along3746 Publish time 28-8-2009 09:11 AM

Mara beri diskaun 30% kepeda peminjam.. Apa lagi, cepat lah bayar..

Mara beri diskaun 30% kepada peminjam.
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menawarkan diskaun 30 peratus kepada peminjam yang membayar balik secara penuh pinjaman mereka berkuat kuasa 1 September hingga 31 Disember tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pemberian diskaun pembayaran balik sempena sambutan kemerdekaan negara kali ke-52 itu untuk menggalakkan peminjam membayar balik pinjaman yang telah diberikan.
Katanya, galakan membayar itu secara tidak langsung membolehkan dana baru dapat dikumpul untuk pembiayaan program pinjaman pada masa akan datang.
"Pemberian diskaun itu tertakluk kepada peminjam untuk jenis pinjaman perniagaan atau pembiayaan perniagaan (tidak termasuk pinjaman atau pembiayaan kontrak), bekas penyewa premis perniagaan atau perusahaan.
"Selain itu, pinjaman Mikrokomputer Pelajar, pendahuluan pinjaman pelajaran, mereka yang tidak layak mendapat pengurangan Pinjaman Pelajaran Mara, bekas pelatih Institusi Pendidikan Mara dan pinjaman bekas anggota Mara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan majlis sambutan Bulan Kemerdekaan di ibu pejabat Mara di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin.
Idris berkata, kepada mereka yang dikenakan tindakan undang-undang, penguatkuasaan Mara sendiri atau diisytiharkan muflis oleh mana-mana pihak adalah tidak layak untuk pengurangan pembayaran tersebut.
Katanya, pemberian diskaun itu tidak termasuk kos guaman dan kos iklan nama penghutang yang disiarkan dalam akhbar.
Beliau seterusnya berkata, bukan semua peminjam di bawah skim Pinjaman Pelajaran Mara layak untuk menerima diskaun pengurangan pinjaman tersebut.
"Antaranya peminjam pelajaran tidak boleh ubah yang ditawar sebelum 1 Januari 1985, peminjam di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) mulai 1 Januari 1998.
"Begitu juga pelajar tahun akhir di bawah tajaan Mara yang berada di luar negara, peminjam yang melanggar kontrak, dan mereka yang gagal dalam pengajian," katanya.
Sebelum itu, katanya lagi, peminjam perlu melakukan pengesahan baki pinjaman terlebih dahulu dan mengisi borang permohonan pemberian diskaun sebelum membuat bayaran penuh di kaunter bayaran di pejabat Mara.
Sementara itu, beliau turut diminta mengulas mengenai penstrukturan semula Mara seperti yang diperkatakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Beliau berkata, kerajaan akan menstrukturkan semula hala tuju agensi yang telah banyak berjasa kepada rakyat itu untuk tujuan penambahbaikan.
Idris memberitahu, perbincangan akan dilakukan pada waktu terdekat untuk mengenalpasti langkah mengkaji kedudukan dan prestasi Mara supaya terus relevan sepanjang masa termasuk dengan melantik perunding.
"Pandangan masyarakat, konsep 1Malaysia dan peranan agensi itu pada masa akan datang dalam membantu rakyat antara perkara yang akan diberi perhatian untuk diteliti," ujar beliau.

juwaini Publish time 28-8-2009 09:12 AM

Hehehe... Satu lagi indikator jelas MARA dah takde duit... Tunggu tira masuk komen... :lol:

majinn Publish time 28-8-2009 09:22 AM

ptptn tadek diskaun ke...

atira Publish time 28-8-2009 09:32 AM

mmg tak de duit....
abis dah di kebas UMNO......
campur yg tak bayar hutang lagi.....

shapie apdal pon buat dek je.... buring la...

atira Publish time 28-8-2009 09:34 AM

skarang ni... anyone yg sambung study under mara mmg put on-hold... termasuk le dgn skim tindikan mara, lecturer2 UniKL dn GMI yg tgh sambung study pon on-hold... ntah sampai bila.....

