pengecattaik Publish time 29-3-2024 06:14 AM

KB Sentral tangguh lagi, gais!

Edited by pengecattaik at 29-3-2024 10:19 AM



KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menyiapkan pembinaan Terminal Bas Kota Bharu (KB) Sentral menjelang 2027, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah.

Beliau berkata, isu KB Sentral kini menjadi keutamaan kerajaan negeri untuk menyiapkannya dan pada masa sama, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan siap dan beroperasi sepenuhnya pada tahun itu juga.

Katanya, kerajaan negeri sudah menandatangani satu perjanjian dengan syarikat yang akan menyiapkan KB Sentral itu.

"Bagaimanapun, ada berlaku pindaan komponen pembangunan seperti dirancang dan ia antara faktor utama ECRL tidak membenarkan KB Sentral disambung masuk ke stesen ECRL.

"Pelan asal kita sebenarnya mahu mewujudkan konsep bersepadu antara KB Sentral, terminal bas, ECRL yang ada hab e-hailing dan kereta sewa seperti di KL Sentral," katanya selepas di Majlis Iftar Mahabbah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) dan Media Bersama kepimpinan di sini, malam tadi.

Hilmi berkata, pihaknya terpaksa mengkaji semula proses pembangunan KB Sentral kerana perubahan dalam komponen, nilai pembangunan dan jadual kerja tidak sama seperti perancangan asal.

"Kita dalam proses untuk memuktamadkan perjanjian akhir antara pemaju dan sekiranya tiada apa-apa masalah, kita akan teruskan projek itu.

"Peringkat negeri kita sudah bayar tanah (pengambilan) dan sekiranya pemaju yang dilantik dulu tidak dapat meneruskan konsep asal, kemungkinan kita (kerajaan negeri) akan buat sendiri tanpa komponen pembangunan seperti dirancang sebelum ini iaitu ada pasar raya dan sebagainya.

"Dasar kita untuk menyiapkan terminal bas dan ia adalah cabaran kepada kerajaan negeri untuk menyiapkan KB Sentral dan dalam tempoh sama, ECRL juga siap dibina," katanya.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/wilayah/2024/03/1228519/kelantan-siapkan-projek-kb-sentral-pada-2027

blue_blur Publish time 29-3-2024 06:59 AM

lebih afdhal dia sembang tarikh bila projek nak bermula dari sibuk bila nak siap........

cranell Publish time 29-3-2024 07:28 AM

nak buat terminal bas pun susah.

Triple_8 Publish time 29-3-2024 07:37 AM

Demo nok stesen bas ko nok isle? :lol:

Nurdianah Publish time 29-3-2024 07:40 AM

Takper..PRU16 pakat2 undi lagi deh. Bangga gamaknya pemimpin sediakan stesen bas cam kandang lembu gitu!





kakikuDibibirmu Publish time 29-3-2024 08:06 AM

walaunmacai dan walaunkelentit tersenyum sinis {:1_555:}{:1_563:}{:1_530:};P:lol::D:2lol:{:mllaugh:}{:mlhehe:}{:mlwa:}{:mlwa2:}{:mlhunhun:}{:mlbigsmile:}{:mlkekeke:}{:laugho{:smileo{:8_650:}

Abahmung Publish time 29-3-2024 09:21 AM

asyik delay je bila nak siap:lol:

nolya Publish time 29-3-2024 09:32 AM

Knapa tak diperlihatkan miniatur bangunan serta plan reka letaknya. Penumpang tntu teruja nak tau mana pintu masuk keluarnya, kiosk2 tiket, toilet, surau, ruang menunggu serta petak2 kedai, juga laman parkir. Takat cakap sekian2 masa dn tahun, sape pun boleh cakap. Dah lantik aktiteknya ke belum.

supernaturalee Publish time 29-3-2024 10:15 AM

Nurdianah replied at 29-3-2024 07:40 AM
Takper..PRU16 pakat2 undi lagi deh. Bangga gamaknya pemimpin sediakan stesen bas cam kandang lembu g ...

