sultana posted on 10-12-2010 06:27 PM

Boleh perbaharui lesen memandu?

Salam semua,

saya nak tanya dan minta pendapat pasal lesen memandu saya yang dah dua tahun tamat tempoh. Lesen penuh CDL bukan P. Boleh la nak tanya JPJ tapi lagi cepat rasanya dapat tau dari forumer yg berpengalaman. Jadi, soalan2nya:

1. Masih boleh renew terus atau saya perlu ambil ujian semula?

2. Saya dapat tahu boleh renew secara online. Tapi kena register dulu. Kat mana ya? Boleh register online?

sultana posted on 10-12-2010 07:39 PM

30 lebih view, satu jawapan pun tarak ke??

Huu sedey nya...

satusembilan posted on 10-12-2010 08:13 PM

1. Masih boleh renew terus atau saya perlu ambil ujian semula?


boleh... selagi tak lebih 3 tahun...

sultana posted on 10-12-2010 08:34 PM

Reply 3# satusembilan


    Mekasih satusembilan sebab jawab. :D Ada kena denda tak?

satusembilan posted on 10-12-2010 08:42 PM

Reply 4# sultana


selagi tak lebih tempoh 3 tahun ko boleh hidupkan lesen tue...
kalau lesen ko mati lebih 3 tahun ko kena mula dari awal semula...

cuba ko pegi kat lawan web JPJ... kat situ ada penerangan lebih lanjut rasanya...

satusembilan posted on 10-12-2010 08:42 PM

selagi tak lebih 3 tahun... tak kena denda...

estrellas posted on 10-12-2010 10:01 PM

myeg.com
......

medangmru posted on 11-12-2010 09:11 AM

Post Last Edit by medangmru at 11-12-2010 09:16

kalau x silap aku...utk lesen memandu kompeten ....had yang dibenarkan utk lesen memandu tamat tempoh adalah selama 2 tahun sahaja.melebihi 2 tahun maka anda perlu mengulangi semula keseluruhan pembelajaran ketika mula2 nak ambik lesen memandu. Namun anda boleh membuat rayuan kepada ketua Pengarah JPJ beserta alasan2 munasabah kenapa anda tidak perlu mengulangi semula.

Untuk 3 tahun ianya adalah lesen memandu vokasional :-


Rujukan : Laman WEB JPJ

Permohonan rayuan untuk memperbaharui Lesen Memandu yang telah tamat tempohnya iaitu:

1. Lesen Memandu Percubaan melebihi 1 tahun
2. Lesen Memandu Kompeten melebihi 3 tahun
3. Lesen Memandu Vokasional melebihi 3 tahun

Cara- cara Permohonan

1. Secara Manual
   1. Mengemukakan surat rayuan kepada Bahagian Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat JPJ Malaysia dengan mengemukakan alasan-alasan yang munasabah.
   2. Kemukakan salinan kad pengenalan/paspot dan lesen memandu
   3. Surat jawapan samaada surat kelulusan atau surat tolak akan dihantar berdasarkan alamat daripada surat permohonan rayuan.
2. Secara ¡®Online¡¯
   1. Membuat permohonan melalui eRayuan melalui laman web iaitu www.jpj.gov.my.
   2. Lengkapkan butir-butir pemohonan  dalam borang online .
   3. Surat jawapan samada surat kelulusan atau surat tolak boleh dicetak terus dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan diterima.

*Nota
Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk meluluskan/menolak permohonan. Sekiranya Berjaya, pemohon dikecualikan dari mengambil ujian Bahagian 1 dan perlu menduduki Ujian Praktikal II dan III. Jika permohonan tidak berjaya, maka pemohon dikehendaki mengambil semula ujian Bahagian I, II dan III seperti prosedur biasa.

http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3%3Arayuan-memperbaharui-lesen-memandu-yang-telah-tamat-tempoh&catid=1%3Apemandu&Itemid=41〈=ms


BETULKAN AKU KALAU AKU SALAH

myralolx92 posted on 11-12-2010 10:44 AM

Reply 1# sultana

kna ambk lesen balik la bai!

