama

“The Sungai Batu excavation site comprises an area for religious ceremonies, a jetty and a smelting factory, which had been in existence before other ancient monuments in South-East Asia came up, making this of greater historical importance to both the country and the world.

“There are indications that the site was not only used for religious purposes but also for commercial activities like iron smelting. The jetty, used for transportation, also warrants further research,” he added.

Dr Rais said all authorities should embark on a more concerted app-roach to conserving and carrying out in-depth studies on the site in light of the findings, and the tremendous research and tourism potential these offered.

He said Universiti Sains Malaysia’s Centre of Global Archaelogical Research, which was conducting the excavation with the National Heri-tage Department and other local and foreign experts, would be consulted on plans to develop the area.

A government committee would also be formed to come up with the plans, he told reporters after visiting the excavation sites in Sungai Batu I and Sungai Batu II covering three sq km in an oil palm plantation in Jalan Lencongan Merbok.

Plantation owner Teoh Guang Huat, 79, was present to greet the minister.

Dr Rais said he would also bring up the matter of further funding with the Prime Minister.

Excavation work began on Feb 1 last year with an approved grant of RM2.3mil by the ministry. The site has yet to be gazetted as the Bujang Valley Heritage Park.

The Bujang Valley consists of almost 300sq km of land from Gunung Jerai to Sungai Muda.

Captain James Low first identified the Bujang Valley civilisation after discovering more than 20 temples in Kampung Bujang in 1840.

Research and excavation activities found that Bujang Valley was the main port in South-East Asia from the 5th century to the 13th century A.D.




http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/8/nation/5814919&sec=nation

genot Publish time 11-3-2010 01:46 AM

^^^

one of our fren also involved dalam carigali tapak sejarah itu, so proud of him... haha :laugh3:

sekngucing Publish time 11-3-2010 12:26 PM

tak silap aku, makara tu bnyak diadapt pada bumbung rumah tradisi kelantan, tp dah dibuang unsur2 hindu laaaa, cuma bentuk dia masih tak jauh berubah

HangPC2 Publish time 21-3-2010 02:38 PM

diganti dengan tumbuhan

jf_pratama Publish time 21-3-2010 08:32 PM

48# ChildrenOfBodom

Apa sih yang sebenarnya ada di situs "misterius" ini sehingga begitu dibanggakan-banggakan sebagai bukti peradaban tertua di wilayah asia tenggara ini? :lol: ;P

genot Publish time 22-3-2010 02:08 AM

“There are indications that the site was not only used for religious purposes but also for commercial activities like iron smelting.

ay, hang ni betoi ka wartawan? bahasa Inggeris tidak paham kah? :o;P

ladyrock Publish time 22-3-2010 04:06 PM

48# ChildrenOfBodom

Apa sih yang sebenarnya ada di situs "misterius" ini sehingga begitu dibanggakan-banggakan sebagai bukti peradaban tertua di wilayah asia tenggara ini? :lol: ;P
jf_pratama Post at 21-3-2010 20:32 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

Misterinya kurang lebih dgn Sungai Cintarum...he..he..he.....

HangPC2 Publish time 6-5-2010 12:00 PM

Site proves early civilisation



Mar 6, 2010



http://img243.imageshack.us/img243/7995/sungaibatumerboklembahb.jpg

http://img121.imageshack.us/img121/7995/sungaibatumerboklembahb.jpg

http://img532.imageshack.us/img532/7995/sungaibatumerboklembahb.jpg

http://img200.imageshack.us/img200/7995/sungaibatumerboklembahb.jpg

http://img130.imageshack.us/img130/7995/sungaibatumerboklembahb.jpg

http://img404.imageshack.us/img404/7995/sungaibatumerboklembahb.jpg

http://img693.imageshack.us/img693/7995/sungaibatumerboklembahb.jpg

http://img19.imageshack.us/img19/7995/sungaibatumerboklembahb.jpg

http://img441.imageshack.us/img441/7995/sungaibatumerboklembahb.jpg


SUNGAI PETANI (Malaysia) - THE Sungai Batu archeological site in the Bujang Valley proves that civilisation in this country had started much earlier and was the oldest in South-east Asia.

Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said the site, which was believed to have existed in the year 110, showed the existence of religion, commerce and the economy.

'The Bujang Valley in Sungai Batu is a determination to estimate the new civilisation which is known to have existed much earlier than the one existing in neighbouring countries either in Indonesia, Vietnam, Cambodia or Thailand. It is hoped that no one will belittle this effort because when it is endorsed by the whole world, Malaysia will be on a high and old archeological, anthropological and sociological perspective,' he said to reporters after visiting the Sungai Batu archeological complex in the Bujang valley, on Saturday.

