Vellfire Publish time 5-4-2024 05:53 AM

49 kertas siasatan dibuka berkaitan kes tipu 'scammer' di Kuching setakat Mac

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240404/scam.jpeg

Gambar hiasan
KUCHING: Sebanyak 49 kertas siasatan dibuka berkaitan kes penipuan 'scammer' melibatkan kerugian sebanyak RM2.94 juta di Kuching sejak Januari hingga Mac tahun ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kebanyakan kes adalah kes penipuan dalam talian, panggilan telefon, iklan media sosial seperti TikTok, Facebook dan sebagainya.
Menurutnya, daripada 49 kes yang disiasat, mangsa adalah berusia antara 19 dan 70 tahun yang terdiri daripada pegawai kerajaan, swasta, pelajar dan suri rumah.
"Kebanyakan mangsa kes penipuan ini akan diarahkan suspek untuk menyerahkan maklumat perbankan atau mangsa diminta untuk membuat pemindahan wang ke dalam akaun bank pihak ketiga," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, sehingga hari ini, sebanyak 33 kertas siasatan telah dituduh dan dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan panggilan telefon yang tidak dikenali serta iklan-iklan yang dipaparkan di media sosial," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/04/49-kertas-siasatan-dibuka-berkaitan-kes-tipu-scammer-di-kuching-setakat-mac
Pages: [1]
View full version: 49 kertas siasatan dibuka berkaitan kes tipu 'scammer' di Kuching setakat Mac


ADVERTISEMENT