Vellfire Publish time 14-4-2024 07:02 PM

DBKK diminta supaya mengenakan kompaun RM500 kepada kutu sampah

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240414/twu-ub14042024-hs-dbkkp1.jpg

CHRISTINA
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dicadang supaya mengenakan kompaun maksimum sebanyak RM500 kepada individu yang ditangkap membuang sampah di tempat awam.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, cadangan itu dilihat perlu sekiranya kita mahu mencapai matlamat yang diingini.
Katanya, kementeriannya menyokong penuh penguatkuasaan penuh DBKK terhadap Undang-Undang Kecil Anti-Sampah 1984 (Pindaan 2005).
“Ia memberikan kuasa kepada DBKK untuk mengeluarkan denda kompaun (sehingga RM500) dan tindakan mahkamah terhadap kutu sampah.
“Kita perlu mempertimbangkan secara serius untuk mewajibkan denda kompaun RM500 serta-merta untuk mengelakkan pesalah mengulangi kesalahan itu,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.
Mengulas lanjut, katanya, ketika ini, pesalah membuang sampah hanya membayar kompaun tidak melebihi RM500 di bawah Seksyen 9 Undang-Undang Kecil Anti Sampah.
“Saya difahamkan pesalah kutu sampah ini hanya didenda serendah RM30 dan jumlah itu tidak boleh mengatasi masalah berkenaan.
“Laksanakan kuasa menangkap dan seret kutu sampah ke mahkamah untuk disabitkan kesalahan membuang sampah dan tertakluk kepada kerja masyarakat.
“Kita perlu belajar daripada negara Singapura yang memberikan hukuman maksimum sehingga 4,000 dolar sekiranya melakukan kesalahan kali kedua,” katanya.
Christina berkata, DBKK terpaksa mengutip kira-kira 200 kilogram sampah yang bertaburan di kawasan awam sepanjang musim cuti Hari Raya Aidilfitri ini.
“Saya memuji sikap pantas DBKK membersihkan kawasan bandaraya dan berharap supaya lebih banyak tong sampah di letakkan di kawasan tumpuan ramai pengunjung.
“Pusat Khidmat Rakyat Api-Api juga akan memulakan kempen kebersihan bagi menggalakkan kesedaran tentang kesihatan awam dan alam sekitar,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/14/dbkk-diminta-supaya-mengenakan-kompaun-rm500-kepada-kutu-sampah
Pages: [1]
View full version: DBKK diminta supaya mengenakan kompaun RM500 kepada kutu sampah


ADVERTISEMENT