chacon Publish time 6-12-2023 10:23 AM

Betul ke Bin/Bte Tu Peninggalan British?



Baru baru ni tular balik penulisan yang viral dalam 10 tahun lepas, pasal Bin/Bte ni peninggalan British. Kononnya ada maksud lain. Betul ke claim ni?

Katanya, Bin tu bermaksud Belong In Name dan Bte tu Belong To Eve. Benda ni katanya datang daripada sistem Eropah. Tapi tu lah, orang Eropah pakai sistem surname, sejak bila mereka pakai Belong In Name dengan Belong To Eve? Juga, kalau kita belajar bahasa Arab masa kelas KAFA dulu ke, sekolah agama ke, atau sekolah rendah, pengertian Bin/Bte tu antara benda pertama kita akan belajar. Bin tu cuma bermaksud ‘anak lelaki’ dan Bte ‘anak perempuan’.

Dulu kita pakai Bte (Binti) sebab tu ejaan lama, sama macam enche’ yang sekarang dah jadi encik. Dah tu kalau betul pakai sistem Eropah, kenapa nama nabi kita Muhammad bin Abdullah? Nama nabi kita pakai sistem eropah ke?



Kalau tak guna Bin, ada yang guna Ibnu macam Ibnu Sina. Ibnu Sina ni bermaksud ‘anak lelaki Sina’ sebab beliau ni cucu cicit Sina. Sama macam Ibnu Khaldun yang merupakan cucu cicit Khaldun.

Benda ni bukan sahaja ada pada orang Arab, malah sepupu sepapat mereka orang Yahudi pun pakai jugak. Contoh macam nama David Ben Gurion yang bermaksud David anak lelaki Gurion. Orang Yahudi guna sistem Ben/Bet. Benda ni tak pelik sebab bahasa Ibrani ni sepupu sepapat je dengan bahasa Arab.

Sejarah orang Yahudi ni sangat lama sebab diorang dah wujud sejak zaman Rom lagi, dan kalau kita tengok nama tokoh Yahudi Rom ni, Flavius Josephus yang hidup sekitar abad pertama Masihi, nama beliau ialah Yosef Ben Matityahu. Kiranya dia anak lelaki Matityahu. Orang Rom tak guna sistem ni (campuran pangkat/politik/gelaran).

Jadi kalau sistem Bin/Bte ni sistem Eropah, kenapa orang Yahudi pakai sistem ni tapi orang Rom tak pakai? Haaa tak ke pelik dekat situ.




Oleh: Ammar Akmal


Tinot7 Publish time 13-12-2023 09:36 PM

mh7BR0CzMIw?si=et02xYnk09mAQlCm
Pages: [1]
View full version: Betul ke Bin/Bte Tu Peninggalan British?


ADVERTISEMENT