mattzzx Publish time 19-3-2024 04:26 PM

'Tok Wan' dipenjara setahun kerana raba budak perempuan 10 tahun

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mahkamah_ketuk4_1710833904.jpg
GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Taiping memerintahkan seorang lelaki berusia 67 tahun menjalani hukuman penjara setahun atas sabitan kesalahan melakukan amang seksual fizikal termasuk meraba seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang juga anak asuhan arwah isterinya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Noor Ruwena Md Nurdin, menjatuhkan hukuman itu selepas mengetepikan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap bapa lapan anak itu, yang diputuskan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada 11 Julai tahun lalu.

Namun, Noor Ruwena mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen yang mengarahkan warga emas itu menjalani sesi kaunseling dan pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman penjara.

Katanya, Mahkamah Tinggi tidak mendapati sebarang kekhilafan terhadap fakta atau undang-undang dalam dapatan Mahkamah Sesyen, namun hukuman yang dijatuhkan sebelum ini adalah keterlaluan dengan mengambil kira fakta kes.


"Kanak-kanak itu mengenali perayu (tertuduh) yang dipanggil `Tok Wan' kerana mangsa dan dua adiknya dijaga isteri perayu ketika ibu budak berkenaan keluar bekerja. Mereka tinggal bersebelahan kira-kira 10 tahun sebelum keluarga mangsa berpindah.

"Pada hari kejadian, wanita berkenaan membawa mangsa, adik perempuan mangsa dan seorang anak saudara ke rumah lama mereka untuk mengambil barang. Ketika sedang mengemas, ketiga-tiga kanak-kanak itu keluar membeli aiskrim dari kedai berhampiran.

"Keterangan wanita itu menyatakan mangsa kemudian meminta kunci kereta kerana tidak tahan dengan cuaca panas di luar, namun menyedari perubahan wajah kanak-kanak itu yang disifatkannya 'lain macam' dan seolah-olah tidak selesa berada di rumah itu.

"Dalam perjalanan pulang, mangsa tiba-tiba berkata benci 'Tok Wan' dan memberitahu 'Tok Wan gatal' sebelum menceritakan kejadian amang seksual kepada ibunya dan perkara itu disokong sepupu mangsa," katanya dalam alasan penghakiman bertarikh semalam yang dimuat naik dalam sistem e-kehakiman.

Mengikut pertuduhan, warga emas itu berdepan tuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak itu di sebuah rumah di Pengkalan Hulu, Perak, antara jam 12.30 dan 1.20 tengah hari, 28 Disember 2021.

Pendakwaan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Noor Ruwena berkata, ibu mangsa memberi keterangan bahawa kanak-kanak itu berada dalam keadaan trauma selepas kejadian itu dan kerap menyatakan 'benci, benci, benci'.

"Ketika ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Hulu, kanak-kanak itu menceritakan bahawa kejadian berlaku dalam tandas rumah lelaki itu ketika mangsa membasuh tangan selepas makan aiskrim.

"Tindakan perayu membantu mangsa membersihkan tangan adalah pelik apabila sendal pintu tandas," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1071723/tok-wan-dipenjara-setahun-kerana-raba-budak-perempuan-10-tahun
Pages: [1]
View full version: 'Tok Wan' dipenjara setahun kerana raba budak perempuan 10 tahun


ADVERTISEMENT