anya8797 Publish time 14-5-2009 11:56 PM

rossa...atira....

sekolah you all hari guru biasa buat apa?:o

logy Publish time 15-5-2009 12:47 AM

Selamat Hari Guru utk semua cikgu kat Terengganu, terutama cikgu kat SK Merchang dan SK Gong Bala, SK Bukit Perah dan Sek. Men Merchang.....

kerana mengajar camner menjadi org yg berguna... yg membentukkan peribadi dirikule nie...!!!


dgn ucapan tanpa mu siapalah aku......

:bd:

Happy Teachers Day!

:lol: :D

logy Publish time 15-5-2009 12:53 AM

Lagu Tema Hari Guru 2009!

dgww_WcvoYc

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah

Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulnizam bin Khalid
Penulis lirik

logy Publish time 15-5-2009 12:57 AM

-eFScmToqLU

versi karaoke... minus one!:lol: ;P

rossa Publish time 15-5-2009 07:21 AM

Reply #21 anya8797's post

Tahun ni aku pindah sekolah. Tak tau le macam mana sambutan kat sini. Tapi kat tempat lama aku sederhana je.. Selalunya bermula dengan majlis baca perutusan, lepas tu ada sukaneka guru dan pelajar, diikuti persembahan pelajar dan berakhir dengan jamuan.

anniehanida Publish time 15-5-2009 07:35 AM

SELAMAT HARI GURU

Chegu chegu chegu
terima kasih chegu
untuk ilmu kau ajari
yang dapat ilmu
guru dipuji
yang tercicir ilmu
guru dimaki
yang berjaya
guru dicari
ucapan terima kasih chegu
yang kurang cemerlang
nampak chegu sorok belakang dinding
malu pada diri
kerna ilmu tak didekati
chegu apa-pun
kau guru pendidik anak bangsa
jangan yang ada buta huruf
tak boleh menulis
dan tak boleh membaca...
chegu terima kasih
selamat hari guru..

herrhughie Publish time 15-5-2009 07:35 AM

Likuichelehmei..we.ihezhongshiwoychelehsehkaiehuhlangehpiankokhailang?hamisutehhosikaliaowaboxihuanxinkisikaho!

rossa Publish time 15-5-2009 07:38 AM

Originally posted by herrhughie at 15-5-2009 07:35 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Likuichelehmei..we.ihezhongshiwoychelehsehkaiehuhlangehpiankokhailang?hamisutehhosikaliaowaboxihuanxinkisikaho!

Errrrr.......:shakehead3:

Tak paham.............:shakehead3:

Lina66 Publish time 15-5-2009 07:42 AM

Originally posted by along3746 at 14-5-2009 16:00 http://eforum9.cari.com.my/images/common/back.gif
Martabat perguruan perlu diangkat semula.

MENJELANG tarikh keramat 16 Mei setiap tahun, profesion perguruan akan diangkat martabatnya dengan diadakan sambutan Hari Guru di seluruh negara.

...


Selamat Menyambut Hari Guru untuk semua Guru2 yang berforum disini.. especially pada seorang guru yang bernama Atira...:flower: :flower: :flower:


Happy Teachers Day Cikgu...:loveliness: :loveliness: :loveliness: :loveliness: :loveliness: :loveliness:   semuga cikgu atira tabah dan sabar menghadapi berbagai2 kerenah anak2 murid cikgu ye...:D

harmerz01 Publish time 15-5-2009 08:31 AM

Moga-moga perjuangan menentang PPSMI berjaya ...... TERIMA KASIH GURU.
Bak kata Cikgu Mat Ha (Dato' Khairuddin - x- Pengarah Pelajaran Negeri Perak) "Aku hanya seorang pendidik"

tuahayam Publish time 15-5-2009 09:07 AM

sekolah aku lak wak lewat 10 hari berbanding biasa..

sekolah lain buat 17 atau 18.. sekolah aku buat 28hb.. terpaksa atas sebab2 tidak dpt dielakkan..


Terima kasih kepada semua guru SK Sultan Sulaiman 1, SMK Tengku Bariah dan SM Teknik Terengganu yang mendidik aku menjadi insan yang berguna.. jasa kalian tiada siapa dpt membalasnya..

tak dilupa juga kepada para pendidik di maktab perguruan Temengong Ibrahim yang berjaya mendidik aku menjadi seorang pendidik skrg..

tanpamu apa jadinya aku..