zuhaili_14 posted on 11-12-2010 11:19 AM

Reply 1# sultana


    ko bleh renew mcm biasa CDL tuh.tarak kne denda apa2..nak lagi cantik ko bwk gambar berukuran passport sekeping..leh update pic yg terbaru..pastu update alamat terkini skali..CDL yg tidak di renew melebihi 3 tahun akan terbatal,manakala bagi lesen PSV dan GDL yg tidak di renew melebihi drpd 1 tahun juga akan terbatal..best kan;P

medangmru posted on 11-12-2010 05:02 PM

Reply  sultana


    ko bleh renew mcm biasa CDL tuh.tarak kne denda apa2..nak lagi cantik ko bw ...
zuhaili_14 Post at 11-12-2010 11:19 AM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


    so maksudnya apa yg tertera kat website JPJ tu sebenarnya salah la zuhaili????3 tahun atau 2 tahun???please reconfirm??

sultana posted on 11-12-2010 06:00 PM

Post Last Edit by sultana at 11-12-2010 18:01

Terima kasih semua yang bagi informasi.
Medangmru,

Permohonan rayuan untuk memperbaharui Lesen Memandu yang telah tamat tempohnya iaitu:

1. Lesen Memandu Percubaan melebihi 1 tahun
2. Lesen Memandu Kompeten melebihi 3 tahun
3. Lesen Memandu Vokasional melebihi 3 tahun

CDL = Competence Driving Licence jatuh kategori no. 2, jadi maksudnya selagi tak 3 tahun takyah buat rayuan nak perbaharui. Kiranya boleh perbaharui lesen macam biasa. Betul ke apa saya kata ni?

Harap takyah lah nak ambik test semua tuh. Dah lah takde kat M'sia sekarang nih. Ingat dah dapat renew nak apply lesen antarabangsa pulak.

zuhaili_14 posted on 11-12-2010 07:00 PM

Reply 11# medangmru


    aku conpius tang no 3 tuh jer;P,,yg no1 n no2 tuh da btl dah ar..:P..apa pon follow da website je..kalo follow ckp aku,tonggang terbalik nti:lol::lol:





tq medangmru for ur impomesin:lol:

medangmru posted on 11-12-2010 07:20 PM

mmg sah2 dah rabunnya aku ni.....kenapa 3 aku nampak 2....adessssssssssssss:shakehead3:;P:lol:

medangmru posted on 11-12-2010 07:22 PM

Reply  medangmru


    aku conpius tang no 3 tuh jer,,yg no1 n no2 tuh da btl dah ar....apa  ...
zuhaili_14 Post at 11-12-2010 07:00 PM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


    udah betui tu zuhaili....mata aku yg dah rabun teruk....miahahahahhaha..................:lol:

zuhaili_14 posted on 11-12-2010 09:53 PM

Reply 15# medangmru


    :lol::lol::lol::P

noell posted on 13-12-2010 01:57 AM

Lesen Memandu Vokasional nih apa wey??? kena masuk sekolah vokasional ka kalau nak amek lesen nih???

medangmru posted on 13-12-2010 08:08 AM

Lesen Memandu Vokasional nih apa wey??? kena masuk sekolah vokasional ka kalau nak amek lesen nih???
noell Post at 13-12-2010 01:57 AM http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif


    lesen memandu vokasional ni adalah lesen memandu komersial....lesen memandu khas untuk kenderaan perdagangan macam Bas...lori dan sebagainya...

sultana posted on 13-12-2010 03:32 PM

Alhamdullillah berjaya renew lesen. Melalui Myeg.com.my suruh diorang hantar terus ke umah. Renew 5 tahun terus dah takyah nak pening kepala pasal lesen nih buat 5 tahun lagi. he he he.. :D

medangmru posted on 14-12-2010 02:37 PM

Alhamdulillah....so kes settle la ni............{:1_132:}

princebrunei posted on 22-12-2010 12:17 PM

Alhamdullillah berjaya renew lesen. Melalui Myeg.com.my suruh diorang hantar terus ke umah. Renew 5  ...
sultana Post at 13-12-2010 03:32 PM http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

Senang kan, den pon dah buat awal tahun guna MyEg untuk 5 tahun terus, rm150++ ada tambahan pos laju je dah settle, pagi ni submit petang tu posmen dah pekik posto2 depan rumah.. :lol:
Page: [1]
View full: Boleh perbaharui lesen memandu?