mattzzx Publish time 26-3-2024 10:01 AM

Isu stoking kalimah Allah: Polis tingkat kawalan keselamatan di mahkamah Shah Alam

https://assets.bharian.com.my/images/articles/fieis_1711417340.jpg
Anggota polis di pintu masuk Mahkamah Shah Alam, pagi ini. - NSTP/Amalina Kamal


SHAH ALAM: Pihak berkuasa mengetatkan langkah keselamatan di sekitar Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini bagi menjamin ketenteraman berikutan beberapa pengarah dan vendor KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd dijangka menghadapi pertuduhan.

Anggota polis ditempatkan secara strategik seawal jam 7.30 pagi di hadapan pintu masuk mahkamah bagi mengelak sebarang potensi peningkatan ketegangan.


Dijangka lebih 100 penunjuk perasaan akan berkumpul di mahkamah pagi ini.

Pertuduhan yang dijadual bermula jam 9 pagi, berpunca daripada penjualan stoking mengandungi kalimah 'Allah' di kedai serbaneka yang mencetuskan kontroversi dan bantahan orang ramai.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman, dalam satu kenyataan media, berkata suspek akan didakwa mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan dengan sengaja mencederakan perasaan agama orang lain, serta bersubahat.

Polis sehingga kini menerima 178 laporan di seluruh negara berhubung penjualan stoking tertera kalimah 'Allah' di kedai serbaneka KK Mart cawangan Bandar Sunway.

Berita pertuduhan tersebar petang semalam dan menarik perhatian ramai bukan sahaja dalam kalangan pengamal media, malah rakyat Malaysia secara amnya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1227963/isu-stoking-kalimah-allah-polis-tingkat-kawalan-keselamatan-di
Pages: [1]
View full version: Isu stoking kalimah Allah: Polis tingkat kawalan keselamatan di mahkamah Shah Alam


ADVERTISEMENT