The archeological complex, measuring three square kilometres located in an oil palm area, has 97 study sites which are said to hold the key that will open the history of early civilisation in this country. Research on the Bujang Valley is among the projects under the Ninth Malaysia Plan (9MP) carried out with the cooperation of the National Heritage Department and researchers from Universiti Sains Malaysia (USM) and Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

In addition, Rais plans to present a working paper on the conservation of the archeological complex so that the country would not be lagging behind in terms of heritage as well as to forge cooperation with foreign researchers.

'My ministry will discuss with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak the funds for research studies at the archeological complex, because the existing funds had been used up,' he said. He said his ministry was also prepared to hold meetings and discussions with the Kedah state government to work together in conserving the historical artifacts which were important for national heritage. --


- Bernama / The Strait Times -


kawaq83 Publish time 8-5-2010 10:18 AM

Misterinya kurang lebih dgn Sungai Cintarum...he..he..he.....


sungai paling misteri ni :lol::I

rocket22 Publish time 6-6-2010 12:45 PM

aku suggest supaya lembah bujang di jadi kan lembah bersejarah malaysia....

melaka mmg hebat...tp semua peninggaln kita dah di hilang kan dgn sengaja oleh org portugis,british,dan belanda. yg tinggal ialah warisan mereka. mmg kita patut jaga warisan mereka utuk peringatan ataupun utuk buat duit ( asalkan jgn sampai membelakang maruah sendiri) dorang dtg sini pun utk buat duit. kita buat duit lah guna warisan mereka. tp biar lah utk kepentingan commercial bukan sebagai warisan bangsa sejarah.. ada beza antara dua tu.
sunway pyramid bukan warisan bangsa,tp hnya untk buat duit gunakan tamadun mesir.

di lembah bujang, ada lah warisan bangsa melayu tamadun hindu buddha. semua peninggalan nenek moyang kita. mengikut kajian, peradaban wjud di sana sejak 1800 tahun! seribu tahun sebelum melaka. dan semuanya masih ada.dan masih bnyak kite belum kaji.

miftahuljamilah Publish time 6-6-2010 03:15 PM

ada fakta yang saya pernah terbaca..candi Lembah Bujang ini sebenarnya bukan saja sejarah Hindu Budha..awal sebelum itu adalah tempat ibadah penganut agama nabi Ibrahim..buktinya arah candi itu menghadap kiblat-Makkah..Wallahualam

sayapghaib Publish time 7-6-2010 04:01 PM

ada fakta yang saya pernah terbaca..candi Lembah Bujang ini sebenarnya bukan saja sejarah Hindu Budh ...
miftahuljamilah Post at 6-6-2010 15:15 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    Saya juga merasakan begitu.Kepercayaan Hindu Bhudha mungkin hanya mengambil alih kepercayaan sebelumnya.Sang Hyang Tunggal yg bermaksud Tuhan yg satu mungkin boleh menjelaskan sedikit tentang kepercayaan silam di wilayah itu sebelum tersebarnya pengaruh Hindu Bhudha.

* Sayang sekali pihak British telah meruntuhkan sebuah bangunan purba dipuncak Gunung Jerai dizaman penjajahan dulu.Bangunan tersebut dipercayai berusia lebih seribu tahun.

jf_pratama Publish time 7-6-2010 04:53 PM

Reply 59# sayapghaib

Are you sure?

Setahu saya ..... Inggris adalah salah satu penjajah yang amat peduli dengan situs-situs bersejarah yang ada di daerah jajahannya ... malah Inggris melakukan restorasi dan perbaikan atas banyak bangunan bersejarah dibandingkan dengan penjajah lainnya ....

nobito Publish time 7-6-2010 11:44 PM

Replysayapghaib

Setahu saya ..... Inggris adalah salah satu penjajah yang amat pedulidengan situs-situs bersejarah yang ada di daerah jajahannya ... malahInggris melakukan restorasi dan perbaikan atas banyak bangunanbersejarah dibandingkan dengan penjajah lainnya ....
jf_pratama Post at 7-6-2010 16:53 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Kesiannye Jawe..teringin nak kene jajah ngan British pulak ke?...nak masuk Commenwealth khan..;P

Kok nunggu British yach baru direstorasi...:lol:
Pages: 1 2 [3] 4 5
View full version: Tapak Pra-sejarah di Lembah Bujang Ditemui -


ADVERTISEMENT