Subulhansam Publish time 3-1-2011 12:25 PM

Slogan "Umno Dahulukan Rakyat" akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Pelaksanaannya akan digiatkan melalui program Juara Rakyat yang akan dianjurkan sepanjang tahun dan disuntik dengan "gaya baru" dengan tema berbeza setiap bulan, katanya.

"Tema (program Juara Rakyat) untuk bulan Januari ialah pendidikan dan program ini akan bemula dengan gaya baru dengan mengadakan ceramah juara rakyat ketika aktiviti sedang berjalan.

"Ianya tidak seperti biasa yang hanya melibatkan pameran dan lawatan sahaja seperti sebelum ini dan ini dilakukan bagi memberikan penerangan yang jelas kepada peringkat akar umbi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Program Juara Rakyat pada bulan Februari akan membawa tema "kebajikan" sebelum diteruskan dengan tema-tema lain selepas itu, katanya.

"Kita sasarkan minimum kita akan adakan satu program Juara Rakyat di semua bahagian bermula tahun ini," katanya.

Tahun lepas, Umno berjaya menganjurkan 2,000 program Juara Rakyat di seluruh negara, katanya.

Ahmad berkata Umno juga mahu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat bahawa parti itu dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mahu menjadi pilihan utama mereka untuk pembangunan ekonomi dan sosial.

"Kita akan jelaskan misi kita untuk menjadi juara di hati rakyat, sedia berbakti di barisan hadapan demi rakyat dan sentiasa mencari yang terbaik untuk diberikan kepada mereka," katanya.

--Bernama

apa pendapat abe TOTOK?

card_reader Publish time 3-1-2011 12:39 PM

owhh.. boleh... takder masalah... kalau ko nak mujarab untuk halau tikus, ko letak gambor r ...
totokreturn Post at 3-1-2011 07:44 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    ko jangan totok.....pakar C4 tu;P

card_reader Publish time 3-1-2011 12:42 PM

Ahmad berkata Umno juga mahu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat bahawa parti itu dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mahu menjadi pilihan utama mereka untuk pembangunan ekonomi dan sosial.



dengan membuat pelarasan itu ini dan konsert2 yg melalaikan ke....??:o

azmanal Publish time 3-1-2011 12:52 PM

X setuju sangat kalu alasan pemborong nk naikkan harga sebab petrol/bahan api dah naik. Sedangkan harga barangan trkini adalah harga yg telah dinaikkan sewaktu tahun 2008 dahulu. Pada masa tu harga petrol mencecah RM2.60-2.80 seliter...tp biler bahan api dh turun balik, harga barang xjugak turun..sekarang baru rm1.90 ke rm2.10..xkan nk bagi alasan bahan api naik kot..sepatutnya alasan dorang sebab harga bahan api dh 'turun'..hehe..

chaintea Publish time 3-1-2011 12:52 PM

kesian kami peniaga comey2 ni
dulu beli bawang dah siap blend 3 kilo 9 hinggit (bulan 9)
smlm abg beli bawang 3 kilo 15 hinggit

kenaikan dalam tempoh 3 bulan lebih dari 60%..

tp wat masa ni kami masih bertahan, charge kat pengguna masih sama
wat masa ni..mana yg leh serap kos..kita serap..

cak! Publish time 3-1-2011 12:55 PM

gaji bila nak naik :(

azmira81 Publish time 3-1-2011 01:01 PM

gaji bila nak naik
cak! Post at 3-1-2011 12:55 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

tunggu pilihanraya ni...... harap2 ada la kenaikan especially tuk gomen....... :mad:

annehuda Publish time 3-1-2011 01:06 PM

tunggu pilihanraya ni...... harap2 ada la kenaikan especially tuk gomen.......
azmira81 Post at 3-1-2011 13:01 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    especially utk gomen heh?ni rakyat biasa bile plak kerajaan nak suruh wat mandatori naik gaji kt majikan?

kami pekerja swasta pun maukan keadilan!!!

azmira81 Publish time 3-1-2011 02:03 PM

especially utk gomen heh?ni rakyat biasa bile plak kerajaan nak suruh wat mandatori naik ...
annehuda Post at 3-1-2011 13:06 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

swasta, tiap2 taun ada bonus {:3_102:} increament pun banyak....
tp kalau swasta pun naik gaji, laagi bgus.... i keje swasta jah :lol: hubby i gomen, dah lama i tak xmerasa bonus dia :'(

gomen dah lama xmerasa bonus :'(:'(

willywonka Publish time 3-1-2011 02:14 PM

Harap-harap jangan naik harga rokok...:L:L

chaintea Publish time 3-1-2011 02:19 PM

swasta, tiap2 taun ada bonusincreament pun banyak....
tp kalau swasta pun naik gaji, ...
azmira81 Post at 3-1-2011 14:03 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

mana ada increament tetiap tahun..kalu ada pon tgk la kompeni cmne
cm kompeni i nih siap kena berdikit2 ok
skrg ni musim sesak..
3 tahun keje baru merasa bonus and increment..itu pon lps para pekerja wat mogok senyap
if not x merasa la

tokapi Publish time 3-1-2011 02:25 PM

peniaga penipu... naik minyak 2 kupang, harga cabai kering naik sampai 2 ringgit.. kunon nk salahkan kerajaan.

sebab yang betoinya napsu iblih nak cepat kaya tu... naik kos sikit, dia penaik banyak.. haram J.

suffian79 Publish time 3-1-2011 02:30 PM

dekat sabah bawang merah rm15 sekilo rilek jer...

hAzEL^nut Publish time 3-1-2011 02:36 PM

hadoi.. tak makang sayur le pasni..:'(

tayo_pancit Publish time 3-1-2011 03:03 PM

mari la kita tanam sayur beramai-ramai...
kpd rumah mereka yg tak punya tanah,tanamlah sayu ...
zamna Post at 3-1-2011 01:27 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


Ok lepas ni pakat tanam hidroponik jek lebih selamat dimakan ;P

Subulhansam Publish time 3-1-2011 03:07 PM

aku dah cuba tanam sendiri sayur tapi 3 ari je leh bertahan walaupun dah dibaja dan disiram..

ada apa2 lagi cadangan tak Pak Menteri?

ColbyRaikkonen Publish time 3-1-2011 03:13 PM

X setuju sangat kalu alasan pemborong nk naikkan harga sebab petrol/bahan api dah naik. Sedangkan harga barangan trkini adalah harga yg telah dinaikkan sewaktu tahun 2008 dahulu. Pada masa tu harga petrol mencecah RM2.60-2.80 seliter...tp biler bahan api dh turun balik, harga barang xjugak turun..sekarang baru rm1.90 ke rm2.10..xkan nk bagi alasan bahan api naik kot..sepatutnya alasan dorang sebab harga bahan api dh 'turun'..hehe.....
azmanal Post at 3-1-2011 12:52 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    mmg salah peniaga/pemborong sebenarnya...

starbee Publish time 3-1-2011 03:42 PM

semua naik... ape yg turun??? rakyat masih ramai lg ekonomi class rendah dan pertengahan...

jAck666 Publish time 3-1-2011 03:59 PM

ntah...baru sikit dahh kecohhhh!! ;P

cikglemer Publish time 3-1-2011 04:03 PM

semalam aku gi pasar terkejut dgn harga sayur daun sadri yg biasanyanya harga dalam lapan puluh sen tapi naik sampai rm2 ciput ajer...
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13
View full version: BERITA BAIK 2011: Harga sayur naik sehingga 125%..


ADVERTISEMENT