berjambulani Publish time 19-7-2010 04:52 PM

Bentong Kali a.k.a P.kalimuthu

aku dah search tapi takde lagi thread ni. kalo ada harap ampun..:sweat3:

Mudah saja untuk dia membunuh seseorang. Apabila lelaki itu berang, dia sekadar menarik pistolnya dan menembak sesiapa saja yang mencetuskan kemarahannya tanpa memikirkan impak perbuatan berkenaan. Semudah itu saja, dia tidak kisah atau pernah takut memikirkan perbuatannya memiliki senjata api atau menembak seseorang boleh menyebabkan dia dihukum gantung sampai mati.

Lagak lelaki bernama P Kalimuthu itu bagaikan negara ini tiada undang-undang dan dia bebas berbuat apa saja mengikut kehendak nafsunya termasuk membunuh seseorang. Pemikiran songsangnya itu menyebabkan Kalimuthu atau digelar Bentong Kali menjadi antara penjenayah paling berbahaya dan diburu polis pada dekad 1990-an selepas Wong Swee Chin atau Botak Chin pada 1970-an.

Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Selain rekod pembunuhan itu, Bentong Kali turut disyaki dalam banyak lagi kes jenayah termasuk mencederakan polis. Bentong Kali meninggalkan jejak jenayahnya menerusi kelongsong peluru jenis 9mm daripada pistol Sig Sauer buatan Jerman yang dijumpai dalam kebanyakan kes pembunuhannya sebelum itu.

Penjenayah itu mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu. Tiada lagi alam persekolahan seperti remaja lain, Kalimuthu menyertai kumpulan kongsi gelap Cina 04 dan mula mengenali dunia jenayah. Atas kesalahan tertentu, dia ditahan dan kemudian dipenjara ketika usia 19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu.

Dipenjara pada usia muda tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap India 08. Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang-undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut,Sungei Way dan Ampang. Dia ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah ditempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada1987 bersama sekatan kediaman terhad di Kuantan, Pahang.

Dunia jenayah bagaikan matlamat kehidupannya. Peluang kedua untuk mengubah hidup mengikut undang-undang diabaikannya apabila lelaki itu kembali menyertai dunia jenayah. Bagaimanapun, kali ini dia tidak lagi menyertai kumpulan jenayah sedia ada sebaliknya menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Antara kegiatan kumpulan 04 yang ditubuhkannya ialah aktif mengedar dadah dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya.

Untuk kali kedua, dia dikenakan sekatan kediaman terhad di Gopeng,Perak, selama dua tahun. Kalimuthu kemudian menghilangkan diri padaNovember 1984. Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu. Ops Buncit disertai 200 pegawai dan anggota polis termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor digerakan secara besar-besaran membuktikan polis serius untuk memburu Bentong Kali hingga ke lubang cacing.

Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka. Bentong Kali juga dikatakan memiliki banyak tatu dilukis pada badan dantangannya seperti tanda palang dan ungkapan Born To Die.Pada tangan kanannya terdapat gambar kepala harimau manakala di tangan kirinya terukir gambar perempuan bogel, ular dan helang. Tatu dibahagian belakang badannya pula dilukis gambar helang dan kedua-dua pahanya ada gambar perempuan bogel. Kalimuthu turut memiliki parut kesan pembedahan di perut.

Dalam gerakan memburu penjenayah itu, poster dikehendaki polis yang antara lain memaparkan wajah Bentong Kali dan kegiatan jenayahnya mula ditampal di tempat awam. Dengan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah ganas itu, kes buruan polis itu terus menjadi berita hangat. Poster itu turut diedarkan di kawasan sempadan bagi membolehkan orangramai mengesan kehadirannya dan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan bagi mengelak Kalimuthu bolos ke negara jiran.

Polis terus melancarkan gerakan memburu Kalimuthu selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Serbuan demi serbuan dijalankan untuk menjejak penjenayah itu antaranya di lokasi yang menjadi tumpuan jenayahnya iaitu sekitar Kuala Lumpur di Jalan Klang Lama, Brickfields, Taman Melawati, Ampang, Balakong, Kajang, Raub dan Bentong. Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama.

Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, KualaLumpur pada 29 Jun 1993. Subuh menjelang apabila sepasukan anggota elit polis dari Unit TindakanKhas (UTK) Bukit Aman, mengambil posisi dan mengepung kawasan perumahanitu. Turut menyertai operasi adalah unit pemusnah bom. Situasi genting itu kemudian bertukar menjadi drama tembak-menembak.Bentong Kali bersama dua pengikutnya melepaskan dua das tembakan kepada polis yang mengepung kawasan itu.