kan
tahun 2027 tu dan lg 1 prn/pru
blh tabur janji
lps tu menang perintah
die postpose till next pru/prn plk
sampai AJM



supernaturalee Publish time 29-3-2024 10:18 AM

""Pelan asal kita sebenarnya mahu mewujudkan konsep bersepadu antara KB Sentral, terminal bas, ECRL yang ada hab e-hailing dan kereta sewa seperti di KL Sentral," katanya"

"Bagaimanapun, ada berlaku pindaan komponen pembangunan seperti dirancang dan ia antara faktor utama ECRL tidak membenarkan KB Sentral disambung masuk ke stesen ECRL."

dah tau benda elok
push la kasi jadi
kena buat background check sape yg dpt tender ni
ke clash projek kerajaan negeri dgn federal

manop Publish time 29-3-2024 11:57 AM

kita putar dulu alimmmm....sempat lah upgrade mersadis tuuuu

black_handbag Publish time 29-3-2024 12:07 PM

klu ecrl tu tak siap, maksudnya tertangguh lagi ke kb sentral tu? sembang

grouper Publish time 29-3-2024 03:12 PM

Patut la lambat siap mcm2 masalah berkait so final plan terminal x dapat keluar... Klau final plan dah ada mmg senang la x sampai setahun boleh siap sbb terminal bas ni diorg nak buat bersepadu mcm kl sentral tapi ecrl x bagi plak..nape x nak bagi ye

anony-mous Publish time 29-3-2024 03:29 PM

Teruknya la. Benda mudah mcm terminal bas pon ko xmampu handle. Aku mmg pelik la org kelantan ni bodoh2 ke? Nmpk mcm ye. Sbb 90% sskjp undi pas. Pastu negeri sdri lgsg xmembangun menyemak negeri org lain yg dah sedia membangun. Bodoh n malas berfikir. Ramai kaya tp sbb timbang kilo, modal kulit putih mcm hantu n joget2

pokokmeranti Publish time 29-3-2024 04:10 PM

pergi la tebang balak lagi, nanti byk duit cepat la siap.

sharlenetexas Publish time 29-3-2024 04:16 PM

Triple_8 replied at 29-3-2024 07:37 AM
Demo nok stesen bas ko nok isle?

Nak bas

laksmanabentan Publish time 29-3-2024 04:17 PM

awat mundur sgt nih..
mmg takde budget langsung ker???
company2 kaya anak2 kelantan tu tak nak berbakti ker...

riyadhK Publish time 30-3-2024 06:06 AM

anony-mous replied at 29-3-2024 03:29 PM
Teruknya la. Benda mudah mcm terminal bas pon ko xmampu handle. Aku mmg pelik la org kelantan ni bod ...

Memang setepek chuols bagi takde tahan2 dah ni :lol::lol::lol:

wanawina Publish time 30-3-2024 06:14 AM

Dah muak beno alasannya. Baru ni borak dengan kawan meols. Sheols cakapla, dari zaman weols student, sampaila sheols dah sambung master, isu kb sentral tak settle2. Gitu jele. Dah berpuluh tahun.

anony-mous Publish time 30-3-2024 06:15 AM

riyadhK replied at 30-3-2024 06:06 AM
Memang setepek chuols bagi takde tahan2 dah ni

Haha 10thn yg lps terpaksa kaver2. Ramai dlm ni mcm tu jgk. Pastu ramai sskjp timbul. Ko sebut sikitttt je pasal klate, mapuh kena serang. Kenaribiru n famri yg i ingat. Fast forward , ternyata mmg sskjp bkn setakat malas tp bodoh. Negeri lain bertukar bersilih ganti kerajaan, dia je duk bodoh undi pas lg. Nk kata alim, xde la alim mana
Pages: [1] 2
View full version: KB Sentral tangguh lagi, gais!


ADVERTISEMENT