Vellfire Publish time 5-4-2024 05:57 AM

Perpaduan aset negeri Sarawak yang perlu dijaga

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240404/sbw-ub040424-rj-ukas-p1.jpg

Abdullah (kiri) menyampaikan duit raya kepada pelajar tahfiz pada majlis tersebut.
SIBU: Perpaduan merupakan aset negeri Sarawak yang amat berharga yang perlu dijaga serta dipupuk oleh semua lapisan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, perpaduan merupakan satu struktur yang telah dipupuk sekian lama dan dijaga oleh rakyat Sarawak selama ini.
"Ia telah dipupuk sejak sekian lama dan ini bukan sesuatu yang mudah kerana sekali ianya retak, bukan senang untuk kita perbaiki, malah JKR pun tak boleh baiki, JPS pun tak boleh. Tiada agensi kerajaan yang boleh membaikinya.
"Oleh itu menjadi tanggungjawab kita semua menjaga perpaduan ini agar ia kekal utuh dan kuat kerana ini merupakan aset utama kita di Sarawak," ujarnya ketika berucap pada Majlis Sungkei Bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di sebuah hotel di sini, pada Rabu.
   
Majlis dihadiri pelajar-pelajar dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan), Kolej Laila Taib, Sarawak Maritime, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Vokasional Sibu, Kolej Komuniti Sarikei, pelajar Tahfiz Darul Ullum dan Tahfiz Hidayatul Quran An-Nur.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu juga mempelawa pengamal media dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini untuk menjadi ejen tidak rasmi kepada kerajaan dalam menyampaikan maklumat dan sentimen rakyat terhadap polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Dengan menjadi ejen tidak rasmi katanya, membolehkan kerajaan negeri mengetahui mengenai sejauh mana rakyat faham tentang polisi yang dilaksanakan.
"Apabila kita bercakap mengenai hidrogen, mengapa kita mahu mengambil alih bank ataupun syarikat penerbangan sedangkan masih banyak jalan dan jambatan belum dibina.
"Adakah mereka faham dasar ini," jelasnya.
Abdullah menjelaskan, kerajaan mahu tahu persepsi rakyat mengenai sesuatu polisi dan cuba untuk menerangkan mengapa polisi-polisi tersebut dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Katanya, maklum balas itu amat penting supaya polisi pembangunan infrastuktur dan ekonomi yang dilaksanakan benar-benar menepati apa yang dikehendaki oleh rakyat Sarawak.
Beliau turut mempelawa pelajar IPT Sarawak untuk memohon latihan praktikal di jabatan dan agensi kerajaan negeri agar mereka dapat mengetahui fungsi jabatan dan agensi-agensi terbabit.
"Sekiranya berkaitan dengan media, anda boleh menghantar permohonan kepada UKAS.
"Sekiranya berkaitan bidang kejuruteraan, boleh memohon kepada JKR Sarawak atau Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak.
"Kita boleh juga membantu sekiranya anda mahu menjalani latihan di jabatan dan agensi lain," jelasnya.
Hadir sama pada majlis ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng, Pengarah UKAS Samuel Simon, Temenggung Dato Vincent Lau, Temenggung Stanley Geramong, Naib Canselor UTS Prof Datuk Khairuddin Abdul Hamid serta yang lain.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/04/perpaduan-aset-negeri-sarawak-yang-perlu-dijaga-abdullah
Pages: [1]
View full version: Perpaduan aset negeri Sarawak yang perlu dijaga


ADVERTISEMENT