[ Last edited bytuahayam at 15-5-2009 09:10 ]

mimi77 Publish time 15-5-2009 09:07 AM

selamat hari guru pada guru2.....

my_edlin Publish time 15-5-2009 09:14 AM

(Dedikasi kepada Guru)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Oleh: Usman Awang.


SELAMAT HARI GURU.....utk semua guru2 yg ade kat Forum Cari nie...jasa kalian mendidik anak bangsa tiada ternilai...

cyclotron Publish time 15-5-2009 09:22 AM

selamat hari guru untuk isteriku.:):):)

anya8797 Publish time 15-5-2009 09:27 AM

Originally posted by rossa at 15-5-2009 07:21 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Tahun ni aku pindah sekolah. Tak tau le macam mana sambutan kat sini. Tapi kat tempat lama aku sederhana je.. Selalunya bermula dengan majlis baca perutusan, lepas tu ada sukaneka guru dan pelaja ...

i see....

first time pindah ke sek. ni......pengetua dia nyanyi sambil menari lagu hindustan ......cikgu2 lain buat malaysian idol.ala2 suma tak nyanyi tah hape2......kelakar sampai sakit perut tegelak......

this year the teachers nak buat puteri gunung ledang......mesti gempaklah......:D:D

revolusi_30 Publish time 15-5-2009 09:45 AM

Selamat Hari Guru Kepada Seluruh Warga Pendidik di CI ni........:loveliness:

along3746 Publish time 15-5-2009 11:01 AM

tak sesiapa nak wish selamat hari guru lagi ke atau semua sibuk cerita pasal politik jer..:D :D

cikilala Publish time 15-5-2009 11:08 AM

Selamat Hari Guru buat semua pendidik tak kira tadika KEMAS ;P ke PASTI ke SEK.MEN. ke SEK REN. jugaaa

Guru-guru tentu amat berbangga ANDA semua sudah punya karier dan pasti berkat doa dari guru-guru juga kita semua berjaya ....:D

wak_karman Publish time 15-5-2009 11:20 AM

selamat hari guru pada cikgu2 wak...

alfatihah kat Allahyarham cikgu Dollah, Cikgu Denan,ustad samut, ustad dollah, ustad sabikin, cikgu zaleha

selamat hari guru cikgu yusuf n isteri cikgu masitah
selamat hari guru ustad abdul ghani khalyubi
selamat hari guru ustazah nasrah, ustazah asmahan, ustazah norhayati, ustazah sumyati, ustazah sa'adah
selamat hari guru cikgu KS Wong yg pemalu/puan pong tak yg seksi/cikgu lim

dan semua guru2 yg lain...jasamu dikenang..:$ :$ :$

kat porem nih to selamat ari guru to atira...kermitxx :D :D :D

[ Last edited bywak_karman at 15-5-2009 11:21 ]

along3746 Publish time 15-5-2009 11:56 AM

Jasamu guru terpahat di hati - Surat 1
ESOK 16 Mei adalah Hari Guru. Memang sudah sewajarnya satu hari diperuntukkan sebagai mengingati dan mengenang jasa guru-guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak-anak menjadi insan yang cerdik pandai serta berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tentunya satu hari yang dikhususkan kepada para guru ini tidak mencukupi jika hendak dibandingkan dengan jasa bakti yang telah mereka curahkan sepanjang masa, sehingga kadang kala terpaksa mengorbankan kebahagiaan, kebajikan dan kepentingan diri sendiri kerana tuntutan tugas.

Ada waktunya guru lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan bersama anak murid dibandingkan dengan waktu mereka di rumah atau bermesra dengan anak dan kaum keluarga sendiri.

Inilah guru yang bagai lilin membakar diri tetapi ada kalanya khidmat mereka bagai tidak dihargai. Tunjuk ajar dan bimbingan mereka kepada anak-anak bangsa ada kalanya dibalas dengan maki hamun, kekasaran fizikal malah sehingga dibawa ke mahkamah.

Seringkali ibu bapa tidak puas hati jika anak dimarahi atau didenda oleh guru, lantas mengambil tindakan melulu tanpa cuba mencari atau memahami punca kenapa ia berlaku.

