mattzzx Publish time 21-3-2024 05:09 PM

Padah curi telefon bimbit, lelaki ‘dikepung’ orang awam

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-21-at-16.35.02.jpeg
Tangkap layar video tular seorang lelaki dikerumuni orang ramai disyaki curi telefon bimbit, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan video tular membabitkan seorang lelaki dikepung orang ramai berkait dengan kes curi di Pekan Sungai Besi, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.45 malam ketika suspek datang ke kedai runcit berkenaan kononnya untuk membeli barang.

“Semasa pekerja kedai berkenaan mendapatkan barang yang diminta, suspek bertindak mengambil dan membawa lari telefon bimbit yang sedang dicaj di atas meja.

“Suspek bagaimanapun terjatuh ketika melarikan diri sebelum berjaya ditahan orang ramai yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Suspek berusia 39 tahun itu direman tiga hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dikerumuni orang ramai selepas disyaki mencuri telefon bimbit dalam kejadian berhadapan sebuah kedai di sini.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03/21/padah-curi-telefon-bimbit-lelaki-dikepung-orang-awam/
Pages: [1]
View full version: Padah curi telefon bimbit, lelaki ‘dikepung’ orang awam


ADVERTISEMENT