mattzzx Publish time 26-3-2024 03:10 PM

Datuk Seri KK, isteri tidak mengaku jual stoking kontroversi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/KK-MART-1-2048x1595.jpeg
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Chai Kee Kan berdepan pertuduhan berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka berkenaan di Kompleks Mahkamah Shah Alam. Foto : Saddam Yusoff/KOSMO!

SHAH ALAM – Pasangan pengasas KK Mart dan tiga pengarah sebuah syarikat pengedar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan berkaitan kesalahan penjualan stoking bercetak kalimah ‘Allah’, dua minggu lalu.

Kesemua tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzi.

Mereka adalah Datuk Seri Chai Kee Kan, 57, dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui, 53, manakala tiga pengarah syarikat Xin Jian Chang Sdn. Bhd pula iaitu Goh Li Huay; 62, Soh Hui San, 36, dan Soh Chin Huat, 61.

Turut dituduh, kedua-dua syarikat iaitu KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. (KK Mart) dan pengedar yang masing-masing diwakili Kee Kan dan Chin Huat.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengganggu dan melukakan perasaan terhadap kepercayaan agama orang lain dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah pada rak jualan yang kemudian dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah cawangan KK Mart Bandar Sunway, Subang Jaya pada pukul 6.30 pagi, 13 Mac lalu.

Justeru, mereka dituduh mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Li Huay, 62; Hui San, 36; dan Chin Huat, 61, pula dituduh bersubahat mengikut Seksyen 109 kanun sama yang dibacakan secara bersekali dalam pertuduhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud menawarkan kos jaminan berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Lau Yi Liong yang mewakili Xin Jian Chang dan tiga beranak yang memiliki syarikat itu turut mengemukakan rayuan sama.

Namun, Muhamad Anas membenarkan tawaran jaminan daripada pihak pendakwaan iaitu RM10,000 bagi setiap individu dan tarikh sebutan semula kes pada 29 April depan bagi pengurusan dan penyerahan dokumen. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03/26/datuk-seri-kk-isteri-tidak-mengaku-jual-stoking-kontroversi/
Pages: [1]
View full version: Datuk Seri KK, isteri tidak mengaku jual stoking kontroversi


ADVERTISEMENT