pengecattaik Publish time 11-4-2024 12:11 AM

Tahun ini mungkin Raya paling mencabar - Muhyiddin

Edited by pengecattaik at 11-4-2024 12:13 AM

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata sambutan Aidilfitri tahun ini mungkin paling mencabar bagi rakyat.





Katanya, dalam situasi kenaikan kos sara hidup yang berterusan sejak setahun lalu terutama harga bahan makanan, kos perkhidmatan, tarif elektrik dan beberapa jenis cukai lagi, persiapan raya sedikit-sebanyak sudah pasti terjejas.

“Saya amat memahami keadaan ini dan berdoa semoga saudara-saudari bersabar dan tabah menghadapi ujian ini,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri menyeru umat Islam tidak melupakan saudara mereka seperti di Palestin yang diuji dengan kesukaran hidup dan penindasan di negara sendiri.

“Marilah kita bersama-sama berdoa semoga pergolakan yang sedang berlaku akan segera berakhir dan mereka akan dapat kembali menikmati kehidupan sebenar, bebas merdeka dan tidak lagi ditindas,” katanya.

Dalam perutusan itu, Muhyiddin dan isteriNoorainee Abdul Rahman turut mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam.

“Sempena Aidilfitri ini juga jangan kita lepaskan peluang untuk mengeratkan silaturahim dan kepada yang memandu sentiasa berhati-hati di jalan raya,” katanya.

FMT

pengecattaik Publish time 11-4-2024 12:23 AM



{:1_563:}{:1_563:}

ultra78 Publish time 11-4-2024 09:52 AM

Waktu tak boleh balik raya pun mencabar jugak

pengecatbintang Publish time 11-4-2024 10:31 AM

harga crude oil naik balik USD86 se tong

sbb kapal x berani lalu Red Sea

la ni Iran mgkn perang ngan Yis real

Selat Hormuz mungkin akan ditutup   

so, crude oil mgkn akan > USD120 se tong

harga barang n makanan akan naik lagi

--

gomen x cukup duit nak bagi sabsidi unless tambah lagi utang negara yg da > 1.5 trillion tu



kemaruk Publish time 11-4-2024 10:38 AM

hauknya raya madani

B40tastePosh Publish time 11-4-2024 10:56 AM

Edited by B40tastePosh at 11-4-2024 10:58 AM

Setahu aku raya paling mencabar 2020 dan 2021.:lol:

Tahun2 Raya PKP.

Cina Raya boleh, Melayu tak boleh Raya zaman PAS-Bersatu PN perangai utamakan Raya² Kapir:curse:

wirazam Publish time 11-4-2024 11:17 AM

kemaruk replied at 11-4-2024 10:38 AM
hauknya raya madani

Then pi berambus gi Myanmar sana tuh..
Bercukur lar..
{:gif_haha:}

kemaruk Publish time 11-4-2024 11:25 AM

B40tastePosh replied at 11-4-2024 10:56 AM
Setahu aku raya paling mencabar 2020 dan 2021.

Tahun2 Raya PKP.


macam biasalah
zaman madani sering dibanding-bandingkan dengan zaman pandemik dan zaman kegawatan ekonomi

aechae Publish time 11-4-2024 12:09 PM

ultra78 replied at 11-4-2024 09:52 AM
Waktu tak boleh balik raya pun mencabar jugak

Mencabar, tp ktorg sahut je cabaran tu ktorg g je beraya sama2 4 beradik msa tu :lol:…kumpul kt rumah kakak iols sbb jarak 10km je masing2…smbil jual lemang abg ipar iols buat;P..

B40tastePosh Publish time 11-4-2024 01:41 PM

kemaruk replied at 11-4-2024 11:25 AM
macam biasalah
zaman madani sering dibanding-bandingkan dengan zaman pandemik dan zaman kegawatan...

Impak dari kesialan 1MDb, SRC dan COVID-19 masih terasa sampai sekarang.

Macam time El-Nino, siang panas, malam masih membahang..so tido kena buka aircond, betul tak?

ultra78 Publish time 11-4-2024 01:58 PM

aechae replied at 11-4-2024 12:09 PM
Mencabar, tp ktorg sahut je cabaran tu ktorg g je beraya sama2 4 beradik msa tu …kumpul kt r ...

Waktu PKP orang yg PJJ pun tersiksa.

kotakbaju Publish time 12-4-2024 07:27 AM

Rasanya raya tahun abah midin ni la yang paling mencabar. Nak raya pun kena sorok2 sembunyi2 takut kena ambush dengan polis. Macam dok zaman penjajah pun ada :dizzy:

kelana36 Publish time 12-4-2024 11:00 AM

Mencabar la pada abak cow, first time beraya tanpa anak menntu...:lol:

black_handbag Publish time 12-4-2024 02:09 PM

tahnya. zaman dia paling mencabar kot. struggle gila nak2 golongan single mother yang takde tempat nak htr anak utk pegi setel urusan. daycare tak dibenar operasi, gi shopping barang dapur ditegah takleh bawak anak, nak rentas negeri tak boleh, sekolah tutup tapi rakyat masih perlu teruskan hidup. kena makan kena minum dan beli barang keperluan. jika diberi peluang i mmg tak nak zaman pkp tu berulang, susah betul nak2 yg ada anak kecik waktu itu

cmf_PariS Publish time 12-4-2024 03:40 PM

raya tahun ni nyaman.. tk payah sebok masakrumah org.. boring betul.. hahahaha

jejaka_hensem Publish time 12-4-2024 05:29 PM

Tahun ni raya paling best bagi iols,happy2 je kitorang adik beradik walaupun panas bethol raya pertama haritu:dizzy:

nikaido Publish time 12-4-2024 05:37 PM

Zaman dia kafir punya raya boleh buat, islam punya raya dihalang

B40tastePosh Publish time 12-4-2024 06:56 PM

kotakbaju replied at 12-4-2024 07:27 AM
Rasanya raya tahun abah midin ni la yang paling mencabar. Nak raya pun kena sorok2 sembunyi2 takut k ...

Kan, sembahyang raya kat rumah je..{:1_555:}

Pergi ziarah kubur pun tak boleh...dah arwah abah aku baru meninggal sebelum Covid-19..lehnat betul:huffy

dua_chzy Publish time 12-4-2024 11:11 PM

Mencabar kebenda masing2 sekeliling aku raya cam tak sedar diri dah ni. Miskin kaya semua bergembira. Takyah berdrama meraih simpati la pacit.

Suchi Publish time 15-4-2024 11:09 AM

Tahla nak kata mencabar ke dak tp duit raya iols tgk memasing bg byk juga dah takda rm2 dan rm3 skrg rm5 dah ye tuk bebudak dtg beraya.
Pages: [1] 2 3
View full version: Tahun ini mungkin Raya paling mencabar - Muhyiddin


ADVERTISEMENT