Sebarang tindakan atau teguran guru tentulah ada sebabnya. Justeru ibu bapa tidak harus mudah melatah menyalahkan guru tanpa menyelidiki adakah anak-anak mereka baik tingkah laku, patuh pada guru dan peraturan sekolah. Pada mereka anak mereka sahaja yang betul.

Seharusnya mereka yang berkelakuan seperti ini hendaklah mencermin diri adakah mereka sendiri telah memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dan menyemai akhlak mulia dalam diri anak-anak? Harus diingat anak-anak lebih lama berada bersama mereka di rumah dibandingkan dengan waktu mereka di sekolah bersama guru.

Guru pula mempunyai tanggungjawab mengawasi ratusan pelajar. Perhatian mereka tidak boleh tertumpu kepada individu tertentu sahaja.

Tidak dinafikan ada kalanya guru keterlaluan cara terhadap anak murid. Namun kes terpencil ini tidak seharusnya dijadikan andaian umum sehingga menenggelamkan nama baik keseluruhan guru lain yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan penuh dedikasi.

Malah selalunya sikap keterlaluan guru ini banyak didorong oleh sikap pelajar sendiri. Misalnya tidak membuat kerja rumah, melanggar disiplin, merosakkan harta benda dan sebagainya. Adakah salah jika guru memberi nasihat atau peringatan dan mengenakan hukuman yang menasabah kepada murid atau pelajar yang bersikap sedemikian?

Namun ada pelajar dan murid yang tidak boleh menerima teguran atau hukuman, lalu bertindak balas keterlaluan terhadap guru. Dalam keadaan seperti inilah guru boleh hilang perimbangan diri dan bertindak di luar kelaziman. Janganlah kita lupa guru juga adalah manusia biasa yang ada perasaan. Kesabaran mereka ada batasnya.

Ada ibu bapa yang hanya pandai mengkritik atau menyalahkan sekolah dan guru. Tetapi mereka ini tidak pernah pun peduli berjumpa dan berbincang dengan pihak sekolah dan guru jika ada masalah timbul. Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pun tidak pernah menunjukkan muka. Inilah pertanda orang yang tidak ambil berat persekolahan anak-anak mereka.

Sewajarnya ibu bapa dan masyarakat umum turut berganding bahu dan membantu guru melaksanakan tugas mereka. Jika ada kerjasama ini saya percaya bukan sahaja tugas guru mendidik anak bangsa menjadi lebih mudah tetapi kesan baiknya akan sama dirasai oleh ibu bapa dan murid-murid sendiri.

Berapa ramai pulakah antara anak murid yang telah didik oleh guru-guru ini ingat dan menghargai jasa mereka? Berapa ramaikah yang masih sudi berkirim salam, berhubung telefon bertanya khabar atau mengirim kad ucapan pada hari jadi atau hari perayaan?

Guru-guru tidak mengharapkan ini semua daripada bekas anak-anak murid mereka kerana mereka mencurahkan ilmu dengan tulus ikhlas. Namun sebagai insan yang berbudi bahasa dan mengenang jasa tidak ada salahnya sekali sekala kita menghargai guru kita pada waktu-waktu tertentu.

Sudah tentu guru akan berasa sangat gembira jika orang yang pernah mereka didik ingat pada mereka. Guru-guru tidak mengharap wang ringgit kita, tetapi ingatan mesra itu lebih berharga daripada segala-galanya.

Kepada guru-guru yang selama ini begitu gigih menabur bakti, terutama di kawasan-kawasan pedalaman, tiada kata secantik bahasa atau gambar seindah lukisan dan tiada juga gunung intan yang dapat menyamai nilai bakti yang dicurahkan. Hanya Allah Yang Maha Esa sahaja dapat memberikan ganjaran setimpal terhadap pengorbanan guru.

Doa dan harapan saya juga para guru akan terus gigih berbakti dan dapat menempuhi segala kepayahan yang datang bersama tugas.

Sesungguhnya anda semua telah dapat membuktikan hujan atau panas, susah atau senang, segala rintangan tetap tabah dihadapi dan dilalui. Rintangan tidak mematahkan semangat meneruskan bakti.

Kepada semua guru yang sangat saya sanjungi, terimalah ucapan Selamat Hari Guru, ucapan ikhlas dari lubuk hati. Pengorbanan para guru tetap subur dan dikenang abadi. Jasamu terpahat di hati.

MURID LAMA,

Kuala Lumpur
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: Selamat Hari Guru-16 Mei


ADVERTISEMENT