Bagaimanapun, kedua-dua tembakan penjenayah itu tidak mengenai atau mencederakan anggota polis. Menyedari tindakan agresif penjenayah itu dan cubaan mereka untuk melarikan diri, polis mengambil tindakan pantas dengan membalas tembakan. Tembakan balas sekitar jam 6.30 pagi menyebabkan ketiga-tiga penjenayah terbabit terbunuh dengan satu das tembakan di kepala menamatkan riwayat P Kalimuthu. Kejayaan itu menamatkan episod das-das tembakan daripada penjenayah terbabit sepanjang era keganasannya yang membunuh kira-kira 16 mangsa.

PROFIL

Nama: P Kalimuthu
Gelaran: Bentong Kali
Lahir : 22 Januari 1961
Asal : Bentong, Pahang
Keluarga: Anak kelapan daripada 11 beradik

sumber ragedindian.com

pawangBuaya Publish time 20-7-2010 02:53 PM

gambar takde?

hafieza Publish time 20-7-2010 03:11 PM

kalimuthu a.k.a bentong kali ni masa zamn aku sekolah menengah dulu..
slalu kuar brita psl die..huhu

zafran_iman Publish time 20-7-2010 03:37 PM

pernah dengar citer tentang dia masa sekolah dulu....

edmundo Publish time 20-7-2010 03:45 PM

Dia ni yg ade orgtegur dia kencing merata-rata....dia amik pistol...peng!..tembak itu worang kn..

Aku rasa polis namakan opersi "Ops Buncit" sbbade kna mngena dgn perut dia la..:o

rizalrazul Publish time 20-7-2010 03:52 PM

huh ade lg cerita pasal bentong kali ni..Time dia budak2 selalu rembat jambu depan rumah aku..hehehehehe

ctaz Publish time 20-7-2010 05:26 PM

ala...setakat ada pistol bole lah jadi samseng.....
lagi satu time nak gado pakai tangan...ajak geng2 dia sampai 7-8 orang....
samseng cam haram....elok pon dah mampos.....

cikilala Publish time 20-7-2010 08:31 PM

Bawak nama Bentong cheh memalukan sungguh...

gede-bab Publish time 20-7-2010 10:02 PM

kira ketiga-tiga kaum kat Malaysia ni dah ada penjenayah ganas masing-masing:sweat3:
Cina dengan Botak Chin, Melayu dengan Mokhtar komando dan India dengan Bentong Kali..
pasni kaum apa pulak??:P

malu2kucing Publish time 20-7-2010 10:41 PM

lepas nie....

GENG SAMSING 1 MALAYSIA

cikelit Publish time 21-7-2010 12:08 AM

ai tau umah mak dia yg dkt pondok polis ketari bentong tu...

KimoraHakim Publish time 21-7-2010 12:27 AM

bentong kali ni dulu memang menakutkan byk pihak..ada yang tak berani kuar rumah takut kene kidnap dgn bentong kali....

totokreturn Publish time 21-7-2010 05:26 AM

ai tau umah mak dia yg dkt pondok polis ketari bentong tu...
cikelit Post at 21-7-2010 00:08 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   adik beradik dia pun musti gangster jugak semuanya kan...

jofizo Publish time 21-7-2010 08:36 AM

nasib baik berlaku pada masa tuh, kalau la nih, musti ramai org tampil membela kematian dia.......

arinieva Publish time 21-7-2010 10:40 AM

xde la gbr dia... dh gugel pun xdek. ke x cukup gogel

pinguin Publish time 21-7-2010 01:39 PM

seram sgt2

guablur7 Publish time 21-7-2010 03:38 PM

gambar beb?

mjla Publish time 21-7-2010 04:54 PM

Baru kena sedas dah gol......

Apa terernye......

MS.WONG Publish time 21-7-2010 05:04 PM

Reply 13# totokreturn


    aku kenal sorang adik dia dok stu bandar ngan aku ni
masa polis tgh sibuk2 cari b.kali ni dia pon kena tahan gak ada la 2 mgg dlm lokap
tapi adik dia ni ala2 NYAH sikit laa. aku x bleh tahan kalau dia kuar je muka bedak cam tepong gomak
putih melepak. badan ngan muka pon mcm b.kali tapi jalan mengepit jeer..

totokreturn Publish time 21-7-2010 09:06 PM

Replytotokreturn


    aku kenal sorang adik dia dok stu bandar ngan aku ni
masa polis tgh si ...
MS.WONG Post at 21-7-2010 17:04 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


   nyah pun ada jadi gansgter tau... ala2 perisik gengster gittew...
Pages: [1] 2 3
View full version: Bentong Kali a.k.a P.kalimuthu


ADVERTISEMENT