mattzzx Publish time 6-4-2024 10:45 AM

Kes ketujuh babit serangan harimau belang

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/perhilitannn232_1712358132.jpg
Abdul Kadir Abu Hashim

Kuala Lumpur: Kejadian lelaki cedera diserang harimau belang di Taman Negeri Royal Belum, Perak, kelmarin, adalah kes ketujuh dilaporkan dalam tempoh kurang tiga tahun.

Peningkatan kes serangan harimau belang terhadap manusia hingga mengakibatkan kematian terutama di Kelantan dan Perak diberi perhatian serius Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia.

Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, peningkatan kes serangan harimau belang di negara ini berpunca habitat yang semakin mengecil.

Katanya, guna tanah atau pencerobohan tanah tanpa kawalan menjadi punca utama harimau belang menjadi ganas, keluar dari habitat asal dan menceroboh kawasan penempatan manusia.


"Pencerobohan hutan atau saiz hutan semakin kecil turut mengakibatkan haiwan yang menjadi makanan harimau belang berkurangan. Ini juga antara faktor harimau belang menjadikan manusia sebagai sasaran," katanya.

Sebelum ini Pengarah Wildlife Conservation Society (WCS) Malaysia, Dr Mark Rayan Darmaraj memaklumkan

penurunan populasi babi hutan menjadi antara faktor harimau semakin mengganas hingga berani menyerang manusia dan haiwan ternakan di sesebuah kawasan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077713/kes-ketujuh-babit-serangan-harimau-belang
Pages: [1]
View full version: Kes ketujuh babit serangan harimau belang


ADVERTISEMENT