The-Stiq Publish time 28-8-2009 09:35 AM

PTPTN bila nak offer:lol:

mykiwi Publish time 28-8-2009 09:37 AM

mara mmg ada sistem pengurangan byrn kan

iman_kasih Publish time 28-8-2009 09:38 AM

mara memang dah teruk sangat ek? sampai nak claim pun kena catu bagai..

c_antique Publish time 28-8-2009 09:38 AM

ptptn tadek diskaun ke...
majinn Post at 28-8-2009 09:22 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

aku pun nak tya soklan yg sama..
PTPTN...bagi ler discount 40% lak..
sure tabung tu penuh balik:lol:

juwaini Publish time 28-8-2009 09:39 AM



aku pun nak tya soklan yg sama..
PTPTN...bagi ler discount 40% lak..
sure tabung tu penuh balik:lol:
c_antique Post at 28-8-2009 09:38 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Setahu aku yang tak nak bayar PTPTN ni memang yang tak mampu. Maybe tak keje lagi atau gaji sikit...

Kalau potong 90% belum tentu depa ada duit nak bayar... :lol:

yana79 Publish time 28-8-2009 09:40 AM

Tuk nk tau lebih lanjut info nih...kt mane ar...p kt website mara...cm xde jer info nih...

buDak_gaTaL Publish time 28-8-2009 09:52 AM



kalau tunggu lagi tahun depan mungkin diskaun 50% kot ;P

atira Publish time 28-8-2009 09:55 AM

8# iman_kasih


bukan MARA je...
government pon tgh kering kan....
gossip mana tah aku dgr najib mintak tambahan duit lagi dari petronas...

terasa woooo malaysia tgh2 gawat ni...
tapi pandai2 le government cover konon malaysia tak efek sangat le hapa....

atira Publish time 28-8-2009 09:55 AM

12# buDak_gaTaL

masuk court la sapa yg tunggu lagi tu...
MARA agak agresif kutip hutang...

Alt-F4 Publish time 28-8-2009 10:10 AM

tang kutip utang agresif tu mmg betoi.. sebab aku pun ada buat pinjaman perniagaan mara.. so sekarang tengah bayar balik la.. kalo terbabass cepat je depa call.. so far alhamdulillah.

tp diskaun 30% tu bukan dia nak kurangkan amaun loan.. pada pembacaan aku.. org yg dapat diskaun 30% tu nak buat full settlement dekat dia punya loan.. baru dapat 30% diskaun..

kalo mcm aku dok bayar bulan2 ni.. tak dpt kot..

atau pun ada dak pandangan alternatif tira??

atira Publish time 28-8-2009 10:16 AM

15# Alt-F4


tak sure gak yg ni... si derih baru je announce smalam...
biasa la gomen ni.. dah announce dulubaru depa pikir mekanism pembayaran...

atira Publish time 28-8-2009 10:18 AM

kalau ikut artikel berita harian tu.. bukan semua pinjaman terlibat...
uols tunggu jedepa update info nanti

yana79 Publish time 28-8-2009 10:22 AM

Nak tau sgt nihh.....bagus gk klu dpt diskaun nihh....

iman_kasih Publish time 28-8-2009 10:35 AM

13# atira

asalahnya dah tau takde duit tapi buat gak la program yg mengarut tu...
ada sorang ketuakat salah satu ipt under mara ni bgtau iman dulu..
sebenar2nya mara hanay mampu bayar duit gaji utk staf2 dia samapi bulan mei je...
huhuhu..masa tu takut je dengar...kalau la betul memang gawat sangat dah tu..
lagipun masa najib bentang bajet tambahan tu memang mara tak dapat pape kan...
so pada gomen or demi gomen staf tu...takyah la mengharap dapat bonus...

iman_kasih Publish time 28-8-2009 10:38 AM

9# c_antique


ptptn ni lagi hampeh...org nak buat full settlement pun payah...
bayangkan org nak bagi duit pun terhegeh2 buat keje..ntah apa2 org yg duk keje kat situ..
dah la telefon asyik tak angkat je...lagi korang harap ada diskaun..rentikan...
Pages: [1] 2
View full version: Mara beri diskaun 30% kepeda peminjam.. Apa lagi, cepat lah bayar..


ADVERTISEMENT