mattzzx Publish time 27-3-2024 04:46 PM

2 kapal asing pindah minyak ditahan APMM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kapakan1_1711527086.jpg
DUA kapal tangki asing ditahan pindah minyak dari kapal ke kapal secara haram di perairan Kuala Linggi. FOTO Ihsan Maritim Malaysia

Alor Gajah: Dua kapal tangki asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan ketika 'leka' memindahkan minyak secara haram dari kapal ke kapal (STS) di perairan Kuala Linggi, di sini, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, terdahulu pusat operasi menerima maklumat terdapat aktiviti mencurigakan di perairan Kuala Linggi.

Menurutnya, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Murni/Op Tiris/OpKhas Pagar Laut kemudian diatur gerak ke kawasan dilaporkan.

"Pasukan ronda kemudian mengesan dua kapal merapat antara satu sama lain disyaki melakukan aktiviti STS yang mencurigakan di kedudukan tiga batu nautika selatan Tanjung Dahan, dekat sini.


"Pemeriksaan mendapati kapal tangki sedang memindahkan kargo minyak disyaki minyak mentah kepada sebuah kapal tangki lain tanpa sebarang dokumen kebenaran menjalankan aktiviti itu," katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Khairi berkata, kapal tangki pertama berdaftar di Panama itu dikendalikan oleh 26 kru termasuk nakhoda terdiri daripada 16 warga China, Sri Lanka (empat) dan Myanmar (enam).

Katanya, kapal tangki kedua pula didaftarkan di Palau serta dikendalikan oleh 22 kru termasuk nakhoda iaitu 19 warga Rusia serta masing-masing seorang dari Georgia, Latvia dan Indonesia.

"Kedua-dua kapal seterusnya ditahan kira-kira jam 4.30 petang dan 6 petang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 491B (1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 kerana menjalankan aktiviti STS tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan Seksyen 491B(1)(L) OPS 1952 kerana berlabuh tanpa kebenaran.

"Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1074551/2-kapal-asing-pindah-minyak-ditahan-apmm
Pages: [1]
View full version: 2 kapal asing pindah minyak ditahan APMM


ADVERTISEMENT