Vellfire Publish time 14-4-2024 08:21 PM

Rumah Gerawat musnah dalam kebakaran

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240414/myy-ub140424-cc-hangusgerawat-p1.jpeg

Api marak memusnahkan keseluruhan struktur rumah kediaman milik Gerawat di kampung halamannya, Pa’ Umor, Bario hari ini. - Gambar oleh Pasukan Bomba Sukarela Pa’ Umor, Bario
MIRI: Rumah milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala di Kampung Pa’Umor, Bario musnah dalam kebakaran berlaku awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi Komander Operasi Maureen Sim memberitahu, kebakaran berlaku jam 1.10 pagi memusnahkan keseluruhan rumah timbalan menteri itu.
“Penduduk kampung, polis dan Pasukan Bomba Sukarela berusaha mengawal dan memadam kebakaran.

“Namun kediaman tersebut terbakar sepenuhnya dan tidak dapat diselamatkan. Seramai enam orang penghuni selamat dan tidak melibatkan kecederaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.   
Beliau turut pergi ke lokasi kebakaran dengan menaiki helikopter bomba bagi pergerakan pengesahan dan siasatan kebakaran.
Jarak BBP Marudi ke lokasi mengambil masa 20 jam laluan darat dan air menggunakan jalan balak sampai ke lokasi kejadian.
Sehingga berita ini ditulis, punca kebakaran dan kerugian belum disahkan dan masih dalam siasatan.
Gerawat yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu turut ke kampung halamannya itu untuk meninjau keadaan kebakaran itu.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/14/rumah-gerawat-musnah-dalam-kebakaran
Pages: [1]
View full version: Rumah Gerawat musnah dalam kebakaran


ADVERTISEMENT